Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

Monday, December 3, 2012

there you go...

memang betul perjalanan kita telah ditentukan. telah ditetapkan apa yang perlu kita hadapi dan akan dapat dalam hidup ni... tapi jangan sebab tu, kita terus berserah tentang apa yang akan berlaku dalam hidup kita... kita pon dah tau dalam Al-Quran dah cakap.. "Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika mereka sendiri tidak mengubahnya..."  macam tu la lebih kurang ayatnya. macam nak makan jugak...let say Allah dah tetapkan yang kau akan dapat ayam goreng (ok ni favourite.hihi)  pada pukul 2 petang semalam contohnya. tapi pada hari dan waktu kejadian... kau dapat ayam goreng tapi kau tak berusaha untuk makan. untuk masukkan dalam mulut kau...and still, rezeki dah ade tapi tak ada usaha tak kemana jugak kan?

hari ni adalah hari yang menentukan sama ada aku berjaya atau pun tak grab peluang tu... dari semalam aku berdoa agar segalanya dipermudahkan hari ni..jika ada rezeki aku...Allah akan permudahkan..yang penting aku kene usaha dulu..letakkan sepenuh usaha.... memang dari awalnya aku tak pernah putus asa untuk kejar, dan berusaha merealisasikannya... tapi tak leh tipu jugak  hampir putus asa jugak la diakhir akhir usaha itu..huhu...

terima kasih aku ucapkan kepada:
1. along dan abang ipar aku yang membantu aku dalam perjalanan untuk rebut peluang tu.
2.  that chinese guy.
so... ape lagi? start the battle lah... hooo

Thursday, November 8, 2012

good bye and smile

"Don't cry because it's over. Smile because it happened." 
=) =) =) 
 bakal merindui banyak manusia, banyak perkara bertubi-tubi serentak..
dan dua tiga rentak.


kota tinggi, saujana, praktikum, kota intan, johor bharu, larkin, myvi putih, myvi purple, Auckland, quest on mount, level 0, library ,domain, cape reinga, coromandel, cludo, cho-tai-tee ,queen street, snow-ice, ayam uncle bob, odeen, bilik g1-36, g1-40, pak dan mak guard,

ok banyak sangat perkara yang saya rindu. banyak sangat.
terima kasih semua sebab pernah buat saya hepi..... 

done in JB , how future gonna treat u?

Tuesday, November 6, 2012

cried too much


semua pun mahu segala perkara baik-baik berlaku dalam hidup mereka..
perkara yang boleh buat mereka ketawa ceria..
manusia normal itu suka yang bahagia bukan?
tiada siapa suka kan kesusahan....
semua pun akan mahu lari dari rasa sedih dan susah...itu normal sangat.

so,

be a better person is the best choice kan?
insyaAllah... jangan give up.

Thursday, October 25, 2012

terduduk

banyak perkara yang Allah suruh kau buat...kau tak buat. kau sedar tu.
berapa lama dah hidup? selama itu juga Allah berikan peluang untuk kau bernafas...
kau mintak macam-macam pada Dia..kau mahu itu ini...
tapi kau buat Dia marah..kau macam tak tahu malu...
kau dah buat Dia marah...kau minta pula pada Dia...

kau rasa adakah Dia akan perkenankan dengan mudah?

tentunya tidak.
Dia mahu kau terduduk seketika mohon padaNya berkali-kali..
Dia mahu kau menangis meminta-minta...
kataNya.."mintalah pada Aku..jangan jemu."
Allah suka kau menangis...
menangislah kesal atas segala perjalanan hidup kau yang lalu yang tidak mengikut kehendakNya...tengok diri kau hari ni..tanya balik..

Adakah Allah akan perkenankan bahagia yang kau mahu jika kau terus begini?

