Showing posts with label daily. Show all posts
Showing posts with label daily. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

A start

15 july 2013 was the day i started entering the real world of work...
before ni kerja jugak, tapi keje memain je dulu..hehe

so tadi bile dah dapat email domain sendiri pastu boleh bukak website kolej untuk staff and pesnyarah rasa macam nervous pon ada bila baca kat bawah nama tu ada jawatan pensyarah yang dah pon aku sandang now...

hurm.

yup. a bit nervous kot. 

banyak benda nak kene belajar. selok belok and segala menda yang berkaitan dengan kolej ni. seriously a new thing for me and it's totally different from being a teacher. teaching and dealing with students here is far far away different...exactly not the same like teaching in school...even i just have 3 months experience in kota tinggi before for my practicum i still can differentiate the differences between both of them. yelah dulu pon dari kecik kan pegi skolah. lebih kurang 10 tahun kan duduk kat sekolah. hehe

so, what else?

busy tu memang dah tentu. nextweek dah start kelas segala. this week just study selok belok, observing and tanya itu ini to the senior lecturers.

please fika, u're not a student now. so sume mende nanti pon budak yang akan banyak carik kau and tanya kau. ohhhh myyy.... nervous gile. for me dealing with selected students and non-malay students is a bit challenging. to conduct the class in fully english oso the other part to be worry of...haha.

tak tau nak tulis ape dah.

kepala banyak pikir pasal keje. keje dan keje.
sounds like a workaholic aite?
no, i'm not. hehe

Sunday, April 14, 2013

beNcinta


Today sabtu.. Last week tak keje so today tadi keje la cari rezeki.ecehh...
so up to today dah almost half of april kan? What can i say about april is like bulan dugaan bagi saya.
Banyak juga dugaan. Alhamdulillah paling tidak Dia masih pilih saya untuk di duga. 
Means Dia tak lupakan saya... so, awak patut bersyukur taw awak.

Memula handfon hilang. lepas tu demam dan cuti tak kerja. lepas tu jatuh toilet boleh tahan gedebak gedebuk then lutut lebam dan sakit. lepas tu accident kereta kene langgar dari belakang mase on the way nak pergi ajar tuisyen. pastu tak dapat ajar tusyen. orang yang langgar tu baik sangat and ngaku salah die.senang sket kerja nak settle. lepas tu mintak cuti plak lagi dengan bos cina yang cerewet tak boleh nak masuk opis sebab nak pergi buat report then settle hal kereta. lepas tu kereta masuk bengkel. tak ada kereta. pergi kerja kena pulak usaha lebih jalan kaki sikit pergi tumpang member. wow effort sangat tu nak pergi office pakcik cina tu.

seems like a situation or condition "nikmat ditarik balik" kan?
sungguh menguji kan? tak apa diuji..paling tidak Dia masih ingat saya.

cukuplah mukaddimah. masing-masing ada part masing-masing.. bahagia, suka , duka mesti ada turun naik punya.. itu rencah hidup orang kata. nak tak nak mesti hadap. baiklah, silalah balik pada topik yang macam jiwang- jiwang pulak. ntah ape kene letak topik bencinta. ekekeke

buat lelaki-lelaki yang pernah saya sayang sebenar benar sayang, (hakhak ok geli)
ala betul la tu. even macam geli sikit bunyinye (nasibla) , saya mengaku dalam hidup saya ada 2 orang lelaki yang saya boleh cakap saya pernah sayang mereka. and and and mereka pon pernah sayang saya juga. ok muntah. haha.  

bak kata pepatah lirik lagu rock kapak tu "ku sangka panas ke petang rupanya hujan ditengah hari". eceh, kemain kau. sape yang ngah bace entry ni mesti menyesal. padan muka. kalau rase menyesal belum terlambat nak stop bace entry ni. tak baik buang mase..amalan syaiton tu. pergh, insap la plak...

betul, saya percaya. dalam mencari pasangan hidup,kita mesti TAK akan jumpe punye yang perfect macam drama-drama yang konon semua happy ending. TAK kan ada punya. ye ye tak payah nak capslock bagai. pernah sayang 2 orang lelaki tu macam bagi pengalaman sikit dalam hidup saya. tak boleh kot nak kata sape salah sape betul. itu semua ketentuan. tak ada jodoh orang tua-tua kata. tapi betul kata seseorang itu, yang sempurna itu tak akan wujud. never. 

seseorang tu akan sempurna di mata kamu, kalau kamu sayang dia kerana Allah. 
bagi saya untuk sampai ke tahap tu susah sangat kan? iman senipis kulit bawang ni susah sangat untuk sayang orang kerana Allah. mesti awak semua pon macam tu jugak kan? mesti terselit sebab itu ini kenapa sayang seseorang tu...

dah hampir lebih kurang 6 bulan saya putus cinta kali ke-2. macam tak sangka pulak saya dah tinggalkan segala kenangan bersama dia almost half of year... hubungan yang nak dekat 2 tahun tu tak kesampaian nak naik pelamin bersama. hakhak. sakit die toksah nak cerita la. but second time was better. cepat sikit move on kalau nak compare dengan first time putus cinta dulu. first time dulu kalau tak silap 7 tahun usia hubungan yang juga berakhir tak kesampaian. (eh cam mengada plak kau nak mengaku putus cinta bagai. ekekeke. terima jelah cerita aku. dah entry aku. blog aku.) hahaha...

so what next? agak-agak ape pulak yang tersedia untuk saya...

saya pon tak tau. saya belum bersedia. tak tau siapa lelaki yang sesuai jiwanya untuk saya. yang ada lebih imannya untuk membimbing saya. yang ada sikit lembut tutur bicaranya untuk menegur saya. mungkin ada. tapi saya tidak mencari siapa dia buat mase ni.

biar saya begini.

