aku mula mengenal blog sekitar 2007..menulis secara peribadi dan tak pernah faham apa itu "blogwalking"...dengan kata lain..aku tak baca blog orang yang aku tak kenal..jadi untuk senang faham..masa tu aku menulis blog sumpah macam diari.dan tak pernah tahu yang akan ada strangers komen blog antara satu sama lain.....yang aku tahu orang yang kenal kita je akan baca...baiklah straight to the point....
tujuan aku naik kan entry ni semata-mata nak share kan rasa kagum aku pada "seorang blogger" kepada semua orang di arena blogsfera ni..aku nak orang lain pon turut share rasa kagum mereka terhadap beliau......bagi aku beliau seorang blogger terhebat...sangat sangat hebat bagi aku....beliau mula menulis blog sekitar tahun 2006...dan sehingga hari ini blog itu masih bernafas dengan sihatnya....apa yang buat aku kagum dengan penulisan blogger ni adalah kerana penulisannya sangat sempoi,penuh info, up to date, berkeyakinan, pandai susun ayat, menyeru kearah kebaikan,kene dengan realiti masyarakat kita, kelakar, gurauan dan usikan yang kene tempat, kalau menulis dalam bentuk perlian memang menusuk kalbu , dan beliau bukan menulis buta semata tapi aku rasa macam penulisan tu perlukan sedikit kajian juga ilmu di dada....aku sangat suka effort yang diletakkan pada penulisan di blog beliau....
mungkin ada yang dah kenal sape beliau.dan mungkin jugak ada yang tak pernah kenal beliau.....justeru,dengan itu....aku dengan berbesar hatinya...ingin menganjurkan satu CONTEST dimana syaratnya amat mudah iaitu meneka "siapakah gerangan blogger terhebat" yang aku maksudkan tu....
SYARAT PENYERTAAN amatlah mudah :
- teke "seorang sahaja" blogger yang anda rasa dialah yang aku maksudkan terhebat tu di ruangan komen entry ini..diulang ruangan komen entry ni ye...anda boleh serta kan hujah kenapa anda pilih blogger tu...tak nak sertakan hujah pon tak apa..sebab hujah tu tak ada markah ke ape..pemenang hanya berdasarkan ketepatan padu dalam meneka...sape betul teke,menang lah.
- buat satu entry di blog anda cakap anda join contest ni...sekadar entry bagitau anda join je tapi jangan plak jawab kat entry tu anda pilih sape...nanti kantoilah..dah tak suprise untuk orang lain nak teke..tak gitu???oh ye, TIDAK PERLU klik butang follow blog ni kalau bukan jenis pembaca tegar blog ni.tidak perlu ye..
- lepas tu lengkapkan slogan "blog esoksemalam tak cukup hebat macam blog TERHEBAT tu kerana..."...slogan ni tak ada markah...aku saje je suke-suke...haha.tapi pelengkap penyertaan ni.
- kesimpulannya, jawab,buat entry,lengkapkan slogan.cuma 3 langkah sahaja...
oraite itu saja syaratnya....tarikh tutup adalah pada 20 JAN 2011....pada tarikh berkenaan aku akan up kan satu entry menyenaraikan kesemua nama blog yang diteke oleh peserta lalu mendedahkan sape blogger terhebat yang aku maksudkan tu jadik semua orang akan tau lah sape dan kita boleh same-same share rasa kagum terhadap beliau.....aku memang tabik spring,kagum gile dan sangat suke penulisan beliau...anda pula bagaimana??so silalah join dan nantikan kemunculannya pada 20 JAN 2011 nanti.....tapi kalau tak ada sape teke dengan betul...kita akan buat lucky draw sahaja.
HADIAH : 3 orang yang teke dengan tepat akan menerima sehelai t-shirt murah yang bakal diterbangkan dari negara kiwi ini...t-shirt murah itu mungkin akan tertera tulisan Auckland mahupun New Zealand mahupun tertera seekor burung kiwi comel...juga, blog 3 orang yang menang tu akan aku review sejujurnya means secara positive dan negative...review tu sekadar pandangan aku kepada blog pemenang....so,selamat meneka!!senang je ni..join join...
p/s : contest ni buat untuk suke-suke disamping nak share sape blogger tu.