"Allah would never rejected our du'a, but He may REDIRECT it to the correct path towards our definite fate"- 

Monday, May 21, 2012

tak boleh terima

"Kertas Bahasa Inggeris yang bahagian B tu ada 5 soalan. Salah satu daripada tajuk tu aku pilih tajuk 'The person I admire'. Yeahhh, me story about my Sweetheart! ♥ Hihihi kesah apa aku? ;p"


status kat atas tu aku copy from seorang budak sekolah yang berumur 16 tahun dekat facebook....come on , essay bout "the person I admire" tu tak perlu kot nak tulis pasal pakwe kau....

ape yang nak di admire sangat pon?
pakwe kau tu beli deodorant pon still mintak duit mak abah die...
ape yang nak di admire sangat?

come on , buat la cter pasal albert einstein ke...tokoh-tokoh islam ke..mak abah kau sendiri ke...ini pasal pakwe kau yang matematik tambahan tu pon same-same ngan kau sipi-sipi nak fail tu?

aissshh...

dik, akak kat sini nak pesan..
tak perlu nak julang tinggi sangat your sweetheart tu...
mai bagi tau akak..ujian bulan satu hari tu pakwe kau dapat ape?

Sunday, May 20, 2012

jawapannya

this is a copy from someone's post on facebook...


Wahai tuhanku ,kenapa wanita sering menangis ?
JawabNya :

Kerana wanita itu unik .
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa ,
ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak anak nya ,
ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman ,
ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia ,
ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah ,
ku berikan naluri untuk mencintai anak anak dalam apa jua keadaan sekalipun ,
ku kuatkan batinnya untuk terus menyayangi walau dikhianati ,
walau disakiti oleh orang yang disayangi ,
Wanita makhluk kuat .

Tetapi jika satu saat dia menangis ,itu kerana Ku berikan dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru .

Jiwa seorang sangat lembut dan mudah tersentuh . Mudah tercalar dan lambat sembuh .

Sekuat kuat aku , aku masih seorang perempuan ,yang tahu mengalirkan air mata bila hati disakiti .

Wednesday, May 16, 2012

nikmat yang ditarik

kadang-kadang dalam kehidupan seharian aku...aku selalu mengeluh...rasa macam baaaanyak sangat perkara itu ini tak kene....ada je perkara yang tak puas di mata kite...di hati kite....sampai bile nak rase puas pon tak tahu lah...itu lah manusia. sifat ketidak cukupan tu mesti ade dalam diri....

semalam aku baca satu majalah tempatan ni.....

ada cerita pasal seorang yang di tarik nikmat penglihatan nya ketika dia remaja lagi....tersentuh gile aku bace cerita tu...bayangkan satu hari kau bangun semua benda nampak kabur...dan keesokkan harinya kau bangun tidur semuanya gelap....

penulis cakap dia rindu sangat nak main bola...dan apatah lagi dia rindu nak tengok muka mak abah die....cam nak nangis aku bace cerita tu...and at the last part die tulis..."biar lah Allah tarik penglihatan saya ketika di dunia ini....insyaAllah saya akan celik di akhirat nanti..."....

satu lagi cerita di mana seorang isteri kehilangan suami dia sebab sumai dia mati tenggalam kat laut mase carik udang..suami die ni nelayan... lepas je suami die meninggal...die pulak disahkan ade kanser payudara dan susah untuk buat rawatan sebab die tengah pregnant....T_T

Allah tak kan uji hamba dia lebih dari kemampuan hambanya....
untuk diri sendiri, jangan banyak mengeluh...perlu belajar lebih bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah...

Thursday, April 19, 2012

ruang bernafas tenang

masa berlalu dengan begitu pantas..
semua nya seakan terkejar-kejar, bagai tiada ruang untuk bernafas..

letih, lesu, merungut, dan kadangkala timbul rasa tiada apa yang benar,
membawa kami jauh dari rasa tidak bersyukur itu,
kesihan kudrat kami, tetapi lebih kasihan pada usaha sia-sia mereka,
kadangkala lucu, kadangkala rasa begitu simpati,
mereka seakan buta,
mereka cakap kosong,
mereka berpura seakan tahu segalanya,
hakikat sebenar, mereka tiada apa, mungkin?

itu mungkin persepsi kami,
mengapa mungkin?
kerana mereka angkuh, lalu menolak kami jauh.

pandang ke hadapan,
mencari apa sebenarnya yang dicari,
menuju ke arah satu persoalan apa sebenanrnya yang dituju,
adakah saat ini semua nya sedang berjenaka,
tiada akal waras yang sebenar benarnya,
letih, sempit rasanya, berikan sedikit ruang untuk bernafas lega.

tapi masih tiada,
tetap berada pada tahap lama,
bukan semua orang ada kuasa,
percayalah ini semua tak kan kemana,
berikan sedikit nafas, jangan kau kaut semuanya.

