Thursday, May 31, 2012

penangan

hari ni aku amik ujian undang-undang berkomputer tu..

seriously aku macam nervous sangat-sangat dengan sume benda yang berkaitan dengan jalan raya or nak amik lesen memandu ni.... macam ade cam trauma ke hape ke cam takut sangat gayenye..haha..dan mungkin sebab tu jugak la aku macam loser sket baru nak amik lesen same macam budak-budak lepasan SPM itu? hee..

al-kisah aku bace kot buku undang-undang tu...study macam orang nak amik final exam final year...haaa camtu lah..habis semua 500 soalan dalam buku soalan tu aku jawab...tak menahan tu malam tadi still ade 100 lagi soalan tak berjawab...sanggup aku bersengkang mata ala-ala stay up kot untuk bagi habis buku tu...sebab aku yakin soalan belakang tu mesti kuar banyak...

tibalah hari nak ambil ujian iaitu hari ini..hehe
"ok awak pergi komputer nombor 3, lepas tu masukkan orang awam Malaysia lepas masukkan IC number tu eh...beg letak kat rak", kata akak yang jage kaunter..aku pon terus la pergi letak beg and carik komputer..

masuk-masuk dah ade 2 orang gadis muda (cam budak lepas SPM.kompem) tengah jawab soalan...so aku pon start la dengan hal aku...jawab soalan yang buta warna soalan first aku cam da cuak..ni nombor ape ni? hahaha...sebaik btol...habis jawab semua soalan aku tengok mase banyak lagi sebab memang tak sampai 15 minit pon aku jawab..terus aku tekan keputusan then alhamdulillah lulus...tapi salah jugak la 2 soalan..haha...

so aku pon kuar..dak-dak yang dari tadi jawab before aku datang lagi tu pandang tak puas hati kat aku...aku pon cakap..."kacang je kot..rilek-rilek sudeh..".

eh tipu je mane ade cakap pape tros kuar..hehe
ok tu je nak cter penangan orang study untuk ujian macam study final exam final year. ha kau.

Sunday, May 27, 2012

macam tak caye

tadi aku mengikuti kursus untuk amik lesen memandu..
rasa cam tak percaya..
aku agak excited snanye..
tapi cam cuak-cuak lagi..
aku rse aku ade penyakit trauma ngan jalan raya kot?

aku mintak nak buat ujian undnag-undnag tu awal which is ari rabu ni..
so sabtu dah kene panggil untuk another 3 hours lecture ngan 3 hours amali katenye..
pastu baru la dapat L and start class memanduu...neves hoi..

orang lain mesti cam tak heran dah..
hehe..memang aku ni loser sket lambat amik lesen..
masa tak mengizinkan lah kononye..

Friday, May 25, 2012

mesti aku rawat

kejadian semalam menyebabkan kamu ditimpa luka teruk.
aku janji hari ini aku akan bawa kamu untuk dirawat...aku  janji yang kamu itu mesti aku rawat dengan segera...melihat kamu sakit, seakan lebih hancur perasaan aku...tak tertanggung...terus aku diam sendiri..aku melangkah lagi mencari perawat kamu...

selepas perjalanan lebih kurang 6 jam... aku tiba disini temui perawat kamu...
aku tidak berkira tentang bayarannya..yang pasti, aku mahu kamu disembuhkan hari ini juga...
"pukul 8 boleh siap hari ini...", kata gadis berbangsa china itu...aku menarik nafas lega.
setelah puas melangkah mencari tempat rawat kamu..aku rasakan disini paling tepat untuk aku tinggalkan kamu untuk lebih kurang 5 jam ini....dengan beg galas di bahu, beg baju bewarna hitam disandang kemas di bahu kanan aku...seluruh badan terasa bebannya...

"beratnya....", aku mengeluh kecil dalam hati...aku terus kan langkah..
teringat pula perjalanan jauh tadi...aku kerap memandang ke luar tingkap..memerhatikan pokok seolah-olah bergerak..kejap-kejap airmata diseka...rasa sebak menyerang rasa apabila lagu yang berkumandang mengingatkan aku pada sesuatu yang amat berharga yang terpaksa aku lepaskan akhirnya....

kembali pada langkah aku selepas menghantar kamu untuk dirawat....dengan beg yang berat, aku meneruskan langkah untuk mencari satu sudut agar komputer riba milik aku boleh menemani aku sementara kamu dirawat...5 jam memang seakan lama untuk menanti mahupun melangkah tanpa arah...

perut masih tidak terisi...tapi pelik rasa lapar sikit pon tidak terasa...
hari ni aku tak terasa mahu terus pulang ke kampung halaman...
bakal aku fikir ke mana hala tuju aku...
dalam diam aku bersyukur abah mengajar aku untuk jadi seorang yang berdikari sejak aku kecil...aku sikit tak terasa janggal melangkah sorang hari ini...

seorang rakan berpesan sebelum meninggalkan aku disini...katanya..
"ingat pesan aku..rasional. nanti kau nak jadi ibu," aku senyum dan angguk kan kepala tanda setuju.

mereka pergi tinggalkan aku disini..
lambatnya nak tunggu pukul 8.....
susah jugak kalau tertidur ni. letih.