SMS yang saya terima tadi..buat hati saya sedikit sebak...maafkan saya..
pintu hati saya macam masih tertutup. tak tahu bilakah akan tibanya masa ia akan dibuka.
saya sendiri tak tahu.... 

saya dah biasa melangkah sendiri. buat itu ini sendiri. sedih pujuk diri sendiri. gembira gelak kan diri sendiri. marah diri sendiri. dan malu dengan diri sendiri paling penting...

blog, i introduce u a new name, call him "mr.cliche".
katanya dia sayang saya seadanya. wow epic gile bunyi nya. tapi macam biasalah hati saya mesti selalu sebut itu semua cliche. tak payah nak cakap ayat cliche sebab saya tak kan percaya punya. susah untuk saya terima lelaki ke-3 untuk masuk dalam list yang bakal saya sayang sebenar benar sayang....bukan betul boleh bahagia. nanti sakit  lagi.

so kesannya, saya layan die macam sampah.ntahlah.
lepas tu mula la dapat mesage macam kat bawah  ni..ekekee..kan dah kate awak tu cliche. haha.
tapi saya mengaku awak itu baik orangnya...terima kasih lah banyak-banyak.nah daun keladi.

"if my presence makes u uneasy, i'll do all my best to keep me stealth in front of u. if my voice disturbs ur peace, i'll shut my mouth eternally..but deep down inside, i'll never forget how much my love for u and i'll keep this feeling for the rest of my life...sebab menyintai tu tak semestinya memiliki.."

hooooooooooo! cliche habis! 
saya tau dia banyak da rase sakit hati dengan saya...sorry saya lebih selesa sendiri.

Monday, December 3, 2012

there you go...

memang betul perjalanan kita telah ditentukan. telah ditetapkan apa yang perlu kita hadapi dan akan dapat dalam hidup ni... tapi jangan sebab tu, kita terus berserah tentang apa yang akan berlaku dalam hidup kita... kita pon dah tau dalam Al-Quran dah cakap.. "Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika mereka sendiri tidak mengubahnya..."  macam tu la lebih kurang ayatnya. macam nak makan jugak...let say Allah dah tetapkan yang kau akan dapat ayam goreng (ok ni favourite.hihi)  pada pukul 2 petang semalam contohnya. tapi pada hari dan waktu kejadian... kau dapat ayam goreng tapi kau tak berusaha untuk makan. untuk masukkan dalam mulut kau...and still, rezeki dah ade tapi tak ada usaha tak kemana jugak kan?

hari ni adalah hari yang menentukan sama ada aku berjaya atau pun tak grab peluang tu... dari semalam aku berdoa agar segalanya dipermudahkan hari ni..jika ada rezeki aku...Allah akan permudahkan..yang penting aku kene usaha dulu..letakkan sepenuh usaha.... memang dari awalnya aku tak pernah putus asa untuk kejar, dan berusaha merealisasikannya... tapi tak leh tipu jugak  hampir putus asa jugak la diakhir akhir usaha itu..huhu...

terima kasih aku ucapkan kepada:
1. along dan abang ipar aku yang membantu aku dalam perjalanan untuk rebut peluang tu.
2.  that chinese guy.
so... ape lagi? start the battle lah... hooo

Wednesday, November 28, 2012

serious

ntah kenapa lately ni aku banyak sangat fikir perkara yang menjurus kepada serious. sampai satu tahap tu aku rasa macam penat dah fikir perkara serious, aku pon pegila tengok game show "betul ke bohong?" yang aku da download tu untuk menghindarkan fikiran daripada memikirkan perkara serious tu.. eh game show tu seriously lawak. see? still nak gune word seriously to show the seriousness ker? hehe..tapi jep sepah tu memang lawak... lawak die memang buat pecah perot betul....lawak habis. hehe.

ok back to the topic. eh, sound serious right?

memang pon. bila fikir perkara yang serious, kadang-kadang aku rasa macam.. "eh dah besar rupanya aku...". banyak sangat perkara yang perlu aku consider and fikirkan sekarang.... sampai rasa macam cepat je 24 jam tu berlalu..lepas tu jumpe hari esok.lepas tu esok dan esok lagi... nanti lepas ni aku lagi la busy.. tak ada sape paksa aku untuk jadi busy.. tapi diri aku sendiri yang nak membusy kan diri... aku rasa dalam keadaan sekarang ni aku prefer untuk busy kan diri.. create new environment supaya aku tak terlalu fikirkan environment yang pernah aku ceburi dulu..eh ape ayat pening ni? i mean supaya aku tak terlalu memikirkan perkara yang telah berlalu dan aku telah lakukannya..ayat mudah nye yang dah jadi history.. bak kata orang toleh sikit-sikit ke belakang tu tak salah..tapi jangan... jangan ape? ntah blur plak nak taip ape...

sape yang pernah kenal aku akan tau aku ni jenis yang susah betul nak buat keputusan. dari sekecik kecik keputusan sampailah yang besar... aku memang perlukan orang untuk ade sebelah aku..guide aku and cakap la ape yang patut.. even lepas tu aku akan tend to macam "eh bukan patut ni ke? ke yang ni? ke yang tu?"...see..even ade orang tolong untuk aku decide pon aku still confuse lagi and rasa macam tak tau ape yang perlu aku buat.... itu lah kelemahan TERBESAR aku. ok tak payah lah nak capslock sangat pulak aish.