Monday, March 12, 2012

isteriku.tell me now.


ade orang tanye aku..kenapa blog aku dah tak femes macam dulu?
sedangkan blog ni dulu dibina sebaris dengan zaman-zaman cik epal, fatin liyana, nisakay, irine nadia,dan seangkatan dengan mereka...hehe..sila gugel baru tau mereka femes macam mano.

bile aku dapat soalan tu..aku cam blur-blur..nak tergelak pon ade..
then,aku garu kepala...sejak bile plak blog aku femes dan sejak bile aku tulis blog sebab nak femes? booo..

straight forward.

aku ni jenis yang straight forward sebenarnye.tapi memang sangat jarang manusia dalam muke bumi ni boleh terima orang yang straight to the point. ramai yang suke kaki bodek dari terima kenyataan sebenar.ok dah melalut ni.

dulu aku start tulis blog sebab diri sendiri sebenarnya..and sebab perjalanan hidup aku dan kejujuran aku suke komen benda sekeliling aku..jadi aku suke kesini celoteh ape aku suke dengan harapan tak de orang blame aku atas kejujuran luahan hati aku mahupun komen peribadi terhadap ape yang aku lihat, gelagat manusia or benda yang aku tak puas hati mungkin?..tapi lame-lame aku rase bumi dah tak perlukan manusia yang jujur dalam kata-kata...to be honest, people around u would be prefer someone who always talk about something sooooo gud..they love those people who comfort them by lies....heh.so skang aku dah jarang menulis sebab nikmat tu kureng..

eh jup....

point sebenar aku ialah...aku perasan semua blogger famous itu cun! woah...so sesape yang ade niat nak jadik femes tu...kene make sure korang cun..so tak susahlah korang nak up..ye dokk?

let say bile aku bace blog irine nadia ngan fatin liyana la..sebab 2 blog ni kalau aku bace...aku akan cakap..."adakah semua kebaikan dunia ini anda serap?"....aku tengok life dorang cam perfect...cam fairy tale...

haha..kemain kau lumut.
so aku macam gini la..tetap lumut yang melekat di batu-batu....=p

disini aku saje promote puisi seorang jejaka buat isterinya : =')

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.



this is so sweet..=')

Sunday, March 11, 2012

me as a teacher.

"being a teacher to be is not an easy role...if i have 1 more chance to choose..
definitely i'll not choose to be there...but He knows d best"...

until now, too many people keep asking me why u wanna be a teacher? are u really interested to be a part of the education system? 


i do have the very honest answer but let the question unanswered is better i guess?

dunno why i feel so disappointed when some of them asked us to tick the highest mark for them in the evaluation form as they don't deserve it at all...

how come?

somehow "malaysian system" is so unfair. (sigh)

Saturday, March 3, 2012

nak kawen esok pon boleh.

this is just a though.  bout a minute ago.heh.

"kenapa nak kahwen?"

"nak menghalalkan..."

tapi lepas kahwen still buat benda yang tak dihalalkan. so how?

kahwin ni bukan perkara main-main.

"tapi at least bila kahwin kurang da dosa sikit?"  

"oh?? even lepas kahwin tak pakai tudung?"

"tak ape...dosa laki aku tanggung..."..

ohh? (again)

"laki tu tak nak masuk syurga?"

diam.

Friday, January 20, 2012

malu dan amanah

‎"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya." [Riwayat al-Bukhari]

Saturday, December 3, 2011

cemburu

"kita selalu cemburu kan apa yang orang lain miliki, tanpa kita sedari orang lain pula mencemburui apa yang kita miliki....adakah kamu sudah cukup bersyukur?"

