Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, February 1, 2013

first attempt

today is 310113. such a great number ayte?

and hey, we are already in 2013 ok? seriously?

like seriously? 

no. i mean, this is my first attempt to post an entry here.
like seriously? 

eyp, enuf said.

hello 2013. Assalammualaikum pembuka bicara kepada kamu kamu kamu jika ada yag masih menapak untuk mencari huruf huruf yang ditaip oleh penaip ini disini. jika masih ada. silalah jawab salam saya. doakan saya juga sentiasa sejahtera. dengan izinNya jua. =)

tahun 2012 telah saya dan kamu semua tinggalkan. dan pasti segala yang kita lalui pada tahun itu pasti tidak akan kembali lagi. jika masih ada beberapa perkara yang bakal berulang pada langkah awak pada masa akan datang, pastinya tidak akan sama lagi seperti langkah yang lalu.


honestly, i don't know where to start.
and how to describe every single thing happened in this month.
ianya macam masa berlalu sangat pantas. 
dan terasa masa saya telah dicuri. insyaAllah, dicuri dengan lebih banyak perkara yang berfaedah jika nak dibandingkan dengan yang tak berfaedah. manusia biasa macam saya mana boleh lari dari kekurangan yang satu itu. i know, i'm bad. and still kan? i know. i know. (nodding)

ok. why so serious? hihi (ok im trying to put some hihi for u)
why so formal in writing?
mungkin sebab dah kekok nak menulis. alrite. let's start.
ikut saja apa yang jari mahu menulis.
gonna put some random stuffs across my mind right now,
saje nak buang masa kejap dengan blog padahal banyak lagi benda perlu hadap now. 
sigh.

am so busy super duper busy. poyo sangat je kan bunyinya. tapi memang saya pilih untuk menyibuk nyibuk kan diri. buat buat sebok pon ada sometime. eh selalu jugak buat buat sebok. dan perasan sebok. hihi. ok tak perlu kot nak letak hihi tu. tak hilang stress pon kan?

ape ek nak cerita? my life is so boring. tapi rasa bersalah sangat kalau tiap kali nak cakap yang "hey, my life is so boring la". ianya macam seorang yang tak tahu apa hala tuju. mana boleh hidup awak bosan sedangkan kalau awak seorang yang punya matlamat hidup yang satu itu, tidak mungkin keluar perkataan hidup bosan. or hidup yang membosankan. or membosankan sangat hidup. or membosankan ada hidup. or hidupku sudah tidak bermakna lagi. ok over sangat tu awak.

ok. you know what, saje je nak buat buat tanye. konon  rase macam tengah bercakap ngan orang lah kununnye. hihi. ok tak nak tulis hihi da nampak macam stress sangat lettew. haha. 

perkara yang pertama yang terlintas di fikiran saya adalah umur saya sudah mencecah 23 this year? repliey's believe it or not sangat kan? yup, quite a big number. 

aku rasa aku taip entry ni macam bukan aku. kenapa eh? 

ok seriously, let's start:
 SATU
ok ini aleesya. kadang kadang die gedik. perasan semua orang dalam dunia ni bagi attention kat die. kononnya. ini gambar aleesya mase balik cuti lastweek. heaven jugaklah lari balik rumah 5 hari cuti. oh heaven. ok, nak citer ape lagi? cik kah sayang aleesya. =)

DUA
ehem ehem. sape yang sibuk dulu panggil orang loser sebab tak ada lesen tu? see the leg now. hehe.
Alhamdulillah, in early of this month i managed to get my license!! 
rasa time tu nak jogging satu taman perumahan sebab tanda celebrate hari kebahagiaan.
erk apakah? kak, loser sangat tu cara celebrate. haha.
so, sekarang sebut saja tuan hamba semua nak kemana, mari patik tolong drive kan. 
ok riak sangat tu menaip ayat. haha. 

TIGA
ape yang nak diceritakan pasal makhluk di atas? entah. 
ok rasa macam dah malas nak taip. ngantok. tapi tak boleh tidur lagi sebab ade kerja kene siapkan.
sila dapatkan dipasaran ye adik-adik. ni buah tangan dari akak lumut.
lumut dalam english 'moss' kan. just terfikir yang artis nama deja moss dulu tu....
erk. so can call me fika moss. means, fika lumut. haha. 
nasib baik tak ada orang suggest itu jadi nama pena. ohh nama pena katanya. =p

 EMPAT
ok malas nak citer jugak. this is a part of my tasks. film checking namenye.
dah macam steps nak jadik pelakon pulak bunyinye. memang jauh panggang dari ayam panggang. haha.

ok some might feel so curious why i do this stuffs. ok sebenarnya saya sekarang adalah seorang penganggur terhebat. apa yang hebatnye sebab sambil menganggur saya minum air dan berselam selam. erk? ok now kami tengah tunggu untuk panggilan posting. sementara tu this month jugak kami telah dipanggil interview yang kami semua tak sangka kami akan dipanggil untuk interview tu. if saya dapat job tu, saya akan cerita ok the whole story. and if saya dapat kerja tu, maknanya tak ada orang da ke nak panggil saya cikgu fika? sobbbss... takpelah panggil saya cikgu lumut je lah. =p.
doakan saya dapat job tu. saya tahu ramai lagi calon yang hebat. tapi saya telah cuba sedaya upaya saya. jika mahu dipilih guru dengan job tu, honestly saya seronok jugak berada disekolah dan melayan bebudak bebudak. ok back to the topic, sekarang saya penganggur sambil selam selam dan minum air laut. ok merapu. padan muka sape suruh baca. kan dah buang masa. buang masa tu kan amalan syaitan. teladannya janganlah awak semua buang masa. adakah saya perlu stop menaip now?

