Dah 4 hari kita menjalani tahun baru ini dan hari ini hari ke 5 di tahun 2022. Hari ini aku kembali disini,cuba menulis apa yang tersimpan dihati ini. Terlalu banyak. Walaupun nak rasa bahagia itu susah untuk aku, tapi aku cuba untuk fikir ramai lagi orang lain hidup nya diuji lebih teruk dari aku.
Hari ini, banyak perkara tersimpan. tak terluah.
Betul kata orang,jangan percaya pada janji. Walau bertahun kau tunggu,belum tentu janji itu tertunai.
Betul kata orang, kata-kata manis itu paling sakit bila dikhianati.
Betul kata orang, kita tiada kudrat untuk mengubah seseorang.
Betul kata orang, hati yang sering dikhianati lama-lama akan mati.
Jika segala yang aku terima hari ini adalah kerana dosa-dosa aku yang lalu, aku terima.
dan jika segala yang aku terima hari ini adalah antara salah satu jalan untuk aku jadi hamba yang lebih baik, juga aku terima. Malah aku patut lebih bersyukur.
Hati,sabarlah. Kuatlah demi 2 jasad yang lain.
2 jasad yang memerlukan engkau.
Hati, kuatlah. sebab itu lah satu-satu nya pilihan yang kau ada.
Assalammualaikum tahun 2022, ini adalah perjalanan baru aku. Mungkin aku bukan seorang yang bertuah untuk dihargai dan disayangi.
Allah,bantu aku. Satu-satunya tempat mengadu.
3 comments:
Kita kuat. Rebah lah sesekali. Tapi bangun kembali.
Lelah? Rehat.
Tabah.Teruskan kehidupan.
InsyaAAlh...sedang cuba...
insyaAllah...sedang dan akan terus kuat. terima kasih puanpepel.
Post a Comment