Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

A start

15 july 2013 was the day i started entering the real world of work...
before ni kerja jugak, tapi keje memain je dulu..hehe

so tadi bile dah dapat email domain sendiri pastu boleh bukak website kolej untuk staff and pesnyarah rasa macam nervous pon ada bila baca kat bawah nama tu ada jawatan pensyarah yang dah pon aku sandang now...

hurm.

yup. a bit nervous kot. 

banyak benda nak kene belajar. selok belok and segala menda yang berkaitan dengan kolej ni. seriously a new thing for me and it's totally different from being a teacher. teaching and dealing with students here is far far away different...exactly not the same like teaching in school...even i just have 3 months experience in kota tinggi before for my practicum i still can differentiate the differences between both of them. yelah dulu pon dari kecik kan pegi skolah. lebih kurang 10 tahun kan duduk kat sekolah. hehe

so, what else?

busy tu memang dah tentu. nextweek dah start kelas segala. this week just study selok belok, observing and tanya itu ini to the senior lecturers.

please fika, u're not a student now. so sume mende nanti pon budak yang akan banyak carik kau and tanya kau. ohhhh myyy.... nervous gile. for me dealing with selected students and non-malay students is a bit challenging. to conduct the class in fully english oso the other part to be worry of...haha.

tak tau nak tulis ape dah.

kepala banyak pikir pasal keje. keje dan keje.
sounds like a workaholic aite?
no, i'm not. hehe

Friday, February 1, 2013

first attempt

today is 310113. such a great number ayte?

and hey, we are already in 2013 ok? seriously?

like seriously? 

no. i mean, this is my first attempt to post an entry here.
like seriously? 

eyp, enuf said.

hello 2013. Assalammualaikum pembuka bicara kepada kamu kamu kamu jika ada yag masih menapak untuk mencari huruf huruf yang ditaip oleh penaip ini disini. jika masih ada. silalah jawab salam saya. doakan saya juga sentiasa sejahtera. dengan izinNya jua. =)

tahun 2012 telah saya dan kamu semua tinggalkan. dan pasti segala yang kita lalui pada tahun itu pasti tidak akan kembali lagi. jika masih ada beberapa perkara yang bakal berulang pada langkah awak pada masa akan datang, pastinya tidak akan sama lagi seperti langkah yang lalu.


honestly, i don't know where to start.
and how to describe every single thing happened in this month.
ianya macam masa berlalu sangat pantas. 
dan terasa masa saya telah dicuri. insyaAllah, dicuri dengan lebih banyak perkara yang berfaedah jika nak dibandingkan dengan yang tak berfaedah. manusia biasa macam saya mana boleh lari dari kekurangan yang satu itu. i know, i'm bad. and still kan? i know. i know. (nodding)

ok. why so serious? hihi (ok im trying to put some hihi for u)
why so formal in writing?
mungkin sebab dah kekok nak menulis. alrite. let's start.
ikut saja apa yang jari mahu menulis.
gonna put some random stuffs across my mind right now,
saje nak buang masa kejap dengan blog padahal banyak lagi benda perlu hadap now. 
sigh.

am so busy super duper busy. poyo sangat je kan bunyinya. tapi memang saya pilih untuk menyibuk nyibuk kan diri. buat buat sebok pon ada sometime. eh selalu jugak buat buat sebok. dan perasan sebok. hihi. ok tak perlu kot nak letak hihi tu. tak hilang stress pon kan?

ape ek nak cerita? my life is so boring. tapi rasa bersalah sangat kalau tiap kali nak cakap yang "hey, my life is so boring la". ianya macam seorang yang tak tahu apa hala tuju. mana boleh hidup awak bosan sedangkan kalau awak seorang yang punya matlamat hidup yang satu itu, tidak mungkin keluar perkataan hidup bosan. or hidup yang membosankan. or membosankan sangat hidup. or membosankan ada hidup. or hidupku sudah tidak bermakna lagi. ok over sangat tu awak.

ok. you know what, saje je nak buat buat tanye. konon  rase macam tengah bercakap ngan orang lah kununnye. hihi. ok tak nak tulis hihi da nampak macam stress sangat lettew. haha. 

perkara yang pertama yang terlintas di fikiran saya adalah umur saya sudah mencecah 23 this year? repliey's believe it or not sangat kan? yup, quite a big number. 

