Sunday, January 2, 2011

aku tulis ini untuk kamu

 perbualan tadi buat aku tulis ini untuk kamu...
sebelum pape aku nak kamu klik SINI dulu....

ANN - kaya, comel , pandai , ada family yang best , ramai peminat , tak pernah rasa hidup susah , punya future yang cerah, dapat capai cita-cita yang diingini , ego.

KETUA MAFIA - ramai orang suke, ramai orang sayang, kacak ada rupa, sweet , hidup tak susah tapi ANN lagi kaya,dapat kejar cita-cita yang diingini , boleh share macam-macam with his mom, suke berdikari dan sacrifice, pernah rasa pergolakkan keluarga seawal umur 8 tahun, punya ramai keluarga angkat sebab die lovable , feel like alone.

SHE - loser.stupid....tak secomel ANN, tak ada ramai peminat macam ANN, tak kaya macam ann dan ketua mafia...kira she ni paling bawah antara 3 orang ni, alone, tidak mengadu masalah pada family, suka berdikari dan sacrifice, berkorban cita-cita untuk cinta tapi akhirnya dikecewakan, terpaksa teruskan sesuatu yang bukan kehendak,  tak suka nampak macam loser tapi hakikatnya die loser, selalu tunjuk kuat tapi sebenarnya lemah, pandai sorok perasaan,ada blog tersayang , ego tapi tak hebat, tak ade pape.

situasinya KETUA MAFIA suka ANN...ketua mafia nak sangat ann ade dengan dia...jadik teman die...jadik tempat yang die leh luahkan ape saje....nak punya teman berbicara...ketua mafia rasa jeles gile dengan life ann...ade family yang best..kaya...comel ramai peminat.....senang cerita ketua mafia rasa apa yang ann ade die tak de....and die rase down..rase lonely...dan dia mahu ramai kawan...tapi tanpa dia sedar...ramai orang suke die...die ade rupe..baik..sweet...pandai....ramai orang mahu dekat dengan die...but then ketua mafia tak rasa hepi dengan life die...die rase jeles dengan life ann...ketua mafia mahu ramai kawan...mahu jadi someone yang seringkali diberi perhatian...dan ketua mafia rasa kecewa dengan ann...ann seorang yang ego...mestilah ego tengok lah dah life ann sendiri dah perfect..dan itu sangat buat ketua mafia down...ketua mafia tak suka life die..die rase life tak adil untuk diri die....lagi buat ketua mafia down gile bile die rase ann macam tak pedulikan kewujudan dia...ketua mafia terlalu mengejar ann..tanpa die sedar...sometimes dia lukakan perasaan SHE..but as usual...SHE selalu act cool...dia pon ade ego gak.

SHE pula ada hati pada ketua mafia...dia tak secantik dan secomel ann..tak sekaya ann dan ketua mafia....suka berdikari dan ego pada family...tak suka tunjuk lemah depan family kerana dia harapan family...selepas dikecewakan dia rasa ketua mafia macam bukak hati dia untuk trust lelaki..but then ketua mafia suka kan ann..dan menunggu cinta ann...so that SHE start to back off dari ketua mafia...tapi dia still kawan dengan ketua mafia..always cakap yang will be there kalau ketua mafia perlukan dia....SHE ni ego...dia takkan carik ketua mafia sebab tak suke nampak macam terhegeh-hegeh..so that die act cool je..selalu pesan kat ketua mafia...dia akan ada kalau ketua mafia cari die....SHE has a blog.....tapi makin hari rase blog tu hipokrit...sebab die dah tak leh nak tulis sejujur dulu..luah kan mende yang sebenar-benar die nak luahkan....ketua mafia jeles dengan SHE...sebab tengok blog die ramai orang baca dan komen...ketua mafia kan nak ramai kawan...sebab tu die jeles dengan SHE..tanpa ketua mafia sedar yang SHE tu bukan ade ape..tak cun macam ann dan tak sekacak ketua mafia....SHE cuma teruskan hidup...cita-cita juga impian dah dimusnahkan demi bekas kekasih.....die kesal..sebab tu aku cakap SHE ni bodoh gile...die tak kuat mane...tapi just pretend to be strong..demi family.

