Saturday, June 15, 2013

hati, sabar.

kadang-kadang bila hidup terasa payah, dan seperti tiada tempat untuk meluah dan terpaksa simpan rasa payah tu dalam hati sedalam dalamnya...

mesti terasa amat menyesak kan.
sebak.
dan akhirnya airmata mengalir laju.

tanya jugak diri sendiri masa itu, kenapa menangis ni?
tapi diri diam membisu. malah dibalasnya lagi dengan airmata yang deras.
langsung tiada jawapan. airmata yang jatuh dikesat lalu diganti dengan yang baru.
seakan tidak mahu berhenti.

diri,
awak telah tempuhi bermacam jenis perkara yang menyakitkan kamu. tapi hari ini kamu masih bertahan. seolah-olah perkara yang menyakitkan itu tidak pernah berlaku dalam hidup kamu. hati, sabarlah. ingat doa kamu yang dulu-dulu itu...saat kamu jatuh menangis mengadu...dalam suasana yang sedih amat....pilu rasanya.

kata kamu hati:
"Tuhan, jika rasa sedih dan susah ini mendekat kan aku padaMu, jangan kau hilangkan terus rasa ini. hadirkanlah. biar aku dekat denganMu selalu...."

oleh itu wahai hati,
bila awak terasa susah dan payah yang amat,
sedih menyelubungi diri kamu...

ingan kata-kata itu.

No comments: