Monday, January 31, 2011

shark depan mata

sekarang jam 1.18am waktu auckland.baru lepas siap asignment,esok submit.tahniah.

hari ini public holiday sempena auckland anniversary..setelah menghabiskan waktu weekend dengan bekerja sebagai housekeeping..hari ini aku berkesempatan keluar...seriously auckland city agak penuh dengan manusia...namun tidaklah sesibuk kota raya kuala lumpur...sempena auckland anniversary ni banyak jugaklah event yang ada disekitar city....ramai orang,banyak performance, banyak manusia pelik,dan juga seafood festival...kaki kami memilih untuk melangkah menuju ke seafood festival....selamat menikmati gambar.

tempat kejadian : seafood festival,Te Wero Wharf, Auckland Habour.
tarikh kejadian : 31 Jan 2011


ANTARA YANG BERJAYA KAMI MAKAN:

 squid ring : $5

lobster a.k.a giant prawn : $20 (half)

mussel fritters : $7

 salmon kebab : 2 for $5

skewed prawn : 2 for $5

steam sweet prawn : $3

lagi gambar sekitar seafood festival....


Sunday, January 30, 2011

nota kecil untuk kamu

dear penulis,
 ye kamu yang sedang menulis..

macam mana Allah nak makbulkan doa kamu, 
sedangkan kamu hamba yang ingkar lagi bongkak...
bahagia itu datang dan pergi kerana turun naiknya iman kamu.....
bahagia itu siapa yang beri?
bahagia itu siapa yang ambil kembali?
kamu percaya tak yang kamu tak kan bahagia,
apabila kamu tidak kejar cintaNya....

padan muka kamu. 
padan muka kamu.
padan muka kamu.
padan muka kamu.

kamu, ini nota kecil untuk kamu yang besar isi tersiratnya.
kamu jangan buat-buat bodoh tak faham.
ye, untuk kamu la yang menulis ni..siapa lagi.

Thursday, January 27, 2011

rasa tu semakin kuat...some more days...

aku dah tak nak menulis dekat sini lagi.
yup,rasa tu makin kuat...
and maybe some more days...then "you" will be gone...

"you" give me so many friends,
then "you" took them away day by day...
few hours,few days,few months...
all of them gone one by one..
nothing left for me..
how can "you" become so unappreciated like this?

"you" made people love to discover me..
also, "you" made people trying so hard to dump me,
that's life aite?
life - story of up and down..everyone knows.

"you" need some space to be left alone for a while?
what space for?
come on, face the truth.
yes, she does.

p/s : you - esoksemalam.

Tuesday, January 25, 2011

ma petite soeur, this is for u.

ma petite soeur = my little sister.

tomorrow ada listening test for french...semoga gelombang bunyi juga frequency yang bakal berpadu dengan lubang telinga aku nanti berjaya menghasilkan satu hubungan intim yang berkesan agar dapat dianalisis tanpa was-was oleh sel neuron otak....juga diharapkan agar spinal cord dan cerebellum dapat berfungsi semaksima yang mungkin..so that test esok bakal dilangsaikan seperti makan kacang mahupun kuaci bunga..oh tidak dilupakan juga kepada basal ganglia yang membantu untuk regulate automatic movement dalam diri manusia....whatever lah kan...jangan tanya aku lelebih pasal fungsi dan bahagian otak sume ni....dukacita jugak lah nak cerita pasal otak,muscle or energy sume ni sebab test minggu lepas agak terkandas jugaklah di pertengahan jalan.....u know what people, i really hate multiple choices question..maybe some of u will say like "MCQ?ala senang.. jawab je ...salah satu tu mesti jawapan punya."...oh yeahh..but serious shit i don't really think that MCQ exam will be easier...not at all...ok,let say the question sound like this :

"Natural selection for reproductive fitness and not for longevity,is the definition of which theory of aging??"

A - free radical cell senescence
B - neuroendocrine
C - gene regulation 
D - evolutionary 
E - all of above

first of all aku bukan student medic...dan tahniah lah kepada yang buat soalan..aku memang paling tak suke kalau wujud jawapan yang macam E tu...serious menyusahkan dan memporak perandakan perjalanan otak time jawab exam..MCQ serious susah bagi aku...once kau salah...kau  semestinyalah salah dan tak bleh nak consider sikit pon...at least kalau soalan bukan MCQ tu kite leh doa lagi bagi pemeriksa lembut hati ke, pemeriksa terpikat dengan tulisan ke,erk erk ok tak...i mean macam MCQ ni snanye killer gak la.dan aku tetap rasa MCQ susah even ada yang cakap senang sebab dah ada jawapan.celah mane ada jawapan bagi tau sikit?

berbalik pada tajuk entry...

mungkin ada diantara family mahupun sedara mara yang admire aku...ok aku cakap kat sini mungkin...bukti kenapa aku berani cakap mungkin adalah seperti berikut :
  • makcik aku : "apa nak jadi ngan kau ni long..cubalah rajin sikit boleh jadik macam kak ieqah tu",marah makcik aku pada anaknya.
  • anak buah aku : "abang nak nek kapalebang macam cik kah".
  • abah aku : "asik tengok tv je pergi amik buku tanya kak ieqah mane tak paham", marah abah aku kat adik aku.
  • kata aku : "sume orang diatas tak payah lah jadik macam aku...please....jadik lah lain sebab zaman kegemilangan aku sudah lama jatuh ditelan memori luka.fullamak kan..ape kate jadik semut ke?semut rajin taw...".

dapat ape yang aku nak sampaikan??dan mungkin yang terakhir sekali adalah monolog dalaman adik aku yang mungkin berbunyi (sebab aku tak dengar kan), "kalau boleh aku pon nak jadik macam kak ieqah,belajar jauh-jauh....bla bla bla.."..(tambah lah dialog sendiri)...so,diringkaskan...akak aku dan adik aku dua-dua masuk sekolah asrama lepas tu menangis meroyan nak balik rumah..ape kes??ciss tak cool langsung,kot iye pon... nangis lah senyap-senyap dalam toilet macam aku..haha...ini tak, nangis berguling-guling hentak kaki  sume sebab tak nak duduk asrama...oooohhhh....serious ke ini adik ngan akak aku ni??(penulis seakan tak percaya).

dipendekkan cerita, adik aku lepas pmr mula pasang niat nak jadik macam aku lah kononnya nak berjauhan dengan family untuk bersekolah di JOHOR...lalu mendaftarlah makcik tu kat sekolah di johor tu minggu lepas.mungkin dengan bersekolah disana dia fikir dapat menebus balik airmuka yang jatuh menangis masuk asrama masa form1 dulu dan mungkin juga mahu menukar tanggapan aku dan sesape je yang rasa die tu lembik.haha...ok tak pe aku cakap "dik,we will see..jangan menangis sebaldi lagi sudah.johor tu lagi jauh dari sekolah yang kau meraung nak balik dulu tu...so betul ke tindakan?".....bla bla bla...die pon dengan rasa cool dan konon macho berkeras mahu melangkah pergi juge...ohhh sile-sile...

so 2 hari lepas mak aku call.....katanya adik aku menangis nak balik tak nak dah sekolah kat sana...katanya susahlah,tak boleh tidur la,air tak de la, tak best la, bla bla bla..biasalah kalau dah tak suke banyak lah alasan kannnn....so,ape cter sekarang???kepada adik aku, meh kakak mu nak pesan...

