Thursday, May 17, 2012

jika aku tahu

jika aku tahu panggilan itu akan mengubah perasaan gembira dan ceria aku ke tahap saat ini... aku pasti tidak akan mengangkat panggilan itu.....

tak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika ini.
yang pasti, aku tidak miliki gembira dan ceria itu lagi.

akan aku terokai hari esok aku, hari-hari yang bakal menyapa aku...
mungkin akan tersedia gembira dan ceria yang sebenar-benarnya milik aku.
hanya pada hari mendatang aku berharap. sangat berharap.

Tuhan, jaga hati aku...kurniakan aku kudrat senyum untuk aku tutupi rasa ini.

panggilan semalam, terima kasih dari hati.

Wednesday, May 16, 2012

nikmat yang ditarik

kadang-kadang dalam kehidupan seharian aku...aku selalu mengeluh...rasa macam baaaanyak sangat perkara itu ini tak kene....ada je perkara yang tak puas di mata kite...di hati kite....sampai bile nak rase puas pon tak tahu lah...itu lah manusia. sifat ketidak cukupan tu mesti ade dalam diri....

semalam aku baca satu majalah tempatan ni.....

ada cerita pasal seorang yang di tarik nikmat penglihatan nya ketika dia remaja lagi....tersentuh gile aku bace cerita tu...bayangkan satu hari kau bangun semua benda nampak kabur...dan keesokkan harinya kau bangun tidur semuanya gelap....

penulis cakap dia rindu sangat nak main bola...dan apatah lagi dia rindu nak tengok muka mak abah die....cam nak nangis aku bace cerita tu...and at the last part die tulis..."biar lah Allah tarik penglihatan saya ketika di dunia ini....insyaAllah saya akan celik di akhirat nanti..."....

satu lagi cerita di mana seorang isteri kehilangan suami dia sebab sumai dia mati tenggalam kat laut mase carik udang..suami die ni nelayan... lepas je suami die meninggal...die pulak disahkan ade kanser payudara dan susah untuk buat rawatan sebab die tengah pregnant....T_T

Allah tak kan uji hamba dia lebih dari kemampuan hambanya....
untuk diri sendiri, jangan banyak mengeluh...perlu belajar lebih bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah...

Monday, May 7, 2012

jika kau peminat

seumur hidup aku, ini kali pertama aku cuba makanan ni...tak sure la ramai ke tak orang pernah try "durian goreng"...rupanya cam lonjong sikit lebih kurang macam goreng pisang..rasa dieeeeeeeeee...perggghhh....

memang sedap.

mula-mula dulu ada member aku cakap kat aku ade kedai ni jual durian goreng. aku dengar je cam kembang plak tekak ni bile dengar....selalu durian buat pengat ke, aiskrim ke...ni kite goreng durian tu plak..pelik jugakla dengar mase mule-mule....

sekali semalam aku try.... buat aku nak makan lagi hari ni....hooooo...

tros aku cakap kat si member.."kalau family aku datang sini..aku nak bawak kat kedai ni rasa durian goreng..mesti dorang pelik..."

ini dia durian goreng, 1 set ada 5 ketul =RM5

jika kau peminat durian...tolonglah try...sedap tak terkata...mungkin kalau tak minat durian pon kalau makan durian goreng ni terus jatuh cintaaaaaaaaa....

Sunday, May 6, 2012

hujan lebat

hujan lebat di luar dari tadi sudah makin terhenti..
sejak dari tadi aku menukar posisi seolah-olah mencari posisi berkesan untuk membaca nota ditangan.esok exam. rasa macam kosong.

apa yang dipelajari disini tidak lah sesukar apa yang telah aku lalui di negara kiwi itu.

namun masa yang aku miliki disini terbatas. kerja yang diberikan tidak sukar tapi menggunung bagai tiada ruang untuk aku menghiburkan diri. selalu juga aku melepaskan keluhan dan rungutan seperti tidak rela untuk dicampakkan ke sini. 

ini semua realiti.

aku semakin mengorak langkah jauh untuk meninggalkan segala yang seakan fantasi yang pernah berada dalam diari hidup aku. ntahlah, kadang-kadang rasa putus asa seolah-olah mempengaruhi semangat aku. jatuh kan semangat aku dengan persoalan 'kenapa aku berada dalam bidang ini, dalam jalan ini...'....

