Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

A start

15 july 2013 was the day i started entering the real world of work...
before ni kerja jugak, tapi keje memain je dulu..hehe

so tadi bile dah dapat email domain sendiri pastu boleh bukak website kolej untuk staff and pesnyarah rasa macam nervous pon ada bila baca kat bawah nama tu ada jawatan pensyarah yang dah pon aku sandang now...

hurm.

yup. a bit nervous kot. 

banyak benda nak kene belajar. selok belok and segala menda yang berkaitan dengan kolej ni. seriously a new thing for me and it's totally different from being a teacher. teaching and dealing with students here is far far away different...exactly not the same like teaching in school...even i just have 3 months experience in kota tinggi before for my practicum i still can differentiate the differences between both of them. yelah dulu pon dari kecik kan pegi skolah. lebih kurang 10 tahun kan duduk kat sekolah. hehe

so, what else?

busy tu memang dah tentu. nextweek dah start kelas segala. this week just study selok belok, observing and tanya itu ini to the senior lecturers.

please fika, u're not a student now. so sume mende nanti pon budak yang akan banyak carik kau and tanya kau. ohhhh myyy.... nervous gile. for me dealing with selected students and non-malay students is a bit challenging. to conduct the class in fully english oso the other part to be worry of...haha.

tak tau nak tulis ape dah.

kepala banyak pikir pasal keje. keje dan keje.
sounds like a workaholic aite?
no, i'm not. hehe

Sunday, April 14, 2013

beNcinta


Today sabtu.. Last week tak keje so today tadi keje la cari rezeki.ecehh...
so up to today dah almost half of april kan? What can i say about april is like bulan dugaan bagi saya.
Banyak juga dugaan. Alhamdulillah paling tidak Dia masih pilih saya untuk di duga. 
Means Dia tak lupakan saya... so, awak patut bersyukur taw awak.

Memula handfon hilang. lepas tu demam dan cuti tak kerja. lepas tu jatuh toilet boleh tahan gedebak gedebuk then lutut lebam dan sakit. lepas tu accident kereta kene langgar dari belakang mase on the way nak pergi ajar tuisyen. pastu tak dapat ajar tusyen. orang yang langgar tu baik sangat and ngaku salah die.senang sket kerja nak settle. lepas tu mintak cuti plak lagi dengan bos cina yang cerewet tak boleh nak masuk opis sebab nak pergi buat report then settle hal kereta. lepas tu kereta masuk bengkel. tak ada kereta. pergi kerja kena pulak usaha lebih jalan kaki sikit pergi tumpang member. wow effort sangat tu nak pergi office pakcik cina tu.

seems like a situation or condition "nikmat ditarik balik" kan?
sungguh menguji kan? tak apa diuji..paling tidak Dia masih ingat saya.

cukuplah mukaddimah. masing-masing ada part masing-masing.. bahagia, suka , duka mesti ada turun naik punya.. itu rencah hidup orang kata. nak tak nak mesti hadap. baiklah, silalah balik pada topik yang macam jiwang- jiwang pulak. ntah ape kene letak topik bencinta. ekekeke

buat lelaki-lelaki yang pernah saya sayang sebenar benar sayang, (hakhak ok geli)
ala betul la tu. even macam geli sikit bunyinye (nasibla) , saya mengaku dalam hidup saya ada 2 orang lelaki yang saya boleh cakap saya pernah sayang mereka. and and and mereka pon pernah sayang saya juga. ok muntah. haha.  

bak kata pepatah lirik lagu rock kapak tu "ku sangka panas ke petang rupanya hujan ditengah hari". eceh, kemain kau. sape yang ngah bace entry ni mesti menyesal. padan muka. kalau rase menyesal belum terlambat nak stop bace entry ni. tak baik buang mase..amalan syaiton tu. pergh, insap la plak...

betul, saya percaya. dalam mencari pasangan hidup,kita mesti TAK akan jumpe punye yang perfect macam drama-drama yang konon semua happy ending. TAK kan ada punya. ye ye tak payah nak capslock bagai. pernah sayang 2 orang lelaki tu macam bagi pengalaman sikit dalam hidup saya. tak boleh kot nak kata sape salah sape betul. itu semua ketentuan. tak ada jodoh orang tua-tua kata. tapi betul kata seseorang itu, yang sempurna itu tak akan wujud. never. 

seseorang tu akan sempurna di mata kamu, kalau kamu sayang dia kerana Allah. 
bagi saya untuk sampai ke tahap tu susah sangat kan? iman senipis kulit bawang ni susah sangat untuk sayang orang kerana Allah. mesti awak semua pon macam tu jugak kan? mesti terselit sebab itu ini kenapa sayang seseorang tu...