"nak jadi macam aku, tak semudah yang kau sangka.belajar lagi dik".

Monday, January 24, 2011

hey loser, this is your flight ticket.

tak gila pon perbuatan aku tu.maybe hobi?

cuma bila aku rasa homesick sangat-sangat dan macam tetibe rasa sunyi lepas tu mula lah fikir tentang perjalanan hidup itu ini,duduk bersendiri tahan rasa sebak....time tu mula lah kenangan lama, bahagia lama, cerita lama dan problem hidup masa kini sibuk datang ketuk-ketuk berpusu-pusu nak masuk ruang fikiran  lalu bawak hati aku ke satu tempat yang dinama kan "loser"...time tu aku akan bukak sume flights website untuk tengok tiket-tiket dari Auckland ke Kuala Lumpur.......mane tahu ada tiket murah...aku dah merancang mahu pulang ke Malaysia sejurus abes exam summer school ni...maybe 15 Feb-27 Feb aku akan berada di Malaysia..12 hari???gile...berangan jauh sangat kau ni fika......macam ade duit kau tu...lempang pipi tu sikit kasi sedar.dah,lupa kan je la.

hampir 1 jam...aku tutup kembali semua website.
rindu jugak ni. last balik dec 2009..sekarang 2011.cepatnye.

esok-esok kalau kepala hotak aku melawat ruangan "loser" lagi aku akan datang kembali tengok tiket-tiket...lepas tu berangan.....tapi "buat ape pon kau nak balik malaysia??".....balik pon takkan mengubah pape....balik pon takkan bawak kau keluar dari ruangan "loser" tu....balik pon takkan kembalikan diri kau yang dulu....balik pon takkan dapat ape yang kau impikan.....senang citer everything still at the same place where u won't it to be there....hmm ok.

tapi....

balik malaysia aku boleh cium tangan mak abah aku...aku boleh tengok mak abah aku...aku boleh dengar mak aku bercerita dan kadang-kadang cuba sehabis baik untuk buat lawak untuk buat aku tersenyum...tapi still gagal...but then aku akan hadiahkan jugak senyuman, the fake one..abah aku pon sama, cuba sehabis baik tanya aku "ieqah nak makan ape??nanti abah carikan.."...semata-mata untuk kembalikan anak die yang ceria dan kuat tu...bila balik kampung, nenek aku pon berperangai sama....peluk aku lepas tu nangis...apesal  nenek aku ni??...aku senyum kelat...."wan sehat??"....wan aku angguk-angguk lepas tu cium pipi aku sampai nak naik lemas gak la.....makcik-makcik aku, along aku, anak buah aku...semua orang pon trying so hard to please me....yeah i appreciate that....dan aku harap sume orang juga berpuas hati  dan appreciate senyuman dan keriangan yang aku bagi....yeah, the fake one.

mana nak carik ketenangan ni??Malaysia?Auckland?
NOPE.

jawapan die atas sejadah mengadap kiblat.everywhere..incredible kan?

conclusion: hey loser, no flight ticket for u....stay there and fighting!

Saturday, January 22, 2011

awak teman tidur saya

lebih kurang 10 jam awak hilang dari pandangan saya.....
saya pilih untuk bersendiri malam ini.....
saya seakan bersedia untuk tidur ketika itu..
saya pandang ruangan kosong disisi saya....
lalu tangan saya laju menaip di ruangan "dinding muka buka" itu....

"toleh kekiri...ku sedar tiada lagi teman malam ini...awak tidur jauh disana...awak,saya sudah mula rindu awak....take care Naima Rahman........"

tak nangis.
cuma sebak.

macam budak baru

manusia berubah.zaman berubah.citarasa juga makin berubah.kehendak itu ini semua sibuk mahu dipenuhi.kadang-kadang sampai tak sedar itu semua duniawi...hey mari bermonolog dengan diri sendiri...perlu diajar diri dan berbicara dengan hati itu dalam diam sunyi...jangan sampai terlupa tersasar jauh dari tujuan wujudnya satu jasad yang berdiri.

"tudung yang kau pesan tu da tak banyak lah ieqah,along beli yang ada je.tak banyak pilihan da.tahu tak makcik tu cakap itu fesyen lama orang dah tak pakai dah...", teringat message along bulan lepas.

"tudung yang kau pesan tu aku tak beli.tak jumpa la....", kata member.

"weh sekarang aku da tak pakai da tudung macam kau...", message si adik.

aku jenis yang susah untuk terima benda baru. mungkin itu boleh dikategori kan sebagai satu lagi kelemahan aku selain kelemahan susah untuk buat keputusan..mungkin orang yang susah untuk terima benda baru tu adalah mereka yang tak berani amik risiko..dan aku rasa aku termasuk dalam golongan tu...dari sekecil-kecil benda sampailah sebesar-besar benda...aku selalu akan teragak-agak...bak kata pepatah "afraid of step forward".....eh macam tak kene je??haha...ok-ok balik pada tujuan entry ni..sebenarnya makin hari aku makin dibelenggu dengan masalah tengok perempuan-perempuan berfesyen...sebenarnya aku tak kisah pon mereka nak pakai shawl..or nak pakai yang macam kek lapis..nak pakai yang tingkat-tingkat,lilit-lilit...nak pakai yang wateva je la fesyen yang kadang-kadang sampai aku rasa "wow".tapi masalahnya...aku nak seru semua makcik-makcik yang ada kedai tudung agar kekal kan lah tudung-tudung yang lama jugak.so that kami ada pilihan..citarasa manusia tu kan berbeza..takkan lah kau suka makan ayam seumur hidup kau dan kau nak hapuskan lembu sebab kau tak makan lembu?(ok abaikan contoh ni macam tak kene je).haha.

bagi aku ini fenomena yang melanda seluruh kaum hawa dekat malaysia...dan aku yang berada jauh dibumi Auckland ni tak terasa sangat fenomena nye..cuma adalah tempias sikit-sikit...bila aku tengok gambar kawan-kawan aku dan blogger-blogger kat malaysia yang bagi aku 80% dari mereka dah berubah pada fenomena shawl ni...but then,aku still stick pada tudung bawal biasa yang plain or bunga-bunga tu (dah makin pupus dipasaran)..lepas tu pakai simple gile tak berfesyen macam orang lain...benda ni kadang-kadang buat aku rasa "iskkk serabut nye nak balik malaysia..."..alasannya adalah kerana bila balik malaysia nanti aku akan dikelilingi dengan mereka yang "wow"...

sebenarnya aku tak nak pakai shawl sebab aku rasa aku nampak pelik.dan aku rasa bentuk muka aku ni tak sesuai langsung lagi-lagi aku pakai spec..dan aku rasa macam susahnyeee nak lilit-lilit macam itu ini...macam banyaknya masa nak diperuntukkan................haha....tapi tapi tapi....hari ni aku pergi uni nak buat assignment aku try lah pakai shawl...eheeemmmm......tapi aku pakai shawl gaya yang memule dulu orang baru nak kenal shawl ni....so kira orang dah jauh ke arah "wow" aku baru nak mula...aku rasa bukan sebab aku nak..tapi aku macam didorong oleh keadaan dan situasi sekeliling....so aku try......keluar-keluar bilik member nampak dan berkata...

