Wednesday, March 30, 2011

awak jeles

balik dari kelas petang tadi penat-penat tiba-tiba atas meja depan tv ade parcel....bukak parcel terus senyum sorang-sorang...hehe....parcel itu datangnya dari seorang teman......terus aku teringat dia mintak alamat umah aku katanya nak bagi hadiah besday...ececey.

"ni jam yang saya pakai masa mule-mule kenal awak dulu.dah buruk sikit tapi pedulik ape,awak ambik jela jangan nak bising...sentimental value die tinggi sebenarnya dan awak terimalah hadiah yang tak seberapa ni dari sahabat awak yang jauh ni...jage diri dan peribadi.awak semakin bahagia nampaknya.saya sentiasa doakan awak..=).."

aku lipat balik nota kecil tu....jam diambil dan terus pakai...aku senyum...betapa sahabat itu menghargai aku....termenung kejap aku...teringat memori lame antara kami....kau seorang kawan yang baik...teman,kawan,sahabat..semua kau ade dalam diri kau.....kau memang kawan yang baik....namun jauh disudut hati aku..aku mohon maaf..sebab aku rasa aku macam ade je buat kau terluka....alah berkaitan dengan perasaan..tak kan tak faham?hee...tak luka banyak pon sikit mesti ada punye....kan kan??...kalau boleh biarlah kita jadi kawan sebenar benar kawan....kau memang sahabat yang baik...

"tengok ni dapat jam...hee....tapi tapi..nah baca ni", nota kecil itu aku hulurkan agar dia tidak salah faham...
"jeles??rileks la kitorang kawan je..",aku menduga.
"tak..tak jeles sebab percaya....cuma risau sikit....", air mukanya berubah.

kepercayaan itu penting.hey, trust me...

hidup katanya

kalau tak ada ujian, bukan hidup namanya...

sekarang kamu dan dia sudah jauh mencipta banyak kenangan baru.
kamu dan dia pernah berkata pada aku... "suatu hari nanti pasi kau akan bahagia..."

dan hari ini aku tengok kamu dan dia happy sekali......
setelah apa yang kita semua lalui....baru nampak kan..yang kau dan aku bukan ditemukan untuk bersatu..tapi cukup hanya untuk ajar aku sesuatu...

hey kamu, jaga ur princess baik-baik ok...
sejujurnya aku tak sabar nak dengar berita bahagia kalian bakal mendirikan rumah tangga..hehe

mari kita langkah bawa haluan masing-masing....
aku juga sudah punya kehidupan baru.
dan aku juga sudah punya dugaan hidup baru yang perlu aku hadapi...

kalian sudah hampir pada bahagia kalian.
aku bakal harungi semua ini....
=)

Monday, March 28, 2011

kau jangan lupa diri

Dear fika,

aku harap ujian lalu telah banyak mengajar kau tentang kehidupan...mengajar kau erti ketabahan juga syukur atas nikmat Tuhan....ingat, jangan lupa diri....jangan cari Tuhan ketika sakitnya kau dan lari jauh dari kembali merayu pada Pencipta kau setelah dilimpahi nikmat dan kebahagiaan.....

ujian kali ini sekali lagi menguji aku.....menyedarkan aku kehidupan ini tidak semudah yang disangkakan....mengajar aku bahagia itu bukan hanya didunia.....maafkan aku kepada semua pihak yang terlibat....kau aku dan mereka semua manusia biasa...namun mengapa mahu saja masing-masing berlumba mengatakan anda itu begitu mulia dan segala tomahan disumbat terus buat aku untuk ditelan.....jika benar aku tidak layak dapat bahagia ini dan kehancuran didoakan oleh ramai pihak.....aku doa padaMu....putuskan segala rasa bahagia ini...bawalah rasa bahagia ini pergi....kembali kan aku kepada KESUNYIAN lalu agar tiada hati-hati kamu yang aku sakiti......

ini mungkin bukan kebahagiaan..tapi ini ujian...aku tidak tahu.kau tidak tahu.tiada siapa tahu apa hikmahnya...akan aku lalui...akan aku berserah padaMu.....masa akan tentukan segalanya...

jika aku bersalah...bawalah bahagia ini pergi.