dah hampir lebih kurang 6 bulan saya putus cinta kali ke-2. macam tak sangka pulak saya dah tinggalkan segala kenangan bersama dia almost half of year... hubungan yang nak dekat 2 tahun tu tak kesampaian nak naik pelamin bersama. hakhak. sakit die toksah nak cerita la. but second time was better. cepat sikit move on kalau nak compare dengan first time putus cinta dulu. first time dulu kalau tak silap 7 tahun usia hubungan yang juga berakhir tak kesampaian. (eh cam mengada plak kau nak mengaku putus cinta bagai. ekekeke. terima jelah cerita aku. dah entry aku. blog aku.) hahaha...

so what next? agak-agak ape pulak yang tersedia untuk saya...

saya pon tak tau. saya belum bersedia. tak tau siapa lelaki yang sesuai jiwanya untuk saya. yang ada lebih imannya untuk membimbing saya. yang ada sikit lembut tutur bicaranya untuk menegur saya. mungkin ada. tapi saya tidak mencari siapa dia buat mase ni.

biar saya begini.

SMS yang saya terima tadi..buat hati saya sedikit sebak...maafkan saya..
pintu hati saya macam masih tertutup. tak tahu bilakah akan tibanya masa ia akan dibuka.
saya sendiri tak tahu.... 

saya dah biasa melangkah sendiri. buat itu ini sendiri. sedih pujuk diri sendiri. gembira gelak kan diri sendiri. marah diri sendiri. dan malu dengan diri sendiri paling penting...

blog, i introduce u a new name, call him "mr.cliche".
katanya dia sayang saya seadanya. wow epic gile bunyi nya. tapi macam biasalah hati saya mesti selalu sebut itu semua cliche. tak payah nak cakap ayat cliche sebab saya tak kan percaya punya. susah untuk saya terima lelaki ke-3 untuk masuk dalam list yang bakal saya sayang sebenar benar sayang....bukan betul boleh bahagia. nanti sakit  lagi.

so kesannya, saya layan die macam sampah.ntahlah.
lepas tu mula la dapat mesage macam kat bawah  ni..ekekee..kan dah kate awak tu cliche. haha.
tapi saya mengaku awak itu baik orangnya...terima kasih lah banyak-banyak.nah daun keladi.

"if my presence makes u uneasy, i'll do all my best to keep me stealth in front of u. if my voice disturbs ur peace, i'll shut my mouth eternally..but deep down inside, i'll never forget how much my love for u and i'll keep this feeling for the rest of my life...sebab menyintai tu tak semestinya memiliki.."

hooooooooooo! cliche habis! 
saya tau dia banyak da rase sakit hati dengan saya...sorry saya lebih selesa sendiri.

Friday, February 1, 2013

first attempt

today is 310113. such a great number ayte?

and hey, we are already in 2013 ok? seriously?

like seriously? 

no. i mean, this is my first attempt to post an entry here.
like seriously? 

eyp, enuf said.

hello 2013. Assalammualaikum pembuka bicara kepada kamu kamu kamu jika ada yag masih menapak untuk mencari huruf huruf yang ditaip oleh penaip ini disini. jika masih ada. silalah jawab salam saya. doakan saya juga sentiasa sejahtera. dengan izinNya jua. =)

tahun 2012 telah saya dan kamu semua tinggalkan. dan pasti segala yang kita lalui pada tahun itu pasti tidak akan kembali lagi. jika masih ada beberapa perkara yang bakal berulang pada langkah awak pada masa akan datang, pastinya tidak akan sama lagi seperti langkah yang lalu.


honestly, i don't know where to start.
and how to describe every single thing happened in this month.
ianya macam masa berlalu sangat pantas. 
dan terasa masa saya telah dicuri. insyaAllah, dicuri dengan lebih banyak perkara yang berfaedah jika nak dibandingkan dengan yang tak berfaedah. manusia biasa macam saya mana boleh lari dari kekurangan yang satu itu. i know, i'm bad. and still kan? i know. i know. (nodding)

ok. why so serious? hihi (ok im trying to put some hihi for u)
why so formal in writing?
mungkin sebab dah kekok nak menulis. alrite. let's start.
ikut saja apa yang jari mahu menulis.
gonna put some random stuffs across my mind right now,
saje nak buang masa kejap dengan blog padahal banyak lagi benda perlu hadap now. 
sigh.

am so busy super duper busy. poyo sangat je kan bunyinya. tapi memang saya pilih untuk menyibuk nyibuk kan diri. buat buat sebok pon ada sometime. eh selalu jugak buat buat sebok. dan perasan sebok. hihi. ok tak perlu kot nak letak hihi tu. tak hilang stress pon kan?