"ok je.nampak macam budak baru.....hye boleh berkenalan?"
ciss ngade-ngade punya budak.

p/s : kalau ada persatuan 'hidup tudung bawal', aku nak jadi president.boleh?

Thursday, January 20, 2011

beliau blogger TERHEBAT (result)

p/s : maaf atas kelewatan untuk naikkan entry ni.busy sikit arini.aku pon tak cakap kul bape kan.hehe

terima kasih aku ucapkan kepada semua peserta yang dah memeriahkan majlis.....berikut adalah senarai peserta juga blog yang diteke oleh mereka.....
  1. mieza ---- blog yang diteka ialah ---- CGG  (accepted)
  2. seroja jingga ---- blog yang diteka ialah ---- AJ Nismihan (maaf,syarat tak dipenuhi)
  3. yobsumo ---- blog yang diteka ialah ---- cakapwa (maaf,syarat tak dipenuhi)
  4. iffat ---- blog yang dipilih---- kereta mayat  (accepted)
  5. farahmoque ---- blog yang dipilih ---- frodo baggins (accepted) 
  6. marsita mohamed ---- blog yang dipilih ---- faisal tehrani (accepted)
  7. bibie ---- blog yang dipilih ---- hanis zalikha (accepted)
  8. al-azim harun ---- blog yang dipilih ---- kereta mayat (accepted)
  9. annie ---- blog yang dipilih ---- kereta mayat (accepted)
  10. eiffel ---- blog yang dipilih ---- kereta mayat (accepted)
minat,juga citarasa manusia itu berbeza...dan mungkin reason kenapa dan mengapa aku nobatkan beliau sebagai penulis hebat tak sama dengan kau orang punya reason...yelah bak kata pepatah "tak sama taste"...so mungkin banyak lagi blog-blog lain yang hebat bagi anda semua..ikutlah citarasa masing-masing...so kalau sudi bolehlah dishare bersama dengan aku...tapi bagi aku,beliau lah blog paling aku suka..kira macam first place carta aku lah....aku start baca blog ni sekitar tahun 2007...entry-entry blog tu kalau aku baca aku akan cakap.."serious buat homework penulis ni"....bukan tu je blog tu jugak mampu buat aku nangis,ketawa,senyum kecil, juga berfikir dengan entry-entry die...ayat-ayat sindiran pon kadang-kadang rasa cam terkena dekat aku....dan cara beliau olah entry serious kene dengan jiwa aku.best.....macam sedang berinteraksi dengan aku je aku rasa...bagi aku penulis blog ni up to date..jenis suka membaca dan juga berfikir.dan paling penting..blog ni banyak sedarkan aku dengan benda yang kadang-kadang kita tak perasan...dan kalau baca blog beliau,aku akan cuba pastikan aku dah solat dulu...=)..

bagi sesiapa yang follow blog ni..aku rasa ramai yang akan setuju dengan aku..yang blog ni diantara blog hebat dan best dan berbaloi untuk anda semua baca..bagi aku blog ni "cukup rasa"...ada cerita kelakar, teguran agama, perbincangan isu semasa, sedih menyentuh perasaan, permasalahan rumah tangga, ayat-ayat (18sx,hehe), ilmu-ilmu kehidupan, dan banyak lah benda yang buat kau untuk berfikir lebih mendalam dan belajar.....kalau sape yang datang blog ni akan perasan dekat sidebar tertulis...."jangan baca blog aku kalau belum solat".dan blog yang aku maksudkan adalah.....


bagi yang belum pernah baca blog ni leh try entry dibawah.aku pilih entry terbaikkk..hehe :

SATU   DUA   TIGA   EMPAT   LIMA  ENAM

tahniah kepada semua pemenang...=)..hadiah yang ditawarkan aritu 3...tapi disebabkan 4 orang yang menang, aku akan bagi dekat semua yang teke dengan betul...so,kepada 4 peserta yang teke dengan betul sila contact aku dengan apa cara sekalipon lalu memberi butiran berikut.
  • nama penuh
  • alamat rumah
  • no telefon
  • saiz t-shirt juga warna yang anda prefer.
terima kasih sekali lagi kepada semua yang dah join....dan mintak maaf kepada yang tidak bernasib baik...bukan tak nak bagi hadiah kat semua...kalau semua dapat..bukan contest la namanya ye tak??hehe...tapi kepada yang nak jugak t-shirt ni..boleh deal dengan aku dibelakang tabir....dan kepada pemenang...aku akan review secara jujrunya dari pandangan peribadi aku tentang blog anda...tapi kepada yang tak nak aku review blog tu....bagi tau siap-siap....hakhak...ok lah....thanks kepada semua pembaca...bolehlah terjah blog KERETA MAYAT tu....terbaikkkkkk.....

-sekian contest ditutup-

Wednesday, January 19, 2011

because of you, i do hate 'tomorrow'.....

ini adalah entry khas untuk "AYAM CANTIK" yang pernah diceritakan di entry sebelum ni...

betapa aku ingin sekali melambatkan detik waktu...agar hari esok terasa masih jauh untuk tiba...hakikatnya, sesaat itu tidak akan sesekali dilambatkan, dan masa itu sendiri tidak mampu kita undur...semuanya akan terus berlalu tanpa berhenti sedikit pon...kita tiada kudrat..lalu betapa terasa lemahnya manusia seperti kita yang tidak mampu menahan sebuah perpisahan.....kita tiada kuasa.lalu kita akur....

aku doakan perjalanan kau yang seterusnya dipermudahkan...esok kau akan melangkah pulang...meninggalkan seribu kenangan di tanah Auckland ini....walaupun umur kita berbeza, walaupun kita tak belajar dalam kelas yang sama, juga tak pernah terfikir dek akal kita yang kita akan ukir suka duka bersama ...dan walaupun mengenali kau terasa seperti terlalu singkat... tapi percayalah..persahabatan ini punya ertinya tersendiri....know them,and keep them....(uhuu..kurang lagi warga Auckland...)....selamat pulang ke tanah air kawan...

" i love u.. "


-have a safe journey-
=)

Monday, January 17, 2011

tiba dipenghujungnya...

Dear Julie,
I am formally writing to notify you that I am resigning from Copthorne Hotel Harbour city as room attendant. I intend that on 27 Feb 2011 will be my last day of employment and wish to leave on good terms...