Sunday, March 27, 2011

i'm not a dancer, but i can dance.

kejap lagi akan menari lagi...mungkin menari untuk yang terakhir kalinya (serious?hee).....dance???nope nope i'm not a proffesional dancer ke ape...tapi i can dance what?hehe...first time menari mestilah dekat sini which was time bersatu dinner tahun lepas....itu first time perform..die punye berdebar tu tak payah citer la kan...nervous nervous...

tarian : tualang 3, Bersatu Dinner,july 2010

dan 3 hari lepas kami perform lagi..kali ni untuk Twestival Local Auckland 2011...that night rasa cam best sangat....everyone macam enjoy je tak ada tension-tension...and paling best sebab perform dekat negara orang and not in front of malaysian..so malam tu macam different sikit.....tahniah untuk semua yang terlibat dan hadir..=)...

(gamba tak copy lagi so ni je yang ada)
 Twestival Local Auckland, 24 March 2011
tarian : patendu

video tarian malam Twestival Local Auckland boleh tengok DISINI kalau mahu....aku tak reti nak attach video kat facebook kat sini....kesian gile kan kan?hehe.....so good luck to all patendunians for today performance......hari ini kami akan perform untuk International Auckland Cultural Festival 2011 dekat Mount Roskill War Memorial Park...jemput hadir..=)...ni macam wakil malaysia la ni...we all menari patendu with the sumazau dancers....nak perform today cam lagi berdebar sebab hari ni ramai kot yang datang..wooo~

ni diantara komen yang diberi kat aku..haha sengal :
"dah tengok video! aku cari pempuan yang gerak geri die macam kasar+kaku sikit tapi tak jumpeeeee..",ditaip oleh ikan riang....tukar minat kejap la ikan riang from basketball tu dancing..haha. 

p/s : selasa ni da start basketball interfaculty tournament 2011...sure ke nak masuk?nak!

Saturday, March 26, 2011

dalam sukar hitunglah kesyukuranmu

aku tak suka orang bercakap tentang aku apabila mereka tidak tahu...tapi untuk tutup mulut orang satu benda mustahil yang kita boleh buat.....lain orag lain lagaknya..lain orang lain pula egonya..tapi kenapa semua mahu saja katakan diri anda betul??kami berdiam bukan tanda kami lemah..kami berdiam bukan tanda kami takut...kami berdiam hanya untuk beri ruang untuk anda semua berfikir secara matang....aku dah lalui terlalu banyak perkara sedih sebelum ini..kehidupan mengajar kita.....dan tak mungkin untuk ke sekian kalinya...aku akan terus bersedih..berilah aku ruang sedikit untuk bahagia teman, aku juga manusia biasa punya perasaan..jika kalian mahu kan sebenar benar kebenaran.....do ask me..im ok with it....berukhuwah lah secara betul teman, dan kau akan rasa kemanisannya.....

"Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu, dalam senang awasi kealpaanmu,setitis derita melanda, segunung kurniaanNya. everything will be fine. dont worry :)", thank you aida sirrana.

" Ataukah kamu mengura bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang pada mu UJIAN spt yg dialami org2 yg terdahulu??? Sabarlah~~~~", thank you farah ahmad.

mengalir juga airmata hari ini.....terima kasih untuk segala ujian..
i'm not that weak....jalan gelap berduri dah aku lalui...takkan jalan yang sempit je aku nak mengalah.