somehow aku rasa kelemahan aku ni macam loser sangat. rasa macam tak membesar pon ada. sebab aku susah nak buat keputusan. T_T. ke sebab aku seorang yang fikir banyak? perfectionist? or loser yang takut menghadapi risiko? ntahlah.... and kelemahan ni jugak aku rasa jadi punca kepada beberapa kelemahan lain dalam diri ni... eh, nak salah kan punca pulak. salah kan diri sendiri la kamu! erm erm erm..baiklah.... saya selalu harap ada orang akan bantu saya sentiasa untuk buat keputusan. macam lately ni saya banyak fikir beberapa keputusan yang besar yang perlu saya ambil langkah yang sebetul-betulnya...

saya harap hari-hari mendatang saya lepas ni akan dapat saya lalui dengan tabah dan tenang... semuanya terletak pada diri saya dan sudah pasti dengan keizinan Allah jua.. takut sangat kalau semua tindakan yang saya ambil tu hanya bergantung pada diri saya sendiri...saya tak nak macam tu.... saya mahu segala perjalanan saya, dan gerak hati saya untuk membuat keputusan..biarlah datangnya dari kehendak Allah..bukan sebab hasutan syaitan ataupun kebergantungan kepada manusia....

pada saat ni jugak, saya rasa saya macam dah masuk fasa yang lain.
kadang-kadang saya rasa sekarang ni saya dah bertukar jadi orang lain pon ade... i mean saya mahu jadi someone better... rugilah jika saya telah lalui banyak perkara dalam hidup ini tidak membawa saya kepada  perubahan yang lebih baik...sesiapa pon la, mesti mahu sesuatu itu tak kira diri mereka atau keadaan sekeliling mereka diperbaiki hasil daripada pengalaman yang lalu... alamak, lutut kiri ni terseliuh plak ni..jup jup..aduh sakit plak....stop jup..

aduh sakitnya nak betulkan balik lutut.... lepas operation masa 2007 tu lutut tu jadi macam tu la..bukan boleh baik sepenuhnya... kadang-kadang terlari... silap gerak takut boleh putus balik je... macam gelas yang retak or pecah kalau dibaiki tetap tak kan dapat pulih sepenuhnya.. ha macam tu jugak lah kaki tu... eh merapu plak perumpamaan...

ok banyak lagi nak cerita perkara yang berlaku dalam hari-hari ku disini, disitu dan disana...hehe.. tapi rasa nanti la kalau bosan lagi macam petang ni akn aku coretkan disini.... by the way..tahniah to my sis atas kelahiran baby boy semalam... so sweet baby tu keluar masa besday ayah die.. so baby tu jadi hadiah yang sangat tinggi nilainya from my sis to her husband... =) . so, hi baby ... your life will get happier after u meet me nanti... introducing me myself....just call me "cik kah" like ninja-ninja yang lain itu panggil saya... gonne meet u soon cutie. =)

seronok je kan dapat baby... eh eh..

Wednesday, June 6, 2012

gune ape?

sedang aku melayan kerenah adik die yang merupakan seorang budak perempuan berusia 1 tahun 3 bulan, dia pulak dok mengendeng-ngendeng konon mintak belas kesihan..
"cik kah..nak main ipod touch..."
"pegi belajar dulu, kalau cik kah nampak bang long ngan bang ngah belajar baru boleh main...".

sedang mereka membaca buku sains dan teknologi taraf budak-budak...aku  pon duduk untuk interview soalan...memang dari semalam keje aku camtu dok tanye soalan matematik segala...

"ok..betis mane?", lalu tunjuklah budak tu ke arah betis.
" em pergelangan kaki plak? siku? leher?", arggh senang sangat sume soalan aku dijawab dengan betul.

"ok soalan seterusnya... kalau makan gune ape?", aku menyoal.
"TANGAN", erk... dah lain jawapnye ni..

"bukan lah...kalau bang long makan kan gune ape untuk makan...", aku tanye lagi.
"SUDU...", erk?

bukannnn..makan kunyah-kunyah tu la maksud cik kah...adeh.

Thursday, May 31, 2012

penangan

hari ni aku amik ujian undang-undang berkomputer tu..

seriously aku macam nervous sangat-sangat dengan sume benda yang berkaitan dengan jalan raya or nak amik lesen memandu ni.... macam ade cam trauma ke hape ke cam takut sangat gayenye..haha..dan mungkin sebab tu jugak la aku macam loser sket baru nak amik lesen same macam budak-budak lepasan SPM itu? hee..

al-kisah aku bace kot buku undang-undang tu...study macam orang nak amik final exam final year...haaa camtu lah..habis semua 500 soalan dalam buku soalan tu aku jawab...tak menahan tu malam tadi still ade 100 lagi soalan tak berjawab...sanggup aku bersengkang mata ala-ala stay up kot untuk bagi habis buku tu...sebab aku yakin soalan belakang tu mesti kuar banyak...

tibalah hari nak ambil ujian iaitu hari ini..hehe
"ok awak pergi komputer nombor 3, lepas tu masukkan orang awam Malaysia lepas masukkan IC number tu eh...beg letak kat rak", kata akak yang jage kaunter..aku pon terus la pergi letak beg and carik komputer..

masuk-masuk dah ade 2 orang gadis muda (cam budak lepas SPM.kompem) tengah jawab soalan...so aku pon start la dengan hal aku...jawab soalan yang buta warna soalan first aku cam da cuak..ni nombor ape ni? hahaha...sebaik btol...habis jawab semua soalan aku tengok mase banyak lagi sebab memang tak sampai 15 minit pon aku jawab..terus aku tekan keputusan then alhamdulillah lulus...tapi salah jugak la 2 soalan..haha...

so aku pon kuar..dak-dak yang dari tadi jawab before aku datang lagi tu pandang tak puas hati kat aku...aku pon cakap..."kacang je kot..rilek-rilek sudeh..".

eh tipu je mane ade cakap pape tros kuar..hehe
ok tu je nak cter penangan orang study untuk ujian macam study final exam final year. ha kau.

