Thursday, November 25, 2010

aku tersenyum bercerita tentang perkahwinan.

bukan sorang je yang tegur..adalah dalam dua tiga orang yang cakap benda yang sama.
"kau ni kalau cerita pasal kawen terseyum je kan."......

aku diam......apabila kamu semua bercerita pasal pasangan kamu pada aku,pasal angan-angan perkahiwnan kamu pada aku..pasal perancangan perkahwinan kamu pada aku...pasal perasaan kamu tentang perkahwinan..dan apa saja yang kamu ceritakan berkaitan soal hati kamu dan perkahwinan yang kamu impikan....aku tidak teragak-agak untuk turut sertakan diri aku..juga pandangan aku terhadap perkahwinan impian kamu.........sepanjang kamu semua bercerita berceloteh itu ini....aku akan turut serta sambil tersenyum ketika berbicara......sehinggalah kalian sedar lalu berkata :
"kau ni kalau cerita pasal kawen tersenyum je kan...".

senyuman aku kalian nampak.bagus itu yang ingin aku hamparkan buat pandangan tersurat kalian,namun apa yang tersirat....usah dicari di dalam aku...takut senyuman itu tadi pudar ditelan kenangan.....

biarkan aku tersenyum,kerana senyuman itu langsung tiada erti.
biarkan aku menangis...kerana tangisan itu penyembuh luka hati.
aku punya masa hidup yang Tuhan aku beri...dan aku mesti jadi hamba yang bersyukur.
berbahagialah kamu...aku sekadar bersyukur...
tidak lebih dari itu......
.