bukan senang untuk bahagia


to si "pencuri hati"(dia tak baca blog ni)..sudah kantoi ini.. (anda semua nak baca boleh tapi jangan muntah.ok?haha):

dan sangat2 la terima kasih pada gf aku sekarang...dia sangat memahami aku dan sangat sporting...aku baru je lagi dengan dia...tapi dia layan aku macam dah lama kenal...dia sangat baik..dan aku sangat takut kalau kehilangan dia..part gf aku sekarang ni aku akan wat entry khas untuk dia...sebab dia special..dan perasaan yang aku suka bila aku dengan dia, aku tak ada sikit pon rasa ragu2 dengan dia.tapi aku rasa gf aku sekarang adalah terbaik buat aku...even dia cakap kalau aku jumpa orang yang lebih baik dari dia, dia tak kesah kalau aku dengan orang tu...dia cakap asalkan dapat tengok aku hepi...sori...aku memang langsung taknak...apa yang aku tau..she is da one...dia la yang aku akan berusaha sungguh2 untuk aku bahagiakan...sekarang aku rasa sangat bersalah sebab aku tak ada apa2 untuk dia...macam aku ni 'take' je dari dia...patutnye dalam perhubungan adala 'give and take'...tapi dia sangat baik dengan aku...aku malu jadi diri aku..aku rasa segan untuk ada dia tanpa berubah jadi lebih baik...dan aku bukan berubah semata2 untuk dapatkan dia...aku berubah sebab diri aku sendiri jugak...aku rasa bila aku dengan dia aku dapat cari diri aku semula...benda yang paling tak disangka...aku tak pernah fikir perempuan yang aku bayangkan sebelum ni ada dengan aku...malah lebih bagus dari yang aku nak...pe2 pon aku jadi kuat sebab dia...FOR HER I WILL -mane nak dapatkan orang puji camni.haha-

"kisah cinta kau ni dari dulu complicated..",kata si housemate.
aku sudah lama bersedih...berikan aku ruang untuk rasa sedikit kebahagiaan..

Wednesday, March 23, 2011

exclusive : wajah kesayangan hamba. =)

seriously ini memang exclusive...sebab dekat facebook pon dia tak letak gamba...orang jenis tak suke bergambar cam tu lah die...hehe.. so memang anda-anda yang klik-klik profile facebook die tu mungkin akan kecewa dan pulang dengan tangan kosong..heeee....bebudak auckland pon cuba merisik risik aku.."which one?which one?".....rasanya auckland ni tak ada lah besar sangat..but still....susah kan nak jumpe kami..=p


terima kasih atas pertemuan ini....=)....kamu 1 dalam 1000....=)
"Dia hadirkan seseorang yang salah agar kita belajar sesuatu sebelum dihadirkan sebuah kebahagiaan.."
redha dan sabar....good bye 2009....

Monday, March 21, 2011

kenapa pilih dia?


 
(dia bukan kekasih, tapi dia kebahagiaan)
=)

Sunday, March 20, 2011

terasa satu dunia.

 terasa satu dunia konon...haha...

gadis ini kawan terbaik pernah aku ada..terbaik dan teratas aku rasa......in case kalau diberi pilihan antara nak selamatkan kekasih (ehem) mahupun dia....aku tak teragak akan pilih dia....Tuhan, betapa aku sayang gadis ini....turun naiknya hidup aku disaksikan gadis ini...tangisan terhebat pertama aku dulu dialah orang yang aku cari untuk aku lepaskan....sakit suka duka aku sume dia juga turut rasa...sehingga mengalir airmatanya tanpa dapat disekat....dia sahabat terhebat aku....dan jauhnya jarak malaysia-auckland tidak sesekali memutuskan cinta kami...(cinta?ehem).

ini yang ditulisnya.... 

"Ada orang tu sedang bahagiaaa. Dan saya sangat bahagia melihatnyaaa. 2 tahun, bukan sekejap untuk sebuah kekecewaan :) Saya happy!!!! Hihihihi"

 lagi ditambah olehnya :
"You've been keeping your sadness too long. The old-him has put the greatest melancholy in your heart, now it's time to sing your heart out with this new-him ;)"

dan merapu lagi yang memang tak bleh blah btol ..haha :
"i can see that my dear :) aura happy tu boleh trasa satu dunia. bukan aku je nampak :)"

 satu dunia??haha.....you are so sweet ikan riang....so sweet ok...i love u.=)

=), senyum lagi.

p/s : nak tulis jugak..sayang wani and linda....chapek pon....akmal pon...eh ramai la plak kalau nak recall..heee.

Saturday, March 19, 2011

kau tembus pintu hati aku

ramai orang tanya aku siapa gerangan lelaki yang berjaya tembus dalam hati aku walaupun pintu hati tu dah tertutup bertahun lamanya...seolah olah kunci pintu hati itu telah dicampak kedalam lautan luas..jatuh ke dasar, dan silap-silap dah tertelan dek ikan paus....tercekik ikan paus.(eh terover plak intro.)

aku tak tahu bagaimana mahu mulakan cerita aku pada mereka tentang hadirnya dia....yang aku tahu hadirnya dia bukanlah seperti hadirnya "teman lelaki istimewa" tapi hadirnya dia seperti hadirnya satu kebahagiaan baru dalam hidup aku yang susah untuk dirasai oleh hati-hati kamu kerana dia tembus pintu hati aku, bukan hati kamu...hehe....

bagi aku kau punya ciri lelaki yang boleh digilai ramai gadis...tak mustahil kau boleh memiliki seorang gadis yang jauh lebih bagus dari aku untuk menghuni ruangan hati kau...aku tertanya..kenapa aku?kenapa bukan mereka?dia itu?atau dia ini?

menyingkap zaman sekolah yang dah jauh ditinggalkan...

"kat sekolah dulu rami peminat??",tanya aku pada petang yang sejuk itu.
"em em nak kene citer ke?hehe..", cam biasa kau poyo.=p
"tak citer pon dah boleh agak".
"em, honestly mase kat sekolah dulu selalu je cam ade orang bagi surat la,makanan la...tapi aku tak layan..aku bagi orang lain baca surat tu...makanan bagi member ke..",terangnya jelas bersungguh.
"owh.....gilelah....nape tak layan?"
"belum masanya....", dijawab ringkas.

"orang macam kau boleh dapat perempuan lagi bagus dari aku....aku ni tak ada ape...", tunduk sambil sepak-sepak daun...eceh.
"tak...jangan cakap camtu.dalam diri kau ade sesuatu yang aku tak jumpe dekat perempuan lain...kadang-kadang aku rasa aku tak layak untuk kau...tapi aku tak nak hilang kau..tak nak...", tuturnya perlahan.

aku terdiam...penjelasan kau buat aku terus hilang kata....aku terharu...lelaki seperti kau cukup sempurna dimata aku..kekurangan kau aku terima seadanya.....kau berjaya tembus pintu hati aku setelah 2 tahun ditutup dan dibiarkan sunyi....terima kasih jejaka...=)

Friday, March 18, 2011

he said....

mari mulakan dengan senyuman..=)

kalau boleh aku memang tak nak dia tau pasal blog aku ni....biarlah ni jadik tempat aku menulis ape yang aku suke..ruang yang tak banyak mata yang membaca...ruang yang layan merapu aku....idea-idea sampah aku..biar aku coretkan disini...dan dan banyak lagi perjalanan hidup akan datang yang bakal aku coretkan.....lagi-lagi bila hadirnya dia....=)...(eypp nakal ni asik senyum je.haha)

hubungan 7 tahun yang putus dipertengahan jalan sudah lama dijadikan sejarah hidup...pesan aku pada si hati.."mesti terima dan tinggalkan apa yang sudah berlalu..move on"......2 tahun hati ini dikosongkan dan ditutup untuk mana-mana lelaki sekali pun...even ada yang cuba untuk mengisi...aku lebih selesa meletakkan limit "kita sekadar kawan...".....tapi hadirnya dia buat aku rasa sedikit perubahan...=)...(eyp!nakal ni..haha.)

"tadi nampak ade orang tulis kat wall kau... 'you' as a birthday present...cepat citer.mesti ade tulis pape ni kat blog..bagi link..", kata dia.
"mane boleh...tak nak bagi.sibuk."
"erm, aku tak nak jadik present untuk besday kau...aku nak jadik present untuk life kau"..katanya lalu membuat penulis terdiam...fiuuw.

=)
thanks.....we will see dude!!!ujian akan bermula untuk kau.we will see how much your effort...simple.

