ye. memang penat untuk kita tahan airmata dari jatuh. dekat office tadi berkali-kali airmata aku bergenang. dah puas tahan. masih jatuh juga. tak tertahan. mujur pakai mask. jadi officemate meja depan tak perasan. beberapa kali aku bangun masuk toilet ditemani soalan biasa...mengapa semua ini berlaku. mengapa ye sukar untuk aku temui bahagia.
aku tak minta yang berharta. aku hanya perlu yang membahagiakan. yang boleh pegang tangan aku lalu tarik aku ke syurga. yang boleh didik aku sebagai peneman hidup. yang boleh ajarkan aku segala kebaikan yang Tuhan mahu kita buat.
Kenapa ya ramai manusia suka tabur janji dan kata-kata semata. sudah tiba masa aku untuk terima semua ujian ini. Anggap saja ini bahgaian hidup aku. Allah tahu aku mampu.
Balik kerja aku ambil anak-anak. Dua orang ini yang membahagiakan. yang jadi penguat. yang selalu cuba ukir ketawa dan senyuman untuk aku. sampai dirumah sebak tak tertanggung yang seharian aku simpan selepas menerima kiriman kata-kata dari kamu.
InsyaAllah aku akan kuat. aku menangis sikit hanya untuk hamburkan rasa sedih ini supaya aku boleh ada sedikit kekuatan untuk terus berdiri. Ini cerita hidup aku yang aku perlu lalui...perlu hadapi... dari dulu kekecewaan memang selalu jadi peneman aku.. aku tak sebertuah yang lain. biarlah aku berdoa untuk hati aku tertutup rapat untuk sesiapa pon sampai mati. Allah,jagalah aku. jagalah 2 puteri kecilku. Jangan matikan aku selagi mereka belum bersedia untuk menerima kehilangan aku.
2 comments:
stay strong
i will and always do. thanks AI
Post a Comment