ape ek nak cerita? my life is so boring. tapi rasa bersalah sangat kalau tiap kali nak cakap yang "hey, my life is so boring la". ianya macam seorang yang tak tahu apa hala tuju. mana boleh hidup awak bosan sedangkan kalau awak seorang yang punya matlamat hidup yang satu itu, tidak mungkin keluar perkataan hidup bosan. or hidup yang membosankan. or membosankan sangat hidup. or membosankan ada hidup. or hidupku sudah tidak bermakna lagi. ok over sangat tu awak.

ok. you know what, saje je nak buat buat tanye. konon  rase macam tengah bercakap ngan orang lah kununnye. hihi. ok tak nak tulis hihi da nampak macam stress sangat lettew. haha. 

perkara yang pertama yang terlintas di fikiran saya adalah umur saya sudah mencecah 23 this year? repliey's believe it or not sangat kan? yup, quite a big number. 

aku rasa aku taip entry ni macam bukan aku. kenapa eh? 

ok seriously, let's start:
 SATU
ok ini aleesya. kadang kadang die gedik. perasan semua orang dalam dunia ni bagi attention kat die. kononnya. ini gambar aleesya mase balik cuti lastweek. heaven jugaklah lari balik rumah 5 hari cuti. oh heaven. ok, nak citer ape lagi? cik kah sayang aleesya. =)

DUA
ehem ehem. sape yang sibuk dulu panggil orang loser sebab tak ada lesen tu? see the leg now. hehe.
Alhamdulillah, in early of this month i managed to get my license!! 
rasa time tu nak jogging satu taman perumahan sebab tanda celebrate hari kebahagiaan.
erk apakah? kak, loser sangat tu cara celebrate. haha.
so, sekarang sebut saja tuan hamba semua nak kemana, mari patik tolong drive kan. 
ok riak sangat tu menaip ayat. haha. 

TIGA
ape yang nak diceritakan pasal makhluk di atas? entah. 
ok rasa macam dah malas nak taip. ngantok. tapi tak boleh tidur lagi sebab ade kerja kene siapkan.
sila dapatkan dipasaran ye adik-adik. ni buah tangan dari akak lumut.
lumut dalam english 'moss' kan. just terfikir yang artis nama deja moss dulu tu....
erk. so can call me fika moss. means, fika lumut. haha. 
nasib baik tak ada orang suggest itu jadi nama pena. ohh nama pena katanya. =p

 EMPAT
ok malas nak citer jugak. this is a part of my tasks. film checking namenye.
dah macam steps nak jadik pelakon pulak bunyinye. memang jauh panggang dari ayam panggang. haha.

ok some might feel so curious why i do this stuffs. ok sebenarnya saya sekarang adalah seorang penganggur terhebat. apa yang hebatnye sebab sambil menganggur saya minum air dan berselam selam. erk? ok now kami tengah tunggu untuk panggilan posting. sementara tu this month jugak kami telah dipanggil interview yang kami semua tak sangka kami akan dipanggil untuk interview tu. if saya dapat job tu, saya akan cerita ok the whole story. and if saya dapat kerja tu, maknanya tak ada orang da ke nak panggil saya cikgu fika? sobbbss... takpelah panggil saya cikgu lumut je lah. =p.
doakan saya dapat job tu. saya tahu ramai lagi calon yang hebat. tapi saya telah cuba sedaya upaya saya. jika mahu dipilih guru dengan job tu, honestly saya seronok jugak berada disekolah dan melayan bebudak bebudak. ok back to the topic, sekarang saya penganggur sambil selam selam dan minum air laut. ok merapu. padan muka sape suruh baca. kan dah buang masa. buang masa tu kan amalan syaitan. teladannya janganlah awak semua buang masa. adakah saya perlu stop menaip now?

LIMA
ini hadiah untuk baby adam. my niece yang ke 5. adam lahir bulan disember.
kakak saya tak tengok pon drama adam dan hawa tu.
so  die letak nama adam tu sebab sedap. bukan sebab aaron aziz pon.
aaron aziz jangan nak perasan. haha.

ENAM
ini sahabat dan kakak-kakak namanya. sebab mereka semua lebih tua dari saya. haha. sori terkeji pulak. tapi memang kami nampk macam sebaya. ok fine saya nampak tua kan.. tak kesah pon. saya kawan tak kira umur dan darjat mahupun pangkat. eceh.
hehe. saya sayang mereka. kami kenal di Auckland sana. dan kami cuba untuk meluangkan masa untuk berjumpa setibanya di Malaysia. masing masing sudah terpisah dan punya haluan sendiri. begitulah hidup kita. acuannya luas. pengalaman itu ambil lah. 
ok tak payah nak bermadah, bosan je kan baca. sape suruh.