Wednesday, March 16, 2011

'you' as a birthday present

‎'you' as a birthday present??
don't know why it seems like we always need each other....
i cannot promise you for the perfect one,
but i can be better.....let time decide....
(haha jiwang gile woi!)

=)
=)

ok lagi sekali,
=)

after 2 years, another journey now begins...we will see dude.

happy birthday

aku tak tau macam mana tetibe birthday date kat facebook tu tetiba jadik public...aku rasa aku dah tukar setting hari tuh so that aku je leh tengok....kan dah segan dah ni orang dah tau arini besday aku..(erk motif?).patot la ramai je yang wish rupanya kuar kat reminder facebook...aisshh...segan la macam ni...kalau aku lisa surihani tak de la segan sangat...haha

sekarang dah terlambat...so da alang-alang public kat facebook..meh la aku tulis kat sini nak wish kat diri sendiri plak.....semoga pertambahan umur kau sama dengan tingkatnya amalan..kalau amalan pon kurang umur meningkat umpama baik tak payah hidup ye dak??

ermmmm.....long way to go......be strong fika.

(so pagi ni pergi kelas kene pakai baju kurung ker?baru nampak cam besday girl?)
haha

Monday, March 14, 2011

i'm not blaming tawwww

Dear blog, 

this is just a short update from me....i'm not writing this to blame you or you...that's not the main purpose....harap tak salah faham....saya sekadar menulis....menukar suara hati saya kepada tulisan.....

beberapa hari lepas aku dapat tahu ramai yang plan nak balik masa hari raya nanti..kebetulan cuti raya bakal jatuh insyaAllah ketika kami pelajar university of auckland sedang bercuti dalam lebih kurang seminggu time tu....dan to me, tak pernah terlintas untuk aku balik sekejap tu memandangkan cuti summer yang 3 bulan hari tu pon aku ambik keputusan untuk tidak balik dan sekadar mencari pengalaman bekerja disini....tapi aku cam "wowww...korang balik raya...seminggu je balik??itu sangat wow bagi aku".....tapi tak pelah raye kan..kemeriahan kat malaysia ngan sini lain.....tapiiiiiiiiiii... raya mane-mane pon same je...yang penting sempurna ibadah puasa nya.....ntah ...sekadar pendapat picisan aku...sebab why not stay sini kita raye same-same sebab nanti pon akan balik malaysia lepas tu selama lamanya pon akan raya kat malaysia kan??(eh eh aku tak blame taw,aku bagi pendapat je)

dan tadi aku dapat tau plak yang member aku sorang tu nak balik cuti winter nanti which is bout 3 weeks on June-July.....i was like................"kenapa balik??????hey haritu kan baru je balik...dah lah cuti 3 bulan dekat malaysia...so nak balik lagi???????????"

so kesimpulannya aku je yang tak balik-balik..haha..ok tu je nak tulis.
(saya sedikit berdebar menjelang 28 june....tapi lagi berdebar dan sangat berdebar untuk habiskan tahun 2011..fuuuhhhh)

Friday, March 11, 2011

like underwear

someone wrote this : 

"Intelligence is like underwear:
It's important to have it, but u don't have to show it off"

nak setuju 100% pon tak boleh...
tak nak setuju pon tapi macam betul jugak kan...
cuma, "ikutlah resmi padi menunduk bila berisi",
inilah hidup bermasyarakat.."rambut same hitam, hati lain-lain". 
so,perangai pon lain-lain...kepala sume lain-lain... 
so tak semestinya pandai sume hal anda betul...
if camtu, ape kate try duduk dalam gua sorang-sorang kite tengok camne.


sekian hari peribahasa sedunia.ehem.
p/s: sekarang mane ade orang sume rambut hitam maaaa...kehkeh


Wednesday, March 9, 2011

big girl don't cry

bak kata tajuk lagu fergie : "big girl don't cry".

as she wishes she can smile like that again... (2007, lebih kurang 4 tahun yang lalu?)

