Monday, November 22, 2010

entry ni berbaur angkat diri ,poyo dan ntah pape....

arituh kawan aku tegur rambut aku cantik... (ok dah rasa tak aku nak angkat diri ni?? kalau anda rasa anda jenis cepat meluat...baik stop sekarang..woah.)

before ni ada jugaklah beberapa orang kawan aku pernah tegur cakap benda yang sama.....siap ada kawan aku yang sorang tuh secara senyap-senyap admire rambut aku sehingga 1 day aku terbaca dia tulis cakap rambut aku cantik..haha...(apehal cam rasa nak bakar je entry ni?poyo gile lu)...masa aku sekolah rendah masa darjah 3 dan kebawah iaitu masa aku tak pakai tudung pergi kelas...ada sorang cikgu ni tegur aku..masa tuh aku on the way nak pergi kantin...lepas tuh dia panggil aku dia tanya..."awak warnakan rambut awak ker??",sambil pandang tak puas hati kat aku..padahal aku tak buat salah kot....aku terus jawab mana ade dan terus pergi makan malas nak layan.

suatu hari yang lain pula..disekolah rendah pulak masa aku tengah beratur..kawan aku tanya aku..."kau warnakan rambut ek??".....again,soalan yang sama diajukan....cam biasa mestilah deny sebab betol tak warnakan......bila masuk sekolah menengah kalau tiba-tiba kawan aku main rambut aku..lepas tu ade jugak yang akan tanya benda yang sama..."woi,kau dye rambut ek..macam perang-perang je.."...so seperti biasa aku deny juga...mana ada aku dye rambut....sehinggalah hari ni ntah berapa orang tah yang akan tanya mende yang sama....adakah aku pernah dye rambut....woah nehi.nehi.nehi.....rambut aku just jenis tak hitam betul...ramai orang rambut mereka akan nampak perang kalau kene cahaya..tapi rambut aku kalau orang tengok pon orang tanya dye ke rambut....watever lah..aku nak pendek kan cerita neh....

nak dijadikan cerita...masa aku darjah 6..aku pernah berniat untuk free hair.....(aku rasa cam nak lempang diri sendiri pon ada....biasalah manusia nak menunjuk je lebeh kan?)....bila aku isi borang asrama...aku takkan isi untuk pilih sekolah agama.....satu alasannya sebab aku tak nak amik bahasa arab..satu lagi sebab aku menyimpan hasrat untuk free hair....dijadikan cerita lagi..aku dapat tawaran ke sekolah agama....what????tak puas hati lah beta kan...tetibe dapat sekolah agama neh...issshh...sebagai seorang anak..aku tak suka hampakan mak abah aku yang selalu meletakkan harapan kat aku....so,terkuburlah niat aku nak free hair......bila aku dah habis sekolah..mak aku bukak cerita dimana mak aku mintak tolong kawan dia untuk masukkan aku dekat sekolah agama idaman dia.......masa aku dapat tau tu..aku dah tak ada perasaan dah...sebab aku tau apa yang berlaku semua ada hikmah....Allah dah tentukan jalan terbaik buat aku..begitu juga dengan kehadiran aku dimuka bumi auckland ini walaupun ianya bukan kerelaan aku........aku just follow the flow.

aku tak ada gambar masa aku baby macam orang lain....gambar masa umur 4,5 tahun pon ada 3 keping je tak silap aku....ok sekian lah entry angkat diri sendiri......tidur dulu esok kerja..rajin plak aku update 2 entry hari ni kannn.

adik aku...due2 tu adik aku lah.

pork is the best...!

