Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

lelaki

Sejak beberapa detik yang dipinjamkan buat saya dalam perjalanan lalu....lelaki selalu mengecewakan..lelaki memusnahkan kepercayaan saya, hancurkan cita-cita dan impian saya, sakitkan hati saya,sakitkan fizikal saya..dan buat saya menangis...sehingga satu masa terduduk... sehingga saya rasa gagal dalam perjalanan saya..sesat. sehingga meminta minta ditunjukkan arah.. Sehingga saya rasa tiada lagi harapan dari saya buat seorang lelaki...

Apa yang ingin saya harapkan?...seakan tiada.. 

Saya langkah sendiri..kuatkan semangat ..lelaki sekeliling saya, buat saya jadi siapa saya hari ini... Adakah itu salah saya? Satu persoalan yang saya biarkan tidak berjawab... 

Dalam kekecewaan yang saya lalui..saya masih mencari lelaki yang boleh membela nasib saya, jaga diri saya sebaiknya, tidak biarkan airmata saya mengalir, tidak biarkan badan saya tercalar mahupun sakit, membimbing saya dalam perjalanan dunia dan akhirat saya..mendoakan kesejahteraan saya...menyayangi saya seperti barang berharga mereka.. 

Saya tertanya, wujudkah lelaki itu...

Sepanjang perjalanan ini..saya seakan seorang diri.. mengadu, mendengar, menangis.. semuanya sendiri... 

berani saya katakan hari ini, hati ini mungkin sedikit keras..tidak selembut hati gadis lain yang dilihat lelaki..bicara ini sedikit kasar, tidak semerdu bicara gadis yang lain itu, tingkah ini sedikit tegas, tidak selemah gadis yang lain itu.dan berani saya katakan juga...hati ini sedikit menentang... 

Adakah semua itu apa yang saya mahukan? Tidak.bukan begitu.  

Saya juga seperti kamu, mahu rasa sedikit bahagia.tak banyak tak apa..sedikit pon sudah puas. Tapi orang cakap sedikit yang terlalu didambakan itulah yang sukar untuk dimiliki..rasa nya perit dan pedih untuk dikecapi...sukar yang amat. 

 perlu terus sabar. Kuat.

Tuesday, February 25, 2014

suami

memang betol yang semua perempuan dalam dunia pon akan ada ciri-ciri suami idaman.
memang betool...

"aku nak lelaki kaya la..sebab dah letih hidup tak kaya, dan carik duit sendiri. kalau boleh nak lelaki yg wallet die aku pegang..kad bank sume bagi aku..itulah kebahgiaan aku.", kata si A.

"aku ok je kalau tak kaya sangat, yang penting hensem... sedap sket mata aku ni nak hadap dia hari-hari..itulah kebahgiaan aku.", kata B.

"aku tak hensem pon tak pe... tapi aku nak lelaki tingggiii... bia aku boleh men lompat-lompat nak amik barang atas kepala die..itulah kebahgiaan aku.", kata C

"aku fizikal tak kesah langsung...bukan anak kaya pon aku tak pe.. yang penting dia ade degree...duit kan boleh dicari...muka tu dah tua nanti tak hensem jugak..itulah kebhgiaan aku..", kata D.

"aku tak pe kalau die diploma je... yang penting dia tak malas...boleh bagi aku anak beranak makan pakai...cume aku tak nak yang nerd...aku nak yang boleh buat aku ketawa..yg cool...itu kebahgiaan", kata E.

" aku plak nak solat 5 waktu yang cukup..tapi of course duit tu penting..tak kaya sangat pon tak pe..tapi pandai menyimpan...tapi nak yang sedap mata memandang jugak la..hehe..itu kebahgiaan aku", kata F.