tapi cepat-cepat aku pujuk diri. aku tak mahu semangat aku jatuh tanpa sedar ada hikmah yang menanti...minggu ini beberapa kali keluhan panjang dan rasa hiba menemani diri aku apabila terlihat gambar graduation sahabat seperjuangan di Auckland sana.... perancangan aku untuk ke Auckland 2 May yang lalu terpaksa aku lupakan akhirnya apabila melihat pada jadual dan masa yang padat dengan aktiviti aku disini....

rasa macam something tertusuk dalam hati. 
'aku mahu juga kesana untuk celebrate kejayaan aku yang aku rasakan bukan mudah untuk aku capai..'
biarlah apa orang rasa.
ini kisah apa yang aku rasa.

aku termenung jauh..berfikir untuk ke negara kiwi itu 2 October nanti..
tapi seakan ada sesuatu yang menghalang aku kesana.
iaitu 'perancangan future' aku sendiri...

doakan segalanya dipermudahkan untuk aku....

Sunday, April 22, 2012

untuk dia

nanti saya akan siapkan kotak sedih untuk kamu,
bila kamu sedih, kamu tiada tempat mahu luahkan,
kamu tulis dan isi kotak sedih itu dengan luahan kamu,
esok apabila kamu sedih lagi,
kamu datang dan masuk kan tulisan yang seterusnya,

kamu menangislah malam ini,
sudah lama kamu tahankan airmata milik kamu itu,
menangislah,
lepaskan apa yang terguris,
lepaskan apa yang menghiris,
menangislah....aku tidak halang kamu.

untuk kamu,
mesti kuat untuk diri kamu sendiri,
mesti gembira untuk diri kamu sendiri,
mesti berikan perhatian untuk diri kamu sendiri...

kamu larilah jauh,
ambil sedikit ruang,
tiada siapa akan faham apa yang kamu rasa,
akan aku bawa kamu ke satu tempat tinggi,
jerit lepaskan sedih luka jiwa kamu.

='(

Saturday, April 21, 2012

tulisan dia : 14 July 2010

Ini sekadar entry dari "cerita lama esoksemalam" yang di-post kan balik dekat sini..entry yang pernah aku tulis pada tarikh 14 July 2010...aku cuma nak baca balik perjalanan hidup lalu, apa yang dirasa, dan apa yang telah dinasihatkan untuk diri sendiri...... stay strong.

lama dah tak menulis...tapi selalu je monolog dalam hati...bercakap dengan diri...pesan dan pujuk hati..kawal perasaan..letak emosi pada tempat yang betul....hari-hari tak pernah nak rasa bosan pujuk hati.....walaupun kadang-kadang rasa macam dah tak selalu  menulis...tapi rasa nak bercerita,rasa nak berkongsi dan meluahkan pada seseorang tu rasa macam nakkk sangat...terlalu banyak perkara yang berlaku lately..terlalu banyak yang aku belajar...yang aku lalui......sampai tak tercerita....haritu rasa homesick sangat...homesick gila yang menggila sampai "termenangis"...alah bukan sengaja..termenangis aje la....tak pe..im ok je..ape pon mesti senyum.sebab bila kita senyum...kita akan nampak bahagia...tak ada masalah....at least...bila kita senyum,kita tak buat orang sekeliling kita juga rasa seperti apa yang terbuku dalam hati kita...kan kan??


kadang-kadang aku rasa aku tak dapat apa yang aku nak..apa yang aku idamkan rasa macam semua tak jadi kenyataan....rasa macam kenapa orang lain dapat aku tak dapat..rasa kenapa aku tak bertuah macam dia ataupon dia..pernah ke rasa macam tu?pernah?erm...tapi tanpa aku sedar,sebenarnya rezeki Allah tu meluas...apa yang kita dapat dah sangat baik jika bandingkan dengan nasib orang yang lebih teruk.pandanglah orang dibawah kita saat kita rasa down dan putus asa,supaya kita belajar bersyukur.....tidak semestinya pada saat kita kalah tu,terhapus segala kemenagan di saat seterusnya....Allah hilangkan sesutau yang kita rasa berharga dan buat kita menangis terduduk....tapi Dia bagi kita sesutau yang lain.....yang seolah-olah nampak macam tak ada apa...tapi itulah sebenarnya permulaan perjalanan kita untuk mengejar "apa makna sebenar kehidupan kita..."...