aku rasa aku taip entry ni macam bukan aku. kenapa eh? 

ok seriously, let's start:
 SATU
ok ini aleesya. kadang kadang die gedik. perasan semua orang dalam dunia ni bagi attention kat die. kononnya. ini gambar aleesya mase balik cuti lastweek. heaven jugaklah lari balik rumah 5 hari cuti. oh heaven. ok, nak citer ape lagi? cik kah sayang aleesya. =)

DUA
ehem ehem. sape yang sibuk dulu panggil orang loser sebab tak ada lesen tu? see the leg now. hehe.
Alhamdulillah, in early of this month i managed to get my license!! 
rasa time tu nak jogging satu taman perumahan sebab tanda celebrate hari kebahagiaan.
erk apakah? kak, loser sangat tu cara celebrate. haha.
so, sekarang sebut saja tuan hamba semua nak kemana, mari patik tolong drive kan. 
ok riak sangat tu menaip ayat. haha. 

TIGA
ape yang nak diceritakan pasal makhluk di atas? entah. 
ok rasa macam dah malas nak taip. ngantok. tapi tak boleh tidur lagi sebab ade kerja kene siapkan.
sila dapatkan dipasaran ye adik-adik. ni buah tangan dari akak lumut.
lumut dalam english 'moss' kan. just terfikir yang artis nama deja moss dulu tu....
erk. so can call me fika moss. means, fika lumut. haha. 
nasib baik tak ada orang suggest itu jadi nama pena. ohh nama pena katanya. =p

 EMPAT
ok malas nak citer jugak. this is a part of my tasks. film checking namenye.
dah macam steps nak jadik pelakon pulak bunyinye. memang jauh panggang dari ayam panggang. haha.

ok some might feel so curious why i do this stuffs. ok sebenarnya saya sekarang adalah seorang penganggur terhebat. apa yang hebatnye sebab sambil menganggur saya minum air dan berselam selam. erk? ok now kami tengah tunggu untuk panggilan posting. sementara tu this month jugak kami telah dipanggil interview yang kami semua tak sangka kami akan dipanggil untuk interview tu. if saya dapat job tu, saya akan cerita ok the whole story. and if saya dapat kerja tu, maknanya tak ada orang da ke nak panggil saya cikgu fika? sobbbss... takpelah panggil saya cikgu lumut je lah. =p.
doakan saya dapat job tu. saya tahu ramai lagi calon yang hebat. tapi saya telah cuba sedaya upaya saya. jika mahu dipilih guru dengan job tu, honestly saya seronok jugak berada disekolah dan melayan bebudak bebudak. ok back to the topic, sekarang saya penganggur sambil selam selam dan minum air laut. ok merapu. padan muka sape suruh baca. kan dah buang masa. buang masa tu kan amalan syaitan. teladannya janganlah awak semua buang masa. adakah saya perlu stop menaip now?

LIMA
ini hadiah untuk baby adam. my niece yang ke 5. adam lahir bulan disember.
kakak saya tak tengok pon drama adam dan hawa tu.
so  die letak nama adam tu sebab sedap. bukan sebab aaron aziz pon.
aaron aziz jangan nak perasan. haha.

ENAM
ini sahabat dan kakak-kakak namanya. sebab mereka semua lebih tua dari saya. haha. sori terkeji pulak. tapi memang kami nampk macam sebaya. ok fine saya nampak tua kan.. tak kesah pon. saya kawan tak kira umur dan darjat mahupun pangkat. eceh.
hehe. saya sayang mereka. kami kenal di Auckland sana. dan kami cuba untuk meluangkan masa untuk berjumpa setibanya di Malaysia. masing masing sudah terpisah dan punya haluan sendiri. begitulah hidup kita. acuannya luas. pengalaman itu ambil lah. 
ok tak payah nak bermadah, bosan je kan baca. sape suruh.

TUJUH
ini nak menunjukkan betapa saya suka buat buat busy.
manusia ni saiko.
menghantui hidup saya juga sejak kebelakangan ni.
ntah boss sape ntah.bos kamu ker? ke kamu? kamu tu? sume mende nak cepat. ish.
tapi saya bersyukur saya boleh kutip pengalaman dari perjalanan kali ini.
looking forward more to come. =)
but am not looking forward nak kene hadap muka manusia itu. kesian sangat diri ku.