Thursday, May 24, 2012

selamatkan future

ape pon yang akan berlaku lepas ni...aku akan terima dengan tenang...

apa yang berlaku buat aku rasa sangat tertekan, down dan sedih teramat...
lepas kejadian, aku ambil fon aku...aku tengok screen fon dah rosak...
airmata aku mengalir deras....aku genggam fon tu kuat-kuat...
sayangnya aku dekat fon tu mendalam macam aku sayang si pemberi...

lepas isyak dan berdoa seupaya Allah permudahkan segala urusan aku..
tenang kan hari-hari mendatang aku...airmata terus mengalir....
tiba-tiba hujan turun selebat-lebatny malam ini....selebat airmata aku yang mengalir...

esok merupakan perjalanan yang jauh bagi aku...
aku akan pulang ke kampung halaman..
sebelum tu aku mencadang mahu turun ke kuala lumpur untuk baiki fon itu..
baiki fon itu umpama aku pujuk hati aku..
dan aku mahu lihat fon tu kembali sihat....aku mahu baiki skrin fon tu...
semuanya nampak ok..orang call still boleh pick up...tapi skrin gelap...

selepas ke KL, aku tak tahu mahu ke mana..
tidak bercadang lagi mahu pulang ke rumah terus..
apa yang aku fikir untuk esok...aku mahu baiki fon tu..
aku sayang fon tu teramat macam aku sayang si pemberi...


sedih aku tengok fon tu..
aku genggam...aku nangis lagi...
kali ini aku berserah pada ape pon yang bakal jadi...

aku lepaskan ape yang aku sayang...
aku punya sebab kenapa aku bertindak begitu...
ini bukan kali pertama aku lepaskan apa yang sangat berharga dan paling aku sayang or paling aku mahu dalam hidup aku....hati, kalaupun kau tak boleh nak stay strong selalu..tapi aku mohon stay strong macam dulu?

hye twitter

today.

just wanna check my twitter since i'm not really into it..

stalking what people discussed on twitter here and there...

was just wondering is twitter really fun for them?
they always tweeting like every 2 or 3 seconds? erkh.

found a discussion of friends of mine... feels like wanna stalked them more. haha

click. click. click. couldn't reach some parts of the discussion.
but i really want to.......................

sad? dunno.
jealous perhaps? (quite agree)

rasa mata panas.
air mata bergenang rupanya.

tutup twitter.
solat.

Tuesday, May 22, 2012

dimata kalian mungkin tidak

"dia bukan idaman...yang idaman itu tak akan pernah wujud...yang sempurna itu tak akan pernah ada....cukup sekadar dia hampir sempurna dimata aku ..dimata kalian mungkin tidak..tak mengapa.." (lumut, 2011)

Monday, May 21, 2012

tak boleh terima

"Kertas Bahasa Inggeris yang bahagian B tu ada 5 soalan. Salah satu daripada tajuk tu aku pilih tajuk 'The person I admire'. Yeahhh, me story about my Sweetheart! ♥ Hihihi kesah apa aku? ;p"


status kat atas tu aku copy from seorang budak sekolah yang berumur 16 tahun dekat facebook....come on , essay bout "the person I admire" tu tak perlu kot nak tulis pasal pakwe kau....

ape yang nak di admire sangat pon?
pakwe kau tu beli deodorant pon still mintak duit mak abah die...
ape yang nak di admire sangat?

come on , buat la cter pasal albert einstein ke...tokoh-tokoh islam ke..mak abah kau sendiri ke...ini pasal pakwe kau yang matematik tambahan tu pon same-same ngan kau sipi-sipi nak fail tu?

aissshh...

dik, akak kat sini nak pesan..
tak perlu nak julang tinggi sangat your sweetheart tu...
mai bagi tau akak..ujian bulan satu hari tu pakwe kau dapat ape?

Sunday, May 20, 2012

jawapannya

this is a copy from someone's post on facebook...


Wahai tuhanku ,kenapa wanita sering menangis ?
JawabNya :

Kerana wanita itu unik .
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa ,
ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak anak nya ,
ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman ,
ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia ,
ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah ,
ku berikan naluri untuk mencintai anak anak dalam apa jua keadaan sekalipun ,
ku kuatkan batinnya untuk terus menyayangi walau dikhianati ,
walau disakiti oleh orang yang disayangi ,
Wanita makhluk kuat .

Tetapi jika satu saat dia menangis ,itu kerana Ku berikan dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru .

Jiwa seorang sangat lembut dan mudah tersentuh . Mudah tercalar dan lambat sembuh .

Sekuat kuat aku , aku masih seorang perempuan ,yang tahu mengalirkan air mata bila hati disakiti .

Saturday, May 19, 2012

akan dikenang?



petikan yang diambil dari SINI
Kakak T menulis;
“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Di hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.
Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karektor.
Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya di awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya. Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa-biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.
Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula di ajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.
Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.
Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak. Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”
Adakalanya saya bertanya,”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”
Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”
Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoren. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;
“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”
Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.
Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.
Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!
Kakak T sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.
Ratna,
Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.


Salam sayang buat emak, adik-kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka guru nombor satu!
- Rumah kecil di Jabal Ohud -