dear ketua mafia,
dengar sini....kau jeles dengan life ANN, dan aku pula jeles dengan life kau, dan mungkin ada pulak orang lain sekeliling aku yang jeles dengan life aku....aku jeles kau ada rupa yang kacak dan kau pula jeles aku punya ramai kawan dekat blog (so lame ok)...apa aku nak cakap..ini lumrah..normal sebab manusia memang tak pernah rasa cukup....tak salah kau mahukan life yang perfect...tapi percayalah cakap aku....lagi kau kejar sesuatu yang sangat sempurna tu...lagi kau akan rasa hidup kau selalu tak cukup....pesan aku buat kau..jangan pandang kehidupan orang yang jauh lebih sempurna dari kau...nanti akan buat kau bertambah sedih..sebaliknya tengok lah orang yang jauh lebih teruk dari kau..so that kau akan belajar bersyukur....jangan terlalu mengejar sesuatu sampai menjadikan kau seorang yang selfish....

ketua mafia,
aku rasa aku terlalu menjaga perasaan kau..sampai kadang-kadang aku tak sedar aku dah lukakan hati aku sendiri.....ketua mafia,kau selalu pesan kat aku jangan pergi mane-mane...kene ade dengan kau sampai bila-bila....kau jangan risau..aku tetap kawan kau...sikit-sikit aku akan buang perasaan ni kat kau....dan once aku dah buang perasaan ni kat kau....tak mungkin aku akan jatuh cinta lagi dengan kau....biar masa yang tentukan.....aku doakan kau bahagia dan dapat cinta ann..sebab ann saje yang boleh buat kau hepi....ingat pesan aku..ape pon kau buat..jgn jadik selfish dekat orang sekeliling kau.....fikir juga perasaan orang lain...so that orang akan lebih appreciate kau.....lagu bawah ni aku tujukan khas untuk kau.....


setiap kali
Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah

kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang 
leraikanlah aku dari keluh kesah 
yang membelenggu jiwa dan fikiran 
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan 
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman 
Hanya pada-Mu segala ketetapan

seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku


"kamu,kalau suatu hari nanti saya cakap dekat kamu yang saya dah tak suka kamu macam sebelum ni...apa yang kamu rasa???jawab jujur",tanya aku kat ketua mafia.

"hmm down,rasa sedih sikit",jawab ketua mafia.

"kenapa plak??".

"ntah tak tau..."...jawab ketua mafia pendek.

ketua mafia bukan untuk aku....aku takkan carik kau.tapi aku akan ade bila kau carik aku.selagi aku mampu......"people, this is not the end of life.." (tolong klik dan tengok video disana)...be strong.

hey si kaki gadoh


kaki gadoh yang aku maksudkan disini adalah kau : 

pagi ni seorang lagi pulang ke tanah air...perjuangan kau sebagai pelajar di negara kiwi ini akhirnya tiba dipenghujungnya....kita tak sama course,kita tak sama batch,tak sama rumah sudah tentulah kannn...haha..tapi summer ni kita semua spent a lot of time together....malam tadi malam terakhir kami semua lepak dengan kau disini....malam terakhir kami dengar lawak bodoh kau,malam terakhir kita semua create memory summer ni dengan kau.....dan yang paling penting malam tadi malam terakhir aku bertekak dengan kau....

ye aku duduk dekat negeri sembilan.tapi dengan family members aku langsung tak cakap negeri sembilan kot...tapi dengan kau...kau macam cetuskan perkampungan kecil negeri sembilan dekat auckland ni...dan bila adanya kau aku rasa macam bila aku duduk auckland ni lagi banyak aku praktikkan loghat negeri sembilan berbanding dekat rumah aku sendiri.......haha...

"""den ucap an solamat maju jayo kek kau..smogo pojalanan kau yang sotorosnyo dipomudah an...jago diri tu...jago mulut tu jugak...jangan men lopeh yo...haha...lopeh ni tak do dah orang nak burak-burak ngan den dalam loghat nogori...dah tak do dah den nak raso pokampongan kocik kat auckland ni ha....tak do orang nak carik gado ngan den..tak do da orang yang kojo eh asik nak komplen yo tak sudah....dan yang paling ponting...tak do dah kitorang nak jumpo porompuan tough...mano nak carik an??hmmm...nanti kalau kitorang main game BANG tu.. den mosti sodeh,yo la da tak do sapo nak lotupkan den dalam ponjaro da...da tak do sapo dah nak buek lawak bodoh..ekau yo buleh buek camtu...den sodih lah..kurang corio tak do ekau...but then..manusio datang dan poie..den tau potomuan ado bopisah eh...so nak tak nak sumo orang pon kono chill yo.. """

sorry tak dapat nak hantar kau kat airport pagi ni...bangun pagi tadi aku tak larat gile badan panas kepala pening....tetibe demam plak pagi ni..so have a safe journey kawan...we gonna miss u......take care....