LIMA
ini hadiah untuk baby adam. my niece yang ke 5. adam lahir bulan disember.
kakak saya tak tengok pon drama adam dan hawa tu.
so  die letak nama adam tu sebab sedap. bukan sebab aaron aziz pon.
aaron aziz jangan nak perasan. haha.

ENAM
ini sahabat dan kakak-kakak namanya. sebab mereka semua lebih tua dari saya. haha. sori terkeji pulak. tapi memang kami nampk macam sebaya. ok fine saya nampak tua kan.. tak kesah pon. saya kawan tak kira umur dan darjat mahupun pangkat. eceh.
hehe. saya sayang mereka. kami kenal di Auckland sana. dan kami cuba untuk meluangkan masa untuk berjumpa setibanya di Malaysia. masing masing sudah terpisah dan punya haluan sendiri. begitulah hidup kita. acuannya luas. pengalaman itu ambil lah. 
ok tak payah nak bermadah, bosan je kan baca. sape suruh.

TUJUH
ini nak menunjukkan betapa saya suka buat buat busy.
manusia ni saiko.
menghantui hidup saya juga sejak kebelakangan ni.
ntah boss sape ntah.bos kamu ker? ke kamu? kamu tu? sume mende nak cepat. ish.
tapi saya bersyukur saya boleh kutip pengalaman dari perjalanan kali ini.
looking forward more to come. =)
but am not looking forward nak kene hadap muka manusia itu. kesian sangat diri ku.

LAPAN
ini pulak baby shana!!! my friend's niece. gamba ni last week punye gamba kot.
hye baby shana! u are so adorable! =)
ape ntah motif letak gamba budak banyak banyak dalam entry ni.
hakhak. hello, diorang comel kot.
tengok pipi shana tu. tak rasa macam nak gigit ker?

SEMBILAN
my highskulmate's wedding in Penang.
was my first time in penang! ye seumur hidup ini pertama kali. tak kesah lah orang nak kate i'm a big L.
seronok, akhirnya dapat cross satu tempat dekat malaysia ni.
perasan tourist sangat kan? =p

SEPULUH
my first and second anak buah.
sibuk tunjuk kehebatan permainan masing masing dekat cik kah.
ok lah cik kah pon buat buat teruja.
miss u both now. sigh.


alamak, cik kah da mengantuk. tapi ada perkara perlu disettle kan. tak boleh dah nak upload pics lagi. cukuplah sampai disini. selamat malam. 

semoga kamu semua yang membaca sentiasa lalui perkara yang baik-baik saja dalam hidup kamu. aku doakan Dia jauhkan kamu semua dari perasaan sedih dan pedih. dan dapat apa yang kamu inginkan. kehidupan kadangkala mengajar kita untuk mengalah dan melepaskan. 

aku bukan sedih, apatah lagi kesal. aku cuma merenung.

jumpa lagi hujung bulan depan blog. =)
Assalammualaikum.

Monday, December 3, 2012

there you go...

memang betul perjalanan kita telah ditentukan. telah ditetapkan apa yang perlu kita hadapi dan akan dapat dalam hidup ni... tapi jangan sebab tu, kita terus berserah tentang apa yang akan berlaku dalam hidup kita... kita pon dah tau dalam Al-Quran dah cakap.. "Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika mereka sendiri tidak mengubahnya..."  macam tu la lebih kurang ayatnya. macam nak makan jugak...let say Allah dah tetapkan yang kau akan dapat ayam goreng (ok ni favourite.hihi)  pada pukul 2 petang semalam contohnya. tapi pada hari dan waktu kejadian... kau dapat ayam goreng tapi kau tak berusaha untuk makan. untuk masukkan dalam mulut kau...and still, rezeki dah ade tapi tak ada usaha tak kemana jugak kan?

hari ni adalah hari yang menentukan sama ada aku berjaya atau pun tak grab peluang tu... dari semalam aku berdoa agar segalanya dipermudahkan hari ni..jika ada rezeki aku...Allah akan permudahkan..yang penting aku kene usaha dulu..letakkan sepenuh usaha.... memang dari awalnya aku tak pernah putus asa untuk kejar, dan berusaha merealisasikannya... tapi tak leh tipu jugak  hampir putus asa jugak la diakhir akhir usaha itu..huhu...

terima kasih aku ucapkan kepada:
1. along dan abang ipar aku yang membantu aku dalam perjalanan untuk rebut peluang tu.
2.  that chinese guy.
so... ape lagi? start the battle lah... hooo

Wednesday, November 28, 2012

serious

ntah kenapa lately ni aku banyak sangat fikir perkara yang menjurus kepada serious. sampai satu tahap tu aku rasa macam penat dah fikir perkara serious, aku pon pegila tengok game show "betul ke bohong?" yang aku da download tu untuk menghindarkan fikiran daripada memikirkan perkara serious tu.. eh game show tu seriously lawak. see? still nak gune word seriously to show the seriousness ker? hehe..tapi jep sepah tu memang lawak... lawak die memang buat pecah perot betul....lawak habis. hehe.

ok back to the topic. eh, sound serious right?

memang pon. bila fikir perkara yang serious, kadang-kadang aku rasa macam.. "eh dah besar rupanya aku...". banyak sangat perkara yang perlu aku consider and fikirkan sekarang.... sampai rasa macam cepat je 24 jam tu berlalu..lepas tu jumpe hari esok.lepas tu esok dan esok lagi... nanti lepas ni aku lagi la busy.. tak ada sape paksa aku untuk jadi busy.. tapi diri aku sendiri yang nak membusy kan diri... aku rasa dalam keadaan sekarang ni aku prefer untuk busy kan diri.. create new environment supaya aku tak terlalu fikirkan environment yang pernah aku ceburi dulu..eh ape ayat pening ni? i mean supaya aku tak terlalu memikirkan perkara yang telah berlalu dan aku telah lakukannya..ayat mudah nye yang dah jadi history.. bak kata orang toleh sikit-sikit ke belakang tu tak salah..tapi jangan... jangan ape? ntah blur plak nak taip ape...

