Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Monday, May 16, 2011

hanya satu,mane boleh renew.


untuk semua ibu-ibu,selamat hari ibu!
senyum-senyum selalu,baru sweet gitu! =)
ibu kita hanya satu,mana boleh renew,
hargailah ibu tu,selagi punya waktu. 
 
alang-alang video dah ada,
joegromjow  pulak buat contest dengar cerita,
apa lagi kita edit la video sikit ikut sesedap rasa,
tapi tak adalah mantap mana,
lagi pon bukan niat untuk berentap beriya-iya,
 cukup sekadar boleh dikongsi bersama,
 tapi kalau menang apa salahnya..=)
jangan malu-malu klik la sini kalau nak ikut serta,
faridzulasyraf.com dan denaihati.com sponsor hadiah katanya.
jom ramai-ramai memeriahkan suasana....=)

 
intro : credit to a friend (syamim)

Thursday, January 20, 2011

beliau blogger TERHEBAT (result)

p/s : maaf atas kelewatan untuk naikkan entry ni.busy sikit arini.aku pon tak cakap kul bape kan.hehe

terima kasih aku ucapkan kepada semua peserta yang dah memeriahkan majlis.....berikut adalah senarai peserta juga blog yang diteke oleh mereka.....
  1. mieza ---- blog yang diteka ialah ---- CGG  (accepted)
  2. seroja jingga ---- blog yang diteka ialah ---- AJ Nismihan (maaf,syarat tak dipenuhi)
  3. yobsumo ---- blog yang diteka ialah ---- cakapwa (maaf,syarat tak dipenuhi)
  4. iffat ---- blog yang dipilih---- kereta mayat  (accepted)
  5. farahmoque ---- blog yang dipilih ---- frodo baggins (accepted) 
  6. marsita mohamed ---- blog yang dipilih ---- faisal tehrani (accepted)
  7. bibie ---- blog yang dipilih ---- hanis zalikha (accepted)
  8. al-azim harun ---- blog yang dipilih ---- kereta mayat (accepted)
  9. annie ---- blog yang dipilih ---- kereta mayat (accepted)
  10. eiffel ---- blog yang dipilih ---- kereta mayat (accepted)
minat,juga citarasa manusia itu berbeza...dan mungkin reason kenapa dan mengapa aku nobatkan beliau sebagai penulis hebat tak sama dengan kau orang punya reason...yelah bak kata pepatah "tak sama taste"...so mungkin banyak lagi blog-blog lain yang hebat bagi anda semua..ikutlah citarasa masing-masing...so kalau sudi bolehlah dishare bersama dengan aku...tapi bagi aku,beliau lah blog paling aku suka..kira macam first place carta aku lah....aku start baca blog ni sekitar tahun 2007...entry-entry blog tu kalau aku baca aku akan cakap.."serious buat homework penulis ni"....bukan tu je blog tu jugak mampu buat aku nangis,ketawa,senyum kecil, juga berfikir dengan entry-entry die...ayat-ayat sindiran pon kadang-kadang rasa cam terkena dekat aku....dan cara beliau olah entry serious kene dengan jiwa aku.best.....macam sedang berinteraksi dengan aku je aku rasa...bagi aku penulis blog ni up to date..jenis suka membaca dan juga berfikir.dan paling penting..blog ni banyak sedarkan aku dengan benda yang kadang-kadang kita tak perasan...dan kalau baca blog beliau,aku akan cuba pastikan aku dah solat dulu...=)..

bagi sesiapa yang follow blog ni..aku rasa ramai yang akan setuju dengan aku..yang blog ni diantara blog hebat dan best dan berbaloi untuk anda semua baca..bagi aku blog ni "cukup rasa"...ada cerita kelakar, teguran agama, perbincangan isu semasa, sedih menyentuh perasaan, permasalahan rumah tangga, ayat-ayat (18sx,hehe), ilmu-ilmu kehidupan, dan banyak lah benda yang buat kau untuk berfikir lebih mendalam dan belajar.....kalau sape yang datang blog ni akan perasan dekat sidebar tertulis...."jangan baca blog aku kalau belum solat".dan blog yang aku maksudkan adalah.....


bagi yang belum pernah baca blog ni leh try entry dibawah.aku pilih entry terbaikkk..hehe :