"knock..knock..knock....",pintu di ketuk..."housekeeping!!"......

hari ni merupakan hari baru untuk aku....perkara baru yang aku belajar dan buat dalam hidup aku...yup,aku pernah bekerja sebagai cleaner disebuah gym sekitar auckland sebelum mula kerja hari ini di sini....but then pengalaman yang aku terima hari ini memang sangat lain dari tugas aku membersihkan gym sebelum ni...memandangkan sekarang cuti...aku masih meneruskan kerja cleaner dekat gym tu yang memerlukan aku kesana seminggu sekali....but then dekat hotel ni aku akan bekerja 5 hari seminggu bermula dari 8 pagi...... 
selamat datang fika ke satu pengalaman baru!!


banyak benda yang nak aku kongsikan...tapi tak tau nak start dari mana......yang penting, kerja ni memenatkan....sebagai room attendant aku diberi tugas untuk membersihkan bilik-bilik hotel tersebut...mula dari macam mana nak kemas katil,etika susun barang,cuci toilet,etika masuk bilik,light service,check out service and so on.....banyak dan penat......itulah secara ringkas kesimpulan yang boleh aku buat.......habis kerja tapak kaki ngan tumit aku sakit gile kerana terlalu lama berdiri sampai rasa tak larat nak menapak pulang....tasneem wanita muslim yang berasal dari south Africa tu banyak membantu dan mengajar aku hari ini....pada mulanya aku macam rasa susah gile nak buat semua benda setangkas tasneem dalam masa yang ditetapkan....but then masa ke masa,dari bilik ke bilik....aku sudah mula membiasakan diri.....

"fika,u do the toilet and i'll do the bed"
"now u do the bed and i do the toilet"
"have u check the coffee box??"
"don't forget to spray the air freshner"
"no need to vacuum for the light service ok?"
"just fold the sheet once like this if u not change the bed sheets"
"ok now,u knock the door"

masa mula-mula tasneem suruh aku cuba untuk ketuk pintu dan jerit "housekeeping!"..aku macam malu-malu....aku pergi senyum dekat tasneem lepas tu tanya soalan bodoh "sekarang ke??"...haha..memanglah sekarang kene ketuk..takkan minggu depan??adehhh..em,banyak jugak benda yang aku lupa tadi...biasalah hari pertama...dan buat permulaannya aku ditemani tasneem but then hari-hari lepas ni semua akan buat sorang-sorang..setiap orang akan diberi troli sendiri...setiap pagi sebelum memulakan tugas semua orang akan berkumpul untuk terima jadual bilik mana yang perlu dikemaskan.....bilik yang diberi perlu dikemas dalam masa yang ditetapkan.....


lunch hour makanan disediakan oleh chef hotel berkenaan...em nampak menyelerakan jugak lah.....member aku cakap daging and ayam dia halal but then aku tak makan ..sebab perkakas yang digunakan tu yang tak halal...kuali,periuk senduk yang dia guna tu mesti lah bekas-bekas masak daging babi.....tasneem muslim...dia makan je daging ayam sume except kalau dihidangkan pork...nak dijadikkan cerita hari ini salah satu menu dia ialah pork.....aku rasa nak pitam lah jugak tadi bile dikelilingi orang yang makan pork......beberapa kali gak lah aku rasa nak termuntah..padahal tak ada pon berbau ke ape ke.....tapi sebab makan dalam keadaan orang sekeliling tengah menikmati daging babi..aku rasa cam pening kepala....aku just makan roti,salad dgn potatoes...ada kek coklat gak tadi tapi aku tak makan sebab time tuh aku rasa dah mual-mual..cepat-cepat aku pergi kunyah epal.....huh..mase chef tu anta makanan tasneem tanya chef tu...masak pork ke arini??then chef tu tanya.."tasneem are u muslim?"....tasneem angguk......aku pon senyum je kat chef tu...and dia confirm tau aku muslim sebab aku pakai tudung...

"hey,pork is the best..!!",bersemangat chef tu cakap kat kitorang sambil tunjuk thumb up.time tuh aku rasa nak muntah kat muka dia pon ada......loyar gile tekak aku terus tak ada selera nak makan.
.

