Showing posts with label cliche. Show all posts
Showing posts with label cliche. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

i did

" When someone treats me like an option, i help them narrow their choices by removing myself from the equation. It’s that simple."

i did.

i've been through that feeling about a year ago.

and bersyukur sangat aku dah tak lagi dengan kau.lebih kurang 10 bulan dah. wow nak dekat setahun dah aku berlari tinggalkan kenangan lama. menyakitkan sangat ketika itu. buat apa kalau seseoarang hanya terima kita dengan apa lebihnya kita, tapi memaki hamun kita dengan apa kurangnya kita. manusia macam tu aku doakan dia hidup dengan angel. itu pon kalau angel tu tahan dengan perangai dia. mind you, aku rasa manusia macam tu seperti ada 'bipolar disorder'. bila time baik, baik sangat...bile time tak suke, hanya Tuhan yang tahu... watch your mouth dude. perempuan bukan boleh dilindung atau dijaga dengan kekasaran, dan juga kata-kata kesat kau. semoga kau lebih matang dan berjaya. mungkin kalau kau masih lagi buang masa datang blog aku dan baca now, aku mintak maaf sebab mungkin kau dah tersakit hati baca tulisan aku ni. tapi aku tak pernah paksa kau untuk datang sini.

hidup ni karma, jangan sakitkan anak orang lagi. kau bukan ada hak pon.

itu semuanya dah berlalu. some of my friends ada jugak cakap nanti mana tau jodoh aku dengan kau. dan aku akan terima kau balik. no. hell no. memang takkan untuk aku hadap kekasaran kau lagi. kau bukan pelindung. dan kau tak layak jadi pelindung. kau perlu belajar lagi untuk jadi sebenar-benar pelindung..

hari ni masing-masing pon dah bawak haluan masing-masing. and i want to tell you this dude. aku happy sekarang. tanpa kau. dan tanpa kau. and thank you, perjalanan aku diteruskan lagi dengan bermacam dugaan yang perlu aku tempuhi.dan bukan kau disisi aku.

tapi dia.

somehow aku rasa middle name of him is ikhlas. sangat ikhlas dan jujur. tapi tak hensem. dan tak kaya. itu yang obvious. hahahaha..(jangan mawah =p)

 tapi kau pelindung. ciri-ciri pelindung tu sangat terserlah dalam diri kau.

"When you truly love someone you don't judge them by their past, you accept it and leave it there."

dah 9 bulan dah kan Mr.cliche?. (^_^)

Sunday, April 14, 2013

beNcinta


Today sabtu.. Last week tak keje so today tadi keje la cari rezeki.ecehh...
so up to today dah almost half of april kan? What can i say about april is like bulan dugaan bagi saya.
Banyak juga dugaan. Alhamdulillah paling tidak Dia masih pilih saya untuk di duga. 
Means Dia tak lupakan saya... so, awak patut bersyukur taw awak.

Memula handfon hilang. lepas tu demam dan cuti tak kerja. lepas tu jatuh toilet boleh tahan gedebak gedebuk then lutut lebam dan sakit. lepas tu accident kereta kene langgar dari belakang mase on the way nak pergi ajar tuisyen. pastu tak dapat ajar tusyen. orang yang langgar tu baik sangat and ngaku salah die.senang sket kerja nak settle. lepas tu mintak cuti plak lagi dengan bos cina yang cerewet tak boleh nak masuk opis sebab nak pergi buat report then settle hal kereta. lepas tu kereta masuk bengkel. tak ada kereta. pergi kerja kena pulak usaha lebih jalan kaki sikit pergi tumpang member. wow effort sangat tu nak pergi office pakcik cina tu.

seems like a situation or condition "nikmat ditarik balik" kan?
sungguh menguji kan? tak apa diuji..paling tidak Dia masih ingat saya.

cukuplah mukaddimah. masing-masing ada part masing-masing.. bahagia, suka , duka mesti ada turun naik punya.. itu rencah hidup orang kata. nak tak nak mesti hadap. baiklah, silalah balik pada topik yang macam jiwang- jiwang pulak. ntah ape kene letak topik bencinta. ekekeke

buat lelaki-lelaki yang pernah saya sayang sebenar benar sayang, (hakhak ok geli)
ala betul la tu. even macam geli sikit bunyinye (nasibla) , saya mengaku dalam hidup saya ada 2 orang lelaki yang saya boleh cakap saya pernah sayang mereka. and and and mereka pon pernah sayang saya juga. ok muntah. haha.  

