Masa tunggu depan dewan ada ramai juga yang sedang tunggu dewan di buka. semua duduk sorang-sorang dan tak ada sorang pon bercakap. semua diam. pertama kali aku rasa tempat bangunan awam yang sunyi walaupun dekat situ ada ramai orang.
Masuk dewan kadang-kadang rasa semua ni mimpi. Banyak sangat persoalan bertubi-tubi aku tanya dalam hati. aku rasa ini lah titik tersedih dalam hidup aku. dan ia merupakan penyambung semua titik sedih yang pernah aku temui sepanjang perjalanan hidup ni. Rasa kenapa semua ni macam ni? rasa kenapa tak sebertuah orang lain yang disayangi? kenapa selalu dihancurkan? kenapa selalu dilukakan? soalan-soalan cliche orang kecewa.
Aku pernah rasa kekecewaan yang paling teruk dalam hidup aku. it was 2009. kenapa teruk? kenapa bukan 7 mac ini yang paling teruk? sebab masa 2009 itu hati aku ini umpama barang elok yang baru dipecahkan. umpama anak kecil yang tak pernah disakiti tapi dicubit sakit. itulah oaling kecewa,paling susah rasa nak move on,paling rasa sia-sia pilih kerjaya ini kerana dia. tapi 7 mac ini aku tak rasa begitu. rasa mudah kawal diri. rasa lebih kosong. kerana aku tidak lagi beri 100% kerana kekecewaan 2009 yang lalu.
ya betul. bila kita pernah sedih yang sangat teruk, bila tiba masa ìkita jumpa titik sedih yang seterusnya kita lebih mudah mampu untuk bangun. pandangan aku kosong masa aku masuk dewan bicara. sekosongnya.. aku tak banyak layan perasaan sedih. sebab apa?
sebab aku ada anak-anak yang perlu dijaga emosinya. emosi aku? dah tak penting. sebab aku dengan kebahagiaan rasa seolah-olah sampai mati aku takkan temui. aku perlu bersyukur sahaja. teruskan hidup dan kutip sisa-sisa kekuatan untuk aku bangun demi anak. dunia ini kan tempat ujian bukan tempat untuk berbahagia. 😢
2 comments:
Semoga hikmah yang Allah rancang, yang Allah susun untuk kalian bertiga hadir segera, dan sementara ia samoai, moga hati kalian yang terluka dibalut sabar dan redho yang tebal.
Mut, aku tumpang barkah Ramadhan ni doakan semuanya dipermudahkan Dia.
Bertabahlah.
terima kasih kerana sudi doakan yg baik2 untuk aku. Allah tau yang terbaik. dan aku dapat rasa ada byk hikmah nya. Terima kasih lg sekali.
Post a Comment