"aku nak lelaki yang tegas. pandai berlawak jugak. dan pandai cakap english..aku nak sangat anak anak aku boleh cakap english nanti...sooo cool.. tapi best jugak kalau kaya.", kata G

" aku nak yang badan macam model, bergaya... beriman, solat cukup, hormat orang tua...berduit jugakla..pandai...tegas..pandia buat lawak...bla bla bla bla....", kata H.

trust me lelaki macam H tak kan wujud. mana ade lelaki idaman macam yang H nak tu. mesti ade kekurangan somewhere. Allah dah aturkan hidup kita...Dia dah temukan kita dengan lelaki yang kita perlukan..bukan lelaki yang kita mahukan... manusia suke demand macam-macam..tapi itu semua kehendak yang kite sendiri tak tau penting ke tak. memang dimata kita selalu akan terpandang perfectnya kehidupan orang sampai kite rase letih tengok kekayaan, kebhgiaan, kecantikan, kegembiraan yang orang lain kecapi. tanpa kite sedar dan nampak ape pulak ujian lebih terok yang orang sekeliling kite dah lalui....

kehidupan banyak mengajar aku.
kadang-kadang terduduk jugak aku menangis dan berfikir...
beginilah cerita hidup aku.

kita kene selalu sangat fikir.. "Allah Maha Adil". "Allah Maha Adil"... "Allah Maha Adil.."
hati kite mesti tenang sikit. sebab kita tahu Maha Adil tak kan tipu kita, tak kan seksa kita, dia cume uji..untuk kehidpan lebih bermakna nanti...

Ya Allah..banyaknya dosa sepanjang hidup.
Kalau Alalh tak nak ampunkan kita...kat mana agaknya tempat kita nanti di akhirat.
Adakah kekal bersama lelaki kaya, hensem, cool itu?

seseorang pernah berpesan pada aku...bila berkahwin niatlah yang kahwin untuk akhirat...
idamkan lelaki yang baik agamanya, cukup solatnya, banyak amal dan sedekahnya, dan boleh membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah...

zaman sekarang, wujud lagi ke lelaki seperti itu?
wujud.
cuma sangat sedikit. segelintir cuma.

Thank u Allah sebab bagi aku peluang hidup sampai hari ni. rasa nikmat hidup yang melimpah walaupun aku kadang-kadang lupa untuk bersyukur. =(

Saturday, September 14, 2013

i did

" When someone treats me like an option, i help them narrow their choices by removing myself from the equation. It’s that simple."

i did.

i've been through that feeling about a year ago.

and bersyukur sangat aku dah tak lagi dengan kau.lebih kurang 10 bulan dah. wow nak dekat setahun dah aku berlari tinggalkan kenangan lama. menyakitkan sangat ketika itu. buat apa kalau seseoarang hanya terima kita dengan apa lebihnya kita, tapi memaki hamun kita dengan apa kurangnya kita. manusia macam tu aku doakan dia hidup dengan angel. itu pon kalau angel tu tahan dengan perangai dia. mind you, aku rasa manusia macam tu seperti ada 'bipolar disorder'. bila time baik, baik sangat...bile time tak suke, hanya Tuhan yang tahu... watch your mouth dude. perempuan bukan boleh dilindung atau dijaga dengan kekasaran, dan juga kata-kata kesat kau. semoga kau lebih matang dan berjaya. mungkin kalau kau masih lagi buang masa datang blog aku dan baca now, aku mintak maaf sebab mungkin kau dah tersakit hati baca tulisan aku ni. tapi aku tak pernah paksa kau untuk datang sini.

hidup ni karma, jangan sakitkan anak orang lagi. kau bukan ada hak pon.

itu semuanya dah berlalu. some of my friends ada jugak cakap nanti mana tau jodoh aku dengan kau. dan aku akan terima kau balik. no. hell no. memang takkan untuk aku hadap kekasaran kau lagi. kau bukan pelindung. dan kau tak layak jadi pelindung. kau perlu belajar lagi untuk jadi sebenar-benar pelindung..

hari ni masing-masing pon dah bawak haluan masing-masing. and i want to tell you this dude. aku happy sekarang. tanpa kau. dan tanpa kau. and thank you, perjalanan aku diteruskan lagi dengan bermacam dugaan yang perlu aku tempuhi.dan bukan kau disisi aku.

tapi dia.

somehow aku rasa middle name of him is ikhlas. sangat ikhlas dan jujur. tapi tak hensem. dan tak kaya. itu yang obvious. hahahaha..(jangan mawah =p)

 tapi kau pelindung. ciri-ciri pelindung tu sangat terserlah dalam diri kau.