sape yang pernah kenal aku akan tau aku ni jenis yang susah betul nak buat keputusan. dari sekecik kecik keputusan sampailah yang besar... aku memang perlukan orang untuk ade sebelah aku..guide aku and cakap la ape yang patut.. even lepas tu aku akan tend to macam "eh bukan patut ni ke? ke yang ni? ke yang tu?"...see..even ade orang tolong untuk aku decide pon aku still confuse lagi and rasa macam tak tau ape yang perlu aku buat.... itu lah kelemahan TERBESAR aku. ok tak payah lah nak capslock sangat pulak aish.

somehow aku rasa kelemahan aku ni macam loser sangat. rasa macam tak membesar pon ada. sebab aku susah nak buat keputusan. T_T. ke sebab aku seorang yang fikir banyak? perfectionist? or loser yang takut menghadapi risiko? ntahlah.... and kelemahan ni jugak aku rasa jadi punca kepada beberapa kelemahan lain dalam diri ni... eh, nak salah kan punca pulak. salah kan diri sendiri la kamu! erm erm erm..baiklah.... saya selalu harap ada orang akan bantu saya sentiasa untuk buat keputusan. macam lately ni saya banyak fikir beberapa keputusan yang besar yang perlu saya ambil langkah yang sebetul-betulnya...

saya harap hari-hari mendatang saya lepas ni akan dapat saya lalui dengan tabah dan tenang... semuanya terletak pada diri saya dan sudah pasti dengan keizinan Allah jua.. takut sangat kalau semua tindakan yang saya ambil tu hanya bergantung pada diri saya sendiri...saya tak nak macam tu.... saya mahu segala perjalanan saya, dan gerak hati saya untuk membuat keputusan..biarlah datangnya dari kehendak Allah..bukan sebab hasutan syaitan ataupun kebergantungan kepada manusia....

pada saat ni jugak, saya rasa saya macam dah masuk fasa yang lain.
kadang-kadang saya rasa sekarang ni saya dah bertukar jadi orang lain pon ade... i mean saya mahu jadi someone better... rugilah jika saya telah lalui banyak perkara dalam hidup ini tidak membawa saya kepada  perubahan yang lebih baik...sesiapa pon la, mesti mahu sesuatu itu tak kira diri mereka atau keadaan sekeliling mereka diperbaiki hasil daripada pengalaman yang lalu... alamak, lutut kiri ni terseliuh plak ni..jup jup..aduh sakit plak....stop jup..

aduh sakitnya nak betulkan balik lutut.... lepas operation masa 2007 tu lutut tu jadi macam tu la..bukan boleh baik sepenuhnya... kadang-kadang terlari... silap gerak takut boleh putus balik je... macam gelas yang retak or pecah kalau dibaiki tetap tak kan dapat pulih sepenuhnya.. ha macam tu jugak lah kaki tu... eh merapu plak perumpamaan...

ok banyak lagi nak cerita perkara yang berlaku dalam hari-hari ku disini, disitu dan disana...hehe.. tapi rasa nanti la kalau bosan lagi macam petang ni akn aku coretkan disini.... by the way..tahniah to my sis atas kelahiran baby boy semalam... so sweet baby tu keluar masa besday ayah die.. so baby tu jadi hadiah yang sangat tinggi nilainya from my sis to her husband... =) . so, hi baby ... your life will get happier after u meet me nanti... introducing me myself....just call me "cik kah" like ninja-ninja yang lain itu panggil saya... gonne meet u soon cutie. =)

seronok je kan dapat baby... eh eh..

Wednesday, June 6, 2012

gune ape?

sedang aku melayan kerenah adik die yang merupakan seorang budak perempuan berusia 1 tahun 3 bulan, dia pulak dok mengendeng-ngendeng konon mintak belas kesihan..
"cik kah..nak main ipod touch..."
"pegi belajar dulu, kalau cik kah nampak bang long ngan bang ngah belajar baru boleh main...".

sedang mereka membaca buku sains dan teknologi taraf budak-budak...aku  pon duduk untuk interview soalan...memang dari semalam keje aku camtu dok tanye soalan matematik segala...

"ok..betis mane?", lalu tunjuklah budak tu ke arah betis.
" em pergelangan kaki plak? siku? leher?", arggh senang sangat sume soalan aku dijawab dengan betul.

"ok soalan seterusnya... kalau makan gune ape?", aku menyoal.
"TANGAN", erk... dah lain jawapnye ni..

"bukan lah...kalau bang long makan kan gune ape untuk makan...", aku tanye lagi.
"SUDU...", erk?

bukannnn..makan kunyah-kunyah tu la maksud cik kah...adeh.

Tuesday, January 24, 2012

selesai

selesai dah kenduri...letih. hu

ini gambar kami bersama seseorang....kenal? tak?
tak kenal tak pe..sesetengah orang je kenal.

Monday, January 2, 2012

cerita kepulangan ke Malaysia...


memula tu susah jugak nak terima kenyataan yang aku dah berada di Malaysia..and dah pon end up life aku as student kat auckland tu....masa dalam flight lagi lah.... aku duduk...aku cam termenung....rasa cam kosong je fikiran aku.... kejap-kejap aku rase berdebar...berdoa penerbangan aku selamat tiba ditanah air...dan alhamdulillah..hari ni dah pon hari ke3 aku kat Malaysia...

sedih tu mestilah ada.... sebab auckland dah macam dapat tempat kat hati aku...banyak sangat perkara yang penting berkaitan dengan kehidupan aku berlaku kat negara kiwi tu....ajar aku sangat banyak benda..... dalam flight aku cam tidur, bangun, kejap-kejap urut kaki dan bahu...terasa lenguh perjalanan sangat lama.... aku dengar lagu-lagu dalam ipod aku...termenung lagi.... terus rasa rindu pulak pada dia itu yang dah aku tinggalkan di auckland.... bermulah hubungan jarak jauh kita...lain pula ujian dan cabarannya.....