Friday, December 31, 2010

for u BLOGGERS...31 december 2009...setahun yang lalu.

2009 merupakan tahun airmata aku.... wujudnya esoksemalam pon sebab apa yang berlaku sekitar 2009....1 ogos 2009 aku mula menulis diesoksemalam....dari sebuah blog peribadi dengan memegang nama penulis sebagai "kumbang" aku bergerak lalu memilih nama "lumut"....kalau boleh aku mahu jadi kuat seperti lumut dilautan..berpegang utuh pada batu-batu dan tidak tumpas apabila dipukul ombak besar....terus terang aku cakap...aku menulis diesoksemalam langsung tak terfikir akan punya readers seramai hari ini.....

"ramai gile followers kau weh!"
"best gile blog kau popular.."
"die femes kot tulis blog..."
"macam mana tulis blog bleh ada readers ramai macam tu?"

yup.itu diantara soalan yang ditanya oleh kawan-kawan disekeliling aku...tak ramai pon kawan-kawan aku yang kenal aku didunia realiti yang tau aku ada blog....tapi itulah diantara reaksi mereka yang jumpa blog aku...dan baca penulisan aku....apa yang boleh aku jawab pada mereka....aku tak pernah terfikir pon blog aku akan ada ramai yang baca...senang cerita akan jadi seperti hari  ini...sebab pada asalnya aku tulis diesoksemalam hanya "untuk diri aku"....

kalau aku discover balik pasal esoksemalam....seriously banyak gile mende berlaku dari satu entry ke satu entry...dengan entry kontroversi..dan ditambah pula kehadiran anonymous...fuuhh...itu sume kenangan kot....2009 adalah tahun blog ni dibanjiri anonymous.....oh ye semua entry 2009 dah aku pindahkan...biarlah semua komen-komen tu jadik tatapan untuk aku seorang.....dari blog ni jugak aku kenal beberapa orang blogger yang sampai satu tahap aku boleh cakap dekat mereka.."aku sayang kau.."...serious aku tak pernah terfikir akan punya kawan dari kalangan blogger sehingga aku mengalirkan airmata didepan mereka.....31 december  2009 aku kembali pulang berangkat ke negara kiwi ini setelah bercuti selama 1 bulan ditanah air.....terima kasih untuk semua blogger yang pernah mengenali diri aku...terima kasih kepada semua blogger yang mengukir kenangan terindah buat aku...terima kasih semua blogger yang mendoakan perjalanan aku....

hari ini sudah setahun berlalu dimana kalian mengucapkan selamat jalan dan all the best buat aku....dan dalam setahun itu juga terlalu banyak perkara yang berlaku...yang bujang sudah berkahwin..yang single sudah double..yang dulu sorang kini dah ada anak...yang tengah belajar dah habis belajar dan kerja...pergghh cepat gila masa berlalu dan meninggalkan kita.....all the best semua.....aku doakan perjalanan kalian dipermudahkan dan kalian capai kebahagiaan yang dimpikan.....dan terima kasih buat semua bloggers,readers dan kawan-kawan yang sudi baca blog ni dan share kata-kata anda diruangan komen..ambil yang baik,yang buruk jangan ikut....so,dibawah diantara kenangan aku bersama bloggers....banyak kot kalau nak letak semua..hee..

in memories....with blogger on 12 dec 2009...
- sajak marathon, pasar seni -

bloggers gathering on 26 dec 2009
- genting highland -

hari terakhir sebelum berangkat pulang ke Auckland on 31 dec 2009












hari ini 31 dec 2010....aku masih ingat kenangan dan kata-kata anda semua setahun yang lalu...terima kasih kawan...Thank you Allah for giving me a chance to meet them...dan sekarang masing-masing sudah punya cerita sendiri..life sendiri.....hope suatu hari nanti aku masih dapat jumpa kalian.....itu pon kalau aku masih diingati....take care friends...miss the old memories....