"When you truly love someone you don't judge them by their past, you accept it and leave it there."

dah 9 bulan dah kan Mr.cliche?. (^_^)

Friday, June 8, 2012

hidup lelaki tanpa wanita


seseorang pernah bagi tahu aku, katanya di setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita dibelakangnya.
i just wondering, "apakah makna hidup lelaki tanpa wanita?"
sebab tu kita jarang tengok lelaki yang kematian isteri atau bercerai boleh hidup sendiri dalam masa yang lama...tapi ramai perempuan mampu hidup sendiri tanpa lelaki disisi...

tapi aku juga pernah baca...
tak lengkap hidup seorang wanita tu kalau tiada suami disisinya..

buat semua kawan-kawan yang telah selamat diijabkabulkan..tahniah! hehe
and buat kawan-kawan yang sekarang tengah runsing untuk mencari pasangan...
sabarlah..insyaAllah jodoh itu telah ditetapkan..jangan terlalu stress taw!
senyum selalu kay..=)

Saturday, May 19, 2012

akan dikenang?



petikan yang diambil dari SINI
Kakak T menulis;
“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Di hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.
Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karektor.
Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya di awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya. Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa-biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.
Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula di ajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.
Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.
Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak. Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”
Adakalanya saya bertanya,”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”
Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”
Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoren. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;
“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”
Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.
Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.
Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!
Kakak T sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.
Ratna,
Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.


Salam sayang buat emak, adik-kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka guru nombor satu!
- Rumah kecil di Jabal Ohud -

Saturday, March 3, 2012

nak kawen esok pon boleh.

this is just a though.  bout a minute ago.heh.

"kenapa nak kahwen?"

"nak menghalalkan..."

tapi lepas kahwen still buat benda yang tak dihalalkan. so how?

kahwin ni bukan perkara main-main.

"tapi at least bila kahwin kurang da dosa sikit?"  

"oh?? even lepas kahwin tak pakai tudung?"

"tak ape...dosa laki aku tanggung..."..

ohh? (again)

"laki tu tak nak masuk syurga?"

diam.

Monday, February 20, 2012

potong kepala

entry ni da lame da aku nak buat..tapi asik tangguh..so cam da basi gak la incident ni...terjadi pada satu malam dirumah kawan aku....

ikan riang: lumut, kau ni jangan la emo sangat...rileks la gaduh mende kecik je pon..ni nak sedih lebih-lebih plak...
lumut: kau tak faham..bla bla bla...

5 minit kemudian...

lumut: ape mende tu?
ikan riang: elmo ni dulu boyfriend aku bagi...pastu kitorang gaduh ape ntah time tu..aku geram aku potong kepala die sampai putus...
lumut: ?????? (terkedu)...

sape lagi emo?=p..hee


Saturday, February 4, 2012

Thursday, December 15, 2011

somewhere disana


tercipta engkau dari rusuk lelaki...bukan dari kaki untuk dialasi..bukan dari kepala untung

dijunjung...tapi dekat dibahu untuk dilindung...dekat jua dihati untuk dikasihi...

