Sunday, October 28, 2012

perfection

sit like a boss

semoga semuanya dapat menjawab soalan exam mereka dengan tenang dan berjaya. 
insyaAllah..

Saturday, October 27, 2012

big day

2 oktober 2012

tengok gambar ni buat aku tersenyum sendiri.. betapa aku senyum sangat gembira masa tu... dalam hati aku berbisik. "Tuhan, jangan ambil kebahagiaan ini..biarkan ia kekal...".... 3 tahun berada di perantauan mengajar aku banyak perkara tentang kehidupan..terlalu banyak.... tapi aku tak nafikan..aku masih terlalu daif untuk menjadikan perjalanan hidup aku ketika ini, dan saat ini ke arah apa yang Tuhan aku mahu....

sebab itu, Tuhan tarik balik sesuatu yang semua orang nak..
iaitu rasa bahagia..
aku belum layak lagi untuk senyum bahagia sebenar-benar bahagia..
banyak perlu aku perbaiki.. Tuhan, ambil lah rasa itu, jika ia terbaik buat aku..

hukum aku atas segala silap aku.
kurniakan yang terbaik buat aku.

aku perlukan insan yang boleh memandu aku...ke jalan yang Dia tak marah...

p/s: terima kasih kepada semua teman, sahabat dan insan-insan yang hadir menggembirakan aku ketika itu. hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik kalian. maaf kan salah silap aku sepanjang mengenali kalian.....

Thursday, October 25, 2012

terduduk

banyak perkara yang Allah suruh kau buat...kau tak buat. kau sedar tu.
berapa lama dah hidup? selama itu juga Allah berikan peluang untuk kau bernafas...
kau mintak macam-macam pada Dia..kau mahu itu ini...
tapi kau buat Dia marah..kau macam tak tahu malu...
kau dah buat Dia marah...kau minta pula pada Dia...

kau rasa adakah Dia akan perkenankan dengan mudah?

tentunya tidak.
Dia mahu kau terduduk seketika mohon padaNya berkali-kali..
Dia mahu kau menangis meminta-minta...
kataNya.."mintalah pada Aku..jangan jemu."
Allah suka kau menangis...
menangislah kesal atas segala perjalanan hidup kau yang lalu yang tidak mengikut kehendakNya...tengok diri kau hari ni..tanya balik..

Adakah Allah akan perkenankan bahagia yang kau mahu jika kau terus begini?

"Allah would never rejected our du'a, but He may REDIRECT it to the correct path towards our definite fate"- 

Monday, October 22, 2012

saya nangis tengok ni.

vedio yang boleh buat saya mengalirkan airmata hari ni..
mungkin kerana apa yang dihadapi lately mengundang airmata ini..
tak tau la...
sibuk je kawan sebelah tanya tadi.."kau nangis ke?"..
hehe nangis sikit je..nanti lame-lame senyum balik lah..=)

KLIK SINI untuk tengok video...just a short sharing...

Sunday, October 21, 2012

a chapter of life




saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan seiring..
saat tiada lagi waktu untuk kita berkongsi cerita girang..
cukup saja ku rapatkan jari jemariku.. 
menadahkannya...
lalu mendoakan dirimu...
dengan cara itu, aku memohon...

memohon agar Dia selalu menjagamu....

Saturday, October 20, 2012

Make me strong

this song made me cry......
thank you Allah untuk nikmat airmata...




I know I'm waiting


Waiting for something
Something to happen to me

But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day I'll be OK
But we'll never know cause
That's not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day you'll forgive me
But we'll never know cause
That's not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong

Thursday, June 14, 2012

jangan ada benci

Jangan Ada benci - Casey

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku



Wednesday, June 13, 2012

ujian dunia jambatan ke akhirat

copy paste dari iloveislam.com.


Dunia itu umpama satu jambatan. Akhirat itu umpama satu perhentian. Destinasi yang kekal buat selama-lamanya. Akhirat itulah bermulanya satu kehidupan yang baru dan abadi. Tiada siapa menduga waktu dan saat bila ianya akan berlaku. Tiada siapa yang dapat memberitahu kita kerana rahsia itu hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Pemilik Agung Rahsia alam!
Detik berlalu meninggalkan kita. Saat  yang tiba menanti dengan penuh rahsia. Kita tidak tahu apa yang bakal menimpa, menguji dan mendatangi kita.. Samada yang akan hadir itu nanti adalah musibah, ujian, duka atau bahagia.. Yang pasti semuanya adalah teristimewa dan terindah daripada Allah untuk kita.  Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
Bergembiralah dan senyumlah apabila yang menjadi tetamu kehidupan itu adalah ujian atau musibah. Ujian itu tidak semuanya pahit dan tidak semua yang pahit itu tidak baik untuk kita. Adakalanya yang pahit itu umpama ubat. Seperti orang yang sakit, ubatlah temannya. Begitulah ujian musibah yang Allah berikan untuk kita. Allah berikan 'ubat' agar menjadikan hati kita lebih baik dan sihat. Dan ujian itu jugalah tanda Allah mengasihi kita.

(Foto oleh: Suhaimi Sulaiman)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Maha suci Allah yang memiliki seluruh alam.. Dia mengetahui apa jua yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya dengan sekelumit ujian membawa kita membesarkan Allah di dalam hati.  Ya, dengan sekecil-kecil musibah itu juga membawa minda kita supaya sentiasa berpaut mengharap perlindungan dan perhatian daripada Allah SWT.  Sungguh, dengan ujian itulah Allah meninggikan darjat hambaNya.. Maka usah bersedih dan sentiasalah bersangka baik tika diri diuji.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran, ayat 139)

Friday, June 8, 2012

hidup lelaki tanpa wanita


seseorang pernah bagi tahu aku, katanya di setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita dibelakangnya.
i just wondering, "apakah makna hidup lelaki tanpa wanita?"
sebab tu kita jarang tengok lelaki yang kematian isteri atau bercerai boleh hidup sendiri dalam masa yang lama...tapi ramai perempuan mampu hidup sendiri tanpa lelaki disisi...

tapi aku juga pernah baca...
tak lengkap hidup seorang wanita tu kalau tiada suami disisinya..

buat semua kawan-kawan yang telah selamat diijabkabulkan..tahniah! hehe
and buat kawan-kawan yang sekarang tengah runsing untuk mencari pasangan...
sabarlah..insyaAllah jodoh itu telah ditetapkan..jangan terlalu stress taw!
senyum selalu kay..=)