Thank you for the great opportunity to work with such an enthusiastic and productive group of people. I have really enjoyed my time here to gain new experiences and learnt a lot about housekeeping works.I will be forever grateful for the friendship and support I have received over the periods working at this hotel.

(kenangan terindah bakal tiba dipenghujungnya....)
=)

Saturday, January 15, 2011

jangan tergugat ok

bebudak ni sume pergi holiday....pergi tauranga la...pergi cape renga la....nak bbq kat sane la...nak surfing lah....bla bla bla...agak pilu gak lah mase tengok diorang siap-siap nak berangkat ke tauranga semalam....aku tak leh nak ikut sebab bila dah start summer school aritu..weekend aku keje...nak mintak cuti macam segan plak sebab rituh pon cam cuak bagitahu lambat da start class so nak mintak weekend je....so aku pon ape lagi..aha!mari menghiburkan hati sendiri...tahu tak cooking itu terapi jiwa yang terbaik??serioussssss...i do love cooking..=)

so gambar dibawah ini adalah cubaan untuk memasak mussel seperti mussel di sebuah restoran yang terkenal dengan masakan mussel nya...arituh kitorang pergi makan kat sana...dah tuh tetibe aku rasa cam nak try masak mussel cara lain macam kat kedai tu selain dari rebus dan cicah kicap je...em,mussel ni antara makanan feveret aku gak la kat sini....huuu..sedap wehhhhh..... ok tak payah citer banyak la tengok je gambar....nyuuummm.....

1. rebus lah mussel tu kan..bubuh la bunga lawang ke..kayu manis ke..ikut suka.
2. buat sambal die..kire ni main la...kalau sedap sambal,sedap lah keseluruhannya..just gune cili,bawang besar,bawang putih...lepas tu letak sos tiram sikit..letak juga lada putih,cinnamon, dan pape je herba yang anda suke sebagai penyedap rasa.oh lupa air tangan paling penting..haha..


3. dah siap rebus mussel, bukak la mussel tu seperti diatas.
4. letak lah sambal yang dah dimasak keatas mussel itu.

5.potong cheese ikut citarasa lepas tu letak atas mussel.
6. taburkan sedikit black pepper kalau suka.
7.kemudian masukkan ke dalam oven mahupun microwave ikut suka la mane-mane sebab tujuannya hanyalah untuk cairkan cheese yang disusun tadi..boleh siram air rebusan mussel ke dalam cengkerang dia kalau nak...

 DAN HASILNYA............fuhhhhh.....(telan air liur)
nak bagi nama ape ni??
"mussel dikala bosan ditinggalkan kawan pergi holiday"

ok lah sekian dan selamat mencuba.

p/s : mussel ni member aku cakap ade kat malaysia...tapi dulu aku pernah makan lala ngan kerang je kat malaysia tu..bagi aku lala ngan mussel ni lain....kat malaysia kat mane ade ek?

Thursday, January 13, 2011

my first crush..eheeemmm.....

p/s : bila ramai buat tag pasal first crush ni...so aku pon saje je ngade-ngade nak join.

Al-kisah....(ok tengok gamba dulu amik feeling,heh kononnya).

Queenstown,New Zealand -April,2010-

nak cakap first crush macam geli lah plak..hehe...so apa kata aku tulis dalam bentuk cerpen pendek ala-ala cerekarama sket.....3, 2 ,1 action!

[tahun 1970]
petang itu cuaca seperti biasa agak panas..terasa begitu terik amat mendahagakan..Lisa (bukan lisa surihani) masih setia menanti ibunya dibawah pohon rendang itu.sudah jadi kebiasaan anak kecil itu menanti ketibaan kereta merah milik ibunya."nanti lepas tadika duduk bawah pokok tu  jangan pergi mane-mane macam semalam susah mak nak nampak nanti",masih terngiang-ngiang pesanan ibunya Puan Senah pagi tadi.kejap-kejap anak mata lisa dilarikan ke arah pergelangan tangan tanda ibunya lewat tiba.padahal bukan ada jam pon kat tangan tu.biasalah budak-budak imiginasi tinggi kononnya.namun tanpa disedari gelagatnya dari jauh diperhatikan oleh sepasang mata milik Adi...senasib dengan Lisa, Adi juga terpaksa menanti kehadiran orang tuanya...bagi Adi menanti ibunya yang lewat tiba bukanlah sesuatu yang membebankan asalkan dia punya kesempatan untuk memerhatikan Lisa,anak kecil kacukan pakistan korea itu...eh tipu je.Lisa melayu tulen mana ada kacukan.hakhak.

hiasan tak seberapa

"mak nak 50 sen nak beli kacang tu", pinta lisa perlahan...
"cepat sikit mak tak boleh parking lama dekat tepi ni..kalau ramai tak payah beli",pesan Puan Senah..itulah diantara hobi lisa selepas habis kelas...tak beli kacang,dibelinya aiskrim....dan sekali lagi tanpa disedari gerak gerinya deperhatikan oleh Adi dari jauh satu persatu...dalam diam Adi suka perhatikan lisa...dalam diam juga Adi mengagumi kehebatan lisa..setiap tahun lisa saja yang merangkul gelaran pelajar terbaik ditadikanya..setiap tahun lisa saja yang mendapat tempat pertama didalam kelas...Adi sedikit cemburukan lisa namun masih suka perhatikannya.....ehem.

***************
[tahun 1972]
Adi nampak sedikit riang pada hari pendaftaran pagi itu setelah terlihat kelibat lisa bersama ibunya sedang beratur dihadapan kelas 1 Mawar.
"yess..satu sekolah lagi...harap-harap dapat satu kelas",bisik hati anak lelaki itu..dipasangnya sebuah harapan untuk sekelas dengan lisa lalu dengan itu dia tekad untuk menjawab ujian pembahagian kelas sehabis baik.Adi tersenyum.

[tahun 1973]
kelas 2 Mawar sedikit riuh tanpa kawalan guru..ada yang bergurau senda,ada yang berlagak seperti guru,ada yang menconteng papan hijau,dan ada jugak yang berlagak macam best student.study konon...eceh..lisa salah seorang yang berlagak macam cikgu tu...ntah kenapa jika tiada guru yang masuk kekelasnya,dia lebih gemar duduk dibahagian meja guru sama ada membaca buku mahupun sekadar memerhatikan sekeliling kelas...
"Lisa!!cikgu datang!!", jerit Afiq iaitu pelajar paling nakal dikelasnya..
"eleh...tipu....sibuk lah kau Afiq!",jeling lisa.
"wohh garangya..garang-garang macam ni pon Adi suke ek?",usik Afiq sengaja..lisa senyap tanpa membalas.
"lisa,kau nak tau tak yang Adi kan suke kau..",jelas Afiq sambil tersengih-sengih.

sejak dari peristiwa berita yang disampaikan oleh Afiq itu..Lisa terasa kurang selesa apabila ramai rakan sekelasnya seringkali menyakat lisa bersama Adi...dan sejak dari kejadian itu...lisa mula perhatikan siapa Adi yang dimaksudkan Afiq...dari jauh lisa memerhatikan gerak geri Adi...