-(wanita, De Hearty)-

Friday, October 28, 2011

mirip cina

***ini entry dalam draft

beberapa kali terdengar mukanya dikatakan mirip cina. tapi sering ditidakkan oleh dirinya sendiri. katanya "aku punya muka melayu asli ni". aku tengok langsung tak de melayu asli. sehinggalah suatu hari kau bercerita tentang chef itu bertutur bahasa cina dengan kau. kan aku dah kata.aku ketawa dengar kau meneruskan cerita.

dalam ketawa itu, aku teringat akan sesuatu peristiwa aku bersama seorang gadis. seseorang yang aku tak pernah fikir akan menjadi manusia terpenting dalam transformasi kehidupan aku. aku anggap dia dihantar untuk menerangkan semua keadaan ketika itu. tiada siapa salah. masanya lebih setahun yang lalu gadis itu pernah berbicara akan rasanya pada aku....

"kamu mungkin akan dengan lelaki cina.."
"tapi kenapa cina? melayu tak de ker?..."
"tak tau, cina jugak..cina comel kot..."
"cina mane tengok melayu gelap ni.."
 ketawa.

apabila wujud perkenalan antara lelaki cina selepas perbualan itu, aku khabarkan pada dia. kami berlawak lagi... gelak bersama... aku ambil itu sebagai perkara lawak..dan dia tak pernah berhenti lelaki cina akan datang nanti...

"kita yakin lelaki cina tu ada untuk kamu"...aku gelak.
entah macam mana suatu masa aku sangat baik dengan seseorang berdarah cina. muka betul-betul cina.. kali ini dia islam tapi muka sangat cina. dan aku khabarkan pada gadis itu lagi. kami ketawa bersama. lucu.
perkenalan dengan lelaki tinggi muka seakan seorang cina itu dianggap sekadar kawan biasa. orang kata chemistry itu tiada. sekadar kawan seperti yang lain. aku menjauh supaya keadaan tidak menjadi rumit mahupun serba salah nanti.
sekarang dah hampir 2 tahun aku dan si gadis tidak bersemuka mahupun bersembang bersama... mungkin kalau kita bercerita kau akan cakap ini pada aku...
"betul kan tekaan saya, kamu dengan lelaki cina"
 
 
tapi dia kata dia tak ada mirip cina..katanya " aku punya muka melayu asli  kot".
 senyum. (sekadar teringat perbualan lama aku dan si gadis).

Monday, July 25, 2011

bakal suami, saya tak halang awak untuk kawen lebih.

hope readers semua sihat-sihat tak kira dimana anda berada.

terasa makin jarang-jarang dah aku update blog ni....blog tempat aku salurkan sedikit kepedihan luka aku suatu ketika dulu....siapa yang follow dari awal ceritanya akan perasan..nafas esoksemalam bukan seperti dulu yang penuh dengan perasaan kecewa dan putus asa.....jauh dilubuk hati...aku sangat menghargai semua readers yang tak penat bagi kata semangat dan iktibar cerita mereka buat aku suatu ketika dulu sampai aku bangun dan teruskan perjalanan aku sehingga siapa aku hari ini....

ujian itu mematang kan.aku setuju.

dan ujian itu juga mengeraskan hati aku. sila setuju.

life aku kat sini macam biasa dengan cuaca yang makin sejuk...busy dengan study dan subjek2 final semester yang sangat mencabar sehingga meng-tension-kan aku....dalam busy belajar aku tak putus asa untuk menunggu panggilan bekerja kembali dekat hotel tempat aku kerja dulu..dan aku jugak cube apply kerja-kerja lain....ade 1 misi untuk diri sendiri yang aku rasa aku nak capai...KAWEN???ohh nantilah dulu....tapi kalau ade jodoh aku tak menolak.

ulasan dari tajuk, aku sangat tidak menghalang bakal suami (aku pon tak tau sape,Dia je yang tau) untuk berkahwin lebih dari 1...dimadukan tak menjadi masalah bagi aku setelah ape yang aku rasa sebelum ni dan ape yang aku lalui buat aku berfikir sesuatu...selain tu prinsip aku....buat ape nak halang hati dan perasaan mereka..cinta tu buta.kalau kau halang pon cinta boleh buat ape saje walaupun dihalang...cinta mampu bertindak diluar jangkaan....cinta tu tak boleh dipaksa...pernah dengar?so buat ape nak paksa lelaki untuk stick pada kau....kalau kau perempuan dimadukan...bukan sebab kau tak best ke ape..bukan sebab kau tak hot semata ke ape...tapi cinta itu sendiri buta dan dah ditentukan cinta itu dari siapa untuk siapa oleh Dia.....

akhir entry yang agak panjang ni...aku letakkan video rumusan "projek terbesar aku" which is hadiah percutian buat mak abah aku pada winter tahun ini......take care semua dan selamat berusaha.....

