pagi ini..airmata aku mengalir dek kerana penulisan sebuah blog....tulisan beliau mengusik jiwa aku...membuai sesuatu sampai tak sedar tertoreh bekas luka...aku terasa sakit dalam diamnya...lalu aku mengalirkan airmata...apa salah aku mengalirkan airmata dalam diam??apa salah aku bersedih depan diri aku sendiri??apa salah aku meratapi memori bahagia terdahulu??apa tak cukup senyuman,senda gurau dan gelak tawa yang aku hamparkan depan kalian?
aku dah lama nak tulis ini.cuma aku tak tau bagaimana untuk susun rasa dalam jiwa aku ni jadi baris-baris ayat yang boleh dibaca dan diserap rasanya.....tahun 1995,sesuatu yang mengajar aku tentang pemikiran waras.tentang pengorbanan dan kasih sayang.....bila diingatkan pada tahun dan ketika itu..sapelah aku...tapi aku tau aku tidak boleh mengeluh...aku dah get through semua rasa sakit pada ketika itu...aku ubati sendiri..tak ada sape membantu..mungkin kerana itu aku rasa aku lebih matang dari kamu-kamu,...cuma kadang-kadang aku sorokkan sifat aku yang itu...ada masa aku cuba untuk jadi kebudak-budakkan...aku cuba untuk memiliki sifat seperti mereka yang sebaya dengan aku...melalui zaman yang selari dengan umur aku...segalanya bagai satu percubaan.try and error.aku tak pernah give up ketika itu.keras hati dan egois sebati dalam diri milik aku.
aku jarang mengadu pada keluarga..aku jarang berkongsi pada mak abah...namun aku rajin melayan perbualan mereka sekiranya mereka seakan mendambakan perbualan kosong bersama anak-anak...jika mahu diharapkan pada anak-anak mereka yang lain...aku tak rasa anak-anak itu boleh melayan bicara kosong mereka seperti mana aku memberi respond.tapi jauh dalam hati aku kadang-kadang aku terasa aku menyorokkan kesedihan disebalik senyuman...jika orang tua itu tahu apa yang tersimpan....(aku mengeluh)
aku mahu menulis sesuatu..tapi aku rasa baik aku berhenti disini....
aku tak tau kenapa aku sekecewa ini...
sampai tulisan seseorang penulis blog mampu menggugurkan airmata seorang aku....
kali ini aku mengeluh.aku letih dengan kelemahan sendiri.
nursyafiqah...fighting!