***************
[tahun 1974]
tahun ini merupakan tahun penting bagi pelajar tahun 3 sekolah kebangsaan pokok kelapa dimana ujian  penilaian tahun satu bakal diduduki....dari jauh lisa kelihatan tekun menyiapkan latihan.
"haiii lisa.....tak payah lah rajin sangat...kau nak ke lulus ujian tu lepas tu lompat kelas?",tanya Tini.
"ntah lah..dah abah aku belikan buku latihan ni..aku buat je la..susah plak tu...",rungut Lisa.
"tak best lah kalau kau lompat kelas nanti..dah tak same ngan kitorang..nanti Adi pon sedih tau...",Tini mula ketawa kecil menyakat lisa.

dalam diam Lisa tersenyum..dia sudah mula suka untuk mendengar nama Adi..Lisa saje je buat-buat marah kalau kene match kan dengan Adi..sebenanrya die ok je...Adi pon nampak baik dimata lisa..dalam diam Lisa pon dah pandai perhatikan Adi dari jauh...dasar cinta monyet.

***************
[tahun 1976]
Lisa tersenyum puas apabila mendapat keputusan cemerlang dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh.dia terasa gembira apabila dapat memenuhi hasrat ayahnya En.Amir agar dia diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.selepas lulus PTS dan berjaya lompat kelas 2 tahun yang lalu, lisa sudah semakin jauh dengan rakan sekelasnya dari 3 Mawar dan semestinya kisah Adi juga sudah semakin sepi ditinggalkan waktu....dan nama Adi itu sendiri makin pudar apabila bermulalah kisah lisa di alam sekolah menengah.............selamat tinggal sekolah kebangsaan pokok kelapa..selamat tinggal Adi..

bla bla bla bla bla bla....[panjang sangat cerita ni]

****************
dipendekkan cerita...
[9 tahun selepas tahun 1976,di suatu hari..]
jangan tanya macam mana di tahun 1985 lisa dan adi berbicara soal kehidupan baru masing-masing sebab kalau nak tulis sini panjang sangat dan banyak konflik...so berbual lah mereka pasal itu ini termasuklah soal hati....eceh.

"lisa,dulu kan time tadika aku selalu tengok kau beli kacang lepas sekolah...",terang Adi.
"yeke??haha...apesal kau tengok aku..memalukan je tahu",eleh poyo je lisa ni.
"em lisa terus terang lah aku nak cakap..dulu time sekolah aku pernah suka kau...aku admire kau..kau pandai,rajin...aku selalu cuba nak jadik macam kau...tapi lepas kau lompat kelas...aku dah tak boleh nak lawan kau...kau dah jauh satu tahap dari aku mase tu....",terang Adi membuatkan lisa terpaku walaupun lisa dah tahu sebenarnya Adi pernah sukakan dia.

"lepas kau masuk sekolah menengah..lagilah langsung tak nampak kau dah...kita dah bawak haluan yang berbeza...tapi kau nak tau tak...aku rasa sedikit frust bila satu hari aku nampak gambar kau dalam wallet abang aku...........time tu aku cam sedih....ye la pompuan yang aku suka tapi dah jadik milik abang aku....aku agak frust time tu tapi aku senyap-senyap je la sebab time tu kau pon dah jadik awek abang aku...takkan aku nak kacau plak kan..hehe.",jelas Adi.

hari ini semua itu sudah tinggal kenangan....Lisa dan Adi masing-masing bawa haluan sendiri...walaupun Lisa tidak berkesempatan untuk menjadi sebahagian dari keluarga Adi...walaupun Adi tak sempat untuk jadi "adik ipar" Lisa, namun hubungan Lisa dan Adi seperti adik beradik....ibu Adi terutamanya amat menyayangi Lisa sama seperti anak-anaknya yang lain....begitulah berakhirnya first crush Lisa.begitu epic.semoga Adi,juga abang Adi dan seluruh keluarganya dirahmati...

Lisa akui gagalnya hubungan 7 tahun bersama abang Adi memberi kan kesan pada perjalanan hidupnya..namun gadis itu makin matang dan tabah dalam mengharungi apa jua  jenis ombak yang datang memukul tebing hidupnya.."hey Lisa..nothing to be regret..just appreciate all the memories..."..=)

-TAMAT-

Wednesday, January 12, 2011

tapi kau kena ingat...

 p/s : kisah yang direka 2 bulan yang lalu (baru nak publish hari ni) dan tiada kiatan dengan sesiapa yang pernah hidup.

"leha!! janganlah jalan laju sangat....",fasha sandha berlari-lari anak mengejar leha....hampir terpelecok kakinya dek kasut tumit tinggi bewarna merah hati itu....leha berjalan laju umpama sedang bertanding di sukan komenwel,new delhi....dia sudah bosan dengan isu yang bakal diperkatakan fasha sandha...namun perlahan gadis itu bersuara....

"aku tidak cantik macam kau fasha....kau cantik...even perangai kau ramai yang meluat pon...abang jejai still angkat kau tinggi setaraf bidadari kayangan.....aku kesal fasha...makin lama manusia suka pertaruh kan kecantikan untuk kesempurnaan hidup...dan aku tak ada semua tu....kalau lah aku cantik dari kau...dah lama aku plak goda abang jejai kau biar kau rasa sikit hancurnya hati seorang perempuan....masalahnya kau tak rasa semua tu.....dan aku tak sebusuk hati begitu..."

fasha sandha tunduk hampir menangis dek perlian leha...namun semangat diva perfilemen tanah melayu yang pernah dipegangnya suatu ketika dulu...fasha tahankan juga airmata itu.....kembali dia terus bersuara....."leha....kecantikan itu bukan pada paras rupa saja tau...kalau tak ada jodoh...tak kemana juga.."..

"kau tipu fasha!!aku tahu itu semua dialog dalam filem lakonan kau saja...usah dibisikkan pada aku..ini realiti fasha!!ini realiti..realitinya perempuan kurang cantik macam aku ini seringkali dicurangi..dikhianati....mereka lupa pada aku yang masih punya hati walaupun aku tidak punya kecantikan seperti kau....kalau aku cantik macam kau fasha...mungkin majlis perkahwinan itu tidak dibatalkan secara tiba-tiba....dan aku masih tertanya kenapa lelaki itu mengkhianati aku....",leha akhirnya kalah pada emosi.

"leha..." panggilan fasha sandha terhenti apabila leha memotong bicaranya.."cukuplah fasha...aku tahu orang macam aku selalu disakiti..dan perempuan cantik macam kau akan sentiasa disanjungi..baik dimata seluruh manusia walaupun hakikatnya kau banyak cacat cela...dan paling penting....lelaki akan menyayangi kau dan setia pada kau...kerana kau perempuan cantik.itu bezanya dengan aku fasha....",panjang lebar luahan leha...dah macam  cerekarama tv3 hari sabtu pukul 10 pon ada...