Tuesday, November 1, 2011

kuang aja ape?

aku baru je lepas tengok video kejadian rompakan berparang oleh 2 ekor mamat dekat area cheras kat sebuah supermarket. korang dah tengok? pegi la tengok video tu...try klik ni aku tak sure korang leh tengok ke tak through here. aku tak tau ape korang rasa..tapi lepas aku tengok personally aku rase sangat sedih lepas tu tenung skrin laptop ni... tros terkeluar "kuang aja ape budak-budak ni?"..

sedih tau tak tengok negara sendiri macam ni....huuuuu.... aku tak tau korang rase macam ne tapi aku punye rase emo tu lain macam sikit... dan aku rase bile kite duduk kat negara orang akan wujud satu perasaan yang susah aku nak cakap sedih macam mane bile tengok negara sendiri macam ni... bagi aku hampir  2 tahun tak balik malaysia adalah 1 jangka masa yang lame.... tak lame lagi nak balik... tapi tak tau.... rase lagi selesa dengan keadaan dekat negara orang.... susah aku nak cakap selesa macam mane tu.. tapi siapa yang duduk sini mesti akan faham...

ramai je cina malaysia migrate sini jadik permanent resident... mungkin sini lagi aman dan terurus... bukan lah nak kate sini tak de jenayah sume... tapi die punye rase selamat tu lain macam sikit... tak ade la selalu je keluar kes jenayah macam kat negara sendiri..huu... aku tak tau la nape kat sini kalau nak jalan lewat2 malam tu rase selamat....

ok da tu je. tak nak tulis lagi. sedih.
malaysia....nape jadik macam ni? =(

Tuesday, October 4, 2011

komen terakhir aku

ini komen terakhir aku pada entry lepas;


seseorang berpesan pada aku:
"kita tak boleh puaskan hati semua pihak, setiap langkah kita pasti ada pihak yang tak menyenangi...dan sebagai manusia biasa, kita kena terima dan fikir kenapa langkah kita tak disenangi"

p/s: sekiranya dengan isu ini ramai yang ingin menjauhkan diri dari aku.. aku redha...yang baik itu datang dari Allah, dan setiap yang buruk itu juga sudah ditetapkan dan disediakan dari Allah lalu keburukan itu disandarkan pada hambanya...dan hamba itu adalah aku....mintak maaf semua atas salah silap dan kata.

Sunday, October 2, 2011

komen aku tentang gambar nampak pusat akhirnye menggangu sensitivity masyarakat.

entry ni aku tulis untuk mintak pendapat dan tegur aku. bukan nak carik gaduh.

lepas isu "pusat" tu..akhirnya aku rase meminta maaf dan mengakui kesalahn sendiri lebih baik..cume aku sedikit kesal apabila aku seperti diperlekehkan sebab aku bukan alim, tak bertudung labuh, pakai seluar jeans, bergaul rapat dengan lelaki, dan aku couple. itu semua aku mengaku itu aku.....baru sebentar tadi aku komen dekat satu hasil photoshoot seorang kawan blogger aku di facebook..gamba tu gamba seorang suami memeluk isterinya dengan penuh kasih sayang...dan akhirnya aku tergerak untuk menaip komen yang ditujukan buat si kawan blogger....komen berbuyi.."erk honestly gamba ni nampak buruk sebab nampak pusat..sorii"....
(aku mintak maaf komen macam tu ye salah aku straight sangat)..

ni gamba yang aku maksudkan.aku letak supaya tak nak ade yang salah paham or imagine yang bukan bukan pulak..model memakai tudung...untuk lebih terperinci tudung syria.