LAPAN
ini pulak baby shana!!! my friend's niece. gamba ni last week punye gamba kot.
hye baby shana! u are so adorable! =)
ape ntah motif letak gamba budak banyak banyak dalam entry ni.
hakhak. hello, diorang comel kot.
tengok pipi shana tu. tak rasa macam nak gigit ker?

SEMBILAN
my highskulmate's wedding in Penang.
was my first time in penang! ye seumur hidup ini pertama kali. tak kesah lah orang nak kate i'm a big L.
seronok, akhirnya dapat cross satu tempat dekat malaysia ni.
perasan tourist sangat kan? =p

SEPULUH
my first and second anak buah.
sibuk tunjuk kehebatan permainan masing masing dekat cik kah.
ok lah cik kah pon buat buat teruja.
miss u both now. sigh.


alamak, cik kah da mengantuk. tapi ada perkara perlu disettle kan. tak boleh dah nak upload pics lagi. cukuplah sampai disini. selamat malam. 

semoga kamu semua yang membaca sentiasa lalui perkara yang baik-baik saja dalam hidup kamu. aku doakan Dia jauhkan kamu semua dari perasaan sedih dan pedih. dan dapat apa yang kamu inginkan. kehidupan kadangkala mengajar kita untuk mengalah dan melepaskan. 

aku bukan sedih, apatah lagi kesal. aku cuma merenung.

jumpa lagi hujung bulan depan blog. =)
Assalammualaikum.

Thursday, March 15, 2012

seriously i got that?????

ah over betul la tajuk entry...haha...tapi memang betul... susah nak percaya next week da kene berpakaian lengkap sebagai seorang guru...ohhh loking that physics teacher...is she looks like albert Einstein? if not, she's not smart enough haha..watever.

can't believe i have one!

start daripada nextweek kami kene pergi school observation selama 2 minggu...neveessss nye lahaiii...sebab pergi sorang-sorang...kebanyakkan aku dengar diorang pergi school observation ramai-ramai bout 3-4 people...but class aku ni pergi sorang-sorang...aisshh...

aku diri depan cermin sorang-sorang sambil senyum banyak kali...hey teacher to be, u should practice to smile!

oh?
=)
=)
=)

alamak kasut tumit tak beli lagi.. hahaha ..over kau kan.

arrggghh nevous lah!!!

Thursday, December 22, 2011

a taste of summer

uhhh baru hari ni dapat bukak laptop...busy betul lately..banyak mende nak kene settlekan before balik malaysia.... tadi baru je lepas settlekan shipping..now boleh lah relax sikit...betambah relax bile aku dah berhenti kerja dari hotel tu selasa hari tu.... tamatlah kerjaya aku mengemas bilik hotel...hehe....penat kot kerja hotel tu...nak cepat punye pasal..luka sana sini... terhantuk tersepit segala...huu...tangan aku pon cam da kasar gile sebab banyak sangat gune chemicals untuk bersihkan toilet bilik tu.... tulang empat kerat makcik ni pon da reput...hee..

tinggal lebih kurang 8 hari je lagi aku nak berangkat pulang....ntah lah..cam sayu n sebak plak nak balik tinggalkan auckland...banyak benda aku lalui kat sini...terlalu banyak...banyak sangat memori suka duka..jatuh bangun aku kat sini....auckland,i'm gonna miss u badly... 

ok now kan tengah summer....so buah ceri pon keluar tanpa segan silu..aku suke la jugak makan buah ceri ni...sebab buah ni cam comel pastu senang nak makan..pastu sedap .... tapi tak de lah murah sangat buah ni..agak mahal la...sekilo dalam $18-$22. tapi sebab aku nak balik dah nanti..so aku melantak la jugak buah ni dulu..hehe...aku ade la jugak order dalam 3 kilo kot untuk bawak bagi family nanti...kalau beli kat supermarket yang bese aku pergi tu cam tak sedap sangat..tapi yang ni memang terbaikkk..hee....ape lagi nak tulis? serious, da tak reti nak menulis...tengok gamba la eh..hee





