Wednesday, October 13, 2010

selamat pagi

selamat pagi jiwa.....

semalam ibu kamu ade ym saya..seperti biasa pesan ibu kamu belajar rajin-rajin...ibu kamu tak pernah bosan bagi semangat dekat saya walaupun wanita itu tahu saya seperti tiada hati lagi ingin meneruskan semua ini....ibu kamu selalu berpesan....jangan berhenti melangkah kerana satu penyesalan....sebaliknya jadikan kegagalan itu pembakar semangat untuk terus kehadapan.......

"fiqah,makcik tak tahu kenapa makcik sayang fiqah sangat...makcik selalu doakan Allah bagi fiqah kekuatan untuk teruskan kehidupan dan ceria seperti dahulu....fiqah jangan muram..lawan perasaan lemah tuh......"

dan aku sekali lagi menitiskan airmata membaca apa yang ditulis ibu kamu....
aku sayang ibu kamu...seperti mak aku sendiri...

dan untuk kamu,tahniah atas kejayaan kamu....sudah berjaya menerima ijazah beberapa hari lalu.