"leha!!dengar aku nak cakap...please!!biasalah leha..semua orang pon sukakan kecantikan..kesempurnaan..tapi kau kene ingat..semua yang berlaku ada hikmahnya...Allah Maha Mengetahui dan ini mungkin yang terbaik untuk kau...bersangka baik pada Allah Leha!!!.mana tahu kalau kau kahwin dengan lelaki tuh..kau bakal dapat anak cacat ke......kau tak fikir ke semua tu??dan Allah tahu keupayaan kau untuk harungi kehidupan..dia tarik lelaki itu dari kehidupan kau agar kau tidak terbeban oleh sesuatu yang tak mampu kau tanggung...fikir panjang sikit leha.....dan ujian semua ni adalah untuk kau kutip pahala sebanyaknya.....",akhirnya terburai juga kehebatan fasha sandha dalam menceramahkan orang.....

leha tertunduk..lalu membisu.....

Monday, January 10, 2011

bukan love story

Bonjour..comment ca va?..J'espere que tu vas bien...(eceh,poyo gile..padahal tak hebat mana pon)...Si,tu es occupee??oh kalau anda "occupee" (mungkin ada yang akan menjengah google translator??) ,penulis menasihatkan anda agar tidak membuang masa untuk membaca entry ini kerana entry ini bukanlah love story...

Dear blog,
sebenarnya perasaan saya suram sangat sekarang....suram ,kelam,kelabu dan seangkatan dengan semua perasaan negative yang ada dalam dunia ni....tapi tapi tapi...saya tak tau nape saya lebih suke berdiam diri dan menulis blog,dan buat seperti tiada apa pon masalah yang timbul dan berusaha keras untuk tunjukkan yang saya tersenyum girang...susah tahu??blog,bila saya sedih...saya sudah jadi semakin sukar untuk bercerita dengan sesape pon tentang perasaan saya..saya lebih suke pendam,diam dan peram...perap pon boleh lah..(macam perap ayam nak buat bbq tu)......blog,saya rasa sebab terlalu banyak menangis pada tahun 2009 diikuti hari-hari tertentu di 2010 membuatkan saya semakin sukar untuk menangis di 2011...airmata saya tak terkeluar tapi dalaman saya terasa pedih....blog..................adakah awak rasa luahan saya ini terlalu sastera??(haha).

Dear fika, (juga kepada sesape je yang nak jadi fika)  
lumrah perempuan itu hatinya lembut,perasaannya mudah tersentuh airmata menjadi peneman jiwa...jangan dimarah perempuan yang menangis,jangan dipandang rendah pada airmata yang gugur...namun menangislah berpada-pada..agar suatu hari airmata itu boleh tumpah untuk sesuatu yang lebih bermakna....ingat sini fika...disaat kau bahagia,hadirkan kenangan duka kehidupan justeru kau akan belajar bersyukur...dan disaat kau bersedih..hadirkan kenangan bahagia kau agar kau tidak lupa bagaimana rupa sebuah senyuman....

ok cukup.mari kita bercerita secara random.....
  1. semalam,masa sedang tunggu bas untuk ke tempat kerja datang seorang jejaka,eh lelaki dewasa yang berumur 33 tahun berasal dari arab saudi da kawen ada 2 orang anak..eh mane aku tau??setelah berbual pannnjannggg (pagi-pagi buta lagi dah paksa aku jadik peramah)...uhuu...actually, aku sekrang dah kurang suke nak berborak dengan strangers..sebab aku selalu layan strangers baik dan anggap macam dah kenal 10 tahun..motif??motifnya...kehidupan mengajar aku agar jangan mudah percayakan orang...ok berbalik kepada cerita...saudara tadi tu baru sampai auckland lebih kurang 4 hari...dan katanya hari ni merupakan hari pertama dia akan ke uni untuk belajar english..bila dah lepas ujian english baru leh further katanya...
  2. bla bla bla..malas nak citer...tapi saudara tu banyak plak cakap sehingga buat aku rasa malas nak layan sebab tengah risau bas tak sampai-sampai sebab semalam sunday so bas kurang...tiap kali aku tengok jalanraya dan ada bas nak datang dia akan tanya "itu ke bas yu?"...bla bla bla...dia mintak nombor tipon aku...aku macam malas nak bagi tapi aku kesian sebab dia macam terkapai-kapai di bandar auckland ini..datang sorang-sorang..lepas tu dia bagi aku email dia suh aku reply nanti so that dia leh tanya-tanya kalau tak tau..tapi sampai sekarang aku tak anta email kat die....kejam ke aku kalau tak anta email kat die??bantulah ai...(gadis runsing..)
  3. kesian btol aku tengok bebudak korea,juga china asli yang belajar french dalam kelas aku tu....kesian..macam nak tercekik je aku dengar memasing cakap..hee..sorry bukan kutuk tapi kesian.
  4. aku buat spec baru..samapi 2 aku buat sebab buat 1 free 1...ciss dasar orang bissness...buat spec mata baru setiap tahun umpama dapat semangat baru untuk meredah perjalanan tahun baru....kononnya.
  5. next time (maybe) aku nak cerita pasal kawan bukan islam terbaik pernah aku ada...=)
  6. masa kerja semalam,tapak tangan aku terbelah terkena something tajam kat tong sampah besi tu...berdarah dan pedih gile..padan muka,mungkin itu kifarah dosa.
  7. tadi mase kelas french ade kuiz kejap...aku nak jawab merci boucoup which is thanks but then aku tulis "danke"..dimana danke tu thanks dalam bahasa german.
  8. jika korang masih baca sehingga no 8 ini..maknanya korang memang betul-betul banyak masa terluang tak pon korang dambakan sebuah love story??
  9. buat sesape yang sedang putus cinta,mahupun direject mahupun dikhianat,mahupun rasa tidak dihargai...pujuklah hati sendiri dengan berkata "aku belum berikan cinta sepenuhnya pada Dia..mana mungkin aku mampu perolehi cinta manusia yang penuh cacat cela..cinta pada Tuhan pon masih terabai...."..hmmm
  10. kaji balik diri kita..."sesungguhnya apabila hari ini lebih teruk dari semalam maka celaka lah kamu wahai umat akhir zaman"..maka celaka lah aku...=(
erk..entry ni untuk saya seorang tau.................untuk diri sendiri.