TUJUH
ini nak menunjukkan betapa saya suka buat buat busy.
manusia ni saiko.
menghantui hidup saya juga sejak kebelakangan ni.
ntah boss sape ntah.bos kamu ker? ke kamu? kamu tu? sume mende nak cepat. ish.
tapi saya bersyukur saya boleh kutip pengalaman dari perjalanan kali ini.
looking forward more to come. =)
but am not looking forward nak kene hadap muka manusia itu. kesian sangat diri ku.

LAPAN
ini pulak baby shana!!! my friend's niece. gamba ni last week punye gamba kot.
hye baby shana! u are so adorable! =)
ape ntah motif letak gamba budak banyak banyak dalam entry ni.
hakhak. hello, diorang comel kot.
tengok pipi shana tu. tak rasa macam nak gigit ker?

SEMBILAN
my highskulmate's wedding in Penang.
was my first time in penang! ye seumur hidup ini pertama kali. tak kesah lah orang nak kate i'm a big L.
seronok, akhirnya dapat cross satu tempat dekat malaysia ni.
perasan tourist sangat kan? =p

SEPULUH
my first and second anak buah.
sibuk tunjuk kehebatan permainan masing masing dekat cik kah.
ok lah cik kah pon buat buat teruja.
miss u both now. sigh.


alamak, cik kah da mengantuk. tapi ada perkara perlu disettle kan. tak boleh dah nak upload pics lagi. cukuplah sampai disini. selamat malam. 

semoga kamu semua yang membaca sentiasa lalui perkara yang baik-baik saja dalam hidup kamu. aku doakan Dia jauhkan kamu semua dari perasaan sedih dan pedih. dan dapat apa yang kamu inginkan. kehidupan kadangkala mengajar kita untuk mengalah dan melepaskan. 

aku bukan sedih, apatah lagi kesal. aku cuma merenung.

jumpa lagi hujung bulan depan blog. =)
Assalammualaikum.

Wednesday, December 26, 2012

boxing

even tengah penat sangat sampai macam tak larat nak bukak mate now tapi rase nak menaip sesuatu... sesuatu yang saya rasa tak salah untuk ditaipkan memandangkan beberapa hari je lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2012 ni.

cepat sangat masa berlalu kan?

hari ni 26 disember... 
bagi sesiapa yang pernah jadi warga auckland suatu ketika dulu akan tahu hari ni hari ape.

boxing day.

iaitu hari dimana ramai manusia akan keluar shopping sebab banyak barang murah-murah and diskaun. macam year-end sale kot kalau kat malaysia ni. dan sebab jualan lepas krismas mungkin.

tapi bukan tu yang saya nak highlight kan.

saya just nak cakap, saya teringat boxing day tahun lalu yang telah saya lalui.

dan tinggalkan.

Auckland, thank you for every single thing. so much. =').
semoga pengalaman di sana buat saya membesar dengan lebih bermakna. dan bijaksana.

esok bakal tempuh hari yang panjang dan mencabar lagi. selamat malam dunia.

Sunday, December 23, 2012

status

just read le status of someone...

"Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Terimalah pasangan kita seadanya.Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai" - Aku Terima Nikahnya.
status tu just a status, saya belum berkahwen.

it just a sentence that made me think. lalu fikiran ku melayang jauh. seolah olah bawa aku dalam satu tempat dan masa yang sememangnya telah dan pernah aku lalui suatu ketika dulu.  hati kecil aku juga seolah olah berkata. minta dilayan mungkin hati itu. tapi aku buat diam. buat-buat dungu.

apakah perjalanan aku selepas ini?

aku sendiri tak tahu, tapi dalam ketidaktahuan aku itu... 
aku ajar diri menerima hakikat dan takdir.
pesan pada diri... Allah itu Maha Adil. La Tahzan.

=')

esok dah hari isnin. malam ni bermalas malasan lah sebentar selepas mengharungi hari hari yang panjang, memenatkan dan penuh ujian.

minggu baru. bersedialah tenaga. banyak skrip menanti.
banyak skrip tunggu untuk di finalize.  

Tuesday, December 18, 2012

kata

kadang-kadang aku tak sure sama ada perlu ke tidak ikut kata hati. 

lately aku rasa nak lakukan sesuatu but aku tahan untuk tak buat. tapi hari ni aku dah laksanakannya. kata hati macam makin kuat suruh suruh dan suruh. seketika, aku tarik nafas dalam dalam. aku sendiri keliru sama ada tarik nafas lega ataupun menahan sebak dalam hati. Allah saja yang tau.

dan apa pon berlaku semuanya dengan izin Allah.

seperti sesuatu yang aku rasa sekarang. takkan aku rasa macam keadaan sekarang ni kalau bukan dengan izinNya. tapi as manusia, kita kene pandai differentiate kan kata hati itu sama ada benar petunjuk dari Allah atau sebaliknya. iaitu hasutan syaitan untuk buat kita gelisah atau sedih.