SATU   DUA   TIGA   EMPAT   LIMA  ENAM

tahniah kepada semua pemenang...=)..hadiah yang ditawarkan aritu 3...tapi disebabkan 4 orang yang menang, aku akan bagi dekat semua yang teke dengan betul...so,kepada 4 peserta yang teke dengan betul sila contact aku dengan apa cara sekalipon lalu memberi butiran berikut.
  • nama penuh
  • alamat rumah
  • no telefon
  • saiz t-shirt juga warna yang anda prefer.
terima kasih sekali lagi kepada semua yang dah join....dan mintak maaf kepada yang tidak bernasib baik...bukan tak nak bagi hadiah kat semua...kalau semua dapat..bukan contest la namanya ye tak??hehe...tapi kepada yang nak jugak t-shirt ni..boleh deal dengan aku dibelakang tabir....dan kepada pemenang...aku akan review secara jujrunya dari pandangan peribadi aku tentang blog anda...tapi kepada yang tak nak aku review blog tu....bagi tau siap-siap....hakhak...ok lah....thanks kepada semua pembaca...bolehlah terjah blog KERETA MAYAT tu....terbaikkkkkk.....

-sekian contest ditutup-

Saturday, January 8, 2011

beliau seorang blogger TERHEBAT

aku mula mengenal blog sekitar 2007..menulis secara peribadi dan tak pernah faham apa itu "blogwalking"...dengan kata lain..aku tak baca blog orang yang aku tak kenal..jadi untuk senang faham..masa tu aku menulis blog sumpah macam diari.dan tak pernah tahu yang akan ada strangers komen blog antara satu sama lain.....yang aku tahu orang yang kenal kita je akan baca...baiklah straight to the point....

tujuan aku naik kan entry ni semata-mata nak share kan rasa kagum aku pada "seorang blogger" kepada semua orang di arena blogsfera ni..aku nak orang lain pon turut share rasa kagum mereka terhadap beliau......bagi aku beliau seorang blogger terhebat...sangat sangat hebat bagi aku....beliau mula menulis blog sekitar tahun 2006...dan sehingga hari ini blog itu masih bernafas dengan sihatnya....apa yang buat aku kagum dengan penulisan blogger ni adalah kerana penulisannya sangat sempoi,penuh info, up to date, berkeyakinan, pandai susun ayat, menyeru kearah kebaikan,kene dengan realiti masyarakat kita, kelakar, gurauan dan usikan yang kene tempat, kalau menulis dalam bentuk perlian memang menusuk kalbu , dan beliau bukan menulis buta semata tapi aku rasa macam penulisan tu perlukan sedikit kajian juga ilmu di dada....aku sangat suka effort yang diletakkan pada penulisan di blog beliau....

mungkin ada yang dah kenal sape beliau.dan mungkin jugak ada yang tak pernah kenal beliau.....justeru,dengan itu....aku dengan berbesar hatinya...ingin menganjurkan satu CONTEST dimana syaratnya amat mudah iaitu meneka "siapakah gerangan blogger terhebat" yang aku maksudkan tu....


SYARAT PENYERTAAN amatlah mudah :
  1. teke "seorang sahaja" blogger yang anda rasa dialah yang aku maksudkan terhebat tu di ruangan komen entry ini..diulang ruangan komen entry ni ye...anda boleh serta kan hujah kenapa anda pilih blogger tu...tak nak sertakan hujah pon tak apa..sebab hujah tu tak ada markah ke ape..pemenang hanya berdasarkan ketepatan padu dalam meneka...sape betul teke,menang lah.
  2. buat satu entry di blog anda cakap anda join contest ni...sekadar entry bagitau anda join je tapi jangan plak jawab kat entry tu anda pilih sape...nanti kantoilah..dah tak suprise untuk orang lain nak teke..tak gitu???oh ye, TIDAK PERLU klik butang follow blog ni kalau bukan jenis pembaca tegar blog ni.tidak perlu ye..
  3. lepas tu lengkapkan slogan "blog esoksemalam tak cukup hebat macam blog TERHEBAT tu kerana..."...slogan ni tak ada markah...aku saje je suke-suke...haha.tapi pelengkap penyertaan ni.
  4. kesimpulannya, jawab,buat entry,lengkapkan slogan.cuma 3 langkah sahaja...
oraite itu saja syaratnya....tarikh tutup adalah pada 20 JAN 2011....pada tarikh berkenaan aku akan up kan satu entry menyenaraikan kesemua nama blog yang diteke oleh peserta lalu mendedahkan sape blogger terhebat yang aku maksudkan tu jadik semua orang akan tau lah sape dan kita boleh same-same share rasa kagum terhadap beliau.....aku memang tabik spring,kagum gile dan sangat suke penulisan beliau...anda pula bagaimana??so silalah join dan nantikan kemunculannya pada 20 JAN 2011 nanti.....tapi kalau tak ada sape teke dengan betul...kita akan buat lucky draw sahaja.