Monday, December 5, 2011

kejadian berdarah semalam

semalam ahad aku kerja... ape yang aku tak suke hari ahad keje kat hotel tu sebab guest majority akan check out lambat... so kitorang keje start kul8.. 1 bilik kene kemas 30 mins. kalau guest check out lambat, kitorang akan cam rushing untuk habis kemas semua bilik yang diberi on time....kalau lambat nnt manager bising...let say dapat 12 bilik... so kene habis kemas sume dr kul 8- 2.30 tak termasuk lunch hour 12-12.30... so kalau guest lambat keluar, akan buang mase kami dari kul 8-10..selalunye area kul10 bru ramai nak kuar kalo ari ahad...

so, pukul 10.30 aku baru siap kemas 3 bilik gara-gara guest lambat cek out. at that time supposely 5 bilik da siap kan...so maybe sebab aku rushing or memang dah ditakdirkan...berlaku lah kejadian berdarah semalam... aku dah basuh 3 gelas..pastu nak angkat...sebalah tangan pegang 2..sebelah lagi 1...tetibe cm licin gelas yang 1 tu..nak terjatuh atas sink...aku cube nak tangkap kononnye..sekali pecah sebab die hit the other glasses yang ade kat sebelah tangan lagi pastu kene sink pecah..kene tangan aku..kaca pon tercucuk..aku panic sebab darah banyak dan kaca kat tangan dan cam terdiam..aku cabut kaca and tros amik face towel lari pegi office..satu towel tu da penuh darah..dah macam aku kene tikam pon ade...geli jugak banyak darah....tak sempat nak amik gamba towel tu sebab time keje tak leh bawak fon so tkot kantoi plak aku bawak kan...

lepas da bersihkan dan balut-balut tangan aku pon sempat naik balik pegi tangkap gamba sket....balik keje kat rumah try bukak nak cuci lagi..but still darah banyak lagi keluar... pagi ni pon bangun tido ingat da ok..bukak bandage untuk kali ke 3 still darah tak kering... banyak tol darah aku hilang semalam aku rase..huuu...pagi ni pon still kua lagi darah dan da start bengkak... isaw gak ni sbb bhgian luka tu mmg dalam and cam hancur sikit terkene kaca..huuu....

sakit...dari semalam berdenyut...huu..

ni le tempat kejadian
dirawat oleh doctor free..

Monday, August 8, 2011

simpan dalam hati


always simpan dalam hati..ingat sendiri-sendiri..yang lelaki idaman itu takkan pernah wujud...and tak boleh tipu diri aku sendiri....makin hari dia makin berjaya menempatkan diri dia dalam sebahagian dari hidup aku....."dia bukan idaman...yang idaman itu tak akan pernah wujud...yang sempurna itu tak akan pernah ada....cukup sekadar dia hampir sempurna dimata aku ..dimata kalian mungkin tidak..tak mengapa.." (lumut, 2011)

experiment pening kepala

seriously sedar tak sedar seminggu dah aku tak update blog...life sangat busy....dah tak same macam dulu..dah tak same macam mase first year dulu.sumenye dah tak same..sangat tak same.....final semester sangat menguji diri sampai kadang2 rase cam tak mampu..rasa nak terkandas ditengah jalan pon ade....sume bende pon buat dalam keadaan terkejar-kejar.....and selalu gak pikir dah nak tinggalkan auckland nanti...mane boleh aku lupekan tempat ini..tempat dimana aku cube bangun mencari 'aku' yang pernah hilang suatu ketika dulu...mane boleh aku lupekan tempat yang penuh sejarah ini..suka duka..sakit bangun..tempat ini banyak mengajar aku...




ingat tak gambar atas tu?? tu la tempat aku keje part time aku yang pernah aku cerita DISINI dulu...tapi aku dah berhenti mase february 2011 haritu..tapi start last weekend aku dah keje balik kat sane...kengkawan keje pon masih ingat aku lagi...sebab tu la sekarang tulang enpat kerat makcik ni letih je 24 jam...mase 24 jam tu sampai rase tak cukup plak kan....hehe...

ok tu je la aku nak update....banyak bende aku nak share ape yang terbuku ni..tapi rase cam report memangil manggil meminta layanan special dari aku....slamat berpuasa semua. =)

"kau kene rasa kerja susah, baru kau appreciate apa yang senang"...peace.