bak kata pepatah lirik lagu rock kapak tu "ku sangka panas ke petang rupanya hujan ditengah hari". eceh, kemain kau. sape yang ngah bace entry ni mesti menyesal. padan muka. kalau rase menyesal belum terlambat nak stop bace entry ni. tak baik buang mase..amalan syaiton tu. pergh, insap la plak...

betul, saya percaya. dalam mencari pasangan hidup,kita mesti TAK akan jumpe punye yang perfect macam drama-drama yang konon semua happy ending. TAK kan ada punya. ye ye tak payah nak capslock bagai. pernah sayang 2 orang lelaki tu macam bagi pengalaman sikit dalam hidup saya. tak boleh kot nak kata sape salah sape betul. itu semua ketentuan. tak ada jodoh orang tua-tua kata. tapi betul kata seseorang itu, yang sempurna itu tak akan wujud. never. 

seseorang tu akan sempurna di mata kamu, kalau kamu sayang dia kerana Allah. 
bagi saya untuk sampai ke tahap tu susah sangat kan? iman senipis kulit bawang ni susah sangat untuk sayang orang kerana Allah. mesti awak semua pon macam tu jugak kan? mesti terselit sebab itu ini kenapa sayang seseorang tu...

dah hampir lebih kurang 6 bulan saya putus cinta kali ke-2. macam tak sangka pulak saya dah tinggalkan segala kenangan bersama dia almost half of year... hubungan yang nak dekat 2 tahun tu tak kesampaian nak naik pelamin bersama. hakhak. sakit die toksah nak cerita la. but second time was better. cepat sikit move on kalau nak compare dengan first time putus cinta dulu. first time dulu kalau tak silap 7 tahun usia hubungan yang juga berakhir tak kesampaian. (eh cam mengada plak kau nak mengaku putus cinta bagai. ekekeke. terima jelah cerita aku. dah entry aku. blog aku.) hahaha...

so what next? agak-agak ape pulak yang tersedia untuk saya...

saya pon tak tau. saya belum bersedia. tak tau siapa lelaki yang sesuai jiwanya untuk saya. yang ada lebih imannya untuk membimbing saya. yang ada sikit lembut tutur bicaranya untuk menegur saya. mungkin ada. tapi saya tidak mencari siapa dia buat mase ni.

biar saya begini.

SMS yang saya terima tadi..buat hati saya sedikit sebak...maafkan saya..
pintu hati saya macam masih tertutup. tak tahu bilakah akan tibanya masa ia akan dibuka.
saya sendiri tak tahu.... 

saya dah biasa melangkah sendiri. buat itu ini sendiri. sedih pujuk diri sendiri. gembira gelak kan diri sendiri. marah diri sendiri. dan malu dengan diri sendiri paling penting...

blog, i introduce u a new name, call him "mr.cliche".
katanya dia sayang saya seadanya. wow epic gile bunyi nya. tapi macam biasalah hati saya mesti selalu sebut itu semua cliche. tak payah nak cakap ayat cliche sebab saya tak kan percaya punya. susah untuk saya terima lelaki ke-3 untuk masuk dalam list yang bakal saya sayang sebenar benar sayang....bukan betul boleh bahagia. nanti sakit  lagi.

so kesannya, saya layan die macam sampah.ntahlah.
lepas tu mula la dapat mesage macam kat bawah  ni..ekekee..kan dah kate awak tu cliche. haha.
tapi saya mengaku awak itu baik orangnya...terima kasih lah banyak-banyak.nah daun keladi.

"if my presence makes u uneasy, i'll do all my best to keep me stealth in front of u. if my voice disturbs ur peace, i'll shut my mouth eternally..but deep down inside, i'll never forget how much my love for u and i'll keep this feeling for the rest of my life...sebab menyintai tu tak semestinya memiliki.."

hooooooooooo! cliche habis! 
saya tau dia banyak da rase sakit hati dengan saya...sorry saya lebih selesa sendiri.