dear blog,
bila aku tengok gambar seseorang tu pakai jubah,ambil sijil..mata aku tertumpu pada senyuman kepuasan milik dia...aku pandang lama-lama skrin rata depan aku....aku pandang seolah-olah gamba tu berjiwa walaupun ia sekadar gambar kaku....aku cuba nak senyum sama macam watak manusia dalam gambar tuh..tapi aku gagal....mata aku jadik panas...air liur ditelan berkali-kali.....aku alih pandangan aku pada dinding..dan aku kembali tengok senyuman tu.......mata aku bergenang..cepat-cepat aku bangun pergi tandas...aku amik wuduk...biar muka aku basah dengan air wuduk...biar airmata aku tenggelam dengan air wuduk....
blog,
kalau boleh aku memang tak nak nangis kerana kisah lalu..kalau boleh aku memang tak nak tunjuk dekat semua orang yang hati aku sedang bersedih..kalau boleh aku tak nak tunjuk apa yang aku rasa....blog,aku tak lagi ngadu kat sape-sape tentang perasaan aku....aku tak lagi bercerita pada sape-sape tentang impian aku..dan tak lagi bagitahu orang harapan aku....
blog,
aku sebenarnya tak suka bila ada orang cakap dekat aku..."kenapa kau tak ceria macam dulu..."..."kenapa nampak lain hari ni...."....aku tak suka...sebab ayat mereka betul-betul buat aku mahu lepaskan tangisan aku depan mereka...tapi mana boleh.....
kalau aku tahu betapa besarnya cinta Allah...sepatutnya aku takkan nangis dek pengkhianatan manusia....tapi selagi aku menangis kerana kisah lalu....selagi tuh sebenarnya aku belum betul-betul rasa cinta Dia...jahil kan aku?
kalau aku tahu betapa besarnya cinta Allah...sepatutnya aku takkan nangis dek pengkhianatan manusia....tapi selagi aku menangis kerana kisah lalu....selagi tuh sebenarnya aku belum betul-betul rasa cinta Dia...jahil kan aku?