Thursday, June 2, 2011

cerita pasal earthquake

aku "terpaksa" belajar pasal earthquake pada mulanya...seumur hidup aku tak pernah pon aku nak amik tahu macam mane earthquake berlaku..tapi dari sebab terpaksa tu macam layan gak belajr pasal gempa bumi ni..final bakal menjelma...so disebabkan semua orang pon rajin je aku tengok ...so aku pon kene lah buat-buat rajin juge.

ape yang aku nak cerita, die punye rase bile belajar pasal gempa bumi dekat negara yang baru je dilanda gempa bumi itu hari ni macam lain ok..hehe...dari rase terpaksa jadik rase minat pon ade....ade yang tanya aku..aku dok sini belajar physics nak jadik cikgu tu macam mane..haha....memule cam malas la plak aku nak jawab sebab aku tau ada je orang cakap yang aku ni "ape class jadik cikgu nanti??gaji ciput?".....nak lagi kuang asam ayat.. "belajar oversea nanti jadik cikgu jer??"..tapi ape kau ingat aku kat sini belajar fizik tingkatan 5 yang kau orang belajar dulu ker? kalau rase senang sangat..and nak merendah-rendahkan ape yang bakal aku jadik nanti ok meh try la datang sini belajar tengok pecah tak pecah kepala tu.....untuk persoalan nape jadik cikgu, oh aku ade contract dengan government sebab aku kan belajar kat sini free so aku ade la 7 tahun contract untuk mengajar physics....

physics kat sane belajar ape lumut??
aku tak reti nak jawab...tapi belajar physics la..takkan belajar buat pudding caramel plak?hehe...em bile dah sampai tahun-tahun penghujung ni kami boleh pilih nak specialised dalam ape sebenarnya....cam aku.. aku pilih optics (belajar cahaya, kanta, cermin, waves, polarization, imej, bla bla bla) , geophyscis (belajar laut, bumi, planet, gempa bumi, taufan segala, gravity, bla bla bla) dan juga electronics (belajar litar letrik la ape lagi kan)....

ok dah nak balik rumah..now da pukul 11.13 malam.

scientific sikit yang ni


      nak cerita dengan adik kau ker, atok nenek ker...boleh lah yang ni aku rasa.


ilmiah plak kan entry aku kali ni.

Monday, April 25, 2011

darah keturunan Albert Einstein???

esok hari terakhir easter break setelah 2 minggu lebih bercuti.....rasa kejap giler dah nak start kelas.....lepas cuti terus ade test, asignment juga report field trip nak kene submit...menguji mental btol.............rasa nak nangis tengok report yang macam tak ada idea langsung nak conteng ape atas kertas untuk dihantar pada lecturer yang bagi lecture macam ingat kitorang ni semua darah keturunan Albert Einstein mahu pun mark zuckerberg ker???? semua pon bagi lecture stok cakap tak pandai bukak mulut, ape mase kecik-kecik dulu lambat makan nestum ker ape? lepas tu bagi lecture tak nak tulis ape-ape sume nak tunjuk mereka lah lecturer yang paling hebat guna imigination 3D gamaknya...mencik lahhhhh...


lecturer ku sayang, ye..pelajar kamu yang ini sedang mengeluh....

kat bawah ni gamba-gamba field trip mase 3 april haritu

bekas gunug berapi

 bermulalah experiment...

terpaksa buat....huuuu

ocean and waves??huuu

fine korang putih suke la berjemur,
balik dari trip aku gak yang hitam kannnn???

sekian laporan,
hantar report ni leh tak lecturer???

hmmmmmmmm

Sunday, February 13, 2011

tipu lagi.jahat.

tak ada orang pon suke ditipu...tapi masih ada orang suke menipu.so tanya balik..kau tak suke ditipu...tapi nape kau menipu??kajian menunjuk kan....(celah mane plak aku nak buat kajian kan)...sesetengah manusia akan menipu dalam keadaan terdesak dan terpaksa.....kembali pada realiti cerita aku...tapi aku bukan seorang penipu.aku terpaksa.ini demi mase depan aku.

al kisah.aku kan kerja part time.klik sini bagi sape yang tak tau lagi kerja ape.