Wednesday, December 29, 2010

finally, it happened on 28th Dec 2010.

by saying goodbye to Auckland for just a few days,finally i did it!!!the date was on 28th Dec 2010....yeahhhh~~~lets check it out people....

ohhh ye, untuk kawan-kawan yang bertanya kemanakah aku pergi dengan mengucapkan selamat tinggal Auckland di entry lepas...jawapannya tak lain tak bukan sudah tentulah pergi berjalan-jalan...hehe....balik Malaysia??ohhh..belum lagi..nanti la dulu belum bersedia lagi nak balik Malaysia ni....huuu....em pada hari isnin bersamaan 27 dec kami seramai 8 orang telah bergerak keluar dari bandar Auckland bukan untuk menyambut merry christmas ye tapi tujuannya adalah untuk mengaplikasikan peribahasa melayu kita iaitu "jauh perjalanan luas pemandangan"...ha camtuuu....perjalanan ke Rotorua mengambil masa lebih kurang 3 jam dan kemudian diteruskan ke esokkan harinya ke Taupo dengan menambah lagi 1 jam 30 minit.... oh ye,tahukah anda....selain dari meluaskan pemandangan...trip ini juga berjaya mewujudkan "magic" iaitu mengalirkan duit seakan-akan sama seperti air....fullamak.

nak cerita the whole trip macam kene 3 episod baru abis...so aku amik main topic je la dulu iaitu....silalah rujuk gambar rajah dibawah......




aha...gambar diatas bukan percubaan untuk jadik tarzan ye...itu adalah "BUNGY JUMPING"...kira bungy ni mende paling famous lah kat new zealand ni..yelah tempat dah cantik..lepas tu negara jenis bergunung ganang plak kan...so kalau ade sesape yang nak datang sini....aku sangatlah suggest untuk buat bungy ni...Taupo salah satu tempatnya..kat Queenstown ade gak...kat Auckland Bridge...Auckland Tower...yang best nye kat Taupo ni sebab terjun kat dalam tasik....hehe....dengan ketinggian lebih kurang 47 meter....aku menguji tahap keberanian dan kekuatan mental aku sendiri....and finally....i did it....Taupo Bungy was really awesome!!!

selamat menonton VIDEO khas (video ni edit sikit..yang dekat facebook tu tak edit) dibawah ni kalau nak dengar jeritan maut silalah...kecik kan sikit volume laptop tu ..nanti ade yang hilang nikmat pendengaran secara mengejut aku tak bertanggungjawab ye..hehe.....


SO, AMACAM??ADA BERANI???

Sunday, December 26, 2010

selamat tinggal auckland.

diiringi alunan lagu "fields of hope". 
rasanya bukan rindu...tapi teringat...lalu aku sertakan kamu dalam doa....

sejauh jauh kita...kita tetap berlindung bawah langit yang satu..membuatkan aku dekat dengan hati-hati para kamu...doa kamu buat aku...doa aku buat kamu..jadi pengikat penyambung nadi juga semangat kehidupan manusia iaitu kita......

berlari terlalu jauh nya aku...mahu menjauh dan dijauhkan dari sesuatu yang sebenarnya teramat dekat pada hati aku...ditolak-ditolaknya sesuatu itu iaitu "kamu" namun masih dekat tidak berganjak dari pemikiran aku.....datangnya senyuman dan kata-kata itu membuatkan aku gigih menolak untuk terus dijauhkan dari aku namun terasa sukar...sesak melawan suara sendiri...payah itu amat terasa apabila aku menolak pengharapan yang sebenar-benarnya aku mahu.....tersangat mahu....

selamat tinggal auckland.

