beberapa kali terdengar mukanya dikatakan mirip cina. tapi sering ditidakkan oleh dirinya sendiri. katanya "aku punya muka melayu asli ni". aku tengok langsung tak de melayu asli. sehinggalah suatu hari kau bercerita tentang chef itu bertutur bahasa cina dengan kau. kan aku dah kata.aku ketawa dengar kau meneruskan cerita.
dalam ketawa itu, aku teringat akan sesuatu peristiwa aku bersama seorang gadis. seseorang yang aku tak pernah fikir akan menjadi manusia terpenting dalam transformasi kehidupan aku. aku anggap dia dihantar untuk menerangkan semua keadaan ketika itu. tiada siapa salah. masanya lebih setahun yang lalu gadis itu pernah berbicara akan rasanya pada aku....
"kamu mungkin akan dengan lelaki cina.."
"tapi kenapa cina? melayu tak de ker?..."
"tak tau, cina jugak..cina comel kot..."
"cina mane tengok melayu gelap ni.."
ketawa.
apabila wujud perkenalan antara lelaki cina selepas perbualan itu, aku khabarkan pada dia. kami berlawak lagi... gelak bersama... aku ambil itu sebagai perkara lawak..dan dia tak pernah berhenti lelaki cina akan datang nanti...
"kita yakin lelaki cina tu ada untuk kamu"...aku gelak.
entah macam mana suatu masa aku sangat baik dengan seseorang berdarah cina. muka betul-betul cina.. kali ini dia islam tapi muka sangat cina. dan aku khabarkan pada gadis itu lagi. kami ketawa bersama. lucu.
perkenalan dengan lelaki tinggi muka seakan seorang cina itu dianggap sekadar kawan biasa. orang kata chemistry itu tiada. sekadar kawan seperti yang lain. aku menjauh supaya keadaan tidak menjadi rumit mahupun serba salah nanti.
sekarang dah hampir 2 tahun aku dan si gadis tidak bersemuka mahupun bersembang bersama... mungkin kalau kita bercerita kau akan cakap ini pada aku...
"betul kan tekaan saya, kamu dengan lelaki cina"
tapi dia kata dia tak ada mirip cina..katanya " aku punya muka melayu asli kot".
senyum. (sekadar teringat perbualan lama aku dan si gadis).