aku rasa gamba ni antara gamba paling gembira sepanjang hidup aku...bukan setakat gambar yang dilihat je...tapi jiwa dan perasaan time tu....tak boleh nak describe...happy gile....tapi sekarang perasaan "happy gile" yang aku ada time tu dah lama ditarik.....entry ni bukan untuk mengeluh..entry ni sekadar mengenang perjalanan hidup aku yang lalu..mane tau boleh dijadikan bekalan untuk berlari jauh lagi nanti.....beberapa hari lagi, bakal meningkat lagi umur aku......i expect nothing from my birthday as before...aku bukan sesiapa,aku tak de pape, dan macam biasa aku tak pernah meletakkan hari lahir sebagai hari special dalam hidup aku.....to me its just nothing....orang macam aku bukan ada ape....

aku dah pon hide tarikh lahir dekat facebook...aku cuma tak nak orang sedar yang dah tahun berganti tahun rupanya dan masa pon dah jauh berlalu tinggalkan banyak benda....aku tak reti nak jawab bila orang akan tanya... "macam mane life??"..dan aku cume tak reti nak tunjukkan riak wajah yang septotnya kalau orang wish besday aku.....aku cuma tak de perasaan....aku cume rasa macam....hopeless....damn.apesal tulis macam ni??

kalau boleh, jangan doakan aku panjang umur, tapi doakan aku jumpa sedikit penawar.
terima kasih.

Tuesday, March 8, 2011

attention seekers

ini facts.bahawasanya manusia tu memang suka kan attention,nak disayangi, difahami,dibelai,dimanja,di bla bla bla...ikutlah ape korang suke as manusia.but thennnnnn (uish siap berdengung aku tulis ni), "jangan jadik attention seeker yang over terover dan mengover.boleh?"....ini aku refer kepada manusia in real life korang la...

"ala lumut, hang tulis kat blog tu pon same je macam attention seeker...pungpangpungpang hang dok cerita itu ini.....awat hang nak bising plak??"

whatever people.

blog ni aku tulis sebab aku nak tulis...dan semua orang ada pilihan untuk tak nak baca or nak baca...sape kesah??aku tak rasa mak kau marah kalau kau tak pergi baca blog...ketua kampung pon tak halau kau dari kampung...jadi kau ada pilihan.....so, kita tak boleh cakap orang yang tulis blog tu attention seeker....macam blog aku sendiri...aku rasa 5% je manusia yang kenal aku in real life, yang jumpe aku hari-hari, yang tengok aku personally tahu blog aku ni.....sebab dah jadi "rukun blog" aku...yang aku menulis kat sini untuk tulis mende yang aku tak boleh nak cerita in real life dan orang pon tak nak dengar mende remeh temeh celah gigi tu..so mane nak disalurkan??blog le.....dan aku lebih senang biar strangers je baca sebab aku suke tengok ape orang lain pikir dengan mende remeh yang aku tulis kat sini....tapi aku tak paksa, mereka sendiri yang nak baca....

tapi kalau kau jadik attention seeker yang over depan manusia lain...terpaksa je la manusia tu hadap kau depan mata tu...ini kes terpaksa....takkan nak tutup mata?jadik kat sini manusia lain kurang pilihan...jadik terpaksa hadap....ini terpaksa.(uwek)

balik pada tajuk, tak salah nak jadik manusia yang disayangi or dikagumi or dihormati or bla bla bla ikutlah ape korang nak....tapi... "jangan jadik attention seeker yang over terover dan mengover.boleh?"....

Monday, March 7, 2011

"tolonglah jangan bogel depan aku"

"tolonglah jangan bogel depan aku...", kata aku dalam hati sebaik sahaja nampak sorang awek kiwi berkemban keluar dari shower...aku terus membelakangi awek tersebut seraya itu membuka kunci locker...(apesal macam novel plak ni?)....gym hari ni macam biasa lepas pukul 6 memang penuh dengan manusia....fikiran aku terus melayang teringat test yang bakal menjelma...."leceh btol la..",bisik aku dalam hati....kehadiran test juga exam aku yakin memang tak disenangi oleh manusia bergelar pelajar...aku susun jadual dalam kepala...perlu ada slot untuk duduk menyumbat ilmu dalam rongga otak malam ini gamaknya.