aku keliru sangat. aku buntu.

aku takot sangat apa yang aku buat atas perjalanan hidup aku ni hanya bergantung pada diri aku sendiri. Tuhan, jangan biarkan aku sendiri. jangan biarkan aku bergantung nasib pada orang lain atau diri aku sendiri selain dari Engkau.

aku mohon petunjuk.

aku memilih untuk senyap hari ni. tapi lepas beberapa ketika, seseorang panggil aku dan suruh ke bawah. boleh kata beberapa ketika lepas tu ada jugak modal untuk aku senyum sikit dalam perasaan ketika ni.. walaupun masa nak turun tu aku tengah tahan sebak dalam hati. hey, got a good news kan? at least kan? senyumlah sikit... em macam aku cakap tadi, semuanya Allah yang dah atur kan? ntah lah kadang-kadang aku sendiri tertanya kenapa banyak perkara aku nak dalam hidup aku Allah tak tunaikan..susah sangat... bersangka baik lah pada Allah... jangan biarkan syaitan terus sesat kan hati tu.

lepas tu iaitu kejadian hari ni juga, aku bersemuka dengan dato'. ni first time bersemuka walaupun dah banyak kali terserempak. up and down up and down up and down, banyak jugak perkara yang dikupas. sampai rasa mengantok pon ada. aku kira adalah dalam 2 jam lebih kot. kesimpulannya, banyak jugak betulnya apa yang dato' cakap. kagum jugaklah aku sikit. tapi kehidupan mengajar aku jangan terlalu cepat percayakan orang dan terpedaya.

ntahlah.

aku masih menanti sesuatu. aku tak tau sampai bila.

Monday, December 3, 2012

there you go...

memang betul perjalanan kita telah ditentukan. telah ditetapkan apa yang perlu kita hadapi dan akan dapat dalam hidup ni... tapi jangan sebab tu, kita terus berserah tentang apa yang akan berlaku dalam hidup kita... kita pon dah tau dalam Al-Quran dah cakap.. "Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika mereka sendiri tidak mengubahnya..."  macam tu la lebih kurang ayatnya. macam nak makan jugak...let say Allah dah tetapkan yang kau akan dapat ayam goreng (ok ni favourite.hihi)  pada pukul 2 petang semalam contohnya. tapi pada hari dan waktu kejadian... kau dapat ayam goreng tapi kau tak berusaha untuk makan. untuk masukkan dalam mulut kau...and still, rezeki dah ade tapi tak ada usaha tak kemana jugak kan?

hari ni adalah hari yang menentukan sama ada aku berjaya atau pun tak grab peluang tu... dari semalam aku berdoa agar segalanya dipermudahkan hari ni..jika ada rezeki aku...Allah akan permudahkan..yang penting aku kene usaha dulu..letakkan sepenuh usaha.... memang dari awalnya aku tak pernah putus asa untuk kejar, dan berusaha merealisasikannya... tapi tak leh tipu jugak  hampir putus asa jugak la diakhir akhir usaha itu..huhu...

terima kasih aku ucapkan kepada:
1. along dan abang ipar aku yang membantu aku dalam perjalanan untuk rebut peluang tu.
2.  that chinese guy.
so... ape lagi? start the battle lah... hooo

Thursday, May 31, 2012

penangan

hari ni aku amik ujian undang-undang berkomputer tu..

seriously aku macam nervous sangat-sangat dengan sume benda yang berkaitan dengan jalan raya or nak amik lesen memandu ni.... macam ade cam trauma ke hape ke cam takut sangat gayenye..haha..dan mungkin sebab tu jugak la aku macam loser sket baru nak amik lesen same macam budak-budak lepasan SPM itu? hee..

al-kisah aku bace kot buku undang-undang tu...study macam orang nak amik final exam final year...haaa camtu lah..habis semua 500 soalan dalam buku soalan tu aku jawab...tak menahan tu malam tadi still ade 100 lagi soalan tak berjawab...sanggup aku bersengkang mata ala-ala stay up kot untuk bagi habis buku tu...sebab aku yakin soalan belakang tu mesti kuar banyak...

tibalah hari nak ambil ujian iaitu hari ini..hehe
"ok awak pergi komputer nombor 3, lepas tu masukkan orang awam Malaysia lepas masukkan IC number tu eh...beg letak kat rak", kata akak yang jage kaunter..aku pon terus la pergi letak beg and carik komputer..

masuk-masuk dah ade 2 orang gadis muda (cam budak lepas SPM.kompem) tengah jawab soalan...so aku pon start la dengan hal aku...jawab soalan yang buta warna soalan first aku cam da cuak..ni nombor ape ni? hahaha...sebaik btol...habis jawab semua soalan aku tengok mase banyak lagi sebab memang tak sampai 15 minit pon aku jawab..terus aku tekan keputusan then alhamdulillah lulus...tapi salah jugak la 2 soalan..haha...

so aku pon kuar..dak-dak yang dari tadi jawab before aku datang lagi tu pandang tak puas hati kat aku...aku pon cakap..."kacang je kot..rilek-rilek sudeh..".

eh tipu je mane ade cakap pape tros kuar..hehe
ok tu je nak cter penangan orang study untuk ujian macam study final exam final year. ha kau.