Sunday, May 27, 2012

macam tak caye

tadi aku mengikuti kursus untuk amik lesen memandu..
rasa cam tak percaya..
aku agak excited snanye..
tapi cam cuak-cuak lagi..
aku rse aku ade penyakit trauma ngan jalan raya kot?

aku mintak nak buat ujian undnag-undnag tu awal which is ari rabu ni..
so sabtu dah kene panggil untuk another 3 hours lecture ngan 3 hours amali katenye..
pastu baru la dapat L and start class memanduu...neves hoi..

orang lain mesti cam tak heran dah..
hehe..memang aku ni loser sket lambat amik lesen..
masa tak mengizinkan lah kononye..

Monday, May 7, 2012

jika kau peminat

seumur hidup aku, ini kali pertama aku cuba makanan ni...tak sure la ramai ke tak orang pernah try "durian goreng"...rupanya cam lonjong sikit lebih kurang macam goreng pisang..rasa dieeeeeeeeee...perggghhh....

memang sedap.

mula-mula dulu ada member aku cakap kat aku ade kedai ni jual durian goreng. aku dengar je cam kembang plak tekak ni bile dengar....selalu durian buat pengat ke, aiskrim ke...ni kite goreng durian tu plak..pelik jugakla dengar mase mule-mule....

sekali semalam aku try.... buat aku nak makan lagi hari ni....hooooo...

tros aku cakap kat si member.."kalau family aku datang sini..aku nak bawak kat kedai ni rasa durian goreng..mesti dorang pelik..."

ini dia durian goreng, 1 set ada 5 ketul =RM5

jika kau peminat durian...tolonglah try...sedap tak terkata...mungkin kalau tak minat durian pon kalau makan durian goreng ni terus jatuh cintaaaaaaaaa....

Monday, January 2, 2012

cerita kepulangan ke Malaysia...


memula tu susah jugak nak terima kenyataan yang aku dah berada di Malaysia..and dah pon end up life aku as student kat auckland tu....masa dalam flight lagi lah.... aku duduk...aku cam termenung....rasa cam kosong je fikiran aku.... kejap-kejap aku rase berdebar...berdoa penerbangan aku selamat tiba ditanah air...dan alhamdulillah..hari ni dah pon hari ke3 aku kat Malaysia...

sedih tu mestilah ada.... sebab auckland dah macam dapat tempat kat hati aku...banyak sangat perkara yang penting berkaitan dengan kehidupan aku berlaku kat negara kiwi tu....ajar aku sangat banyak benda..... dalam flight aku cam tidur, bangun, kejap-kejap urut kaki dan bahu...terasa lenguh perjalanan sangat lama.... aku dengar lagu-lagu dalam ipod aku...termenung lagi.... terus rasa rindu pulak pada dia itu yang dah aku tinggalkan di auckland.... bermulah hubungan jarak jauh kita...lain pula ujian dan cabarannya.....

  1. sampai je kat klia  aku cam terpinga-pinga....aku stop kejap and diri satu sudut...aku pandang sekeliling ramai melayu....aku jadik cam pelik dan blurr...cam bengong-bengong sikit tak reti nak react...tapi aku cam senyum je kat orang melayu yang aku pandang sebab mungkin da terbiasa kat auckland jumpe orang melayu cam senyum to each other..tapi kat sini diorang pandang aku pelik sebab senyum-senyum...ke aku je rase dorang pandang aku pelik?
  2. keluar-keluar 2 buah kereta sambut aku..parents and adik aku, and family along aku...rindu gila dekat anak buah aku.... sepanjang 3 hari ni..diorang berkepit dengan aku je... mane aku pegi mesti diorang ade...=)
  3. lepas tu pergi breakfast ramai-ramai, aku makan nasi kerabu pagi tu sebab tu je yang cam menarik kan.hee
  4. hari ke3 kat malaysia, aku dah makan buah manggis, rambutan and palingggg pentingggg buah durian...buat tempoyak..fullamak sedap die...yang makan tempoyak mesti tau kan? hehe
  5. first day sampai malaysia menjelang tengah ari aku cam berpeluh gile..badan aku cam berpeluh  je and tak selesa...and aku rase cam sangat pelik sebab kat auckland memang tak berpeluh la kan kalau duduk saje je dalam rumah... perubahan cuaca paling susah aku nak adapt...obviously.
  6. sampai ke hari ni aku rase cam tak selesa lagi..aku rase pelik sikit la sebab lepas aku mandi aku rase badan aku cam melekit..aku tak sure la air kat new zealand tu terlebih bersih ke ape...but air kat sane memang boleh terus minum keluar dari paip.... so now badan aku cam mule rase gatal-gatal and merah merah...
  7. hari tu aku pergi mcD, lepas tu aku order aku cakap... "give me 1 set of ......" ..sedangkan aku mane pernah order macam tu hoi....pastu aku tersedar aku rase cam nak tampar mulut sendiri...apesal cakap omputih? mengada gile kauuu...blah lah.
  8. disebabkan badan aku asik berpeluh je..so kat sini aku mandi 2 or 3 kali sehari...sedangkan kat auckland dulu kalau dah mandi sehari sekali tu da cukup bagus da bagi aku...kadang-kadang tak mandi pon ok..hahaha...so aku rase perubahan tuuu..haha
  9. makanan kat malaysia sangat heaven...sebab aku tak lagi rasa macam kekurangan makanan didalam rumah sedangkan kat auckland dulu aku rase cam "tak de bende ke nak makan?"..haha
  10. aku still tak boleh adapt lagi dengan rumah aku..banyak benda yang aku tak tau kat mane tempat die and kene tanye-tanye banyak kali..ni kat mane..tu kat mane...so aku decide esok aku nak kemas rumah gune skill cleaning aku ni kononnya so that aku selesa ikut kehendak aku..haha
  11. aku tak jumpe lagi kawan-kawan aku even sorang....now jumpe family je...paling sedih, aku tak dapat jumpe wan aku...arwah pergi before sempat aku balik..... dalam wallet aku, ade rm300 yang arwah bagi mase 31 dec 2009...time tu aku nak balik auckland semulaaku sebak sangat kalau tengok duit tu and teringat saat 31dec09 dulu tu...al-fatihah.
  12. banyak jugak benda yang dah berubah...kat sekitar kuala pilah sendiri aku dah jumpe beberapa benda yang dah berubah....ade yang baru ada dan  yang lame pula dah tak ada....
  13. abang aku yang second da berisi... itu pelik jugak kot?
  14. sampai hari ni sume masakan yang aku makan...aku komen pedas...ke memang pedas or aku da tak original negeri sembilan ?? haha
  15. anak buah aku dah pandai cakap..and aku rase cam comel tol dorang tu boleh borak-borak ngan aku...before ni dorang tak pandai cakap...
  16. ni agak pelik jugak dimana aku dah boleh makan rambutan tanpa pergi beli dekat kedai or balik kampung..belakang umah aku dah ade pokok buah rambutan yang dah berbuah...aku rase ini sangat woowwww!!
  17. aku beli no celcom baru, dan bile aku bagi kat orang...ramai tanye aku, "betul ke number kau ni? apsal cam pelik?"..pelik sebab start 0111 and ade sebelas nombor kesemuanya....aku sendiri terpinga-pinga tak tahu mende..haha
  18. rumah aku internet da wireless!! aku rase awesome nyeeeeee....haha
ok cukuplah tu....banyak lagi rase nak tulis tapi cam tetibe blank....aku cam rindu seseorang plops....aissssshhh.....