  1. sampai je kat klia  aku cam terpinga-pinga....aku stop kejap and diri satu sudut...aku pandang sekeliling ramai melayu....aku jadik cam pelik dan blurr...cam bengong-bengong sikit tak reti nak react...tapi aku cam senyum je kat orang melayu yang aku pandang sebab mungkin da terbiasa kat auckland jumpe orang melayu cam senyum to each other..tapi kat sini diorang pandang aku pelik sebab senyum-senyum...ke aku je rase dorang pandang aku pelik?
  2. keluar-keluar 2 buah kereta sambut aku..parents and adik aku, and family along aku...rindu gila dekat anak buah aku.... sepanjang 3 hari ni..diorang berkepit dengan aku je... mane aku pegi mesti diorang ade...=)
  3. lepas tu pergi breakfast ramai-ramai, aku makan nasi kerabu pagi tu sebab tu je yang cam menarik kan.hee
  4. hari ke3 kat malaysia, aku dah makan buah manggis, rambutan and palingggg pentingggg buah durian...buat tempoyak..fullamak sedap die...yang makan tempoyak mesti tau kan? hehe
  5. first day sampai malaysia menjelang tengah ari aku cam berpeluh gile..badan aku cam berpeluh  je and tak selesa...and aku rase cam sangat pelik sebab kat auckland memang tak berpeluh la kan kalau duduk saje je dalam rumah... perubahan cuaca paling susah aku nak adapt...obviously.
  6. sampai ke hari ni aku rase cam tak selesa lagi..aku rase pelik sikit la sebab lepas aku mandi aku rase badan aku cam melekit..aku tak sure la air kat new zealand tu terlebih bersih ke ape...but air kat sane memang boleh terus minum keluar dari paip.... so now badan aku cam mule rase gatal-gatal and merah merah...
  7. hari tu aku pergi mcD, lepas tu aku order aku cakap... "give me 1 set of ......" ..sedangkan aku mane pernah order macam tu hoi....pastu aku tersedar aku rase cam nak tampar mulut sendiri...apesal cakap omputih? mengada gile kauuu...blah lah.
  8. disebabkan badan aku asik berpeluh je..so kat sini aku mandi 2 or 3 kali sehari...sedangkan kat auckland dulu kalau dah mandi sehari sekali tu da cukup bagus da bagi aku...kadang-kadang tak mandi pon ok..hahaha...so aku rase perubahan tuuu..haha
  9. makanan kat malaysia sangat heaven...sebab aku tak lagi rasa macam kekurangan makanan didalam rumah sedangkan kat auckland dulu aku rase cam "tak de bende ke nak makan?"..haha
  10. aku still tak boleh adapt lagi dengan rumah aku..banyak benda yang aku tak tau kat mane tempat die and kene tanye-tanye banyak kali..ni kat mane..tu kat mane...so aku decide esok aku nak kemas rumah gune skill cleaning aku ni kononnya so that aku selesa ikut kehendak aku..haha
  11. aku tak jumpe lagi kawan-kawan aku even sorang....now jumpe family je...paling sedih, aku tak dapat jumpe wan aku...arwah pergi before sempat aku balik..... dalam wallet aku, ade rm300 yang arwah bagi mase 31 dec 2009...time tu aku nak balik auckland semulaaku sebak sangat kalau tengok duit tu and teringat saat 31dec09 dulu tu...al-fatihah.
  12. banyak jugak benda yang dah berubah...kat sekitar kuala pilah sendiri aku dah jumpe beberapa benda yang dah berubah....ade yang baru ada dan  yang lame pula dah tak ada....
  13. abang aku yang second da berisi... itu pelik jugak kot?
  14. sampai hari ni sume masakan yang aku makan...aku komen pedas...ke memang pedas or aku da tak original negeri sembilan ?? haha
  15. anak buah aku dah pandai cakap..and aku rase cam comel tol dorang tu boleh borak-borak ngan aku...before ni dorang tak pandai cakap...
  16. ni agak pelik jugak dimana aku dah boleh makan rambutan tanpa pergi beli dekat kedai or balik kampung..belakang umah aku dah ade pokok buah rambutan yang dah berbuah...aku rase ini sangat woowwww!!
  17. aku beli no celcom baru, dan bile aku bagi kat orang...ramai tanye aku, "betul ke number kau ni? apsal cam pelik?"..pelik sebab start 0111 and ade sebelas nombor kesemuanya....aku sendiri terpinga-pinga tak tahu mende..haha
  18. rumah aku internet da wireless!! aku rase awesome nyeeeeee....haha
ok cukuplah tu....banyak lagi rase nak tulis tapi cam tetibe blank....aku cam rindu seseorang plops....aissssshhh.....