Tuhan pegang perjalanan aku...Tuhan pegang doa aku....
(aku mengaku aku masih punya rindu,ini bukan teringat...ini RINDU)

Friday, December 24, 2010

i'm not push him away, i'm just BACK OFF.

aku marah diri aku.aku benci ape yang aku buat ni...hari tu aku berjanji dengan ketua mafia akan stay kawan together..."jangan pergi mane-mane....kita kawan ok"....itu janji kami....tapi bagi diri aku sendiri....aku susah sangat nak treat dia sebagai kawan yang sebenar-benar kawan dan put myself sebelah die juga sebagai kawan....susah...ini first time berlaku dalam diri aku yang aku tak boleh nak treat lelaki sebagai kawan yang memang kawan..selalu boleh je sebab aku memang bukan jenis senang nak jatuh cinta...damn..ini bukan setakat suka...aku rasa aku dah jatuh cinta dekat ketua mafia tu (macam memalukan je kan tulis kat sini?)...tak boleh.aku kene treat die sebagai kawan jugak.....sebagai kawan aku tak patot mudah terasa hati dengan ketua mafia, sebagai kawan aku tak boleh nak biarkan hati aku sensitive sangat...ketua mafia tu bukan pakwe kau....kau jangan  nak perasan boleh??..ketua mafia tu bukan anggap kau sape-sape yang special pon..so kau tak boleh nak terasa hati dengan dia..kau tak boleh nak merajuk dengan dia....nak kene lempang ke??ape kau ingat kau merajuk ketua mafia tu nak pujuk kau lah???boleh blah la weh......(aku monolog sendiri dengan diri aku).

"minggu depan kita jumpa lagi ok...sabtu atau ahad la kay...",pesan ketua mafia ahad lepas sebelum memutuskan talian...
"tengoklah...kalau panjang umur jumpe lagi..hehe",aku membalas.
"tak de....jumpe minggu depan...mesti ada",kata ketua mafia lagi.
"em...tengoklah..kalau...",belum sempat aku nak habiskan ayat..dia dah potong cakap aku....
"dah tak de....ada punya..jumpa lagi....".
"emmm tengoklah....kalau....",terus ketua mafia putuskan talian.belum sempat aku nak habis cakap.ciss.

in other way, sebenarnya lepas putuskan talian tu aku tersenyum je...haha....(ok meh lempang diri sendiri).so, menjelang weekend, aku ade je terfikir...sampai bila sume ni......aku terfikir tentang perbualan aku dengan ketua mafia tu....

"kamu suke ANN lagi???",tanya aku...ANN (bukan nama sebenar) ni gadis yang aku penah cerita before ni.
"em..suke lagi..sikit....tapi dia suruh tunggu lagi 4,5 tahun....saya pon tak nak fikir dah...tengoklah nanti lagi 4,5 tahun nanti...kamu nak tunggu saya tak???",dia plak tanya aku.
"em,ntah lah....kamu, saya nak cakap something ni kamu dengar baik-baik ok....em,ANN suruh kamu tunggu dia lagi 4,5 tahun...dan kamu mungkin tunggu dia...dan kalau lah kamu suruh saya tunggu kamu..dan saya tunggu...then sampai lagi 4 tahun nanti  ANN accept kamu....mesti kamu happy..tapi kamu tak rasa ke kamu berlaku kejam terhadap saya time tu??".

ketua mafia senyap.aku pon senyap.lepas tu aku ubah topik.

aku tak suka dimana aku akan mengira hari untuk tiba waktu weekend..aku marah je diri aku sendiri yang aku tak boleh macam tu...aku tak boleh meletakkan harapan sangat....bla bla bla aku sedar kan diri aku...siapalah aku ni nak dibandingkan dengan ANN..dan ketua mafia tu plak sape...aku selalu sedarkan diri aku...buatkan sikit-sikit aku akan cuba untuk undur diri...dan buang perasaan tu....hmmmm....tapi malam tadi tetibe aku tegur ketua mafia....tetibe macam tergerak...

"kamu sori..",ketua mafia mintak maaf.
"sori kenapa plak ni??"
"em, kita tak dapat jumpe weekend ni..saya tak ada esok,sabtu dan ahad...keluar pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan....",
"oh???ok..."
"sori...jangan merajuk..."
"tak...saya tak merajuk...cuma, kalau saya tak tegur kamu tadi maknanya saya tak tau lah yang kamu tak ada weekend ni then saya akan tunggu kamu...so..ok lah.....take care have fun".

aku rasa aku gile..sebab apehal lak aku nak sensitive dengan die??hoi die tu kawan kau je tahu...KAWAN...aku tak suke bila aku macam tertanya sengsorang kalau aku tak tegur tadi so memang aku takkan tau yang die tak de.so aku akan tunggu macam orang bodoh....aku  cam terpikir susah sangat ke drop message kat facebook....so time tu aku rasa aku dah fikir banyak... so aku tak suke keadaan aku malam tadi...hahahaha.....lepas dari tu...aku fikir balik..aku rasa cam aku tak boleh macam ni....dan aku tak patot macam ni...... aku akan sedih nanti....sekarang pon dah sedih kan??hahaha....

ok lah.....sebenarnya aku rasa aku kene undur diri.....but then...aku harap sangat ketua mafia tak salah faham...aku bukan marah dia,...aku bukan benci die ke ape....and "i'm not push him away, i'm just back off"....undur diri dan jauhkan perasaan suka aku ni kat dia...sebab aku nak biarkan perasaan ni pudar sikit demi sikit..then aku boleh betul-betul accept die sebagai kawan aku.....aku akan menjauhkan diri sikit-sikit dari die...aku mintak maaf sangat-sangat...sebab aku rasa aku salah..aku dah janji ngan ketua mafia nak jadik kawan dia sampai bile-bile...akan ade dengan dia kalau dia perlukan aku....tapi lepas tu aku hilang kan diri.....aku cuma tak nak biarkan perasaan ni cam keep growing...sebab nanti at the end aku tahu aku akan sedih.....

aku cuma nak back off........

ketua mafia, ye aku sayang kamu...tapi biarlah aku stop kan sume ni sikit demi sikit..aku tak nak nanti aku sedih lagi....kau jaga diri ok.....suatu hari kalau ditakdirkan kita jumpe lagi dekat mane-mane.....aku mesti akan tegur kau punya...aku nak jerit dari jauh..."ketua mafia!!!!".....hehe...and hope time tu kau kenal aku lagi.....so from now on....aku tak nak kacau kau lagi....sebab kau ketua mafia hebat.......kau terlalu hebat dimata aku....dan aku tak setanding kau...tak setanding ANN gadis idaman kau tu...lagi-lagi aku bukan jenis mengamalkan prisip "best woman win" ke ape...sebab aku memang tak ada apa pon...so, take care ketua mafia...

back off fika.back off.

Wednesday, December 22, 2010

ENTRY KHAS: percubaan tergempar.

malam tadi member aku name die naima (bukan nama penuh..haha)....before tu ingat tak entry pasal "ayam cantik" tu??..haaa ayam tu la ajak aku belajar main lagu hepi besday malam tadi.....oh lupe nak cakap semalam besday kawan kitorang bakhit...bakhit ni da balik malaysia seperti yang aku dah ceritakan dalam entry before ni...memula naim ajak kitorang nyanyi ramai-ramai die nak call mamat tu la...but then aku rasa itu cam biasa sangat....buatlah mende yang lain sikit...baru best....

so aku pon bagi lah cadangan kat die untuk main gitar lagu hepi besday....kitorang ni beginner je baru dalam arena peng"gitar"-an ni...tapi tak sedar diri memasing budget power lah...mane tak nya semalam ikut waktu auckland dalam area pukul 10 malam kot (malaysia  kul 5 pm) baru nak start main lagu hepi besday ni....tenaga pengajarnya dah tentu lah tak lain tak bukan "proffesor youtube"...haaaa punye lah semangat kan...naik kebas lah jugak jari ni dok pressure nak habiskan belajar main lagu tuh...but then at the end....tengok dan dengar je la video tak seberapa ni.....by the way...boleh lah korang pegi singgah blog si ayam cantik tu......die baru nak active-active tulis blog ni....so kat blog dia pon ade gak die buat video "khas" untuk si bakhit...kononnya laaahhhhh..haha...tak nak kalah minah tu nak main gitar pastu buat single video.....layan kan je la...so ni lah video nye selepas berhempas pulas dalam lebih kurang 2 jam.....


oraite...feel free la untuk kutuk-mengutuk...tak de hal punye..hehe...nak suruh post lagi video main gitar??tak dapatlah...mahal kot takkan sesenang nak letak sini kan...haha...tak tak sebenarnya aku pemalu......ok dah cukuplah merapu setakat ini.

