Tuesday, December 18, 2012

kata

kadang-kadang aku tak sure sama ada perlu ke tidak ikut kata hati. 

lately aku rasa nak lakukan sesuatu but aku tahan untuk tak buat. tapi hari ni aku dah laksanakannya. kata hati macam makin kuat suruh suruh dan suruh. seketika, aku tarik nafas dalam dalam. aku sendiri keliru sama ada tarik nafas lega ataupun menahan sebak dalam hati. Allah saja yang tau.

dan apa pon berlaku semuanya dengan izin Allah.

seperti sesuatu yang aku rasa sekarang. takkan aku rasa macam keadaan sekarang ni kalau bukan dengan izinNya. tapi as manusia, kita kene pandai differentiate kan kata hati itu sama ada benar petunjuk dari Allah atau sebaliknya. iaitu hasutan syaitan untuk buat kita gelisah atau sedih.

aku keliru sangat. aku buntu.

aku takot sangat apa yang aku buat atas perjalanan hidup aku ni hanya bergantung pada diri aku sendiri. Tuhan, jangan biarkan aku sendiri. jangan biarkan aku bergantung nasib pada orang lain atau diri aku sendiri selain dari Engkau.

aku mohon petunjuk.

aku memilih untuk senyap hari ni. tapi lepas beberapa ketika, seseorang panggil aku dan suruh ke bawah. boleh kata beberapa ketika lepas tu ada jugak modal untuk aku senyum sikit dalam perasaan ketika ni.. walaupun masa nak turun tu aku tengah tahan sebak dalam hati. hey, got a good news kan? at least kan? senyumlah sikit... em macam aku cakap tadi, semuanya Allah yang dah atur kan? ntah lah kadang-kadang aku sendiri tertanya kenapa banyak perkara aku nak dalam hidup aku Allah tak tunaikan..susah sangat... bersangka baik lah pada Allah... jangan biarkan syaitan terus sesat kan hati tu.

lepas tu iaitu kejadian hari ni juga, aku bersemuka dengan dato'. ni first time bersemuka walaupun dah banyak kali terserempak. up and down up and down up and down, banyak jugak perkara yang dikupas. sampai rasa mengantok pon ada. aku kira adalah dalam 2 jam lebih kot. kesimpulannya, banyak jugak betulnya apa yang dato' cakap. kagum jugaklah aku sikit. tapi kehidupan mengajar aku jangan terlalu cepat percayakan orang dan terpedaya.

ntahlah.

aku masih menanti sesuatu. aku tak tau sampai bila.

3 comments:

ZaridaIshak said...

kuatkan semangat, tabahkan hati... tepuk dada tadah tangan berdoa mohon bantuan dan petunjuk dariNya

lumut said...

terima kasih 'yangbaik'.. hanya pada Dia tempat mengadu sekarang and sampai bila2....

cEro said...

Kalo penantian itu utk sesuatu yg berbaloi, apa salahnya...