lagu yang ditulis sekitar bulan september 2009...liriknya ditulis oleh aku dan untuk aku....pada 7 september 2009 melodinya dicipta sendiri oleh mr.naz dan dinyanyikan olehnya dan diserahkan kepada aku....mr.naz aku kenal hanya melalui blog sekitar tahun 2009...dan kami tidak pernah berjumpa...cukuplah perkenalan di dunia blog dan dia bersetuju untuk memainkan gitar miliknya lalu mencipta melodi lagu itu......lagu ini tidak seberapa...namun ia punya perasaan dan jiwa tersendiri buat aku....lagu ini sedikit sebanyak menelan suasana kelam dan tangisan seseorang suatu ketika dulu....lagu ini seolah-olah punya nafas tersendiri....ia sekadar kata-kata dari aku dan ditujukan buat aku sendiri atas apa yang aku sudah lalui.....dari tahun 1995 itu....dan diulang rasa perit khianat pada tahun 2009 yang lalu...aku bagai bersahabat baik bersama airmata milik aku......aku makin letih dengan agenda manusia disekeliling aku...aku makin penat menyimpan segala rahsia demi kebahagiaan orang lain...sedangkan hati milik aku sendiri hancur tidak berperasaan.....
lagu yang diberi tajuk "pujukan hati" ini sudah lama ingin aku perdengarkan buat semua pembaca esoksemalam suatu ketika dulu...namun hasrat ini disekat oleh perasaan aku sendiri..namun hari ini...aku persembahkan lagu cikai ini buat semua pembaca esoksemalam.....
lagu yang diberi tajuk "pujukan hati" ini sudah lama ingin aku perdengarkan buat semua pembaca esoksemalam suatu ketika dulu...namun hasrat ini disekat oleh perasaan aku sendiri..namun hari ini...aku persembahkan lagu cikai ini buat semua pembaca esoksemalam.....
PUJUKAN HATI
lirik ciptaan : lumut
melodi dan nyanyian : mr.naz
Sedaya upaya kuhulurkan senyuman,
Ku buang jauh hiba dan rasa kecewa,
Berjanji sendiri didasar hatiku ini,
Aku kan cekal,terus berdiri…
Buat mereka yang menghancurkan ku,
Sakit ini sungguh menguji hati,
Ku doakan kebahagiaan milikmu,
Usah matikan langkah pencarian,
ku yakin pada ketentuan Tuhan,
Inilah takdir perjalanan kehidupan nyata..
*
Demi ikatan murni, kusimpan segalanya,
Keperitan ini jauh nun di dalam sana,
Ku pujuk hati agar tabah mengharunginya,
Demi hatimu, ku lepaskan ku rela,
Ku pujuk hati untuk terus terima,
Menadah tangan memohon rayu padaNya,
Sebak di hati,kupujukan jua….
Walau dugaan ini buat aku tersungkur,
Namun ku tahu ini bukan pengakhiran,
Lalu airmataku menitis di kalbu,
Tatkala memori semalam menyapa diingatan.
.
17 comments:
tepukan gemuruh utk penulis lirik, pencipta melodi dan penyanyi
nice song :)
apepun, semoga sentiasa tabah cik lumut
hidup penuh dgn cabaran dan dugaan
smile always although deep inside we are hurt :)
salam kenal
dh link blog ni kat bloglist
jatuh hati dgn lagu nih,hak3
all the best in ur life
thanx kerana berkongsi..
suka part "ini bukan pengakhiran" :)
suka gmbr2 dlm klip tu.. especially gmbr org solat ramai2 di kelilingi flora fauna. =)
best lirik..
best2...
suke video
suke lagu ni juga
suke2...
salam perkenalan dari saya
wah wah wah
kalau masuk radio juara carta 50 minggu gittew
klu kamoo yg nanyi mesti lagi syahdu...bait-bait kata penUh makna...lalallalala
T.T xbole nk bukak lgu tuh...sbb opiz kne block T.T
100 thumbs UP!!!!
penuh isi:)
gamba best..buat kite pn nk g sane.hahahaha
be strong sis!:D
best lirik ni. Nak simpan bole x?
Urm. Mmg ada entry yg leh komen ade yg x leh eh? ^___^
kebahagiaan yang sudah dimiliki harus didoakan supaya mampu pertahankan kebahagiaan...itu pun satu cara untuk memujuk hati ketika ia sudah pergi.
mut aku suka giler lagu nih..damai aku rasa..
mut aku suka giler lagu nih..damai aku rasa..
dapat ke keizinan utk sy ketengahkan lagu ni?hmmmmm???
silalah...
berbesar hati sekiranya rajin utk dikongsikan..
=)
;-)
Post a Comment