Saturday, January 22, 2011

macam budak baru

manusia berubah.zaman berubah.citarasa juga makin berubah.kehendak itu ini semua sibuk mahu dipenuhi.kadang-kadang sampai tak sedar itu semua duniawi...hey mari bermonolog dengan diri sendiri...perlu diajar diri dan berbicara dengan hati itu dalam diam sunyi...jangan sampai terlupa tersasar jauh dari tujuan wujudnya satu jasad yang berdiri.

"tudung yang kau pesan tu da tak banyak lah ieqah,along beli yang ada je.tak banyak pilihan da.tahu tak makcik tu cakap itu fesyen lama orang dah tak pakai dah...", teringat message along bulan lepas.

"tudung yang kau pesan tu aku tak beli.tak jumpa la....", kata member.

"weh sekarang aku da tak pakai da tudung macam kau...", message si adik.

aku jenis yang susah untuk terima benda baru. mungkin itu boleh dikategori kan sebagai satu lagi kelemahan aku selain kelemahan susah untuk buat keputusan..mungkin orang yang susah untuk terima benda baru tu adalah mereka yang tak berani amik risiko..dan aku rasa aku termasuk dalam golongan tu...dari sekecil-kecil benda sampailah sebesar-besar benda...aku selalu akan teragak-agak...bak kata pepatah "afraid of step forward".....eh macam tak kene je??haha...ok-ok balik pada tujuan entry ni..sebenarnya makin hari aku makin dibelenggu dengan masalah tengok perempuan-perempuan berfesyen...sebenarnya aku tak kisah pon mereka nak pakai shawl..or nak pakai yang macam kek lapis..nak pakai yang tingkat-tingkat,lilit-lilit...nak pakai yang wateva je la fesyen yang kadang-kadang sampai aku rasa "wow".tapi masalahnya...aku nak seru semua makcik-makcik yang ada kedai tudung agar kekal kan lah tudung-tudung yang lama jugak.so that kami ada pilihan..citarasa manusia tu kan berbeza..takkan lah kau suka makan ayam seumur hidup kau dan kau nak hapuskan lembu sebab kau tak makan lembu?(ok abaikan contoh ni macam tak kene je).haha.

bagi aku ini fenomena yang melanda seluruh kaum hawa dekat malaysia...dan aku yang berada jauh dibumi Auckland ni tak terasa sangat fenomena nye..cuma adalah tempias sikit-sikit...bila aku tengok gambar kawan-kawan aku dan blogger-blogger kat malaysia yang bagi aku 80% dari mereka dah berubah pada fenomena shawl ni...but then,aku still stick pada tudung bawal biasa yang plain or bunga-bunga tu (dah makin pupus dipasaran)..lepas tu pakai simple gile tak berfesyen macam orang lain...benda ni kadang-kadang buat aku rasa "iskkk serabut nye nak balik malaysia..."..alasannya adalah kerana bila balik malaysia nanti aku akan dikelilingi dengan mereka yang "wow"...

sebenarnya aku tak nak pakai shawl sebab aku rasa aku nampak pelik.dan aku rasa bentuk muka aku ni tak sesuai langsung lagi-lagi aku pakai spec..dan aku rasa macam susahnyeee nak lilit-lilit macam itu ini...macam banyaknya masa nak diperuntukkan................haha....tapi tapi tapi....hari ni aku pergi uni nak buat assignment aku try lah pakai shawl...eheeemmmm......tapi aku pakai shawl gaya yang memule dulu orang baru nak kenal shawl ni....so kira orang dah jauh ke arah "wow" aku baru nak mula...aku rasa bukan sebab aku nak..tapi aku macam didorong oleh keadaan dan situasi sekeliling....so aku try......keluar-keluar bilik member nampak dan berkata...

"ok je.nampak macam budak baru.....hye boleh berkenalan?"
ciss ngade-ngade punya budak.

p/s : kalau ada persatuan 'hidup tudung bawal', aku nak jadi president.boleh?

21 comments:

Aus Zack said...

susah nak maintain.

Anonymous said...

bawal lebih menawan dari shawl. hurm.

mira ellyna said...

aku pon suke tudung bawal juga.. nasib la kat masjid india ade jual tinggal bape kerat tp syukur ade..

ch!natsu said...

bule..!! plzla jd plzla.. hoho~

nad said...

nak jadi presiden bole je....haha
lepas tu apa kata presiden buka satu kedai tudung bawal...gerenti laku ahli kelab semua shopping dekat situ je, nanti saya pun boleh turut join shopping...hehe

AkuBukanLelaki said...

mesti ko selempangkan aje shawl ko tu kan..hahahhaa itu testing 1st aku pakai shawls..udah mcm makcik2.hahah

nyonya penang said...

cpt letak gambaq hg pakai shawl wei..=)
aku masa mula2 ja teringin nak pakai, skrang bila shawl dah bertingkat kat loker, terus rasa nak kembali ke alam bawal yg senang lenang itu...

lumut said...

