"tahun depan balik??bila agaknya cuti??aku nak kawen..."
"tak tahu lagilah...tak boleh janji..."
kadang-kadang aku rasa mahu bawak diri aku jauh pergi dari mereka-mereka itu...cara dan sikap mereka jauh berbeza dengan aku...mereka terlalu sangat ikut kehendak tanpa berfikir perasaan dan keadaan orang lain sekeliling mereka....dalam diam mereka ku panggil kejam .aku tidak kesah untuk aku berhadapan dengan perangai-perangai kesemua manusia itu..tapi aku kesah apabila mereka menyakitkan jiwa insan-insan yang paling aku sayang....secara diamnya..aku seringkali bersikap offensive pada mereka...namun aku senyapkan jauh dalam hati aku....dari dulu aku tak pernah rasa manusia dewasa itu bijak dan waras pemikirannya..dari dulu aku selalu bersikap denial pada orang yang lebih tua daripada aku..namun dalam sikap denial aku itu....aku masih menghormati kau manusia dewasa.....
mengapa manusia dewasa itu kejam?
mengapa manusia dewasa itu bongkak??
mengapa manusia dewasa itu fikir mereka berkuasa??
dan mengapa manusia-manusia dewasa yang amat dekat dalam hidup aku selalu mengecewakan...
kau lelaki.diawal perkahwinan kau dahulu aku diantara yang paling kuat membantah...aku bantahkan dalam diam...aku tahu aku punya hujah yang boleh meruntuhkan ego lelaki kau...tapi disebabkan hormat aku dan juga keras kepala kau aku senyapkan saja hujah aku...mahu saja aku lantangkan isi hati aku,isi kepala aku yang tak pernah kau ambil kira,yang tak pernah kau buka mata.....kerana kau dewasa kejam...aku tahu jodoh itu ditangan Tuhan...dan aku bukan jenis melawan penceraian kau...cuma aku mahu katakan sekali lagi...kerana kau manusia bongkak yang tak pernah endahkan kata-kata aku kau terus jahanam dengan sikap kau.....bila kau mahu berubah wahai sang lelaki??
dan kau gadis.mengapa mahu diulang keras kepalanya sang lelaki??mengapa mahu diulang tergurisnya hati orang tua itu??aku juga punya hujah aku sendiri....namun aku tahu kalian itu bongkak dengan status dewasa yang disandang....hey,aku sikit pon tak pandang dengan pangkat dewasa kau lah...aku cuma mahu kalian tunjukkan pada aku..yang kalian sebenar-benar dewasa yang punya otak..yang punya hati....bukan dewasa yang kejam...
kau kejam pada orang tua kau.
kau sebenarnya tak kenal apa itu kasih sayang...
go ahead..apabila sesuatu berlaku.usah cari aku yang tidak dewasa ini.aku bakal diam.dan terus berdoa untuk kalian....itu saja yang mampu aku usahakan untuk manusia dewasa seperti kalian.
p/s: manusia-manusia dewasa tidak ditujukan kepada umum.
.
10 comments:
Menjadi dewasa itu penyakit.
Tahu kenapa orang dewasa lebih banyak bergaduh? Kerana mereka tak mahu masalah tu selesai.
hurm. tgk perangai kanak kanak riang lagi seronok kan.
hurm,,
aku pun selalu fikir camneh..
nape yang dewasa takleh fikir cam aku fikir..
status dewasa bukan tiket untuk buat keputusan sesuka suki...
tapi besa la wei lumut...susah ckp ngn depa nie...aku da penah try...but end up like hell...sori..aku sedikit emosi kalao berbicara tentang manusia dewasa yg megah pada pangkat dewasa nya....tapi habuk pun tak dak...
jadi dewasa yang terseksa
uhh
susah nak synchronise dewasa dr segi fizikal dan mentaliti.
aku masih baby jadi aku suci dan tidak kejam
sila percaya
Abang-abangkah?
Abang-abangkah?
Hey lumut!kau perlu menjadi dewasa....Pada kedewasaan itu,kau perlu mengubah segala kesilapan dan kesalahan yg dilakukan oleh org dewasa sblm kau itu.....Apalah guna kedewasaan tanpa disulami dgn kematangan fikiran,ketetapan pendirian dan ketabahan meghadapi onak kehidupan....jgn disalahkan kedewasaan itu....bukankah itu petanda kau diberi selangkah lg nafas dlm kehidupanmu???
Post a Comment