=)

Thursday, December 22, 2011

a taste of summer

uhhh baru hari ni dapat bukak laptop...busy betul lately..banyak mende nak kene settlekan before balik malaysia.... tadi baru je lepas settlekan shipping..now boleh lah relax sikit...betambah relax bile aku dah berhenti kerja dari hotel tu selasa hari tu.... tamatlah kerjaya aku mengemas bilik hotel...hehe....penat kot kerja hotel tu...nak cepat punye pasal..luka sana sini... terhantuk tersepit segala...huu...tangan aku pon cam da kasar gile sebab banyak sangat gune chemicals untuk bersihkan toilet bilik tu.... tulang empat kerat makcik ni pon da reput...hee..

tinggal lebih kurang 8 hari je lagi aku nak berangkat pulang....ntah lah..cam sayu n sebak plak nak balik tinggalkan auckland...banyak benda aku lalui kat sini...terlalu banyak...banyak sangat memori suka duka..jatuh bangun aku kat sini....auckland,i'm gonna miss u badly... 

ok now kan tengah summer....so buah ceri pon keluar tanpa segan silu..aku suke la jugak makan buah ceri ni...sebab buah ni cam comel pastu senang nak makan..pastu sedap .... tapi tak de lah murah sangat buah ni..agak mahal la...sekilo dalam $18-$22. tapi sebab aku nak balik dah nanti..so aku melantak la jugak buah ni dulu..hehe...aku ade la jugak order dalam 3 kilo kot untuk bawak bagi family nanti...kalau beli kat supermarket yang bese aku pergi tu cam tak sedap sangat..tapi yang ni memang terbaikkk..hee....ape lagi nak tulis? serious, da tak reti nak menulis...tengok gamba la eh..hee





Monday, December 5, 2011

kejadian berdarah semalam

semalam ahad aku kerja... ape yang aku tak suke hari ahad keje kat hotel tu sebab guest majority akan check out lambat... so kitorang keje start kul8.. 1 bilik kene kemas 30 mins. kalau guest check out lambat, kitorang akan cam rushing untuk habis kemas semua bilik yang diberi on time....kalau lambat nnt manager bising...let say dapat 12 bilik... so kene habis kemas sume dr kul 8- 2.30 tak termasuk lunch hour 12-12.30... so kalau guest lambat keluar, akan buang mase kami dari kul 8-10..selalunye area kul10 bru ramai nak kuar kalo ari ahad...

so, pukul 10.30 aku baru siap kemas 3 bilik gara-gara guest lambat cek out. at that time supposely 5 bilik da siap kan...so maybe sebab aku rushing or memang dah ditakdirkan...berlaku lah kejadian berdarah semalam... aku dah basuh 3 gelas..pastu nak angkat...sebalah tangan pegang 2..sebelah lagi 1...tetibe cm licin gelas yang 1 tu..nak terjatuh atas sink...aku cube nak tangkap kononnye..sekali pecah sebab die hit the other glasses yang ade kat sebelah tangan lagi pastu kene sink pecah..kene tangan aku..kaca pon tercucuk..aku panic sebab darah banyak dan kaca kat tangan dan cam terdiam..aku cabut kaca and tros amik face towel lari pegi office..satu towel tu da penuh darah..dah macam aku kene tikam pon ade...geli jugak banyak darah....tak sempat nak amik gamba towel tu sebab time keje tak leh bawak fon so tkot kantoi plak aku bawak kan...

lepas da bersihkan dan balut-balut tangan aku pon sempat naik balik pegi tangkap gamba sket....balik keje kat rumah try bukak nak cuci lagi..but still darah banyak lagi keluar... pagi ni pon bangun tido ingat da ok..bukak bandage untuk kali ke 3 still darah tak kering... banyak tol darah aku hilang semalam aku rase..huuu...pagi ni pon still kua lagi darah dan da start bengkak... isaw gak ni sbb bhgian luka tu mmg dalam and cam hancur sikit terkene kaca..huuu....

sakit...dari semalam berdenyut...huu..

ni le tempat kejadian
dirawat oleh doctor free..