AUZ ZACK,
tau xpe..

MATAHARI,
yupp..setuju.baru gadis melayu kan.eh tibe..tak tak..haha

MIRA ELLYNA,
ha kau post kan kat aku lah cenggitu.hee

CH!NATSU,
hahaha...jgn meroyan sgt aku tau aku berbakat jdik president club tu..erk

JEJENTIK,
haaaaa...nak suh aku bebisness plak dahhh...adeh

MENDATAK HIJAU,
eh eh aku xde la smp jadik makcik cm kau..aku pakai sesimple yg bleh tp x jdik makcik la..hakhak

NYONYA,
ha jom kembali pada asal....hee

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

haha tp bagus jugak sekarang tudung bawal, tudung petak dah turun harga. klu pandai crik ada kedai kt jln tar jual.

hari tu jumpa. memborong byk2 stok 5 tahun kot :p

Sche said...

babe
sy rase la kn...
bawal lg senang kut nk adjust...
tmbhn plk pakai spek mmg ssh mak...

huuu nk share something...
jika salah tolong tegur... :)

Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


btw u jd president i nk jd bendahari nk collect duit.. hoho

Hanis Amanina said...

saya tak pernah lagi pakai shawl. rasa macam pakai bawal lagi kemas, selamat, senang. haha

Aslina said...

wey... masa aku balik penang cuti haritu aku nampak satu gerai ni jual lagi tudung bawal...

range harge bleh tahan la... dari rm15-rm60. banyak jugak pilihan... sebab aku pun cari2 jugak tudung bawal nih...

sebenarnye aku lagi suka tudung zaman aku kecik2 dulu tu. yg 3 segi tu. takyah susah2 nak lipat bagai...yang tu ye dah pupus. tak jumpe langsung dah.

. said...

masukan nama NIZ dalam persatuan tudung bawal.

yuran setahun berapa oh?
hehe =)

Anonymous said...

ak nk jd ajk bleh??haha

kami pon bru lpas ckap2 psal tudung2 ni..bila bka blog kau,eh2 samalah isu kita..hehe

apepon bawal is the best!!bawal je yg dpt nama,tdung ikan josh xde ke??haha

Anonymous said...

aku bawal jalan.shawl jalan.semua jalan.hahaha

♥Fitnunnisak♥ said...

btol la.. susah gile nk cari tudung skrg ni.. sume kedai jual shaw je..aku xbpe suka la pkai shawl..aku pakai gak tp kekadang jer..
hari tuh aku pegi jln TAR, nk cri tudung, tp last2 bli bau jer..seyes, xjmpa apa yg aku cri...sia2 lenguh kaki~

Anonymous said...

mut...bukan ko sorang bermasalah...aku pun samo...g psr mlm da takde tudun bawal atau tudung pat segi bidang 60....tensen!huh!

Miss Aidan said...

cik lumut,

biasa lah. tu dah jadi trend kt mesia. most people wearing hijab pun sbb trend. so, trend itu kelihatan tidak bgitu baik di mata ku ini. sakit mata to be precise.

well, shawl cantek. aku sendirik pn tak ada kekuatan nak pakai walaupun kadang2 ada gak sedikit teringin untuk pakai.

cuma, aku rela utk jadik conservative kut. pakai benda tak ikut trend.

by the way, if u are still looking for bawal, kt jalan tar banyak lagik sis.

kalau mahu kelihatan simple, i can suggest u one shop. namanya "bawal exclusive"...hehehe... banyak pilihan warna, simple design n lera yang agak besar for those who really wants to tutup aurat la kan.... and harga pun affordable la...


that's all from me =)

p/s: pakai tudung sbb tuntutan agama bukan sebab trend...kan?

Anonymous said...

hmm kat pasar mlm tpt sy bykkkk lg,nk kirim?hehe..p 1 kedai jer la...kedai lain suma tdg y sarung tuh..aku pun xpki bawal coz jimat masa+malas nk gosok tudung huhu

[z@ck] said...

hahaha..entry ni membuatkan aku sedar bahawa sekarang, aku hanya mempunyai dua tudung bawal.yang lain semua shawl.hahaha.ala mut, sekali sekala bergaya, jadi org baru..hehehe

Lelaki Ini said...

hahaha!
presiden utk "org baru pakai shawl" ok?