=)

Monday, July 25, 2011

bakal suami, saya tak halang awak untuk kawen lebih.

hope readers semua sihat-sihat tak kira dimana anda berada.

terasa makin jarang-jarang dah aku update blog ni....blog tempat aku salurkan sedikit kepedihan luka aku suatu ketika dulu....siapa yang follow dari awal ceritanya akan perasan..nafas esoksemalam bukan seperti dulu yang penuh dengan perasaan kecewa dan putus asa.....jauh dilubuk hati...aku sangat menghargai semua readers yang tak penat bagi kata semangat dan iktibar cerita mereka buat aku suatu ketika dulu sampai aku bangun dan teruskan perjalanan aku sehingga siapa aku hari ini....

ujian itu mematang kan.aku setuju.

dan ujian itu juga mengeraskan hati aku. sila setuju.

life aku kat sini macam biasa dengan cuaca yang makin sejuk...busy dengan study dan subjek2 final semester yang sangat mencabar sehingga meng-tension-kan aku....dalam busy belajar aku tak putus asa untuk menunggu panggilan bekerja kembali dekat hotel tempat aku kerja dulu..dan aku jugak cube apply kerja-kerja lain....ade 1 misi untuk diri sendiri yang aku rasa aku nak capai...KAWEN???ohh nantilah dulu....tapi kalau ade jodoh aku tak menolak.

ulasan dari tajuk, aku sangat tidak menghalang bakal suami (aku pon tak tau sape,Dia je yang tau) untuk berkahwin lebih dari 1...dimadukan tak menjadi masalah bagi aku setelah ape yang aku rasa sebelum ni dan ape yang aku lalui buat aku berfikir sesuatu...selain tu prinsip aku....buat ape nak halang hati dan perasaan mereka..cinta tu buta.kalau kau halang pon cinta boleh buat ape saje walaupun dihalang...cinta mampu bertindak diluar jangkaan....cinta tu tak boleh dipaksa...pernah dengar?so buat ape nak paksa lelaki untuk stick pada kau....kalau kau perempuan dimadukan...bukan sebab kau tak best ke ape..bukan sebab kau tak hot semata ke ape...tapi cinta itu sendiri buta dan dah ditentukan cinta itu dari siapa untuk siapa oleh Dia.....

akhir entry yang agak panjang ni...aku letakkan video rumusan "projek terbesar aku" which is hadiah percutian buat mak abah aku pada winter tahun ini......take care semua dan selamat berusaha.....

Thursday, July 7, 2011

specialnya winter 2011. (part1)

mase parent aku keluar je dari arrival gate kat auckland airport aku cam tak percaya pon ade...aku tengok muke abah aku macam berubah..mungkin sebak bile nampak anak die yang dah setahun lebih tak jumpe depan mata...aku peluk cium mak abah aku pastu bawak balik rumah..keluar je airport mak aku dah tak tahan sejuk...aku memang dah prepare winter coat siap-siap sebab tahu mereka tak tahan sejuk kat auckland ni...yela perubahan cuaca yang mengejut kot...
 
hari first mereka sampai just tidur je..sebab still  jet-lag lagi kan...so aku biarkan mak abah aku rest cukup-cukup dulu...then  keesokkan harinya baru lah aku bawak jalan-jalan sekitar auckland....

pagi-pagi aku bawak pergi AUCKLAND DOMAIN.
kat situ ade taman-taman, bunga-bunga dan juga auckland museum.


lepas tengok maori cultural performance

 lepas makan solat zuhur sume kitorang pon meneruskan perjalanan ke MOUNT EDEN....view from atas sane memang cantik....tapi kenela tahan sejuk..angin kuat wooo....dekat situ ade bekas volcano so abah aku pon cam teruja la jugak...hehe


lepas tu kitorang ke MISSION BAY saje duduk-duduk makan angin..makan eskrim dan juga fish and chips...makan-makan then tangkap gambar sikit kat situ.....


 malam plak mak aku dah tak larat nak jalan..satu sebab sejuk gile kat luar time malam....satu lagi sebab kene jalan kaki kat city...so abah aku je la yang ikut...aku siap bawak abah aku pergi amik gambar dekat copthorne hotel tempat aku kerja mase summer hari tu...=)


 so tamatlah jalan-jalan part 1...keesokkan harinya plak akan disambung nanti..hehe

Saturday, July 2, 2011

lainnya winter kali ini....

banyak benda nak update sebenarnye....bakal dikongsi disuatu masa disini...

alhamdulillah..thank you Allah...=)
projek terbesar aku ini makin hampir ke penghujungnya.
syukur semuanya dipermudahkan

Tuesday, June 28, 2011

mereka diterbangkan ke auckland.

first of all...thanks untuk sume komen dekat entry lalu tentang kronologi cinta aku....(lepas taip entry ni aku pergi reply komen ok.)

tinggal kurang dari 24 jam..insyaAllah projek terbesar aku yang satu ni bakal terlaksana....mase aku tengah taip entry ni...mak abah aku dalam perjalanan diterbangkan ke auckland....tempat dimana aku menghabiskan beberapa tahun hidup aku disini....macam-macam dugaan yang timbul..salah satunya apabila hujung minggu lepas semua penerbangan pesawat jetstar dibatalkan serta merta kesan  daripada pembentukan awan tebal yang terbentuk  daripada letusan gunung berapi sekitar wellington baru-baru ini (volcanic ash cloud)....bila berita ni tersebar aku agak nervous penerbangan mak abah aku jugak bakal dibatalkan....tapi alhamdulillah semuanya kembali kepada normal sejak semalam....dan dengan izinNya mak abah aku bakal menjejakkan kaki ke sini keesokkkan hari.....

dugaan seterusnya juge bile aku dikejutkan dengan berita abang aku accident motor jumaat yang lalu....yang pelik nye die tak ingat langsung macam mane die boleh accident...tau-tau gigi die patah dan bibir atas bawah pecah serta luka-luka di badan.....aku bersyukur tiada yang lebih teruk menguji die.....accident yang berlaku tu buatkan mak abah aku susah hati dan serba salah untuk terbang kesini..... aku doakan semuanya selamat......

mak, abah....welcome to Auckland!

