today.
just wanna check my twitter since i'm not really into it..
stalking what people discussed on twitter here and there...
was just wondering is twitter really fun for them?
they always tweeting like every 2 or 3 seconds? erkh.
found a discussion of friends of mine... feels like wanna stalked them more. haha
click. click. click. couldn't reach some parts of the discussion.
but i really want to.......................
sad? dunno.
jealous perhaps? (quite agree)
rasa mata panas.
air mata bergenang rupanya.
tutup twitter.
solat.
Thursday, May 24, 2012
Tuesday, May 22, 2012
dimata kalian mungkin tidak
"dia bukan idaman...yang idaman itu tak akan pernah wujud...yang sempurna itu tak akan pernah ada....cukup sekadar dia hampir sempurna dimata aku ..dimata kalian mungkin tidak..tak mengapa.." (lumut, 2011)
Labels:
monolog,
pencuri hati,
random
Monday, May 21, 2012
tak boleh terima
"Kertas Bahasa Inggeris yang bahagian B tu ada 5 soalan. Salah satu daripada tajuk tu aku pilih tajuk 'The person I admire'. Yeahhh, me story about my Sweetheart! ♥ Hihihi kesah apa aku? ;p"
status kat atas tu aku copy from seorang budak sekolah yang berumur 16 tahun dekat facebook....come on , essay bout "the person I admire" tu tak perlu kot nak tulis pasal pakwe kau....
ape yang nak di admire sangat pon?
pakwe kau tu beli deodorant pon still mintak duit mak abah die...
ape yang nak di admire sangat?
come on , buat la cter pasal albert einstein ke...tokoh-tokoh islam ke..mak abah kau sendiri ke...ini pasal pakwe kau yang matematik tambahan tu pon same-same ngan kau sipi-sipi nak fail tu?
aissshh...
dik, akak kat sini nak pesan..
tak perlu nak julang tinggi sangat your sweetheart tu...
mai bagi tau akak..ujian bulan satu hari tu pakwe kau dapat ape?
Sunday, May 20, 2012
jawapannya
this is a copy from someone's post on facebook...
Wahai tuhanku ,kenapa wanita sering menangis ?
JawabNya :
Kerana wanita itu unik .
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa ,
ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak anak nya ,
ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman ,
ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia ,
ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah ,
ku berikan naluri untuk mencintai anak anak dalam apa jua keadaan sekalipun ,
ku kuatkan batinnya untuk terus menyayangi walau dikhianati ,
walau disakiti oleh orang yang disayangi ,
Wanita makhluk kuat .
Tetapi jika satu saat dia menangis ,itu kerana Ku berikan dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru .
Jiwa seorang sangat lembut dan mudah tersentuh . Mudah tercalar dan lambat sembuh .
Sekuat kuat aku , aku masih seorang perempuan ,yang tahu mengalirkan air mata bila hati disakiti .
Wahai tuhanku ,kenapa wanita sering menangis ?
JawabNya :
Kerana wanita itu unik .
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa ,
ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak anak nya ,
ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman ,
ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia ,
ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah ,
ku berikan naluri untuk mencintai anak anak dalam apa jua keadaan sekalipun ,
ku kuatkan batinnya untuk terus menyayangi walau dikhianati ,
walau disakiti oleh orang yang disayangi ,
Wanita makhluk kuat .
Tetapi jika satu saat dia menangis ,itu kerana Ku berikan dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru .
Jiwa seorang sangat lembut dan mudah tersentuh . Mudah tercalar dan lambat sembuh .
Sekuat kuat aku , aku masih seorang perempuan ,yang tahu mengalirkan air mata bila hati disakiti .
Saturday, May 19, 2012
akan dikenang?
petikan yang diambil dari SINI
Kakak T menulis;
“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Di hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.
Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karektor.
Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya di awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya. Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa-biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.
Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula di ajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.
Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.
Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak. Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”
Adakalanya saya bertanya,”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”
Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”
Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoren. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;
“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”
Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.
Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.
Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!
Kakak T sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.
Ratna,
Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.
Salam sayang buat emak, adik-kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka guru nombor satu!
- Rumah kecil di Jabal Ohud -
Thursday, May 17, 2012
jika aku tahu
jika aku tahu panggilan itu akan mengubah perasaan gembira dan ceria aku ke tahap saat ini... aku pasti tidak akan mengangkat panggilan itu.....
tak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika ini.
yang pasti, aku tidak miliki gembira dan ceria itu lagi.
akan aku terokai hari esok aku, hari-hari yang bakal menyapa aku...
mungkin akan tersedia gembira dan ceria yang sebenar-benarnya milik aku.
hanya pada hari mendatang aku berharap. sangat berharap.
hanya pada hari mendatang aku berharap. sangat berharap.
