Wednesday, October 27, 2010

bumi tiada jiwa

dalam diam aku kerap mengira musim berganti musim...musim panas,luruh,sejuk,dan musim bunga seterusnya kembali ke musim panas.....tidak lama lagi aku bakal bertemu dengan musim panas yang ke-3..kemudian musim sejuk yang ke-3 dan seterusnya....dan aku seringkali juga bertanya pada jiwa milik aku...apa sudah berganjak kah kamu dari perasaan musim sejuk yang pertama itu??

dan aku bertanya lagi..apa bezanya kamu antara musim sejuk yang pertama kamu dan yang ke-3 kelak yang bakal kamu tempuhi??....lajunya masa berlalu......aku seakan rasa tidak mahu tinggalkan bumi auckland ini....dalam diam rupanya ada sedikit perasaan sayang pada tanah bukan tumpah darah ku ini.......semalam aku menulis pada seorang teman..."aku tidak mahu pulang ke bumi malaysia...jiwa aku terluka disana....khianat,gila,celaka aku rasakan terlalu dekat jika aku berpijak di bumi tiada jiwa itu....segalanya kosong..tanah itu seakan mendera aku secara diamnya....".....namun aku tidak boleh berlaku kejam pada seluruh manusia ditanah itu...aku tidak boleh pula menyiksa sesetengah hati dan jiwa yang mengharapkan kepulangan aku.......mereka memerlukan aku.mereka sayangkan aku...

teman,sebelum musim bunga ini berakhir..akan aku hamparkan bunga-bunga untuk tatapan kamu semua....terima kasih esoksemalam...terima kasih buat semua teman disini....