Tuesday, November 29, 2011

just face them

last week banyak jugak perkara buruk berlaku kat diri aku.... memang kene banyak-banyak kan bersabar.... dalam masa yang same, aku sedanglah menghitung hari menghabiskan saat-saat terakhir aku diauckland ni..(eceh)...tengah sibuk kemas barang untuk shipping...ramai da kawan-kawan aku balik....aku kira manusia terkahir yang baru nak shipping and yang paling lambat balik... sebab aku sengaja nak lepak sini dulu..keje-keje dulu..tapi homesick sangat plok doh...hehe

antara perkara yang menguji aku last week adalah :

  1. kad atm aku hilang untuk kedua kalinya padahal aku buat kad baru tu tak sampai sebulan dah hilang...aku pergi bank nak buat kad baru dan mase aku pergi tu ...aku buat dekat orang lain walaupun aku kene beratur panjang sedangkan mamat yang dok kaunter khas yang buatkan kad aku rituh free je.. sebab aku malu nak wat kat die nanti kot die cakap "yang kau lalai sangat ni ape hal?"...
  2. screen handfon aku retak menanti belah selepas keseribu kali nye kot die jatuh ke atas lantai... kalau abah aku tau mesti cakap " tu la lalai..".... tekejut jugak still boleh touch-touch lagi skrin die even da retak seribu... handfon tu bukan handfon aku. tapi ade orang bagi. just call him areskks... yup, areskks tu si pencuri hati tu. erk.
  3. semalam pagi-pagi lagi sorang housemate aku ni cam wat hal lagi... aku pon sound je la...tak de la sound aku cakap je la mende betul dengan cara orang tanya ala-ala polis kot sebab tu die tak leh terima aku tanye... die nak pindah dah..so die kemas bilik..dalam bilik ade meja study yang jenis kaca which is setiap bilik ade meja study kaca tu.. meja die, die pegi letak kat dapur mase parents die datang itu hari..so bile letak dapur meja tu kotor kene kicap sos, bekas masak nasi, blend2 segala mende tu la..pagi smalam aku nampak die pegi tarik meja bilik sebelah...bile aku tanye:
"sape nye meja kat dapur tu" (time tu die tengah tarik meja kat bilik sebelah yang hosmet dah kuar)
"i punye".
"kenapa amik meja ni, tak amik meja kat dapur tu?"
" meja tu kotor", (dengan nada cam nak kene smack down)
" da kotor nape u tak basuh?"
"bukan i yang kotorkan sorang. lagipon bukan semua barang atas tu barang i"
" kalau bukan semua pon barang u, basuh je la... i nanti orang last yang keluar rumah ni lagila i kene clean up this whole house... takkan basuh meja bilik sendiri pon tak boleh..tak kan tu pon nak berkira...and now u amik meja bilik lain...."
"ok sekarang ape lagi yang u nak suruh i buat dalam rumah ni cakap ar".
" tak de ape pon nak suruh, kalau rase responsible nak tolong pape..tolong je... ni basuh meja sendiri pon tak nak..susah la..."

      4. lepas aku tegur housemate aku tu, supervisor hotel tempat aku keje tu call..semalam aku tak keje then die call la sebab ade guest complain bilik dimana bilik tu aku yang incharge..so aku kene marah... teruk gak aku kene marah tapi apo nak dibuek an...hadap yo la dah memang kecuaian aku time kemas bilik tu..........pagi ni gi keje aku cam cuak gile..tapi sebaik sumenye ok...die pon marah semalam je la...tak kan nak marah banyak kali kan...

so last week cam agak menguji..tapi tak pe... sebab last week gak result aku keluar. =)
nothing more to say, just face whatever bad or good things that gonna happen in ur life.

turun naik hidup. normal.
some more days left for u and me.
i do hate long- distance. huh

Thursday, August 18, 2011

laser gileeerr

cerita pasal subject laser aku semester ni..susah gileeerrr.....aku cuak ah subject ni susah sangat...down...hurm hurmm hurmm..kalau aku sangkut subject ni and tak lepas aku terpaksa lah extend 1 semester dengan keadaan terpaksa...sape nak?(katakan tak nak!!)aku nak balik malaysia kott..aku dah malas nak blaja kat sini..aku dah tak nak lalui kesejukkan ni lagi (erk?kemain tambah alasan)....hurm hurm...jom join aku mengeluh...dak kelas aku majority muke sume nerd-nerd..masuk kelas je dah down..lom blaja ngan lecturer lagi.....masuk kelas zero dalam kepala.. keluar-keluar terus jadik negative.......susahnyeeee.......lab report berderet...... penat.... =(.....teruknye mengeluh? tapi aku ini hamba biasa....

hari ni lecturer bawak masuk bilik laser tempat diorang berexperiment.....bosan sebab kene diri lame-lame...dah lah sejuk...sepanjang visit tu aku dalam hati asik bermonolog je sambil pandang sekeliling bilik tu.."hebatnye diorang boleh fikir sume ni..."...dok cakap dalam hati hebat hebat hebat tak sudah-sudah.....huhu....aku give up ah ngan subject laser ni....teruknye aku....kalau boleh aku nak habis belajar tahun ni....huhu

today punye cerita.

last sekali..nah lecturer aku..(eh eh tipu je, hye si tue..)

ok bai cukup-cukuplah merapu malam-malam ni.