Sunday, January 9, 2011

merah semerah-merahnya

tarikh kejadian : 5 Jan 2011
tempat kejadian : coatesville,New Zealand
peristiwa : petik strawbery dan menikmati nikmat dunia sementara.
cost : masuk free,makan free nak bawak balik bayar ikut berat.

fuhhhh..terbaik dari ladang....eceh

fruit picking antara aktiviti wajib jugaklah apabila tibanya summer...sama ada memetik untuk makan sendiri atau pon bekerja petik cherry...so time summer lah akan ada segelintir student pergi bekerja di mana-mana farm untuk cherry picking or packaging...selalunya perempuan akan packaging la..sebab cherry picking bukan sesenang yang anda fikirkan..sebab tu la perempuan-perempuan macam tak sesuai untuk cherry picking...so tahun lepas kesampaian jugaklah untuk memetik epal,nectarine, peach dan juga strawbery..memang terbaik...malangnya kebanyakkan entry sudah dipindahkan kedalam arkib peribadi so aktiviti awal Jan 2010 dah tak de kat disini.....jadi summer ni baru berkesempatan untuk petik lagi buah strawbery yang merah menyala sedap gile manis tak yah citer lah kan...eceh...over plak describe..haha...ape??tak heran??cameron highlands pon ada??ok-ok...

tengok gambar ni dan kembali pada tajuk entry.

haaaa camtuuu...gaya,mutu dan keunggulan sungguh.

 dan ini rumah owner farm tu...betul-betul depan ladang strawberry tu..
(eh panggil kebun ke ladang??)
 

p/s : kepada semua yang jawab contest "beliau blogger terhebat" di ruangan komen entry berkenaan,sila pastikan anda semua penuhi syarat penyertaan ye...terima kasih.

Saturday, January 8, 2011

when you are down..

-Devonport, New Zealand. January 2011-

beliau seorang blogger TERHEBAT

aku mula mengenal blog sekitar 2007..menulis secara peribadi dan tak pernah faham apa itu "blogwalking"...dengan kata lain..aku tak baca blog orang yang aku tak kenal..jadi untuk senang faham..masa tu aku menulis blog sumpah macam diari.dan tak pernah tahu yang akan ada strangers komen blog antara satu sama lain.....yang aku tahu orang yang kenal kita je akan baca...baiklah straight to the point....

tujuan aku naik kan entry ni semata-mata nak share kan rasa kagum aku pada "seorang blogger" kepada semua orang di arena blogsfera ni..aku nak orang lain pon turut share rasa kagum mereka terhadap beliau......bagi aku beliau seorang blogger terhebat...sangat sangat hebat bagi aku....beliau mula menulis blog sekitar tahun 2006...dan sehingga hari ini blog itu masih bernafas dengan sihatnya....apa yang buat aku kagum dengan penulisan blogger ni adalah kerana penulisannya sangat sempoi,penuh info, up to date, berkeyakinan, pandai susun ayat, menyeru kearah kebaikan,kene dengan realiti masyarakat kita, kelakar, gurauan dan usikan yang kene tempat, kalau menulis dalam bentuk perlian memang menusuk kalbu , dan beliau bukan menulis buta semata tapi aku rasa macam penulisan tu perlukan sedikit kajian juga ilmu di dada....aku sangat suka effort yang diletakkan pada penulisan di blog beliau....

mungkin ada yang dah kenal sape beliau.dan mungkin jugak ada yang tak pernah kenal beliau.....justeru,dengan itu....aku dengan berbesar hatinya...ingin menganjurkan satu CONTEST dimana syaratnya amat mudah iaitu meneka "siapakah gerangan blogger terhebat" yang aku maksudkan tu....


SYARAT PENYERTAAN amatlah mudah :
  1. teke "seorang sahaja" blogger yang anda rasa dialah yang aku maksudkan terhebat tu di ruangan komen entry ini..diulang ruangan komen entry ni ye...anda boleh serta kan hujah kenapa anda pilih blogger tu...tak nak sertakan hujah pon tak apa..sebab hujah tu tak ada markah ke ape..pemenang hanya berdasarkan ketepatan padu dalam meneka...sape betul teke,menang lah.
  2. buat satu entry di blog anda cakap anda join contest ni...sekadar entry bagitau anda join je tapi jangan plak jawab kat entry tu anda pilih sape...nanti kantoilah..dah tak suprise untuk orang lain nak teke..tak gitu???oh ye, TIDAK PERLU klik butang follow blog ni kalau bukan jenis pembaca tegar blog ni.tidak perlu ye..
  3. lepas tu lengkapkan slogan "blog esoksemalam tak cukup hebat macam blog TERHEBAT tu kerana..."...slogan ni tak ada markah...aku saje je suke-suke...haha.tapi pelengkap penyertaan ni.
  4. kesimpulannya, jawab,buat entry,lengkapkan slogan.cuma 3 langkah sahaja...
oraite itu saja syaratnya....tarikh tutup adalah pada 20 JAN 2011....pada tarikh berkenaan aku akan up kan satu entry menyenaraikan kesemua nama blog yang diteke oleh peserta lalu mendedahkan sape blogger terhebat yang aku maksudkan tu jadik semua orang akan tau lah sape dan kita boleh same-same share rasa kagum terhadap beliau.....aku memang tabik spring,kagum gile dan sangat suke penulisan beliau...anda pula bagaimana??so silalah join dan nantikan kemunculannya pada 20 JAN 2011 nanti.....tapi kalau tak ada sape teke dengan betul...kita akan buat lucky draw sahaja.

HADIAH : 3 orang yang teke dengan tepat akan menerima sehelai t-shirt murah yang bakal diterbangkan dari negara kiwi ini...t-shirt murah itu mungkin akan tertera tulisan Auckland mahupun New Zealand mahupun tertera seekor burung kiwi comel...juga, blog 3 orang yang menang tu akan aku review sejujurnya means secara positive dan negative...review tu sekadar pandangan aku kepada blog pemenang....so,selamat meneka!!senang je ni..join join...

p/s : contest ni buat untuk suke-suke disamping nak share sape blogger tu.

Friday, January 7, 2011

i'm ok

class perancis summer ni bagi aku best...hampir 5 tahun aku tinggalkan dan now aku belajar balik...bile lecturer sebut "comme-çi comme-ça" tadi aku tersenyum kecil...betapa aku teringat kumpulan choral speaking french dahulu...it was long time ago...diri aku...orang sekeliling aku...juga life aku masa tu sangat berbeza..lain sangat...

hmmm..kalau boleh lah tukar course...aku rasa aku nak stop benda yang aku belajar sekarang.tak best..tak ada jiwa aku rasa.....aku nak sangat pergi perancis then belajar "le français"...dan tinggalkan semua ni...salah aku jugak dulu...lepaskan peluang menjejakan kaki dalam bidang petroleum itu...hey,kalau difikirkan balik..betapa aku rasa bodoh sangat keputusan yang aku buat dulu....tak apalah.benda dah lepas...

balik dari class aku lepak uni kejap nak print ape yang patot...then aku terima message facebook...aku baca satu-satu apa yang ditulis...aku senyap..aku pandang je skrin depan aku....sedar tak sedar airmata menitis...aku kesat perlahan...tak nak lah nanti orang sekeliling nampak aku..ramai orang ni....nanti mesti mereka kata aku menangis...tak lah..aku tak nangis pon.....setitis dua je airmata aku jatuh.. sekadar melepas rasa perit dalam hati......aku cuba tahan..."ish fika,dah tahan airmata tu kay....."...aku pujuk hati aku....aku pandang jauh ke luar tengok kereta lalu lalang..aku tak tahu nak fikir apa....aku cuma  rasa sedikit tidak dihargai...

selebihnya aku berserah.

naahhh...i'm ok....sudah lama aku bersedia..then hari ini aku mesti cakap "i'm ok". 