Friday, November 19, 2010

there we were....

ini cerita pasal tadi..tak adalah nak bercerita mana pon...cuma sekadar mahu coret sedikit memori disini.....mana tahu memori ini bakal menemani aku untuk tersenyum suatu hari nanti......hari ini....aku dan beberapa orang teman meneroka sedikit jiwa bergembira orang kata.....dengan izin Tuhan..berkumpul lah kami....lalu terlakarlah sebuah lagi kenangan duniawi.....terima kasih untuk hari ini...

perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit membawa kami ke satu destinasi pedalaman...suasananya tidak ubah seperti mahu pulang kekampung...ditambah lagi bila aku nampak ada banyak lembu-lembu dikawasan tu.....teringat pula hari raya korban yang sudah berlalu..........isshh,,kan aku sudah rindu kampung niiiiii..ah pedulikan....kembali pada coretan hari ini..walaupun semalam mengalami kecederaan agak lebam dibahagian lutut dek terhantuk tembok...aku masih punya semangat untuk turut menyertai mereka....kenangan itu mesti dicoret..senyuman itu mesti diburu..jangan dibiarkan wajah itu kusam tanpa senyuman.......so,there we were........


.

aku merealisasikannya...

pernah dicoretkan hasrat itu DISINI suatu ketika dulu...

semalam aku realisasikan..buat pertama kali di auckland masak ketam.....dan selepas hampir 2 tahun tak makan ketam...cuma yang tak bestnya...aku realisasikan sorang-sorang..haha mari gelak..sendiri teringin nak makan..sendiri masak...dan sendiri makan ....hye kawan-kawan di malaysia...best tak daging korban masak kicap??rendang daging??sup tulang?ohh watever.....

so isnin ni aku mula kerja officially..semalam just sign contract and tunjuk itu ini....ambil uniform sume....ditunjukkan selok belok...dan diserahkan kunci loker serta kod pintu.....ntah lah tetibe rasa berdebar sangat nak mulakan pengalaman baru ni...suasana baru..kawan-kawan baru dari pelbagai bangsa dan budaya....sekarang aku rasa macam tengah build diri sendiri jadi lebih independent...eceh poyo lak bunyik....ntah tiba-tiba semalam masa berurusan untuk terminate internet connection pergi sorang-sorang tetiba rasa cam betapa aku sudah boleh berpijak diatas kaki sendiri dinegara orang ini..........terasa rindu dekat malaysia itu sudah mesti...tipulah kalau kata tidak rindu....tapi..biarkan lah dulu buat ketika ini.....selagi aku punya waktu dan peluang untuk berada disini..biar aku bawa hati aku jauh dari negara memori itu........malaysia,aku bukan tidak sayang kamu...aku cuma mahu jauhkan diri untuk seketika sahaja.....tiba waktunya aku akan pulang dan meneruskan kehidupan aku kembali seperti dahulunya sebelum aku mengenal tanah auckland..................

inilah ketam yang dibeli..pelik kan beli dalam kotak??
biasalah ketam frozen...sekotak 1kg harga $15 = lebih kurang RM32.

 sebelum dimasak....

selepas di masak.....

ok kejap lagi nak pergi beraktiviti.....selamat menunaikan solat jumaat kepada semua 
kaum adam yang beragama islam dan masih ingat untuk menunaikan tanggungjawab...
.

Wednesday, November 17, 2010

akhirnya penantian ini berhasil.

"hello fika sorry for the late confirmation.so are u still interested??",minah kiwi memecahkan kesunyian jiwa aku dipagi raya...

"ohhh...sure sure....i'm waiting for u julie since i've finish my semester and i do nothing this summer",aku dah mula senyum-senyum..biasalah berita gembira.

"ok cool.so i'll meet u tomorrow at 1.please bring your passport,visa,IRD card and your bank statement."

"ok julie. see u tomorrow!", alhamdulillah.. akhirnya penantian ini berhasil.......................... walaupun auckland makin sunyi... sorang-sorang angkat beg pulang ke malaysia...aku tetap akan teruskan ini.......ade ke member-member hasut aku balik malaysia..hampir termakan jugak lah..tapi tak pon sebenanarnya..saje je aku usha-usha tiket arituh...(sedapkan hati sendiri)...

so,new experience will begin..................................thank you Allah...ini rezeki dari Tuhan aku.

hey,i just miss u.

for my dearest housemates....this memorable house return to be soooooooooooooo empty and unvoiced.i start to miss everything about us.....and this feeling become worse when i start thinking that no more "us" for the next year journey then we will survive separately......................................................................again, i hate this feeling..........=(

pagi ini pagi raya.selamat hari raya aidiladha aku ucapkan kepada seluruh umat Islam tidak kira dimana pon kamu berada........yang pasti kita semua berlindung dibawah langit yang satu..kita dilimpahkan nikmat dari Tuhan yang satu.......hari ini cuaca baik...namun pagi ini aku tidak merasakan suasana hari raya itu.....kerana tidak boleh solat...aku tidak mengerjakan solat sunat hari raya pagi ini sekali gus membuatkan hari ini tiada beza dengan hari -hari biasa....untuk pertama kalinya aku tidak menyarungkan baju kurung dipagi raya.......aku pasang takbir raya dan syabas tidak setitik pon airmata milik aku mengalir.....menjadi seorang yang heartless kadang-kadang bagus juga....kerana emosi itu tidak akan memusnahkan hari-hari yang aku lalui....biarkan dia begitu disitu...dia tahu masa akan menentukan segalanya dia hanya perlu letakkan sedikit usaha.....................

dan untuk kamu....hey,i really miss u tahu....nenek kamu kata kamu tengok gambar aku lalu berkata..."lamanya tak balik....rindu cik kah pulak"......hati aku sedikit tersentuh tahu...dan aku menatap gambar kamu berkali-kali...hey sungguh.....aku rindu kamu.........aku akan jaga diri aku dengan baik disini...aku bukan anak kecil..biar sesunyi mana pon jiwa aku...aku tetap berusaha untuk tidak mengecewakan orang sekeliling aku........


i miss the old days...
 

Monday, November 15, 2010

seorang lelaki itu

nama dia cero...tentulah bukan nama sebenar...dia seorang blogger...dan kami tidak pernah bersua muka..cukup sekadar perkongsian tulisan dialam maya..eceh macam pantun dah ni....em,aku lekat kat blog cero ni masa ada satu hari ni aku terbaca kisah dia dan gadis berkasut converse itu....time tuh perjalanan cerita tuh dah pertengahan.jadi disebabkan terlalu rasa macam..."wow this is epic",aku terus baca semua entry berlabel kan "gadis berkasut converse".......cerita cero adalah satu lagi kisah realiti manusia yang buat aku berfikir....everything yang berlaku sangat kebetulan but then still bukan mimpi...semua itu benar-benar berlaku..dan cero terpilih diantara ramai manusia ini untuk memegang watak yang begitu "epic" itu......

secara personal nya aku nak cakap....hidup kau cero banyak sangat kebetulan...bermula dari kisah macam mana kau jumpa gadis tu, berkawan dengan orang kaya yang buat kau rasa rendah diri, terpaksa berhadapan dengan ayah si gadis, moment kau tumbuk tiang marah kan padi,moment padi mintak tolong kau, and so on............kau nak tahu tak cero, dalam hidup ni kita tak jangka sebenarnya benda yang kita tengok dalam drama tv mahupun filem-filem tuh sampai masanya akan jadi kisah kita....menjadi perjalanan yang terpaksa kita lalui...dan time tuh kita bukan sebagai penonton...tapi kita pemegang watak......susah senang,terhimpit sakit semua bergantung pada kita.......

dulu aku keep on asking diri sendiri...why all these thingy happened to me....time tuh aku susah sangat nak terima kenyataan..aku rasa "no,this is not reality..."...aku nak orang cakap apa yang berlaku tu bukan betul..aku nak orang cakap kat aku tu semua drama...yup,..i love to watch malay drama but then please tell me this is not the real one...yang aku kene hadapi..........jiwa hancur masa tuh..mati akal,rasa sedikit hilang iman bila rasa sudah tiada lagi pertolongan...yup,bunyi macam teruk...tapi itu normal..hanya masa akan merawat dan memulihkan segalanya.....cuma kita jangan putus asa je..tak ada orang akan tolong kita kalau bukan kita sendiri yang paksa diri sendiri.......