Tuesday, June 21, 2011

diantara project besar aku.

syukur alhamdulillah atas rezeki ini..berkat titik peluh membanting tulang 4 kerat aku ni...dengan izinNya aku berpeluang untuk bawak mak dan abah aku datang sini....ini merupakan perjalanan pertama mereka keluar negara..dan kerana itu aku sedikit nervous untuk menanti ketibaan mereka dalam masa 8 hari lagi.....aku mohon agar segalanya dipermudahkan....

tahun ni jugak aku tak pergi bersatu games dekat south island...ramai orang pon tanya kenapa aku tak pergi..sebab memang pon sukan ngan aku memang susah gile nak pisah kan...mase join bebudak netball training itu hari pon ramai je tanye nape tak pergi..jom pergi..and so on...tapi sebenanrnya aku sengaja beli tiket amik tarikh bersatu games sebab aku sendiri nak kawal diri aku dan halang diri aku dari pergi south sebab nak saving untuk mak abah aku datang nanti..kalau pergi bersatu games nanti aku tahu aku akan ade masalah dari segi kewangan..nak tak nak...aku terpaksa gak buat macam tu untuk halang diri aku dari tukar fikiran disaat akhir...

now sedikit rasa terkilan...rase cam nak pergi sangat bersatu games....naaakkkk sangattt....seumur hidup aku ..aku rase aku tak pernah lepaskan peluang untuk join any sports day or competition yang aku layak dan boleh join...tapi takpe tak pe....not a big deal kan lumut kan?

sekarang masenye demi untuk mak abah aku pulak.
untuk aku semuanya sudah tiba pada satu kata iaitu "cukuplah".

Tuesday, May 31, 2011

Malaysia, i miss u badly.

3 benda best yang ada dekat malaysia yang tak ada dekat Auckland mahupun mane-mane tempat seluruh dunia adalah : family aku, kawan-kawan dan juga kedai makan yang makanan super murah dan banyak pilihan!!!woah!

aku dah janji ngan akak aku...ape pon, insyaAllah hujung tahun ni aku akan balik Malaysia...sama ada balik Malaysia untuk selama nya  ataupun balik malaysia untuk seketika...itu biarlah masa yang tentukan...tapi yang penting bulan december aku akan balik malaysia insyaAllah....tu pon sebab akak aku nak kahwin...mak aku tak nak buat kalau aku tak balik katanya..so aku kene la balik sebab benda baik tak elok dilambat-lambatkan semata-mata sebab aku tak balik...so hujung tahun ni genaplah 2 tahun aku tak balik Malaysia....rasa rindu Malaysia tu teramatlah sangat....bak kata pasangan bercinta, "i miss u badly"....eh?

1 benda yang aku kene tabahkan hati aku bila balik malaysia nanti ialah cakap berkali-kali dengan diri aku yang nenek kesayangan aku dah pergi meninggalkan aku buat selamanya...aku kene pesan kat diri aku..bila jejak kan kaki kat rumah nenek aku nanti...aku kene kawal emosi aku....Tuhan saja yang tahu.....sekarang aku jauh....dah lebih sebulan nenek aku pergi tinggalkan aku sebelum sempat aku balik....aku macam tak rasa sangat nenek aku dah tak ada sebab memang tak nampak depan mata dah terlalu lama...tapi nanti bila aku sampai dekat kampung nanti..aku akan terasa janggal dan mulalah realize yang..............

tak ada dah wanita tua buka pintu sambil pandang aku turun dari kereta.
tak ada dah wanita tua cium aku dan tanya "lame tak balik kenape...".
tak ada dah wanita tua akan cakap "wan ade buat lepat pisang atas meja tu....".

aku balik nanti...semuanya dah lain. berubah suasana dah tak same macam dulu.
wan, ieqah rindu wan. Al-Fatihah.

Adakah ini winter terakhir aku?

suhu sekitar Auckland semakin rendah.
Winter sudah kembali bertemu seluruh warga Auckland. sejuk mengigit tulang.

Final bakal menjelang dalam masa 2 minggu lagi. berdebar tapi masih ada perasaan malas. kadang-kadang rasa susah jugak nak handle berdebar + malas sebab tak tau nak end up dengan study ke tido?? semester ni sangat mencabar. lagi-lagi subject geophysics.... lecturer untuk part solid earth bagi aku adalah lecturer paling susah aku nak faham ape yang die ajar sepanjang aku belajar dekat sini.... carry mark untuk subject ni pon memang macam hidup malu mati tak mau. ok belasah je lah aku gune peribahasa suke hati aku lah kan. haha.

ingat lagi BIG DECISION yang satu ini ?? lagi beberapa hari lagi bakal aku uruskan semua tu..berdebar. aku harap semuanya berjalan lancar... mohon dipermudah kan segalanya....serious aku sangat berdebar......

sekarang aku tengah fikir pasal pilihan yang aku ada sambil melayan soalan asimen yang umpama lecturer tu bagi soalan tapi tak nak jawapan...susah gile celah mane nak carik jawapan aku pon tak tau..rase menyesal pulak enrol geophysics instead of aku belajar btol-btol dulu magnetism.....ok nak menyesal pon tak gune....so kembali pada pilihan.....persoalan yang berlegar-legar adalah....

"adakah ini winter terakhir aku?"