Tuesday, December 21, 2010

kemunculannya mengelirukan sesetengah pihak.

lately ramai plak tanya kan nape bile nama blog esoksemalam update dekat bloglist diorang..then diorang klik blog tu tapi keluar blog lain...mungkin tak semua mengalami pengalaman ngeri ni..certain reader je kot...haaaa...tu yang kita nak ajak uncle seekers cek tu...blog lain yang dimaksudkan disini adalah sebuah blog yang menggunakan link semalamesok.blogspot instead of esoksemalam.blogspot....

eh jangan salah paham....abang kacak kat sini bukan nak marah adik comel kat SANA...abang kacak berblogging bukan nak carik gaduh mahupun menempah nama...bak kata ramli sarip dalam lagunya..."aku menulis bukan kerna nama"...haaa camtu......suspek yang dimaksudkan yang memiliki sebuah blog beridentitikan semalamesok.blogspot tu dikenalpasti menggunakan nama blognya "esoksemalam" which is sebijik sejebon dengan nama blog ini (tetiba rasa cam inspektor polis plak kan..dulu aku cita-cita nak jadi polis...konon la nak jadi cam inspektor syafikah lakonan erra fazira dalam gerak khas tu...eh panjang lak kan nak explain bagai)....

so aku pon tak tau lah kenapa dan mengapa dan mana silapnya apabila ada reader yang tanya kenapa before ni diorang letak link blog aku dekat bloglist diorang but then bila blog adik kita tuh update...blog aku akan automatik tertukar link blog beliau menyebabkan mereka tak dapat update blog aku lalu pergi membaca blog adik comel itu....ha cenggitu lah masalah yang diutarakan oleh rakyat-rakyat tempatan....aku pon tak tau lah cam ne nak selesaikan sebab ni sume orang blogspot punye problem ni....so aku try lah tukar nama blog aku ni jadik "lumut esoksemalam" mane tahu bleh selesaikan masalah ni even aku rasa tak boleh nak ubah ape-ape pon.....

jadi kepada sape-sape yang kat list blog dia ada letak link aku yang tetiba automatik membawa anda ke satu alam yang anda sendiri tak kenali orang sekeliling...maknanya anda sudah tersalah rumah...harap sape yang keliru tuh...maybe boleh lah betulkan balik link tu kot..mane tau akan jadi ok balik..buat adik kite...eh eh eh jangan glabah abang tak marah pon adik nak gune name esoksemalam....kata freedom country ye dak??

happy blogging semua...selamat belajar dan selamat buat presentation."mein hoon na".

Sunday, December 19, 2010

almost 2 years...

dulu RIZ (bukan nama sebenar) memang cinta pertama aku...dia ajar aku kenal apa itu cinta..dia ajar aku apa itu hubungan yang punya perasaan lebih dari seorang kawan.....dia curi hati aku..dia jaga hati aku...tapi semua tu hanya bertahan selama 7 tahun perkenalan aku dan dia.....apa yang berlaku...buat aku tanya..mane silap aku...but then banyak kali dia nasihat kan aku dulu....apa yang berlaku bukan salah aku..dia tak nak aku menyalahkan diri aku..katanya itu sume berlaku atas kebodohan diri dia sendiri.....aku sedih...aku sedih bila keadaan sekeliling mengubah diri dia yang aku kenal dulu..mengubah dia 360 darjah.....pergaulan dengan  kawan-kawan,kehidupan dunia yang dia lalui drag dia jauh dari apa yang aku kenal...dia berubah sikit demi sikit...membuatkan hati aku yang dulu dicuri ,dijaga, akhirnya terpaksa dilukakan.....dia mungkin tidak sengaja.

selepas segalanya terbongkar....hampir separuh dari jiwa aku hilang...kadang-kadang aku rasa diri aku yang dulu separuh dah mati....aku just hidup ikut flow...cita-cita aku...kenapa aku datang Auckland...harapan aku..plan aku dengan dia....musnah macam tu je....aku terpaksa teruskan apa yang aku ada..even ini semua bukan kehendak aku...aku buat dulu semata-mata kerana plan aku bersama RIZ......lepas hubungan 7 tahun bersama RIZ terputus ditengah jalan...aku susah gile nak move on..but then aku tak pernah stop untuk cuba...teruskan apa yang aku ada...biar masa yang tentukan...iringi setiap langkah aku dengan doa pada Dia....biar aku dipelihara..biar jiwa aku kembali hidup......aku berjanji untuk cari diri aku yang dulu.