Thursday, March 15, 2012

seriously i got that?????

ah over betul la tajuk entry...haha...tapi memang betul... susah nak percaya next week da kene berpakaian lengkap sebagai seorang guru...ohhh loking that physics teacher...is she looks like albert Einstein? if not, she's not smart enough haha..watever.

can't believe i have one!

start daripada nextweek kami kene pergi school observation selama 2 minggu...neveessss nye lahaiii...sebab pergi sorang-sorang...kebanyakkan aku dengar diorang pergi school observation ramai-ramai bout 3-4 people...but class aku ni pergi sorang-sorang...aisshh...

aku diri depan cermin sorang-sorang sambil senyum banyak kali...hey teacher to be, u should practice to smile!

oh?
=)
=)
=)

alamak kasut tumit tak beli lagi.. hahaha ..over kau kan.

arrggghh nevous lah!!!

Friday, November 25, 2011

sesuatu =)

lama tak update rasanya. banyak sangat perkara yang berlaku tapi tak tau nak start tulis dari mana. dan end up dengan tak tahu nak tulis. lalu tak tulis lah apa-apa.

kalaulah hari ini ada lebih dari berjuta-juta manusia dalam dunia ni sedang rasa sangat happy, mungkin salah seorang dari mereka itu adalah aku...=)

aku dah habis exam.
dan result aku dah keluar hari ini. =)

akhirnya tibalah masa aku akan ucapkan selamat tinggal pada tanah Auckland ini.
terima kasih menumpangkan aku untuk 3 tahun ini.
ajar aku banyak perkara, bagi aku airmata, bagi aku ketawa, juga bagi aku kekuatan.

tak tahu nak tulis apa ni.
syukur kehadrat Illahi.=)

Malaysia, 2 tahun lamanya tak jumpe kan.
this time aku balik for good taw. =)
3 tahun bersama kau Auckland, bakal buat aku merindui kau sehingga akhir hayat aku.

Alhamdulillah.

Thursday, August 11, 2011

video persembahan silat semalam...

disebabkan this week aku sangat busy..so kami pon tak sempat nak berlatih lebih....kalau tak nak jugak buat combat tak pon tempur..tapi mase yang tidak mengizinkan...hanya persembahan tak seberapa je la dari kami semalam..thanks kepada sume yang terlibat dan menonton....=)..ohh ye...sape yang tengok ni mesti perasan minit-minit terakhir tu aku terlupe step..hahaha..pastu aku main sepak terajang je arah mane aku suke..lawak gile semalam...haha...and second part tu patot background music lain tapi partner aku neves die lupe nak bagi isyarat...hehe...ape pon aku enjoy je buat mende ni..=)..thanks partner!

cultural mosaic,2011, university of Auckland.



keras tak keras la kan?? hehe

Wednesday, August 10, 2011

keras tak keras la kan


cultural mosaic (10 August 2011), University of Auckland

Sunday, June 19, 2011

me myself as a referee...

setelah agak lama meninggal kan aktiviti bersukan..hari ni aku turun join team netball yang practice for bersatu games....dalam jiwa ni cam membuak-buak nak je pergi bersatu games tapi rasa cam tak pe la....rasa cam da malas untuk play for a competition...stakat main suke-suke je kot lepas ni....habis dah kot zaman kesukanan dan keaksian..hakhak.

dan hari ni jugak selama aku melibatkan diri dalam bidang kesukanan ni...hari ni first time aku try jadik referee....tadi diorang ade friendly match...and aku yang tengah tak ade keje ni saje-saje je la menyemak kejap..hee....tup tup diberi wisel...tapi aku rasa aku ni tak leh jadik referee sebab aku cam tak sampai hati nak tegur kesalahan..cam aku sendiri yang maafkan je dari luar court..haha...merepek tol...