Monday, May 16, 2011

hanya satu,mane boleh renew.


untuk semua ibu-ibu,selamat hari ibu!
senyum-senyum selalu,baru sweet gitu! =)
ibu kita hanya satu,mana boleh renew,
hargailah ibu tu,selagi punya waktu. 
 
alang-alang video dah ada,
joegromjow  pulak buat contest dengar cerita,
apa lagi kita edit la video sikit ikut sesedap rasa,
tapi tak adalah mantap mana,
lagi pon bukan niat untuk berentap beriya-iya,
 cukup sekadar boleh dikongsi bersama,
 tapi kalau menang apa salahnya..=)
jangan malu-malu klik la sini kalau nak ikut serta,
faridzulasyraf.com dan denaihati.com sponsor hadiah katanya.
jom ramai-ramai memeriahkan suasana....=)

 
intro : credit to a friend (syamim)

Thursday, May 12, 2011

aku dalam utusan malaysia suatu ketika dulu

ok tajuk nak gempak je kan...macam la kene interview dengan reporter ke ape..ape la sangat orang macam aku ni nak kene interview...nak jadik cover lagilah tak payah..buat rosak printer boleh lah aku ni....di pagi buta waktu auckland ni aku rasa cam nak menaip something la kan....sila rujuk gambar rajah di bawah sebab kali ni aku nak tulis pasal "salam perantauan sikit"nak kate nak menjelang raya, puasa pon belom lagi...tetibe je aku cam nak tulis mende ni sebab ternampak keratan akhbar yang aku simpan ni...

gambar time kejunior-an

ha yang ni kononlah ke-senior-an la sangat.

aku cukup tak suke la jugak bile menjelang raya dan mucul part salam perantau ni...ade sesetengah pihak rasa tak senang sikit dengan wujudnya part ni dalam paper....(kalau part lisa surihani boleh plak kan?)....ade yang cakap...
  1. part ni tak perlu ade pon tak pe derrrr...zaman teknologi canggih sekarang ape class masuk paper sume ni...webcam, anta sms, skype call sume dah ade derr...kite bukan zaman kampung-kampung lagi...lu wish kat mak abah lu direct sudah lah derr...
  2. cakap aje lah lu nak men-capap (tayang muke) dalam paper...bukan nak sangat pon wish selamat hari raya....
  3. kitorang sekarang baca paper online derrr...gune iphone4, android sume tak main la paper-paper ni....kitorang pencinta alam der tak nak membazir kertas..(motif kau?)
jadi sebagai salah seorang pen-capap (pentayang muke) dalam ruangan salam perantauan musim-musim lalu...aku agak tak suke dan cam terpanggil gak la nak tulis sikit....ini bukan masalah nak mencapap ke ape der, bukan juga soal buta teknologi ke ape... ini sekadar menghidup suasana dan mood raya....aku berani cakap la berapa ramai korang ni dulu mase kecik-kecik or zaman sekolah suke bukak ruangan salam perantauan tu??ramai kottt sukeee....dan dulu aku kalau bukak part tu rasa darah berdesup laju punye lah cam semangat...tapi jangan salah paham..ini bukan soal kami nak berbangga or mencapap ke ape..ini sekadar menghidupkan suasana raya juga kami mahu generasi akan datang juga rasa macam mane bestnye bile bukak ruangan salam perantauan ni...best ape banyak abang-abang kacak..haha...

tak salah hidupkan suasana raya kan??kalau ada yang kata mansuhkan je la ruangan tu...ape kate lepas ni semua radio malaysia jangan pasang lagu raya...kuih raya tak payah buat....mercun jangan bakar....kalau lah ade plak yang cakap mansuhkan lah ruangan tu sebab cam abeskan ink dan bazir kan paper juga menipiskan lapisan ozon lalu meningkat suhu bumi terutamanya malaysia....(panjang lak explain)....aku rasa cam 'motif kau?'....

aku harap ruangan ni diteruskan je la....sebab aku rase best ape ruangan ni...bebudak sekolah pon mesti rase semangat je bile tengok sebab aku dulu rase camtu...rase cam admire je kat abang kacak yang buat salam perantauan dari universiti kat tokyo tu..haha...(dah kawen beranak pinak kot generasi tu )....oh part yang bebudak malaysia hantar salam perantauan tu...aku tak de masalah....tak kesah pon..yang penting ruangan ni diteruskan..

ohh yeah~~

Saturday, April 2, 2011

Al-Fatihah

wan, ieqah baru selesai bacakan yassin utk wan,mlm td hati tergerak nk tgk gmba wan dan bercerita pasal wan....dan pagi ni wan pergi dijemput Illahi...Innalillah...ieqah nangis bkn sbb tak redha atas pemergian, tp sedikit terkilan bila setahun lebih tak jumpa dan hari ini kau pergi selamanya wahai nenek kesayangan....ieqah doakan perjalanan mu disana dipermudahkan...Al-Fatihah...
 bila orang kesayangan pergi meninggalkan aku, aku tak boleh terlalu bersedih..tapi airmata ni dari tadi mengalir....tiada lagi orang tua itu untuk aku hiburkan..untuk aku bercerita tentang kehidupan aku....aku rasa sikit terkilan sebab tak balik tahun lepas...tapi aku ingatkan diri...tak baik macam tu....tu semua hasutan syaitan untuk biarkan aku bersedih keterlaluan.............
hujung tahun ni ieqah balik...tapi takkan sama apabila menjejakkan kaki di rumah papan itu...tiada lagi wanita tua memeluk aku sambil menangis dan berkata.."wan rindu ieqah..kenapa lame tak balik...."

i miss u....

Monday, March 21, 2011

kenapa pilih dia?


 
(dia bukan kekasih, tapi dia kebahagiaan)
=)

Wednesday, March 16, 2011

happy birthday

aku tak tau macam mana tetibe birthday date kat facebook tu tetiba jadik public...aku rasa aku dah tukar setting hari tuh so that aku je leh tengok....kan dah segan dah ni orang dah tau arini besday aku..(erk motif?).patot la ramai je yang wish rupanya kuar kat reminder facebook...aisshh...segan la macam ni...kalau aku lisa surihani tak de la segan sangat...haha

sekarang dah terlambat...so da alang-alang public kat facebook..meh la aku tulis kat sini nak wish kat diri sendiri plak.....semoga pertambahan umur kau sama dengan tingkatnya amalan..kalau amalan pon kurang umur meningkat umpama baik tak payah hidup ye dak??

ermmmm.....long way to go......be strong fika.