-Putrajaya International convention centre-
french choral speaking, rindu tahu.

Thursday, January 6, 2011

people, mesti cuba ni!!..MESTI.

tarikh kejadian : 27 dec 2010 
tempat kejadian : rotorua,New Zealand.
Aktiviti : Kaituna white water rafting.
cost : $82 per person.
macam dah basi arini baru nak update pasal rafting...hoho...that was my first time tahu...and it was really fun!!superb gileee...seriously tak rugi bagi sesape yang ingin menjejakan kaki ke new zealand untuk datang dan cuba aktiviti ni...yup,new zealand ni memang famous dengan aktiviti yang adventure....bagi yang tanya pasal cost bungy di entry lepas haritu...costnya adala $123 per person....mahal??boleh lah buat sekali seumur hidup..hehe....so,rafting ni diantra aktiviti terbaik jugak lah yang pernah aku buat sepanjang berada di negara kiwi ni...die punye cuak toksah citer la...korang tengok gambar je korang leh rasa sendiri...aku tak sure malaysia ade ke tak aktiviti sebegini...tapi aku rasa tak ada kot..ke ade??yang aku tahu malaysia ade nasi lemak,roti tisu,ayam golek,keropok lekor..fuh sedaapppp..ok enough..tengok gamba je k...oh lupe plak malaysia ade KLCC,bangunan tinggi-tinggi...lepas tu nak buat lagi yang lagiii tinggi...motif??dari buat bangunan tinggi...baik rawat semua sungai-sungai dan lautan.....tak camtu PM dan wakil-wakil rakyat??

sila jerit sekuat hati

 bila mulut terbuka luas,inilah masa untuk MINUM air.(glup...glup..)

 wow!dah hilang??

 ohhhh..hampir terbalik nampaknya disitu...

hey, i really love those expressions...=)

akan ku simpan dalam buku kenangan...

so often in life, we need someone to listen while we talk.
someone who will not condemn or judge,but encourage us as we walk. 

smile fika.

Monday, January 3, 2011

boleh dinobatkan sebagai paparan exclusive di esoksemalam...

AUCKLAND : city of sails
Copthorne hotel,Auckland habour (yang kaler cokelat kotak-kotak tu)

pengalaman bekerja sebagai room attendant di bahagian housekeeping di salah sebuah hotel di Auckland city ni merupakan antara kenangan terbaik aku disini....dan entry ni boleh aku nobatkan diantara entry special dan paparan exclusive dari aku buat reader esoksemalam...fuhh intro macam gempak je kan..hee...sebenarnya aku dah lama dah nak buat entry special ni tapi macam asik terngendala sebab terlalu banyak benda happened lately dan perlu di settlekan terlebih dahulu..dan aku tergamak tangkap gamba syok sendiri sampai rasa nak lempang je diri sendiri ni pon sebab family aku suruh..nak tengok lah kononnya...so, selepas lebih kurang sebulan lebih aku kerja kat hotel tu..baru hari ni muncul paparan khas untuk anda..fullamak poyo je bunyik kan...mula dari 6 Jan 2011 ni, akan mulalah summer school dan aku akan kembali menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar....tapi disebabkan summer school hanyalah semester pendek,so aku still buat part time..but then menjelang 28 februari 2011 nanti aku akan berhenti terus..means aku takkan buat ape-ape part time job lagi....biasalah name pon mahu menempuh final year...jadik sepenuh perhatian harus aku berikan pada tahun terakhir ini...insyaAllah...aku mohon segalanya dipermudahkan....pejam celik tak sangka dah tiba tahun akhir aku belajar dekat Auckland ni....cuak gile.

so,marilah kita meneroka pengalaman aku bekerja kat hotel tu dan tentulah kehebatan mengemas bilik...haha...before tu nak citer sikit yang masa yang diperuntukkan untuk kemas 1 bilik adalah 30 mins which is sangatlah tak sempat untuk mengemas 1 bilik check out....memerlukan ketangkasan juga kemahiran so that dapat habis kemas dalam masa 30 mins per room..kalau tak nanti kene sound dengan supervisor...biasa lah tuhh....so,jom tengok gamba....

langkah pertama : sudah tentu ketuk pintu bilik sambil jerit "housekeeping!!".
jangan kau bagi salam plak...ape ingat nak datang beraya??

 haaa...apabila tak ada orang sahut means bilik tu dah kosong...beginilah paras rupa bilik check out yang perlu dikemaskan....petua lepas bukak pintu haruslah beristighfar dan tarik nafas panjang-panjang.......haaaa camtu...

ape ditunggu lagi...3,2,1 action!!tarik lah katil yang maha berat ni...
kalau king size tok sah citer ah boleh lenguh tulang empat kerat ni...



skill yang bawah ni antara skill mahal yang diberi nama "tebar roti canai".
akhirnya siaplah katil kita.....hehe

ok ni abaikan...sesat tetibe.

beralih ke toilet...kemas toilet plak kay.

dipendekkan cerita sink kene keringkan,cermin kene lap,bath tub keringkan..
gelas basuh...jamban berus..buang sampah..ganti towels dan sabun... 

ha camni lah rupa dah siap kemas...

lepas tu susun barang-barang dalam bilik tu mengikut protokolnya..












da siap susun tu hendaklah di lap habuk-habuk dan vacuum seluruh bilik termasuk toilet..
lepas tu selesailah kan...pastikan siap kurang dari 30 mins...

aku ada reason aku sendiri kenapa aku buat part time..bukan untuk dapat duit banyak dan beli laptop tercanggih mahupun handphone terbaru or pergi melancong ke paris mahupun korea mahupun jepun (negara-negara idaman)..bukan juga untuk shopping sakan....tapi tapi tapi...adalah sebabnya tersendiri...tak yah ah citer sini...dan yang penting aku kerja ni bukan untuk nampak aku kaya ke ape..langsung tak......em aku suke kerja dekat hotel ni....semua orang friendly...rajin tegur-tegur borak-borak..kutuk supervisor sikit-sikit yang suke amik kesempatan dekat budak-budak yang macam aku yang tak berani nak membantah ni....haha....hujung februari ni aku akan berhenti....final year is the most important thing that i want to archive this year....welcome 2011.....

eh tetibe tertinggal nak tunjuk ni lah troli yang aku kene tolak dari bilik ke bilik..
seksa jugak lah nak menolak troli ni....

ape pon yang berlaku...mesti belajar untuk bangun...buat lah apa cara sekali pun...agar orang tak nampak yang kau tak hepi..."hey,please live your life to the fullest"....boleh bersedih..tapi jangan lupa nikmat bahagia..mesti cari apa itu kebahagiaan kerana happiness tak datang bergolek....dan bila dapat bahagia..jangan lupa untuk bersyukur....