memikirkan test membawa fikiran aku jauh melayang sekali gus melupakan awek berkemban..ehem..tanpa ragu-ragu aku pon menoleh tanda selesai berurusan dengan locker dan mahu segera pulang.... "OMG.....", tergamam aku didalam hati,luaran buat muka biasa je kot....takkan nak culture shock lagi kot?hakhak....perihal manusia bogel dan kadang-kadang boleh siap jalan-jalan kat dalam changing room ni pernah aku tulis mase 2009 dulu....so kali ni punye cerita mesti kene cool sikit...(eceh)...nasib baik la awek kiwi tu punye body sedap sedap je mata memandang......

kalau dapat yang pelampung dan berhutan??serious aku pernah rasa nak termuntah....ini betul tak tipu.berlaku depan mata...bukan nak tengok sangat pon tapi memang susah nak elak..

sebab tu aku rasa berdebar je tiap kali masuk changing room..haha

Sunday, March 6, 2011

don't you know 21??

best kan dapat main basketball pagi tadi....=)

memula ade 4 orang je tadi....tak ramai pon turun..aku dengar ade budak junior main basket gak..so aku pesan la suruh turun..maybe die segan or ade hal..so tak turun...tapi after that nasib baik ade 2 orang chinese tu datang...walaupun team aku which is aku and 2 orang chinese tu kalah ditangan 3 orang mamat melayu (yang 2 orang tu power kot)..tapi aku rasa macam best la tadi....mamat cina tu tak de lah hebat sangat...so aku tak de la rase segan...tapi not bad jugak ape our team?haha..cume maybe kitorang kalah tadi sebab cam baru kenal and tak de communication sangat....(yeke?=p)

after that..ade sorang junior ni datang plak...pastu cam nak join...die ajak la sorang mamat tinggi ni yang tengah shoot sorang-sorang dari tadi....saiful bisik kat aku "mamat tu power kot 3 pointer"...aku agak dah sebab aku tengok die shoot tadi pon macam gempak....kitorang pon bagi je la die masuk game...mamat 3 pointer team aku....baru je start game..budak junior tu main kasar gile....sampai sekali tu cam die langgar aku depan-depan kuat gile sampai terjatuh aku kebelakang...aku terpaksa jatuh terus sebab tak berani nak tahan ngan kaki sebab budak tu tolak kuat gile...kang tak pasal-pasal aku injured plak....bebudak ni sume cam cuak sebab diorang sume tau kaki aku ni kaki second hand kot...so main pon beragak la....tak payah la nak tunjuk power tetibe tapi sebenarnya kau main tadi clumsy gile??(ok sorry terkutuk)...sebab saiful yang power tu pon cool je kot...

mamat 3 pointer tu sumpah hebat....gempak gile shoot tadi..sharp shooter....tapi nice la sebab senang je nak communicate ngan die as a team tadi...lepas sorang member ni terseliuh kat ankle...mamat 3 pointer ni ajak aku ngan jason play 21...aku ngan jason cam..."21??"....die pon pelik la "don't u know 21??"..aku cakap la tak tau dan suruh explain.....bla bla bla...

habis game mestilah mamat 3 pointer tu menang..tapi takde lah teruk sangat kitorang kene belasah...mamat 3 pointer tu menang 21points, jason 18 points, aku 19 points...tipis je kot....hehe...tergelak gelak kot tadi sebab aku cam segan bile nak lawan dengan orang yang power camtu..but die okla..memule tu nampak cam serious..lepas tu dah boleh je gelak-gelak tadi.....and tak diskriminasi aku ke ape even aku ni bertudung....