Tuesday, July 12, 2011

sikit je lagi...

result semester hari tu dah keluar...Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.....walaupun result tak de lah hebat macam Albert Einstein....tapi bagi aku...aku dah syukur sesangat...seriously soklan final hari tu bukak-bukak je sangatlah meng-down- kan aku... nak tak nak jawab je....tau ke tak...yang penting jawab je..tulis je ape yang kau nak...nak lukis gambar doremon pon boleh...at least kertas jawapan yang kau dah bayar tu tak de lah membazir....hehe

so next week akan mula semester baru buat aku dan semua pelajar kat Auckland ni....semester ni merupakan semester penentuan untuk aku...cume tinggal 3 subjek je lagi untuk aku menamatkan perjalanan aku sebagai pelajar kat Auckland ni....1 more semester to finish my degree....lepas tu boleh lah aku nyanyi kuat-kuat lagu "i'm coming home" tu...=)...even dalam hati ade sikit rase cam malas-malas nak balik malaysia tapi nak tak nak kene gak balik......

bile ingat balik keadaan mule-mule aku melangkah kan kaki kat Auckland ni....rase cam bergenang airmata pon ade....sedar tak sedar dah nak habis dah pon nanti....semester ni penentuan.....be strong jangan give up...

sikit je lagi.......

Tuesday, June 28, 2011

mereka diterbangkan ke auckland.

first of all...thanks untuk sume komen dekat entry lalu tentang kronologi cinta aku....(lepas taip entry ni aku pergi reply komen ok.)

tinggal kurang dari 24 jam..insyaAllah projek terbesar aku yang satu ni bakal terlaksana....mase aku tengah taip entry ni...mak abah aku dalam perjalanan diterbangkan ke auckland....tempat dimana aku menghabiskan beberapa tahun hidup aku disini....macam-macam dugaan yang timbul..salah satunya apabila hujung minggu lepas semua penerbangan pesawat jetstar dibatalkan serta merta kesan  daripada pembentukan awan tebal yang terbentuk  daripada letusan gunung berapi sekitar wellington baru-baru ini (volcanic ash cloud)....bila berita ni tersebar aku agak nervous penerbangan mak abah aku jugak bakal dibatalkan....tapi alhamdulillah semuanya kembali kepada normal sejak semalam....dan dengan izinNya mak abah aku bakal menjejakkan kaki ke sini keesokkkan hari.....

dugaan seterusnya juge bile aku dikejutkan dengan berita abang aku accident motor jumaat yang lalu....yang pelik nye die tak ingat langsung macam mane die boleh accident...tau-tau gigi die patah dan bibir atas bawah pecah serta luka-luka di badan.....aku bersyukur tiada yang lebih teruk menguji die.....accident yang berlaku tu buatkan mak abah aku susah hati dan serba salah untuk terbang kesini..... aku doakan semuanya selamat......

mak, abah....welcome to Auckland!

Thursday, June 23, 2011

turun naik hidupnya aku.

  1. hari ni officially aku habis exam untuk semester ni.....and now mood winter holiday bout 3 weeks sedang menular dalam diri ku ini.....
  2. disebabkan free dan free aku join bebudak badminton dan netball untuk prektis for the bersatu games on this 2-5 july (kot?)
  3. disebabkan free dan free juga...aku telah decide untuk masak kek lapis malam ni dan memasak lontong pujaan kawan-kawan auckland aku (kononnye..haha) keesokkan hari dan mengajak beberapa orang kawan...(raya nanti aku ajak ramai-ramai lagi eh?)
  4. aku risau flight kawan-kawan dari auckland ke kuala lumpur naik jetstar sumenye cancelled...risau ni parents aku nye flight ke auckland on 28 ni cancel plak...janganlah..janganlah..berdoa semuanya selamat..nervous sangat ni.
  5. baru kejap tadi dapat message from seorang kawan, "free tak 13-15 July?..can u plis represent UMSA for Asia Games untuk badminton single...sume orang kate ko hebat...get back to me on this k...."......erkkhhhhh...celah mane nye aku hebat???ok now aku nervous untuk sekali lagi masuk badminton competition....boleh ke main lagi aku niii...
  6. dalam kepala banyak benda yang sedang difikirkan.....aiyo.
  7. alamak sakit perot plak.ok bye.

Sunday, June 19, 2011

me myself as a referee...

setelah agak lama meninggal kan aktiviti bersukan..hari ni aku turun join team netball yang practice for bersatu games....dalam jiwa ni cam membuak-buak nak je pergi bersatu games tapi rasa cam tak pe la....rasa cam da malas untuk play for a competition...stakat main suke-suke je kot lepas ni....habis dah kot zaman kesukanan dan keaksian..hakhak.

dan hari ni jugak selama aku melibatkan diri dalam bidang kesukanan ni...hari ni first time aku try jadik referee....tadi diorang ade friendly match...and aku yang tengah tak ade keje ni saje-saje je la menyemak kejap..hee....tup tup diberi wisel...tapi aku rasa aku ni tak leh jadik referee sebab aku cam tak sampai hati nak tegur kesalahan..cam aku sendiri yang maafkan je dari luar court..haha...merepek tol...

