Monday, February 25, 2013

choices

assalammualaikum.

pelik jugak randomly rasa nak menaip since too much words stuck in my mind. rasa seperti perlu dimuntahkan sedikit dari dalam kepala ni. dan sebab punya sedikit masa ketika ini, saya menulis.

pilihan.

siapa pon manusia dalam dunia ni akan punya pilihan. sama ada pilihan tu di akhirnya nanti akan bawak manusia itu ke arah bahagia atau pon kesedihan tak ada siapa pon tahu. tapi untuk capai pilihan yang pada awalnya kita fikir nanti akan buat kita bahagia perlu ada sedikit usaha. dan untuk sebelum memulakan usaha, kita perlu ingat pasti ada risiko..perlu bersedia agar di akhir nya kita tidak terlalu kecewa jika pilihan yang kita pilih tu tak beri apa yang seperti kita harapkan...

kadang-kadang bukan usaha je, tapi pengorbanan.

itu yang paling penting. bayangkan masih bertuahnya kamu jika kamu masih punya pilihan untuk difikirkan..berbanding mereka yang tiada pilihan dan terpaksa ikut sesuatu rentak yang mereka sendiri tak rela. dah namanye pon terpaksa ye dak? hehe

sebenarnya bukan ni yang saya nak tulis. benda yang saya nak tulis tu dah lupa. mana tak nya time drive dalam kepala fikir macam macam nak tulis nanti. bila tiba masanya idea dah hilang.

i just don't know. lately saya banyak rasa dalam delema. seperti ada keputusan yang perlu saya buat tapi tiada jalan penyelesaian. lalu mengambil jalan biarkan dan malas nak fikir. so rasa macam "when the time comes, what will be, will be..". cuma sekarang perlu berusaha dan perbaiki diri. soal perbaiki diri pernah dengar kan yang Allah tengok pada usaha hamba dia ke arah untuk perbaiki diri. bukan pada hasil. depends on perjalanan kite. how hard the things that we need to overcome untuk capai sesuatu yang dipengakhirannya dapat redha Allah. bukan mudah. saya sendiri selalu terpesong, selalu sangat.

saya ini seorang yang daif tahu? saya mungkin juga pernah dipandnag jahat atas kesilapan saya yang lalu. tapi kenapa kita manusia sesama manusia perlu judge tentang perkara silam mereka. kenapa tidak di judge dengan apa adanya mereka hari ini dan pada masa akan datang yang lebih baik. saya ini juga manusia biasa biasa. ingin saya ingatkan kamu, sampai di hari akhir nafas kamu, takkan ada kamu temui manusia yang sempurna. jangan ikut kehendak but be rasional.

for me, kehidupan mengajar saya memaafkan kesilapan lalu manusia adalah lebih baik. lebih bawak banyak perkara baik and sweet things dalam hidup. cukuplah sekali suatu ketika dulu saya pernah menghukum seseorang yang saya rasakan langkahnya yang silap seakaan tidak boleh dimaafkan. 

tapi saya bukan Tuhan. kerana Tuhan terima setiap inci rasa taubat dalam diri hambanya.
 saya tak pandai untuk berkata-kata soal dosa dan pahala. kerana saya ini masih daif untuk berbicara tentangnya. tapi saya boleh sama-sama belajar dan perbaiki diri. kerana diakhir perjalanan ini...semua pon akan....

mati.

untuk seorang teman jika dia memerlukan bait-bait kata

4 comments:

piNky LuCiA said...

Finally..........Boleh gak masuk. hehehe

Faaeinz said...

yang hidup pasti akan mati..

moga kita kembali di alam abadi dalam keadaan yang baik di sisi Ilahi...

be strong lumut..

eh.. tengah menunggu kad wangi dari lumut jugak ni.. hehe..=D

AinNur Haris said...

hehehe..
saya pun slalu mcm tu..time drive membuak-buak iade..bila dh depan PC, semua hilang..

lain nk nak taip, lain yg ditaip..huhuhu..sabor je lahhh.. :)



.

cEro said...

Pilihan sentiasa ada.
Persoalannya, adakah pilihan kita tepat?
Jawapannya hanya dari pengalaman, sama ada milik kita, atau penceritaan orang lain.