everyone dekat court tadi pon friendly..best-best main dengan muka-muka baru...=)...all the best to all nanti k...ramai gak tanya tadi.."nape awak tak main je untuk bersatu..dah la terror...(ehem sorry ter riak plak..erk?)..jom la...bla bla bla..."....aku cam rasa membuak-buak je kan nak pergi....darah sukan ni menggelegak je kan..haha..tapi aku rasa..em em tak apa la..aku dah habis kot zaman tu..tapi kalau tengok NZ netball kat tv aku slalu bayangkan aku 1 of the team members yang hebat gile tu....=)..=)..best gak berangan sorang-sorang ye dak?hee....dan aku sangat hepi tadi dapat turun main netball dengan anda semua setelah agak lama tak bersukan...nex week jumpe lagi ok!

p/s : hari ini juga ada kenangan yang sangat menyedihkan di court..terasa seperti sejarah lama berulang kembali.......='(

Wednesday, May 25, 2011

CHALLENGE 1 !!! (photo and 15 facts)

jam menunjukkan pukul 2.13 am....aku tak tidur lagi sebab tengah bergaduh dengan subjek yang seumur hidup aku ni lah subjek yang aku nobatkan sebagai subjek matikan sel otak dan menguji kesabaran.........lecturer untuk subjek ni tak perasan ke yang die mengajar student dalam kelas tu langsung tak enjoy??tak perasan keeee......bila bagi asimen soalan kelaut gile dari ape yang diajar....selak lecture note depan belakang pon tak jumpa-jumpa jawapan....nak hebat lagi google pon tak jumpe......fine lecturer fine...so aku bosan-bosan jom lah layan 30 challenges yang dekat side bar blog ni....

[ A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself ]

  1. lahir melaka, duduk negeri sembilan tapi family aku tak cakap pon loghat nogori...
  2. tak pernah masuk darjah 4.so kalau lepak tak payah bukak kenangan darjah 4 ngan aku.
  3. anak ke 5 dari 6 adik beradik.
  4. mase kecik-kecik akak aku pakai baju gown ikat rambut tokcang 2 berstokin reben tu tapi aku pakai t-shirt kiko belang-belang dengan seluar slack rambut pendek paras bahu dan berselipar jepun.
  5. kawan sekolah aku panggil aku 'pekot' mane datang aku tak sure.sampai sekarang kekal.so yang panggil aku pekot tu mesti budak 1 sekolah menengah...kat auckland ade pangil aku fika, dan ada panggil fiki..so pilihlah ikut sedap lidah.
  6. aku suke makan laksa penang dan minum air kelapa...
  7. pernah operate lutut kiri sebab main basketball....
  8. selama hidup ni adalah belajar bahasa melayu, english, bahasa perancis, bahasa arab dan juga bahasa german....pernah belajar tapi tak hebat cam kau orang pon.
  9. masih tiada lesen memandu sebab...ah panjang plak nak citer kan.
  10. tak suke naik motorsikal....tak cool  la....rosak tudung aku nanti sebab aku tak pakai shawl.haha alasan...tapi memang betul pon.
  11. sape yang penah jadik roomate aku ke, ajak aku keluar ke, dan sesape kengkawan akan perasan yang aku ni pakai tudung agak lama...
  12. tidak ber-make up sebagai keperluan tapi sebagai extra point kalau kat majlis-majlis istimewa dan tertentu.
  13. pernah accident dekat putraja dan parut excident boleh dilihat di bibir belah kanan.
  14. suke main basketball dan seangkatan dengannya....juga pernah menyertai tarian. (contra gle kan basketball ngan tarian??haha)
  15. telah memiliki hampir 50 medal secara keseluruhannya selama menyertai bidang sukan.
  16. aku dah buat bungy jumping woi!!! (47m at Taupo Lake new zealand 28 dec 2010)....dan berjanji dengan diri sendiri takkan buat lagi....cuak gile ok...jantung nak tercabut!haha
  17. pernah pergi interview untuk jadi majlis perwakilan pelajar time sekolah dengan keadaan dalam baju ade henpon..haha...tapi tak jadi pon pengawas sebab aku nakal sket dulu....sekian kalau warden baca ni...hye warden!
  18. pernah menang johan pertandingan mengarang mase darjah 3..... sampai sekarang aku ingat tajuk karangan tu... "berkelah di port dickson"...fullamak.
  19. suke berlakon tapi tak ada peluang....watak yang kawan-kawan suke aku pernah bawak adalah watak 'budak cacat, orang gila, jahat'.
  20. pernah bekerja dekat salah satu hotel di auckland ni bahagian housekeeping...
-eh sampai 20 aku bagi??rajin plak kan korang layan?hehe-

Friday, April 29, 2011

awesome tak terkata!! (part 2, padang pasir yang sejuk)