sekarang sudah hampir 2 tahun aku tinggalkan kisah aku dengan RIZ...terlalu banyak kenangan....tapi hari ini aku sudah berjaya menyapa semua kenangan tu tanpa mengalirkan airmata....selama 2 tahun aku mencari jiwa aku..aku pujuk diri aku.....aku betulkan segala plan kehidupan aku....hati aku sangat susah untuk terima lelaki....lelaki yang datang ...aku sekadar meletakkan status "kita cuma kawan"....mungkin betul aku susah untuk step forward...takut??aku tak rasa aku takut...aku cuma berjanji pada diri aku...lelaki yang seterusnya biarlah dia yang terakhir....aku bukan jenis mudah untuk jatuh cinta...jadi aku mintak maaf pada mereka yang sudi hulurkan cinta buat aku....yang cuba untuk dekati aku.....aku mohon pada Tuhan bukakan hati aku pada mereka yang cuba mendekati aku....tapi tiada....dan dari situ aku rasakan kita hanya ditakdirkan untuk berkawan...

selepas 2 tahun aku tinggalkan kisah lama....selepas 2 tahun aku tutup rapat hati aku....tapi bila suatu hari aku kenal IS (bukan nama sebenar,ye dia ketua mafia tu)....sikit demi sikit aku kembali ceria macam dulu.....adakah aku jatuh cinta??...aku tanya diri aku......datangnya IS merubah banyak benda dalam diri aku...kadang-kadang aku boleh tersenyum sorang-sorang teringat dia (hey,ni memalukan tahu tulis kat sini)....kadang-kadang aku mudah terasa dengan dia...mudah jeles (lempang diri sendiri)....aku keep on denying perasaan aku dekat IS....bukan sebab aku tak bersyukur dengan hadirnya dia...tapi sebab aku rasa dia terlalu perfect dimata aku....orang macam aku langsung tak layak dan tak setanding dengan dia...senang cerita aku rasa kalau orang lain tengok pon orang akan kata kami tidak sepadan....sebab tu lah aku cam rasa merendah diri....segan pon ade....

IS bukan di malaysia mahupun Auckland mahupun Jepun..dia ada dekat somewhere dimana jarak masa antara sana dan Auckland adalah 7 jam setengah...tipulah kalau aku kata aku tak mengharapkan semua ni berkahir dengan happy ending...tipu jugak kalau aku nak cakap aku tak ada rasa sayang lebih dari sorang kawan dekat dia...tapi tapi dan tapi...dia pernah bagi tahu aku yang dia ada minat seseorang namanya kat sini aku letak ANN (bukan nama sebenar)...ANN suruh dia tunggu lagi 4 tahun....mungkin itu yang membuatkan IS guna ayat "tak bersedia lagi" pada mana-mana perempuan yang datang kat dia...dia lah citer aku pon tak tau betul ke tak...biasalah orang hot ramai lah orang nak usha ye tak??...aku suke je dengar IS bercerita...aku layan je..sikit-sikit rasa jeles tu normal kot...em,bila webcam dengan dia aku rasa cam happy....buatkan aku tanya diri aku....sampai bila semua ni??.........diakhir solat aku....aku panjatkan doa pada Tuhan....jika benar dia lelaki yang diciptakan untuk aku...aku mintak pada Tuhan permudahkan segalanya...aku doa pada Tuhan satukan hati-hati kami...namun jika dia bukan tercipta untuk aku.......aku minta padaNya jauhkan IS dari aku dengan hadirkan seseorang yang boleh buat dia bahagia lalu dengan kebahagiaan itu dia akan lupakan aku..........

"kamu rindu saya??",tanya IS.
"tak...hehe",aku cuba deny rasa tu...

"ok kamu nanti kita jumpe lagi...rindu kamu", kata dia sebelum memutuskan talian.
"tengoklah kalau kita jumpe lagi...kalau tak jumpe kamu jangan nakal-nakal ok...",pesan aku.
"itu jer kamu nak cakap??"
"ye saye pon rindu kamu...", webcam dipadam...aku pandang skrin laptop....ye aku bakal rindu kamu..bisik hati aku perlahan....jika kisah ini bukan berakhir dengan happy ending....aku sendiri tak tahu bila pula hati aku kan dibukakan lagi untuk insan bernama lelaki......biar masa yang tentukan....mari hidup ikut flow...bergantung haraplah pada pertolongan Allah......take care fika.

apesal jiwang ni???????...meh sini nak lempang diri sendiri.