Sunday, May 6, 2012

hujan lebat

hujan lebat di luar dari tadi sudah makin terhenti..
sejak dari tadi aku menukar posisi seolah-olah mencari posisi berkesan untuk membaca nota ditangan.esok exam. rasa macam kosong.

apa yang dipelajari disini tidak lah sesukar apa yang telah aku lalui di negara kiwi itu.

namun masa yang aku miliki disini terbatas. kerja yang diberikan tidak sukar tapi menggunung bagai tiada ruang untuk aku menghiburkan diri. selalu juga aku melepaskan keluhan dan rungutan seperti tidak rela untuk dicampakkan ke sini. 

ini semua realiti.

aku semakin mengorak langkah jauh untuk meninggalkan segala yang seakan fantasi yang pernah berada dalam diari hidup aku. ntahlah, kadang-kadang rasa putus asa seolah-olah mempengaruhi semangat aku. jatuh kan semangat aku dengan persoalan 'kenapa aku berada dalam bidang ini, dalam jalan ini...'....

tapi cepat-cepat aku pujuk diri. aku tak mahu semangat aku jatuh tanpa sedar ada hikmah yang menanti...minggu ini beberapa kali keluhan panjang dan rasa hiba menemani diri aku apabila terlihat gambar graduation sahabat seperjuangan di Auckland sana.... perancangan aku untuk ke Auckland 2 May yang lalu terpaksa aku lupakan akhirnya apabila melihat pada jadual dan masa yang padat dengan aktiviti aku disini....

rasa macam something tertusuk dalam hati. 
'aku mahu juga kesana untuk celebrate kejayaan aku yang aku rasakan bukan mudah untuk aku capai..'
biarlah apa orang rasa.
ini kisah apa yang aku rasa.

aku termenung jauh..berfikir untuk ke negara kiwi itu 2 October nanti..
tapi seakan ada sesuatu yang menghalang aku kesana.
iaitu 'perancangan future' aku sendiri...

doakan segalanya dipermudahkan untuk aku....

4 comments:

e. indah said...

kita perlu merancang ...dan semoga rancangan kita berbaloi dan dipermudahkan ...

ada banyak lagi di depan jika diberi kesempatan waktu

AkuBukanLelaki said...

ahh matlamat!

cEro said...

Perjalanan tidak bermakna jika tiada destinasi hendak dituju.

Unknown said...

semoga kuat kak lumut ! hee~ :)