Saturday, March 5, 2011

perempuan sombong

serious aku rasa selama aku hidup ni aku rasa ramai jugak orang bagi tittle kat aku "budak sombong"..haha...kira kalau lebih sorang cakap aku ni nampak sombong so aku buat kesimpulan ramai agaknya yang nampak aku ni macam sombong....maybe from the first glance je kot aku nampak sombong...serious shit aku tak tau celah mane aku ni sombong...but suddenly aku cam teringat mase ade sorang lelaki ni cakap kat aku 9 tahun yang lalu....ayat nye berbunyi begini.ehem. "u look arrogant sometimes..." ...haha celah mane?tapi tu la junior sekolah aku dulu pon ramai yang tak berani tegur aku sangat sebab diorang ingat aku ni sombong....padahal aku ni senior yang paling best kot kalau kenal betul-betul.serious tak tipu..tak caye cube singkap balik cerita junior begaduh sebab nak aku jadik akak angkat tu??(ingat?sumpah rase funny time tu)

actually aku bukan sombong..cuma azalinya muke aku ni bukan jenis sweet face in public (kot??haha)..ade 1 day aku cam try la keluar rumah pagi tu aku terus je senyum-senyum kat sume orang yang berselisih ngan aku...pastu ade orang tanya "why u look so happy ni?"....pastu aku cam....erkkk...tak tau nak buat muke macam mane yang medium medium ke ape..adeh.

tapi kalau dengan lelaki..lelaki tak boleh cakap aku ni sombong.aku tak terima....sebab kalau dengan lelaki aku ni ego sikit je...sampai ade orang tu pernah hantar : "sombong gile orang tu hari ni..."....

"aku bukan sombong, aku ego sikit je...."...perempuan kene ego,baru nampak effort lelaki.setuju?dan bagi lelaki yang mudah give up lepas tu nak kecoh ade ego, buat malu je tahu nak claim diri tu as lelaki...lelaki tak boleh ego kalau effort pon zero...

Friday, March 4, 2011

saya benci mimpi

terasa macam lame tak update blog...tak de la lame mane...tapi sebab macam terlalu banyak benda nak tulis sampai kadang-kadang rasa susah nye nak menulis....makin lama makin rasa semakin suka simpan dan bercakap saja dalam hati...life??em em em...biasa tapi tak lah terlalu dull ke ape....everything rasa macam biasa..sampai kadang-kadang macam tak de perasaan..(boleh?).

  1. minggu pertama semester....ok macam biasa je..tapi class sume jauh-jauh..now jadik full time student yang btol-btol full time..dah tak keje so macam rindu plak kat hotel tu..aissh.
  2. semalam bertembung dengan lelaki arab tu..die classmate mase summer....and die macam excited gile terjumpe aku..so aku pon buat-buat je lah excited...eceh
  3. semalam baca yassin dan makan nasik beriyani ngan nasik arab, kari daging lagi..perrggh terbaik gile. serious terubat rindu dekat malaysia...rase cam ade kat malaysia.
  4. "fiki, do u have boyfriend??", tadi ade orang tanya aku..(tetibe macam rasa luka kene siram cuka?haha..gile..tak tak tipu je)
  5. lately ade lah lebih 2 kali aku termimpi ex boyfriend aku....nak buat macam mana dah termimpi.bukan boleh kawal kan?
  6. mak ex boyfriend cakap macam nak datang auckland mase parent aku datang nanti... "fiqah,makcik sayang fiqah...take care love"..... (kawan aku cakap, susahnye nak move on macam tu..tapi aku kata..aku ok je la...rilek la.)
  7. mak ex boyfriend aku cakap... "fiqah, anggapla pertemuan fiqah dengan anak makcik bukan untuk kalian..tapi untuk fiqah dan makcik meneruskan pertalian kasih sayang..." ....(ketentuan Tuhan kan?)
  8. aku tak boleh jawab bile orang tanya... "kenapa mak die sayang gile kat kau..."...serious aku tak tau..dan aku bukan jenis pandai amik ati orang tua sangat pon..aku ni pemalu.haha
  9. aku benci la mimpi-mimpi aku lately....
  10. dah pukul 2.37 am..nape tak tidur lagi?takut nak tidur sebab takut mimpi??(eh tak tak..merepek je korang)
ok aku rasa aku tak reti update blog da.ok nite.

Tuesday, March 1, 2011

i love u till the end

=(
=(
=(

"i had a terrible dream..."
"don't tell me.."

"hey,stay here with me..."
"i don't have a plan..."
"its ok love.plans never workout anyway..."

=(