contest yang cero buat.."wow this is epic" buat aku terfikir bout life..buat aku rasa....cero,apa yang kau lalui dan juga yang  aku lalui semua ni dah cukup epic....dan paling epic....bila aku baca satu entry cero then aku dapat tau......................


kalau siapa yang follow kisah cero dan L mesti rasa macam "adakah cerita cero ni benar-benar berlaku".semuanya kebetulan...nama cero dengan gadis tuh pon sama...( sweet right?)...cara pertama kali terjumpa L, dan sekali lagi pertemuan kedua juga secara kebetulan..dan paling buat aku rasa macam...."cero,bila cerita drama ini akan habis??" bila aku baca kisah muka arwah ibu  L ada iras muka cero bila ayah L tunjukkan gambar pada cero....seriously.........aku tak sabar nak baca lagi kisah-kisah kau.....

dan sebenarnya apa yang berlaku yang kita rasa "eh macam kebetulan pulak", "uhh,nasib baik kan...", or "lucky me"...itu semua adalah perjalanan yang dah ditentukan untuk kita sebelum kita dilahirkan lagi..............kau ada drama kau....aku ada drama aku..dan kamu semua ada drama kamu................dari blogging banyak sangat cerita realiti blogger yang share dengan aku.......ada masa aku akan kupas untuk buat tatapan bagi mereka diluar sana......so,now aku rasa nak masuk plak contest cero tuh..dah alang-alang kan...hehe....

KLIK SINI untuk join contest ni...aku edit gambar atas ni dah lama..cuma hari ni baru aku balik rumah setelah lama membawa diri ketempat lain..so baru dapat upload....and petang ni last paper....dan petang ni housemate saya akan berangkat pulang ke malaysia.....so lepas exan nanti..balik rumah tengok bilik housemate kosong....mungkin hati saya sedikit sayu....sekarang ni pon dah rasa sesuatu yang tak best......i'll gonna miss them........then i'll gonna leave this house soon.......
.

Sunday, November 14, 2010

perasaan

perasaan ketika ini bercampur baur....
aku tahan..mesti bertahan.....

kerana kau punya hati,kerana kau punya masa,kerana kau punya pertolongan dari Dia mana mungkin kau hentikan semua ini seta-merta....aku mengeluh...renung jauh...sejauh yang aku mampu...
"eyp,whats wrong???"
"nothing...little bit tired..."
"no!..u look dump"
"ha???naaaahhh....",senyum sinis.

tahun 2010 semakin hampir untuk melabuhkan tirainya...gelak tawa kita, kegembiraan kita, kesedihan, pertengkaran, usaha, semangat kita sudah jauh kita tinggalkan...hari yang mendatang bakal kita gantikan dengan strategi dan perasaan yang baru...adakalanya kita rasa sedikit buntu..mungkin juga confuse..rasa payah untuk letakkan perasaan dan mimik muka yang sesuai dengan situasi ketika itu....

"hey,grab and hold what u have now"...bahu dia aku tepuk perlahan.
"nope....i've nothing...",dia tunduk menampakkan rasa putus asa nya....
"come on, this is not the end of the life...be stronger babe! we have more battle next year".
"really??",dia bertanya seperti buat-buat tak tahu....
"don't act like a fool",aku berterus terang...

dia mengangguk perlahan.

Friday, November 12, 2010

fikasya??

"kau ada twitter??", tanya member sambil pusing-pusing pen.
"em tak de..penting ker??nak buat ape??macam facebook?facebook pon dah deactivate.".

"tak lah..twitter ni macam private sikit....",terang si member.
"ohhhh....lepas tu buat ape kat sana??".

"kau boleh update-update status....".
"oooooo.....tak tau lah tak penah try...".

"meh aku buat kan....".
"ok".

fikasaya on twittter....."what????fikasya???"
-hahahahahaha-pape je la....

"aku ada esoksemalam..esoksemalam best...esoksemalam pernah jadi terapi jiwa aku suatu ketika dulu....i love u more esoksemalam...esoksemalam,kalau aku sudah tak ada kau lagi...kalau aku sudah hilang dari sini..maknanya aku sudah pergi bernafas sendiri...menempuhi cabaran sebenar...."