Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

akan dikenang?



petikan yang diambil dari SINI
Kakak T menulis;
“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Di hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.
Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karektor.
Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya di awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya. Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa-biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.
Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula di ajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.
Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.
Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak. Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”
Adakalanya saya bertanya,”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”
Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”
Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoren. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;
“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”
Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.
Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.
Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!
Kakak T sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.
Ratna,
Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.


Salam sayang buat emak, adik-kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka guru nombor satu!
- Rumah kecil di Jabal Ohud -

Monday, October 31, 2011

cekup je bila punye pon.

aku tengah carik mood nak start study untuk next paper tapi kemain susah la kan. ni paper terakhir yang jatuh pada hari terakhir exam yang ramai manusia dah merdeka time tu tapi aku tengah kecut-kecut nak jawab lagi, paper ni penutup tahun terakhir aku kat auckland ni..harapnye begitulah ye dak. ini paper bagi aku tahap dewa punya susah sepanjang zaman pembelajaran aku seumur hidup sampai rasa nak nangis tadah airmata dalam baldi. kalau rebus notes then minum air tu lepas tu  boleh jawab exam walaupun rasa air tu pahit macam taik telinga pon aku sanggup. ekstrem la plak aku describe paper ni. (mase kecik sape tak penah rasa tahik telinga korang tak leh bayangkan perumpamaan aku bina ni.haha)


sambut besday semalam. bukan besday aku.
comel kemain kek ni rase nak cubit-cubit.


mase opening rugby world cup 2011 manusia ramai tak yah jalan diorang
je push kau..memang OH-PENING betul. sekarang RWC da abes da.
all blacks menang time aku ade kat auckland...hoho. epic!

ni kedai mamak yang ade kat auckland. style jugak.
tapi bukan mamak betul.

graduation orang kampung den ni. ehe.

tak ada motif. ni ayam bila tah aku masak.
 aku nampak gambar ni tadi pastu macam terliur.

pertama kali student kawen dekat auckland. akad nikah sume kat sini.

raya taun ni pakai baju biru time raya form 4 kot.

cokelat duit dengan duit betul.
kalau bawak balik ni as souvenir, style jugak aku rase. hehe

ok dah malas da nak upload......
tak lame je lagi dah nak balik.... rindu auckland nanti. aish.

Saturday, January 15, 2011

jangan tergugat ok

bebudak ni sume pergi holiday....pergi tauranga la...pergi cape renga la....nak bbq kat sane la...nak surfing lah....bla bla bla...agak pilu gak lah mase tengok diorang siap-siap nak berangkat ke tauranga semalam....aku tak leh nak ikut sebab bila dah start summer school aritu..weekend aku keje...nak mintak cuti macam segan plak sebab rituh pon cam cuak bagitahu lambat da start class so nak mintak weekend je....so aku pon ape lagi..aha!mari menghiburkan hati sendiri...tahu tak cooking itu terapi jiwa yang terbaik??serioussssss...i do love cooking..=)

so gambar dibawah ini adalah cubaan untuk memasak mussel seperti mussel di sebuah restoran yang terkenal dengan masakan mussel nya...arituh kitorang pergi makan kat sana...dah tuh tetibe aku rasa cam nak try masak mussel cara lain macam kat kedai tu selain dari rebus dan cicah kicap je...em,mussel ni antara makanan feveret aku gak la kat sini....huuu..sedap wehhhhh..... ok tak payah citer banyak la tengok je gambar....nyuuummm.....

1. rebus lah mussel tu kan..bubuh la bunga lawang ke..kayu manis ke..ikut suka.
2. buat sambal die..kire ni main la...kalau sedap sambal,sedap lah keseluruhannya..just gune cili,bawang besar,bawang putih...lepas tu letak sos tiram sikit..letak juga lada putih,cinnamon, dan pape je herba yang anda suke sebagai penyedap rasa.oh lupa air tangan paling penting..haha..


3. dah siap rebus mussel, bukak la mussel tu seperti diatas.
4. letak lah sambal yang dah dimasak keatas mussel itu.

5.potong cheese ikut citarasa lepas tu letak atas mussel.
6. taburkan sedikit black pepper kalau suka.
7.kemudian masukkan ke dalam oven mahupun microwave ikut suka la mane-mane sebab tujuannya hanyalah untuk cairkan cheese yang disusun tadi..boleh siram air rebusan mussel ke dalam cengkerang dia kalau nak...

 DAN HASILNYA............fuhhhhh.....(telan air liur)
nak bagi nama ape ni??
"mussel dikala bosan ditinggalkan kawan pergi holiday"

ok lah sekian dan selamat mencuba.

p/s : mussel ni member aku cakap ade kat malaysia...tapi dulu aku pernah makan lala ngan kerang je kat malaysia tu..bagi aku lala ngan mussel ni lain....kat malaysia kat mane ade ek?