cume ape yang aku sedih dan kesal dan cam sedih gile apabile aku dikatakan seolah-olah tak layak komen dan cermin diri sendiri....sebab aku bukan alim seperti orang alim yang lain.....aku betul-betul mintak maaf sebab cakap straight macam tu..cume aku ade sedikit rase kesal kenape cam aku kene kondem gile-gile sedangkan mereka tak mengaku salah mereka.....adakah aku ini sangat pesalah dan sangat teruk perangai sebab mengaibkan beliau.....aku sikit pon tak de niat nak aibkan si model...mase aku komen aku memang terus nampak pusat tu dan terus komen sebab  time tu aku rase malu nampak pusat tu sebab baju tu plain dan mungkin jenis kain lembut...aku tak tau pendapat orang lain nampak gamba tu as gamba yang cool or tak salah ke ape..tapi aku admit salah aku komen straight..tapi why not mereka juge mengaku gamba itu "agak pelik" dari terus suruh aku cermin diri dan cakap aku tak pernah mengandung or bukan professional photorapher and tak boleh komen macam tu....

seriously aku rase cam terpinga-pinga....dan akhirnya aku kene terima hakikat bahawasanya:(bawah ni status facebook aku)
kite memang kene belajar dr kesilapan..hari ni aku belajar agar jangan komen gambar orang straight seperti "gamba ni nampak buruk sebab nampak pusat"...aku perlu menjaga sensitivity perkataan pusat dimata masyarakat....tak boleh komen tegur gamba pusat contohnye kerana itu telah mengaibkan dia dimata kawan-kawan facebooknye....aku tak de niat pon nak aibkan die..seriously..cume cara aku salah terlalu straight komen....maaf ok...
berikut adalah conversation kami yang aku sangat kesal....first aku kesal dengan diri sendiri sebab komen straight dan agak kasar. aku tak boleh expect orang lain jugak boleh terima cara kasar aku.....aku mintak maaf..dan second aku kesal dengan komen para ibu yang mengomen....aku kesal mereka kata gamabr itu tak mengaibkan tapi komen aku yang telah mengaibkan si model...dan  suruh aku cermin diri, cakap pasal keturunan, pasal hmmmm..bacalah sendiri......itu je..aku cume kesal..ni serious aku jujur dari hati bukan nak aibkan ke ape..serious aku tak terfikir pon....dan aku serik kot nak komen orang dah..sebab aku kene cermin diri aku sendiri (arrrggghh bergenang lak airmata aku)..

aku harap sape yang bace boleh lah komen kat anonymous tu..tak de sape kenal..marah lah aku..tegur aku....tapi komen lah sejujur dari hati.....aku mintak maaf..aku tak de niat nak bukak aib orang ke ape...sebab aku ingat model tak kisah aku komen macam tu sebab bagi aku die rase ok dengan gambar tu...tapi kalau model expect gamabr itu akan dipuji oleh semua orang....aku minta maaf sangat-sangat....aku dah tersalah komen...ape yang aku nak sekarang hanyalah pendapat dan teguran....
betul ke aku ni tak open minded tengok gamba seperti mereka kata?
betul ke orang pakai seluar jeans amik gamba dengan lelaki tak boleh  komen?
betul ke cara aku tadi menunjukkan aku keturunan paling terok?
betul ke bukan professional photographer tak boleh komen gambar?
betul ke aku belum cukup bagus muslimah sejati seperti yang dikatakan mereka? (ye betul)
dan patot ke aku disaman atas komen kasar itu? 











aku tulis bukan nak terus carik gaduh...sekadar catatan untuk diri aku dan untuk keturunan aku  dan pembaca semua mengambil iktibar......aku cume sedih sikit atas semua kate-kate yamg dilemparkan oleh pihak mereka tanpa ade sikit kate maaf buat aku.....atau mungkin aku terlalu kebudak kan untuk mereka memohon maaf....

bergenang plak airmata..tak berniat pon nak mencipta musuh...

Monday, September 19, 2011

celaka

empat kecelakaan manusia.


1.kedekut.

2.hawa nafsu

3.amarah

4.hasad dengki.

Wednesday, August 24, 2011

susah payah yang tiada sudah


"pilihan Allah adalah mereka yang dihadiahi dugaan hebat tanpa kasihNya, jalannya dihiasi duri-duri luka, tidak dibenarkan lena dalam nikmat yang melimpah, tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah..."

aku diam dan aku pendam.