selasa dan rabu minggu depan aku ada paper final bagi summer semester ni..kejap gile sedar-sedar dah final.dan mula dari malam tadi aku dah makin dihantui perasaan cuak menghadapi final exam.itu biasa.normal bagi seorang pelajar macam aku.malah aku sangat rasa bersyukur kalau rasa tu muncul so that boleh buat aku speed up untuk prepare ape yang tak cukup..banyak gile mende nak study...sebab aku bukan nerd macam sape aku 4 tahun yang lalu jadik aku selalu study last minute.so kembali pada kerja aku, hari ni hari ahad supposely aku kene pergi kerja...nak dijadikan ceita, perasaan cuak nak pergi final exam nanti dah menghantui seluruh sel neuron otak aku...dan aku ambil keputusan tak nak pergi kerja.

before ni aku pernah gak ponteng sebab kawan aku ajak pergi bercuti hari aku kerja.tak pon malam tu aku tak dapat tidur sebab mimpi hantu so bangun pagi tak cukup tidur then tak pegi kerja.antara alasan yang common orang gune adalah tak lain tak bukan "sakit".dan aku pon pernah gune..sakit perut,sakit kepala,demam panas....so takkan pagi ni aku nak gune sakit lagi?tak cool la...so aku pikir cara lain untuk nak cakap kat suprvisor aku tak leh datang tanpa dimarah...ehemmm...

"hello, saya fika. saya mintak maaf sebab tak dapat datang kerja hari ni...spec mata saya patah...saya tak tau macam mana pagi tadi saya bangun tidur lepas tu terpijak..maybe spec tu jatuh dari atas meja.".

supervisor tak marah.dia cakap lain kali kene ada spare glasses.
aku letak fon.
maafkan aku tipu lagi.aku terpaksa demi masa depan aku.

p/s: jangan menipu.jadiklah seorang yang jujur.please.jika kau seorang penipu, kau sebenarnya penghancur perasaan dan hati insan lain.

Monday, January 3, 2011

boleh dinobatkan sebagai paparan exclusive di esoksemalam...

AUCKLAND : city of sails
Copthorne hotel,Auckland habour (yang kaler cokelat kotak-kotak tu)

pengalaman bekerja sebagai room attendant di bahagian housekeeping di salah sebuah hotel di Auckland city ni merupakan antara kenangan terbaik aku disini....dan entry ni boleh aku nobatkan diantara entry special dan paparan exclusive dari aku buat reader esoksemalam...fuhh intro macam gempak je kan..hee...sebenarnya aku dah lama dah nak buat entry special ni tapi macam asik terngendala sebab terlalu banyak benda happened lately dan perlu di settlekan terlebih dahulu..dan aku tergamak tangkap gamba syok sendiri sampai rasa nak lempang je diri sendiri ni pon sebab family aku suruh..nak tengok lah kononnya...so, selepas lebih kurang sebulan lebih aku kerja kat hotel tu..baru hari ni muncul paparan khas untuk anda..fullamak poyo je bunyik kan...mula dari 6 Jan 2011 ni, akan mulalah summer school dan aku akan kembali menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar....tapi disebabkan summer school hanyalah semester pendek,so aku still buat part time..but then menjelang 28 februari 2011 nanti aku akan berhenti terus..means aku takkan buat ape-ape part time job lagi....biasalah name pon mahu menempuh final year...jadik sepenuh perhatian harus aku berikan pada tahun terakhir ini...insyaAllah...aku mohon segalanya dipermudahkan....pejam celik tak sangka dah tiba tahun akhir aku belajar dekat Auckland ni....cuak gile.

so,marilah kita meneroka pengalaman aku bekerja kat hotel tu dan tentulah kehebatan mengemas bilik...haha...before tu nak citer sikit yang masa yang diperuntukkan untuk kemas 1 bilik adalah 30 mins which is sangatlah tak sempat untuk mengemas 1 bilik check out....memerlukan ketangkasan juga kemahiran so that dapat habis kemas dalam masa 30 mins per room..kalau tak nanti kene sound dengan supervisor...biasa lah tuhh....so,jom tengok gamba....

langkah pertama : sudah tentu ketuk pintu bilik sambil jerit "housekeeping!!".
jangan kau bagi salam plak...ape ingat nak datang beraya??

 haaa...apabila tak ada orang sahut means bilik tu dah kosong...beginilah paras rupa bilik check out yang perlu dikemaskan....petua lepas bukak pintu haruslah beristighfar dan tarik nafas panjang-panjang.......haaaa camtu...

ape ditunggu lagi...3,2,1 action!!tarik lah katil yang maha berat ni...
kalau king size tok sah citer ah boleh lenguh tulang empat kerat ni...