** sambungan entry jalan-jalan awesome tak terkata dari SINI.

lokasi kejadian : padang pasir sejuk (sand dunes Cape Reinga, NZ)
tarikh kejadian : 19 April 2011

so, keesokkkan harinya kami pon terus kan perjalanan lagi untuk ke acara kemuncak tujuan ke cape reinga ni iaitu menikmati pengalaman berjalan di padang pasir..hehe..yang lain dari lain nye padang pasir ni sejuk..bukan panas....angin kuat yang sejuk buatkan aku pakai sweater di padang pasir...tu lah lainnye paang pasir ni kan....so kalau nak baring tengah-tengah padang pasir tu pon tak de hal...pemandangan sangat lah superb susah nak diungkapkan.....seriously awesome tak terkata!!...bagi aku cape reinga ni diantara tempat yang paling aku suke kat new zealand ni...nape aku suke aku pon tak sure...yang penting aku suke..ok dah tengok je la gambar....

padang pasir ada air

langkah-langkah ke puncak??

 antara muka pendaki lah kononnya...

puncak di tawan...

there you go....best ok sand surfing ni!!! tapi nak mendaki tu penat gile.

ok tergolek...but still best tahu!!!!!!!!!!!!ok over plak.

aku teruja kot sampai tempat ni.....sangat teruja.
indahnya ciptaaNya...
jumpa lagi dalam PART 3 nanti.....best plak bawak korang jalan-jalan ni.hehe

Monday, April 25, 2011

darah keturunan Albert Einstein???

esok hari terakhir easter break setelah 2 minggu lebih bercuti.....rasa kejap giler dah nak start kelas.....lepas cuti terus ade test, asignment juga report field trip nak kene submit...menguji mental btol.............rasa nak nangis tengok report yang macam tak ada idea langsung nak conteng ape atas kertas untuk dihantar pada lecturer yang bagi lecture macam ingat kitorang ni semua darah keturunan Albert Einstein mahu pun mark zuckerberg ker???? semua pon bagi lecture stok cakap tak pandai bukak mulut, ape mase kecik-kecik dulu lambat makan nestum ker ape? lepas tu bagi lecture tak nak tulis ape-ape sume nak tunjuk mereka lah lecturer yang paling hebat guna imigination 3D gamaknya...mencik lahhhhh...


lecturer ku sayang, ye..pelajar kamu yang ini sedang mengeluh....

kat bawah ni gamba-gamba field trip mase 3 april haritu

bekas gunug berapi

 bermulalah experiment...

terpaksa buat....huuuu

ocean and waves??huuu

fine korang putih suke la berjemur,
balik dari trip aku gak yang hitam kannnn???

sekian laporan,
hantar report ni leh tak lecturer???

hmmmmmmmm

Wednesday, April 20, 2011

awesome tak terkata!!!!!!

 p/s : i don't have DSLR.

lokasi kejadian : CAPE REINGA (north island, new zealand)
tarikh kejadian : 18 & 19 april 2011

trip seramai 8 orang, 2 hari 1 malam ke CAPE REINGA sangatlah awesome tak terkata..=)...kalau korang nak tau cape reinga ni terletak PALING HUJUNG  new zealand kat sebelah utara....mari-mari tengok map eh....


perjalanan pergi mengambil masa dalam 6 jam...so sebelum sampai ke cape reinga pada hari kedua...kami telah bermalam di Henderson bay....sangatlah cantik dan....fuuhhh..cantik dan cantik..tu je bleh aku cakap....

8 of us....Henderson Bay on the first day.

hari ke-2...pagi sebelum bertolak teruskan perjalanan sampai ke hujung new zealand.....sempat jugak aku merakam sun rise yang sangat cantik dan cantik lagi..=).....tengok je la gambar kay..hehe

around 6.15 am

 around 6.25 am..

motif??? =p

kenangan hari ke-2 di cape reinga akan disambung di entry akan datang.....keindahannya lebih terpegun dan memegunkan....=)....juga pukau dan memukaukan..ok over lah kau lumut,hehe

Friday, April 1, 2011

gambar sekitarnya

event : international cultural festival,2011,
tarikh kejadian : 26 march 2011
tempat kejadian : mount roskill,auckland NZ.

im not into dancing pon sebenarnya...try mencuba bidang ni pon mase dekat auckland ni...ntah kenapa macma eager nak try sebab rasa macam susah ke menari ni??hehe....hakikatnya memang susah..dan rasanya dah tamat kot percubaan aku menceburi bidang tarian ni....kat bawah ada video tarian mase international festival hari tu...dan adela beberapa keping gamba yang dicuri dari camera kengkawan (dah tu camera masing-masing besar-besar belaka..camera cikai aku tu ..simpan je la ye dak?hehe).


malaysian team (1 malaysia kan kan?)

dan gambar lagi sekitar festival

cukuplah kot..banyak lagi gambar-gambar tapi cam tak larat nak letak.
hehe