everyone dekat court tadi pon friendly..best-best main dengan muka-muka baru...=)...all the best to all nanti k...ramai gak tanya tadi.."nape awak tak main je untuk bersatu..dah la terror...(ehem sorry ter riak plak..erk?)..jom la...bla bla bla..."....aku cam rasa membuak-buak je kan nak pergi....darah sukan ni menggelegak je kan..haha..tapi aku rasa..em em tak apa la..aku dah habis kot zaman tu..tapi kalau tengok NZ netball kat tv aku slalu bayangkan aku 1 of the team members yang hebat gile tu....=)..=)..best gak berangan sorang-sorang ye dak?hee....dan aku sangat hepi tadi dapat turun main netball dengan anda semua setelah agak lama tak bersukan...nex week jumpe lagi ok!

p/s : hari ini juga ada kenangan yang sangat menyedihkan di court..terasa seperti sejarah lama berulang kembali.......='(

Thursday, June 16, 2011

sepi menyepi tersepi or disepi?

"deyy. wasap wasap! lame menyepi? aku ni da la fan kau. 
sehari takde update rase cam ko kene culik sajorrr"
alah sayang...tak payah la nak gedik sangat sape lah yang nak culik aku ni kan..tak de maknenye...sedar tak sedar oh lame jugak aku tak update blog....1 week ye dak?? aku pon tak sure ni kes sengaja menyepi or tersepi?? hehe..... tengah exam kot ni...berselirat urat-urat otak ni...mata pon berpinar je aku rase kan....masuk exam hall camtu gak..soklan susah tahap pecah kpala betol kannn..lecturer sorang-sorang tak nak kalah bagi soklan.....aisshhh......berdebar giler nak tunggu result exam.....seriyus berdebar~~~~~~~~~~
hari sabtu ade exam....errkhh... 2 kali aku exam hari sabtu!aiyo.

Thursday, June 2, 2011

cerita pasal earthquake

aku "terpaksa" belajar pasal earthquake pada mulanya...seumur hidup aku tak pernah pon aku nak amik tahu macam mane earthquake berlaku..tapi dari sebab terpaksa tu macam layan gak belajr pasal gempa bumi ni..final bakal menjelma...so disebabkan semua orang pon rajin je aku tengok ...so aku pon kene lah buat-buat rajin juge.

ape yang aku nak cerita, die punye rase bile belajar pasal gempa bumi dekat negara yang baru je dilanda gempa bumi itu hari ni macam lain ok..hehe...dari rase terpaksa jadik rase minat pon ade....ade yang tanya aku..aku dok sini belajar physics nak jadik cikgu tu macam mane..haha....memule cam malas la plak aku nak jawab sebab aku tau ada je orang cakap yang aku ni "ape class jadik cikgu nanti??gaji ciput?".....nak lagi kuang asam ayat.. "belajar oversea nanti jadik cikgu jer??"..tapi ape kau ingat aku kat sini belajar fizik tingkatan 5 yang kau orang belajar dulu ker? kalau rase senang sangat..and nak merendah-rendahkan ape yang bakal aku jadik nanti ok meh try la datang sini belajar tengok pecah tak pecah kepala tu.....untuk persoalan nape jadik cikgu, oh aku ade contract dengan government sebab aku kan belajar kat sini free so aku ade la 7 tahun contract untuk mengajar physics....

physics kat sane belajar ape lumut??
aku tak reti nak jawab...tapi belajar physics la..takkan belajar buat pudding caramel plak?hehe...em bile dah sampai tahun-tahun penghujung ni kami boleh pilih nak specialised dalam ape sebenarnya....cam aku.. aku pilih optics (belajar cahaya, kanta, cermin, waves, polarization, imej, bla bla bla) , geophyscis (belajar laut, bumi, planet, gempa bumi, taufan segala, gravity, bla bla bla) dan juga electronics (belajar litar letrik la ape lagi kan)....

ok dah nak balik rumah..now da pukul 11.13 malam.

scientific sikit yang ni


      nak cerita dengan adik kau ker, atok nenek ker...boleh lah yang ni aku rasa.


ilmiah plak kan entry aku kali ni.

Tuesday, May 31, 2011

Adakah ini winter terakhir aku?

suhu sekitar Auckland semakin rendah.
Winter sudah kembali bertemu seluruh warga Auckland. sejuk mengigit tulang.

Final bakal menjelang dalam masa 2 minggu lagi. berdebar tapi masih ada perasaan malas. kadang-kadang rasa susah jugak nak handle berdebar + malas sebab tak tau nak end up dengan study ke tido?? semester ni sangat mencabar. lagi-lagi subject geophysics.... lecturer untuk part solid earth bagi aku adalah lecturer paling susah aku nak faham ape yang die ajar sepanjang aku belajar dekat sini.... carry mark untuk subject ni pon memang macam hidup malu mati tak mau. ok belasah je lah aku gune peribahasa suke hati aku lah kan. haha.

ingat lagi BIG DECISION yang satu ini ?? lagi beberapa hari lagi bakal aku uruskan semua tu..berdebar. aku harap semuanya berjalan lancar... mohon dipermudah kan segalanya....serious aku sangat berdebar......

sekarang aku tengah fikir pasal pilihan yang aku ada sambil melayan soalan asimen yang umpama lecturer tu bagi soalan tapi tak nak jawapan...susah gile celah mane nak carik jawapan aku pon tak tau..rase menyesal pulak enrol geophysics instead of aku belajar btol-btol dulu magnetism.....ok nak menyesal pon tak gune....so kembali pada pilihan.....persoalan yang berlegar-legar adalah....

"adakah ini winter terakhir aku?"