Friday, April 20, 2012

masih cemburu

entry yang agak random jugak ni..hehe



yep, i love those pictures...
 or maybe jealous is the best word to describe what i feel when looking at your pictures?
hukhukhukkkkkkkkkkkkkk......

gambar lari-lari sesuka hati..
2.4km in less than 30 minutes.....awesome! 

Thursday, April 19, 2012

ruang bernafas tenang

masa berlalu dengan begitu pantas..
semua nya seakan terkejar-kejar, bagai tiada ruang untuk bernafas..

letih, lesu, merungut, dan kadangkala timbul rasa tiada apa yang benar,
membawa kami jauh dari rasa tidak bersyukur itu,
kesihan kudrat kami, tetapi lebih kasihan pada usaha sia-sia mereka,
kadangkala lucu, kadangkala rasa begitu simpati,
mereka seakan buta,
mereka cakap kosong,
mereka berpura seakan tahu segalanya,
hakikat sebenar, mereka tiada apa, mungkin?

itu mungkin persepsi kami,
mengapa mungkin?
kerana mereka angkuh, lalu menolak kami jauh.

pandang ke hadapan,
mencari apa sebenarnya yang dicari,
menuju ke arah satu persoalan apa sebenanrnya yang dituju,
adakah saat ini semua nya sedang berjenaka,
tiada akal waras yang sebenar benarnya,
letih, sempit rasanya, berikan sedikit ruang untuk bernafas lega.

tapi masih tiada,
tetap berada pada tahap lama,
bukan semua orang ada kuasa,
percayalah ini semua tak kan kemana,
berikan sedikit nafas, jangan kau kaut semuanya.

Saturday, April 7, 2012

i saw you!

entry ni macam random sangat-sangat. sejak aku dah tak menulis blog macam dulu iaitu dengan kadar terus yang konsisten and persis (haha merapu)...so aku lagi suke taip mende random dan ntah apa-apa di tengah-tengah waktu aku tengah buat asaimen.

wehu! duit allowance 3 bulan tu dah masok! (ok random sangat ni).
sekarang baru aku faham kenapa mereka seringkali keluar kan ayat bewarna purple di bawah:

"opsyen ape?'
"em kat sini opsyen KPLI"
"bestla KPLI allowance mashukkk".

rasanya aku tak pernah pon rasa mashuukk mahupun kusyuk duduk dalam program KPLI yang boleh dikira agak terpaksa kene pergi ni..erk? program ni busy yang macam tahap dewa punya busy..yang macam kerja tu melebihi kadar tenaga dan masa yang kau ada...perumpamaan paling mudah adalah macam kau nak sumbat gajah dalam beg plastik giant.... memang la beg plastik tu tulis giant...tapi memang tak munasabah la kan kau nak sumbat gajah dalam tu... so macam tu la keadaan kami sekarang ni.... eh eh rase macam hebat pulak aku suruh orang bayangkan situasi kami dengan menyediakan satu perumpaan gajah dan plastik giant kan?

Ok mari ber-random bersama lagi... semalam aku baru je balik dari camping yang wajib untuk kami..camping 4 hari 3 malam telah menjadikan kami layak untuk join group 10 budak hitam...ini adalah kerana program tu dah berjaya menghitmakan kami..tahniah kepada semua yang berjaya menghitam kan diri... em camping tu bagi aku tak mencabar mane kot... just biasa-biasa je...sumenye ok je la... kelemahan program cam biasa telah kami isi dalam borang refleksi program..lepas tu kami harap la borang tu jangan lah awak semua buat bungkus nasik lemak pula..sila perbaiki kelemahan tersebut....

ohhhh..yang ni plak gambar kawan-kawan aku kat auckland pergi easter show...ah boring la nak komen gambar ni..hakhakk..tak tak..sebenarnye gua jeles sama lu orang maaaa...huuukkk... ok tak nak komen dah gambar ni...

just nak cakap.. i saw you! take care! =)