HADIAH : 3 orang yang teke dengan tepat akan menerima sehelai t-shirt murah yang bakal diterbangkan dari negara kiwi ini...t-shirt murah itu mungkin akan tertera tulisan Auckland mahupun New Zealand mahupun tertera seekor burung kiwi comel...juga, blog 3 orang yang menang tu akan aku review sejujurnya means secara positive dan negative...review tu sekadar pandangan aku kepada blog pemenang....so,selamat meneka!!senang je ni..join join...

p/s : contest ni buat untuk suke-suke disamping nak share sape blogger tu.

Monday, November 15, 2010

seorang lelaki itu

nama dia cero...tentulah bukan nama sebenar...dia seorang blogger...dan kami tidak pernah bersua muka..cukup sekadar perkongsian tulisan dialam maya..eceh macam pantun dah ni....em,aku lekat kat blog cero ni masa ada satu hari ni aku terbaca kisah dia dan gadis berkasut converse itu....time tuh perjalanan cerita tuh dah pertengahan.jadi disebabkan terlalu rasa macam..."wow this is epic",aku terus baca semua entry berlabel kan "gadis berkasut converse".......cerita cero adalah satu lagi kisah realiti manusia yang buat aku berfikir....everything yang berlaku sangat kebetulan but then still bukan mimpi...semua itu benar-benar berlaku..dan cero terpilih diantara ramai manusia ini untuk memegang watak yang begitu "epic" itu......

secara personal nya aku nak cakap....hidup kau cero banyak sangat kebetulan...bermula dari kisah macam mana kau jumpa gadis tu, berkawan dengan orang kaya yang buat kau rasa rendah diri, terpaksa berhadapan dengan ayah si gadis, moment kau tumbuk tiang marah kan padi,moment padi mintak tolong kau, and so on............kau nak tahu tak cero, dalam hidup ni kita tak jangka sebenarnya benda yang kita tengok dalam drama tv mahupun filem-filem tuh sampai masanya akan jadi kisah kita....menjadi perjalanan yang terpaksa kita lalui...dan time tuh kita bukan sebagai penonton...tapi kita pemegang watak......susah senang,terhimpit sakit semua bergantung pada kita.......

dulu aku keep on asking diri sendiri...why all these thingy happened to me....time tuh aku susah sangat nak terima kenyataan..aku rasa "no,this is not reality..."...aku nak orang cakap apa yang berlaku tu bukan betul..aku nak orang cakap kat aku tu semua drama...yup,..i love to watch malay drama but then please tell me this is not the real one...yang aku kene hadapi..........jiwa hancur masa tuh..mati akal,rasa sedikit hilang iman bila rasa sudah tiada lagi pertolongan...yup,bunyi macam teruk...tapi itu normal..hanya masa akan merawat dan memulihkan segalanya.....cuma kita jangan putus asa je..tak ada orang akan tolong kita kalau bukan kita sendiri yang paksa diri sendiri.......

contest yang cero buat.."wow this is epic" buat aku terfikir bout life..buat aku rasa....cero,apa yang kau lalui dan juga yang  aku lalui semua ni dah cukup epic....dan paling epic....bila aku baca satu entry cero then aku dapat tau......................


kalau siapa yang follow kisah cero dan L mesti rasa macam "adakah cerita cero ni benar-benar berlaku".semuanya kebetulan...nama cero dengan gadis tuh pon sama...( sweet right?)...cara pertama kali terjumpa L, dan sekali lagi pertemuan kedua juga secara kebetulan..dan paling buat aku rasa macam...."cero,bila cerita drama ini akan habis??" bila aku baca kisah muka arwah ibu  L ada iras muka cero bila ayah L tunjukkan gambar pada cero....seriously.........aku tak sabar nak baca lagi kisah-kisah kau.....

dan sebenarnya apa yang berlaku yang kita rasa "eh macam kebetulan pulak", "uhh,nasib baik kan...", or "lucky me"...itu semua adalah perjalanan yang dah ditentukan untuk kita sebelum kita dilahirkan lagi..............kau ada drama kau....aku ada drama aku..dan kamu semua ada drama kamu................dari blogging banyak sangat cerita realiti blogger yang share dengan aku.......ada masa aku akan kupas untuk buat tatapan bagi mereka diluar sana......so,now aku rasa nak masuk plak contest cero tuh..dah alang-alang kan...hehe....

KLIK SINI untuk join contest ni...aku edit gambar atas ni dah lama..cuma hari ni baru aku balik rumah setelah lama membawa diri ketempat lain..so baru dapat upload....and petang ni last paper....dan petang ni housemate saya akan berangkat pulang ke malaysia.....so lepas exan nanti..balik rumah tengok bilik housemate kosong....mungkin hati saya sedikit sayu....sekarang ni pon dah rasa sesuatu yang tak best......i'll gonna miss them........then i'll gonna leave this house soon.......
.