Tuhan, jaga hati aku...kurniakan aku kudrat senyum untuk aku tutupi rasa ini.
panggilan semalam, terima kasih dari hati.
Wednesday, May 16, 2012
nikmat yang ditarik
kadang-kadang dalam kehidupan seharian aku...aku selalu mengeluh...rasa macam baaaanyak sangat perkara itu ini tak kene....ada je perkara yang tak puas di mata kite...di hati kite....sampai bile nak rase puas pon tak tahu lah...itu lah manusia. sifat ketidak cukupan tu mesti ade dalam diri....
semalam aku baca satu majalah tempatan ni.....
ada cerita pasal seorang yang di tarik nikmat penglihatan nya ketika dia remaja lagi....tersentuh gile aku bace cerita tu...bayangkan satu hari kau bangun semua benda nampak kabur...dan keesokkan harinya kau bangun tidur semuanya gelap....
penulis cakap dia rindu sangat nak main bola...dan apatah lagi dia rindu nak tengok muka mak abah die....cam nak nangis aku bace cerita tu...and at the last part die tulis..."biar lah Allah tarik penglihatan saya ketika di dunia ini....insyaAllah saya akan celik di akhirat nanti..."....
satu lagi cerita di mana seorang isteri kehilangan suami dia sebab sumai dia mati tenggalam kat laut mase carik udang..suami die ni nelayan... lepas je suami die meninggal...die pulak disahkan ade kanser payudara dan susah untuk buat rawatan sebab die tengah pregnant....T_T
Allah tak kan uji hamba dia lebih dari kemampuan hambanya....
untuk diri sendiri, jangan banyak mengeluh...perlu belajar lebih bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah...
Monday, May 7, 2012
jika kau peminat
seumur hidup aku, ini kali pertama aku cuba makanan ni...tak sure la ramai ke tak orang pernah try "durian goreng"...rupanya cam lonjong sikit lebih kurang macam goreng pisang..rasa dieeeeeeeeee...perggghhh....
memang sedap.
mula-mula dulu ada member aku cakap kat aku ade kedai ni jual durian goreng. aku dengar je cam kembang plak tekak ni bile dengar....selalu durian buat pengat ke, aiskrim ke...ni kite goreng durian tu plak..pelik jugakla dengar mase mule-mule....
sekali semalam aku try.... buat aku nak makan lagi hari ni....hooooo...
tros aku cakap kat si member.."kalau family aku datang sini..aku nak bawak kat kedai ni rasa durian goreng..mesti dorang pelik..."
ini dia durian goreng, 1 set ada 5 ketul =RM5
jika kau peminat durian...tolonglah try...sedap tak terkata...mungkin kalau tak minat durian pon kalau makan durian goreng ni terus jatuh cintaaaaaaaaa....
Sunday, May 6, 2012
hujan lebat
hujan lebat di luar dari tadi sudah makin terhenti..
sejak dari tadi aku menukar posisi seolah-olah mencari posisi berkesan untuk membaca nota ditangan.esok exam. rasa macam kosong.
apa yang dipelajari disini tidak lah sesukar apa yang telah aku lalui di negara kiwi itu.
namun masa yang aku miliki disini terbatas. kerja yang diberikan tidak sukar tapi menggunung bagai tiada ruang untuk aku menghiburkan diri. selalu juga aku melepaskan keluhan dan rungutan seperti tidak rela untuk dicampakkan ke sini.
ini semua realiti.
aku semakin mengorak langkah jauh untuk meninggalkan segala yang seakan fantasi yang pernah berada dalam diari hidup aku. ntahlah, kadang-kadang rasa putus asa seolah-olah mempengaruhi semangat aku. jatuh kan semangat aku dengan persoalan 'kenapa aku berada dalam bidang ini, dalam jalan ini...'....
tapi cepat-cepat aku pujuk diri. aku tak mahu semangat aku jatuh tanpa sedar ada hikmah yang menanti...minggu ini beberapa kali keluhan panjang dan rasa hiba menemani diri aku apabila terlihat gambar graduation sahabat seperjuangan di Auckland sana.... perancangan aku untuk ke Auckland 2 May yang lalu terpaksa aku lupakan akhirnya apabila melihat pada jadual dan masa yang padat dengan aktiviti aku disini....
rasa macam something tertusuk dalam hati.
'aku mahu juga kesana untuk celebrate kejayaan aku yang aku rasakan bukan mudah untuk aku capai..'
biarlah apa orang rasa.
ini kisah apa yang aku rasa.
aku termenung jauh..berfikir untuk ke negara kiwi itu 2 October nanti..
tapi seakan ada sesuatu yang menghalang aku kesana.
iaitu 'perancangan future' aku sendiri...
doakan segalanya dipermudahkan untuk aku....
Subscribe to:
Posts (Atom)