skill yang bawah ni antara skill mahal yang diberi nama "tebar roti canai".
akhirnya siaplah katil kita.....hehe

ok ni abaikan...sesat tetibe.

beralih ke toilet...kemas toilet plak kay.

dipendekkan cerita sink kene keringkan,cermin kene lap,bath tub keringkan..
gelas basuh...jamban berus..buang sampah..ganti towels dan sabun... 

ha camni lah rupa dah siap kemas...

lepas tu susun barang-barang dalam bilik tu mengikut protokolnya..












da siap susun tu hendaklah di lap habuk-habuk dan vacuum seluruh bilik termasuk toilet..
lepas tu selesailah kan...pastikan siap kurang dari 30 mins...

aku ada reason aku sendiri kenapa aku buat part time..bukan untuk dapat duit banyak dan beli laptop tercanggih mahupun handphone terbaru or pergi melancong ke paris mahupun korea mahupun jepun (negara-negara idaman)..bukan juga untuk shopping sakan....tapi tapi tapi...adalah sebabnya tersendiri...tak yah ah citer sini...dan yang penting aku kerja ni bukan untuk nampak aku kaya ke ape..langsung tak......em aku suke kerja dekat hotel ni....semua orang friendly...rajin tegur-tegur borak-borak..kutuk supervisor sikit-sikit yang suke amik kesempatan dekat budak-budak yang macam aku yang tak berani nak membantah ni....haha....hujung februari ni aku akan berhenti....final year is the most important thing that i want to archive this year....welcome 2011.....

eh tetibe tertinggal nak tunjuk ni lah troli yang aku kene tolak dari bilik ke bilik..
seksa jugak lah nak menolak troli ni....

ape pon yang berlaku...mesti belajar untuk bangun...buat lah apa cara sekali pun...agar orang tak nampak yang kau tak hepi..."hey,please live your life to the fullest"....boleh bersedih..tapi jangan lupa nikmat bahagia..mesti cari apa itu kebahagiaan kerana happiness tak datang bergolek....dan bila dapat bahagia..jangan lupa untuk bersyukur....

Saturday, December 18, 2010

seriously, ni ayam terbaik pernah aku jumpa.

semalam kawan saya jadik ayam.....comel gila sampai rasa nak lempang pon ada...haha....seriously, ni ayam terbaik pernah aku jumpa.....cun,muda, dan juga bertenaga....hahaha...ada peluang bahan kita bahan...haha....actually dia join fundraising under against animal cruelty....benda ni daftar online sape yang berminat...kene berdiri sepanjang queen street,Auckland city dari 10 am- 7.30pm.....gile lame dan menebalkan muka...hehe....join mende ni selama 2 hari dan akan diberi  $200 juga 10% dari kutipan yang diterima....sekarangkan summer...so selalunya kami akan terdorong untuk mencari kerja untuk mengisi masa terluang....so here we are...aku tukang ambik gambar je..lepas balik kerja semalam terus berlari nak pergi tangkap ayam...haha.......

dapat tangkap ayam camni sape tak nak ye dak??haha
"why u choose to be a chicken??"
"because i am a chick."...minah tu jawab.
one of the hot chicks ker?hehe

Queen street,Auckland City, summer 2010

ayam on actions...hehe

kawan-kawan ayam yang rajin juge iaitu lembu,musang kot,dan penguin...
sempatlah terserempak beberapa ekor on the way nak pergi tangkap ayam dari tempat kerja aku.













kembali ke pangkal jalan....

hari ini dia akan jadik ayam lagi...mula-mula dia cakap arini dia nak jadik lembu...tapi tetiba aku suggest dia jadik ayam lagilah hari ni sebab aku nak suruh dia buat chicken dance dekat queen street tu....hahaha....aku cakap ngan dia...buat something different and buat orang terhibur baru orang nak bagi duit.....excited gile aku siap download lagu chicken dance semalam bagi kat dia dan ajar dia camne chicken dance..ha amik ko...silap-silap sume orang nak tangkap ayam ni bawak balik aku tak tau..haha...so we will see..kita tengok apa yang bakal berlaku hari ini.....lepas kerja semestinya aku nak pergi usha ayam ni buat chicken dance.....berani ke tak sahut cabaran aku.....hee


sweet memory aite??