Sunday, July 31, 2011

terkejut.susah aku nak digest cerita tu.

mase da habis netball tournament semalam ntah cam ne boleh bukak cerita antara kitorang....memula tanya cerita sorang member ni yang baru clash and dah couple pastu pakwe lame tak puas hati ngan pakwe baru and bla bla bla....tup tup pastu sampai turn aku ditanya....ni aku rase first time kot diorang tanye aku depan-depan ape sebenarnya yang berlaku........sape yang follow entry "kronologi cinta aku" yang aku pernah taip dulu..akan kenal dengan watak bernama REEN (bukan nama sebenar) yang aku letak kat situ..so semalam cam ade sambungan sikit dan aku terkejut bile aku baru dapat tahu something.

lepas SITI (bukan nama sebenar, salah sorang kawan REEN) mintak aku cerita dari pihak aku...aku pon cerita la...dan mase sume tu berlaku aku memang tak de niat langsung untuk rampas pakwe si reen ni...cume dalam keadaan tu die dengan SHAH (bukan nama sebenar) dah clash dan aku time tu adalah kawan shah...aku tak rase time tu aku ade perasaan kat si shah ni..seriously.....bukan aku nak cakap ape lah..aku kat sini sangat busy kot dengan life aku,sports aku,study aku dan kawan-kawan aku..so aku cam tak de mase sangat nak focus lebih bab shah clash time tu....ape pon kite tak boleh pertikaikan....dalam kes ni REEN pon ade salah...dan mungkin die pon dah sedar salah die...tapi ape yang berlaku tak boleh nak putar kan balik.... keadaan buat die ditinggalkan pakwe die atas ape yang berlaku...SHAH pulak tak boleh nak paksa diri die terima balik reen..dan aku pon ade salah sebab aku muncul dalam keadaan diorang baru clash.....tapi ni semua dah ditetapkan...bukan aku mintak untuk aku berada dalam situasi mereka....tapi....ade something dari sume ni...bile reen agak lebih terkilan bile ex die kapel ngan aku SEBAB........(seperti cerita SITI dibawah).

""lumut, aku tak de sokong mane-mane pihak...tapi sume orang pon buat silap...aku tak rase ade sape betul sape salah...pasal REEN tu biasalah normal lah die sedih dan act macam tu bile nampak kau....tapi ade satu bende aku cam nak bagitau kau....aku actually tak tau pon kau ade blog dan aku pon jenis tak bace blog...tapi kalau kau nak tau..sebenarnya...REEN follow blog kau dari die kat malaysia lagi...die follow kau time die memang tak kenal sape kau..dan die memang bace cerita kau....sume kisah-kisah kau dari dulu...die memang follow...and lepas sume ni berlaku die lebih kecewa dan terluka bila pakwe die akhirnya dengan kau...seorang blogger yang die tak kenal dan die follow dulu now dengan orang yang die sayang...die sendiri mungkin tak sangka kot tapi tu lah kenyataan yang die kene hadapi..aku rase sebab tu kot die susah nak terima..lame-lame nanti die ok lah tu....sume ni normal....aku ade cakap kat reen stop la bace blog kau sebab aku takot nanti die bertambah sedih ke ape...dan hari tu die cam tekad jugak nak stop tapi aku rase die still susah stop...""

dan aku TERKESIMA...

kalau reen bace blog aku, aku mintak maaf banyak-banyak kalau aku ade salah..aku tak ada niat pon nak serabut kan life die....cume aku sendiri tak tau dan bukan aku plan untuk berada dalam situasi tu....aku doakan dia tabah...lalui semua ni bukan ambil mase sehari dua......ada lelaki yang lebih baik sedang tunggu kau...jangan ubah diri kau..just jadi diri kau sendiri...dan belajar dari kesilapan...

p/s :selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat islam yang baca esoksemalam.....

Friday, July 15, 2011

ape kau dapat?

I found this video while clicking around randomly~~ape yang kau dapat??.......
pity u Malaysian if u act like this...