Friday, July 15, 2011

ape kau dapat?

I found this video while clicking around randomly~~ape yang kau dapat??.......
pity u Malaysian if u act like this...

Thursday, June 9, 2011

Sex is a taboo in Asian society.

pernah dengar pasal "obedient wives club" ?? aku ternampak tadi kat facebook kawan aku snap a pic yang kuar kat the united press, nz hari ni...alah korang mesti da tau kan.


before ni club poligami ye dak? sekarang club 'isteri-isteri patuh' pulak?...isteri mesti patuh sebab takot laki berpoligami ke ape ni?eh ke camne?....aku tak nak ulas panjang-panjang sebab aku pon tak ade mase nak ulas..tengah saat genting nak jumpa abang kacak final exam....so aku letak kan la baris baris ayat kalau ade yang malas nak pergi baca sendiri kat sini, sini mahupun siniiiii....

"Islam compels us to be obedient to our husband. Whatever he says, I must follow. It is a sin if I don't obey and make him happy," said Ummu, who wore a yellow headscarf.

"Sex is a taboo in Asian society. We have ignored it in our marriages but it's all down to sex. A good wife is a good sex worker to her husband. What is wrong with being a whore ... to your husband?" she said. (Rohayah Mohamad).ayat makcik ni yang a good wife is a good sex worker to her husband tu memang la tak leh blah kan...memang tak dinafikan sex tu penting makcik, tapi tak delah sampai a good wife just refer to your sex performance semata??hadoi la.

"When husbands come home, wives do not welcome their husbands with warm alluring smiles and sexy dressing ... That is the reality today," she said...ni satu lagi...aku senyum gak la baca...tak ada la sampai nak seksi kan kak...cukup sekadar bersih kemas dan sedap mata memandang....tak gitu??

She said wives must go beyond the traditional roles as good cooks or good mothers and learn to "obey, serve and entertain" their husbands to prevent them from straying or misbehaving.Indirectly, "disobedient wives are the cause for upheaval in this world" because men are not happy at home and their minds and souls are disturbed, she said....tak hepi at home? camne plak kalau suami yang tak buat isteri happy plak?

ape ni?ape ni? marriage not just about sex...kalau club ni cuma stand for sediakan 'nafkah batin' first class untuk para suami sahaja, aku tak rase tu berjaya untuk 'prevent them for straying or misbehaving.', bak kata korang la....rasenye kalau baca dari atas artikel sampai bawah rasa macam misi dan visi club ni is just to ensure their husbands are sexually satisfied...camtu?ok jup ape motif bila dulu tubuhkan club poligami pastu sekarang tubuh kan club ni plak??

ok now boleh pergi baca "lelaki bujang 28 tahun ni" punya komen...dia antara yang menyokong...mereka yang tak sokong tu bukanlah 100% bout this club mereka kata salah...cume...em ntahlah..susah nak cakap...ikut lah selera memasing..baca and fikir...ok dah.....nak sambung study...saje mai kejap-kejap conteng-conteng kat blog ni....

Sunday, June 5, 2011

antara sebab pakwe makwe clash

aku tulis ni berdasarkan statistik sebab kenapa kawan-kawan dan orang sekeliling aku clash...dan juga tokok tambah dari ikut suke hati aku la dah blog aku...jangan percaya sangat bukan betul pon....