(so pagi ni pergi kelas kene pakai baju kurung ker?baru nampak cam besday girl?)
haha

Friday, March 4, 2011

saya benci mimpi

terasa macam lame tak update blog...tak de la lame mane...tapi sebab macam terlalu banyak benda nak tulis sampai kadang-kadang rasa susah nye nak menulis....makin lama makin rasa semakin suka simpan dan bercakap saja dalam hati...life??em em em...biasa tapi tak lah terlalu dull ke ape....everything rasa macam biasa..sampai kadang-kadang macam tak de perasaan..(boleh?).

  1. minggu pertama semester....ok macam biasa je..tapi class sume jauh-jauh..now jadik full time student yang btol-btol full time..dah tak keje so macam rindu plak kat hotel tu..aissh.
  2. semalam bertembung dengan lelaki arab tu..die classmate mase summer....and die macam excited gile terjumpe aku..so aku pon buat-buat je lah excited...eceh
  3. semalam baca yassin dan makan nasik beriyani ngan nasik arab, kari daging lagi..perrggh terbaik gile. serious terubat rindu dekat malaysia...rase cam ade kat malaysia.
  4. "fiki, do u have boyfriend??", tadi ade orang tanya aku..(tetibe macam rasa luka kene siram cuka?haha..gile..tak tak tipu je)
  5. lately ade lah lebih 2 kali aku termimpi ex boyfriend aku....nak buat macam mana dah termimpi.bukan boleh kawal kan?
  6. mak ex boyfriend cakap macam nak datang auckland mase parent aku datang nanti... "fiqah,makcik sayang fiqah...take care love"..... (kawan aku cakap, susahnye nak move on macam tu..tapi aku kata..aku ok je la...rilek la.)
  7. mak ex boyfriend aku cakap... "fiqah, anggapla pertemuan fiqah dengan anak makcik bukan untuk kalian..tapi untuk fiqah dan makcik meneruskan pertalian kasih sayang..." ....(ketentuan Tuhan kan?)
  8. aku tak boleh jawab bile orang tanya... "kenapa mak die sayang gile kat kau..."...serious aku tak tau..dan aku bukan jenis pandai amik ati orang tua sangat pon..aku ni pemalu.haha
  9. aku benci la mimpi-mimpi aku lately....
  10. dah pukul 2.37 am..nape tak tidur lagi?takut nak tidur sebab takut mimpi??(eh tak tak..merepek je korang)
ok aku rasa aku tak reti update blog da.ok nite.

Monday, February 21, 2011

BIG DECISION

aku dah janji nak share ape big decision yang aku dah buat minggu lepas kat sini kan..so here they are...sebenarnya aku tunggu result summer school aku keluar baru decide nak share dekat sini BIG DECISION tu...dan alhamdulillah ....i got a gift from summer school today.....=)..

BIG DECISION :

alhamdulillah..akhirnya hasrat untuk bawak parent datang ke auckland bakal menjadi kenyataan....ini semua rezeki dari Tuhan aku...minggu lepas aku dah buat satu decision dan tekad untuk belikan tiket untuk mereka...insyaAllah 28 jun - 5 july ni mereka akan menjejakkan kaki ke sini...yup, tiket flight mereka aku beli gune duit kerja yang aku kumpul tu....kami orang kampung...mak abah aku tak belajar tinggi...dan dalam family besar aku pon...aku sorang je yang dapat peluang merasa pergi negara orang ni....dulu mase aku kecik-kecik abah pernah pasang angan-angan untuk pergi negara orang...sampai sekarang aku cam teringat sesuatu, time tu aku kecik lagi kot : "nanti kalau ikah belajar luar negara, boleh abah merasa pergi sane jumpe ikah..."....dan sekarang aku dah pon kat sini...kalau boleh aku nak mak abah aku pon rasa datang sini....aku tekad hari tu tak nak balik cuti summer sebab aku nak kerja...duit aku tu aku kumpul semata-mata nak belikan tiket untuk mereka....

dan akhirnya...alhamdulillah....=)

aku tak ada sape untuk aku bahagiakan selain mak abah aku....dan aku sendiri dah makin bosan untuk buat diri aku sendiri happy...apa yang aku nak, yang aku rancang...semua tak dapat, tersasar jauh  dari sasaran..dan sometime buat aku give up...tapi aku selalu ingatkan diri aku..."jangan give up"...once jatuh, bangun dan cube lagi...dan aku tau itu yang terbaik untuk aku..cuma sometime aku rasa life aku macam kosong...sebab tu aku just ikut flow....aku tak ada ape...aku tak ade sape-sape...sampai kadang-kadang aku tanya diri aku...ape dan kat mane silap aku atas semua "sial" yang berlaku dalam hidup aku....dan aku masih setia menanti hikmah atas ape yang aku dah lalui....

aku mohon ketabahan dari Tuhan untuk aku teruskan perjuangan hidup ini....semester baru akan mula tak lame lagi...aku kene bagi sehabis baik apa yang aku termampu..kerana aku sedang memburu hadiah seterusnya untuk kedua orang tua aku.....kalau aku dah tak mampu untuk bahagia kan diri aku sendiri...apa salahnya aku happy kan orang sekeliling aku pulak.....

Life is too short to wake up in the mornings with regrets...
ye aku tahu..dah lame aku tahu.

(dah kerja nanti, kite pergi mekah same-same pulak ye...)