  1. tak faham life style : ni biasa lah bila pakwe nak keluar pegi minum-minum ke..main futsal ke ngan kawan-kawan..makwe kejenye asik bising je...itu ini sume tak boleh....makwe jenis ni nak pakwe die message die 24 jam agaknya..nak kuar makan pon dengan die...pendek kate sume ngan die...same gak lah ngan pakwe jenis tak faham makwe...makwe nak lepak gosip-gosip ngan kawan-kawan pon tak boleh...nak shopping pakwe mesti nak follow....ni jenis pakwe ngan makwe yang tak boleh nak faham life style masing-masing.....belum kawen kot? rileks sudah...
  2. pakwe panas baran : sume orang pon akan marah dan pernah marah...tapi ni kes pakwe yang panas baran..mende kecik pon nak marah..kalau mende besar?ni jenis pakwe yang tak leh nak handle saat-saat genting...payah pakwe macam ni...aku nasihatkan makwe-makwe tinggalkan je la pakwe jenis macam ni....sebab ape?? sebab cerai talak sume kat tangan pakwe so kau orang makwe-makwe kalau dapat yang jenis panas baran yang tak leh kawal emosi memang naye lah kan??  yeah2...langkah berjaga-jaga tu....dan pakwe kene ingat ni..lelaki paling hebat adalah mereka yang boleh kawal kemarahannya....ok?
  3. kantoi menipu : kes menipu dan ditipu ni biasa..mane-mane kapel pon aku rase tak lari ngan suke menipu dan pernah ditipu..haha..kalau takut kene tipu mahupun jenis tak pandai menipu aku nasihatkan tak payah kapel...takut nanti kene tekanan pulak sebab kau boleh jamin ke kau jujur dan pakwe kau tak menipu? or makwe kau betul-betul jujur?? bleh caye ke kalau pakwe kau cakap "gudnite sayang..tido dulu..."...tah tah die pergi bukit bintang?
  4. makwe kikis duit : makwe-makwe ni memang tak lari dari sifat mata duitan... suke duit, suke shopping, suke beg,suke kasut....ah sume tu makwe-makwe punye keje...lame-lame pakwe pon fade up jugak kan?? tapi tak banyak pon aku rasa orang clash sebab kes ni....dah sayang..bagi je la ape yang makwe kau nak..ye dak?? time kapel boleh la dude.....try tengok lepas kawen?
  5. perasan hot : tak kira la makwe ke pakwe yang perasan hot...orang jenis camni die perasan diri die tu laku je 24 jam buatkan susah nak appreciate pasangan die...selalu je ingat yang pasangan die tak kan tinggalkan die sebab die ade rupa yang tetarik menarik kau memang the bom la kononnya..ingat sikit makwe pakwe..jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..tak semestinya kau cun,hot, macho kau senang dapat pasangan yang boleh faham kau..susah beb..sebab tu kadang-kadang kite tengok pasangan tu sorang cun/ hemsem and sorang lagi sebaliknya...mesti pernah jumpe kan???so jaga baik-baik kalau dah dapat yang betul-betul leh faham kau.
  6. tentangan keluarga : dah macam cerita p.ramlee la plak kan masuk tentangan keluarga ni..kes ni ada je berlaku kat kawan-kawan aku....keluarga tak setuju..tak sekufu katanya..ade yang kononnya nak keturunan yang nama mesti depan ade tengku, ade raja...motif mak abah kau nak camtu??esok mati ade pangkat la??.....tapi dalam islam memang suruh carik yang sekufu..cume jangan sampai salah faham sampai membezakan darjat plak...
  7. kerjaya : pakwe makwe clash bile tak ada kerjaya yang stabil...selalunya kalau pakwe jenis yang tak pandai nak handle mase depan aku nasihatkan makwe-makwe fikir banyak kali....kalau makwe jenis yang tak ade kerjaya aku rase ok lagi sebab makwe bukan wajib bagi nafkah ke ape...tapi kalau pakwe?.....lagi pon part kejaya ni zaman sekarang due-due belah family pon dah pandang kerjaya makwe dan pakwe tu....kalau boleh mesti nak due-due stabil..tak kan lah makwe kau tu doktor pakar sakit puan tapi kau kerja sapu sampah?? bukan aku nak menghina..tapi perbezaan macam ni tak elok zaman sekarang ni sebab nanti dah kawen awek kau tu mula lah nak rase berpangkat dalam keluarga dan tak respect si pakwe ni tadi...so nak salahkan sape?
  8. give up  dan fade up: pasangan yang clash sebab fade up adalah pasangan yang tak ada prinsip 'give n take'..kiranya sebelah pihak je yang letak kan effort untuk bahagiakan relationship tu..so makin lama kalau tak ada kerjasama....letih la jugak kan?lalu wujudkan perasaan fade up dan give up.....jadi kalau pakwe or makwe lari...secara tak langsung kite tak leh salahkan pakwe or makwe yang meninggalkan....sebaliknya cek diri sendiri....kau dah cukup toleransi ker?
  9. long distance : boleh dikatakan majority pakwe makwe clash sebab ni.... tapi bukan sebab jauh ni sume sebab belum cukup build trust dalam diri memasing....so masing-masing pon tak leh nak handle emosi bile berada dalam jarak yang agak jauh....ramai yang amik keputusan clash sebab rase tak selamat dan malas nak amik risiko....makwe pakwe ade je fikir yang diorang takut kalau bagi komitmen tapi at last yang jauh tu betray die dalam senyap...so sume tu bisikan dalaman je tu..kalau due2 pon setia dan trust..tak de masalah aku rase....
  10. terlalu banyak persamaan : ni same jugak dengan kes tak ada keserasian....kalau pakwe ngan makwe tu macam banyak sangat persamaan pon tak boleh jugak..kalau due-due jenis kuat merajuk..sape plak nak pujuk? kalau due2 jenis emosi..sape plak nak handle keadaan? kalau due2 jenis cepat marah....habis lah ye dak? so macam tak ada konsep saling melengkapi dan selalu gaduh..ramai yang clash bile dah terlalu kerap bergaduh dan rasa dah tak ada chemistry....

ok cukuplah.....saje je merapu tension study.hehe
so agak-agak kau orang pernah berada dalam golongan mane??

Tuesday, May 24, 2011

ape jadahnye ni??

kang cakap bodoh, mulalah sorang-sorang melenting...

tapi dah itulah hakikatnya.....lame dah aku tau pasal 24/7 and gula-gula cap ayam ni....come on lah derrr....K-POP tu sendiri stand for "KOREAN POP" so tak salah kalau orang malaysia cop korang ni bodoh...alahaiii.....aku ni tak adalah nak jaga tepi kain kau orang ke ape...tapi dah alang-alang aku ade blog ni..ape salahnye aku bagi komen sikit ye dakkk....

sume orang pon nak feeling-feeling korea....kulit gelap pon perasan puteh melapak...mata memasing sedaya upaya nak sepetkan...ape de hal???nak jadik romantik macam korea la..comel macam korean la....sume orang pon mule nak tergedik-gedik....ape bende la haii......

ni dah habis seksi lah ni??
dah habis comel la??

allloohhh syuuuuweetttnyeee.....
dah habis romantik lah tu buat love-love????
lelaki dah lah makin kurang...wujud plak group jambu batu muke masing-masing mintak penampar ni lagilah rase cam pupus gile lelaki yang boleh diharapkan..yang boleh jadik pemimpin..rase cam....alahai korannnggg..... apela yang bodoh sangat tu..... aku cam tertanya-tanya lah jugak sengsorang...memang mak abah korang ni sokong ke korang tubuhkan group ni??memang sokong eh?? memang makcik-makcik korang, sahabat terdekat tak de ke yang cakap dah-dah lah tu memperbodohkan diri tu...tak de eh???

yang seluar pink tu dah feeling KOREA tahap maksima la tu kononnya???