Monday, October 31, 2011

cekup je bila punye pon.

aku tengah carik mood nak start study untuk next paper tapi kemain susah la kan. ni paper terakhir yang jatuh pada hari terakhir exam yang ramai manusia dah merdeka time tu tapi aku tengah kecut-kecut nak jawab lagi, paper ni penutup tahun terakhir aku kat auckland ni..harapnye begitulah ye dak. ini paper bagi aku tahap dewa punya susah sepanjang zaman pembelajaran aku seumur hidup sampai rasa nak nangis tadah airmata dalam baldi. kalau rebus notes then minum air tu lepas tu  boleh jawab exam walaupun rasa air tu pahit macam taik telinga pon aku sanggup. ekstrem la plak aku describe paper ni. (mase kecik sape tak penah rasa tahik telinga korang tak leh bayangkan perumpamaan aku bina ni.haha)


sambut besday semalam. bukan besday aku.
comel kemain kek ni rase nak cubit-cubit.


mase opening rugby world cup 2011 manusia ramai tak yah jalan diorang
je push kau..memang OH-PENING betul. sekarang RWC da abes da.
all blacks menang time aku ade kat auckland...hoho. epic!

ni kedai mamak yang ade kat auckland. style jugak.
tapi bukan mamak betul.

graduation orang kampung den ni. ehe.

tak ada motif. ni ayam bila tah aku masak.
 aku nampak gambar ni tadi pastu macam terliur.

pertama kali student kawen dekat auckland. akad nikah sume kat sini.

raya taun ni pakai baju biru time raya form 4 kot.

cokelat duit dengan duit betul.
kalau bawak balik ni as souvenir, style jugak aku rase. hehe

ok dah malas da nak upload......
tak lame je lagi dah nak balik.... rindu auckland nanti. aish.

rugi seruginya

"terlalu kerap membuat perancangan indah untuk si dunia sehingga lupa perancangan untuk si akhirat sedangkan mungkin perancangan dunia itu tidak kesampaian.
rugilah kita seruginya"

Saturday, October 29, 2011

confius-la

sekarang jam laptop menunjukkan jam 8.43 am waktu auckland.

kejap lagi area pukul 2 aku ade paper. final exam aku untuk final semester merangkap final year aku di auckland. huuu betul-betul final ni.... semoga semuanya berjalan lancar....usaha insyaAllah aku dah buat, tinggal nak jawab dan jika diizinkan Allah segalanya akan dipermudahkan....berdebar sangat ni..ape pon lepas je langkah masuk dewan exam, mesti bertawakal...

tiap kali exam, aku mesti akan ade je benda blank time jawab. tak pernah hilang perangai yang satu tu. tapi tiap kali exam jugak mengingatkan aku, itu kifarah dosa kau. hati gelap, dosa banyak, sebab tu Allah tak benarkan segalanya dilancarkan ketika exam. itu yang buat aku suka pada exam. exam ingatkan aku betapa aku ni siapa pada Dia untuk aku meminta sesuatu itu dipermudahlan. tengok. bila sampai tahap kita tak boleh minta pertolongan dari sesiapa kecuali Dia yang menetukan, kita akan mula merayu "Allah, bantu aku"....tapi dalam kesenangan, mane agaknya fikiran aku. pada siapa agaknya aku berikan perhatian. malunya jadi macam tu. malu.

sehingga hari ini aku redha akan segala yang berlaku. bahkan syukur yang teramat atas segala yang sudah berlaku dalam hidup aku. kadang-kadang sedar tak sedar je airmata boleh mengalir, bila orang tanya "kenapa menangis?", aku tiada jawapan... itu mungkin satu lepasan atas rasa sesuatu terhadap diri sendiri....

ok.

sebenarnya aku nak tulis pasal dulu blog aku ni orang confius owner die lelaki ke perempuan. mungkin sebab dulu ayat aku tulis kat blog ni kasar macam ayat kebanyakan lelaki gune. aku sengaja. sebab time tu aku nak buat aku konon-konon kuat. nak keras-keras tapi sebenarnya lembik jugak.

ok lah. confirm da lepas ni tak ada punye nak confius-confius.
sebab header pon makin hari makin keperempuanan lah konon.
hamik kau. header kelopak bunga. kemain.

Friday, October 28, 2011

mirip cina

***ini entry dalam draft

beberapa kali terdengar mukanya dikatakan mirip cina. tapi sering ditidakkan oleh dirinya sendiri. katanya "aku punya muka melayu asli ni". aku tengok langsung tak de melayu asli. sehinggalah suatu hari kau bercerita tentang chef itu bertutur bahasa cina dengan kau. kan aku dah kata.aku ketawa dengar kau meneruskan cerita.

dalam ketawa itu, aku teringat akan sesuatu peristiwa aku bersama seorang gadis. seseorang yang aku tak pernah fikir akan menjadi manusia terpenting dalam transformasi kehidupan aku. aku anggap dia dihantar untuk menerangkan semua keadaan ketika itu. tiada siapa salah. masanya lebih setahun yang lalu gadis itu pernah berbicara akan rasanya pada aku....

"kamu mungkin akan dengan lelaki cina.."
"tapi kenapa cina? melayu tak de ker?..."
"tak tau, cina jugak..cina comel kot..."
"cina mane tengok melayu gelap ni.."
 ketawa.

apabila wujud perkenalan antara lelaki cina selepas perbualan itu, aku khabarkan pada dia. kami berlawak lagi... gelak bersama... aku ambil itu sebagai perkara lawak..dan dia tak pernah berhenti lelaki cina akan datang nanti...

"kita yakin lelaki cina tu ada untuk kamu"...aku gelak.
entah macam mana suatu masa aku sangat baik dengan seseorang berdarah cina. muka betul-betul cina.. kali ini dia islam tapi muka sangat cina. dan aku khabarkan pada gadis itu lagi. kami ketawa bersama. lucu.
perkenalan dengan lelaki tinggi muka seakan seorang cina itu dianggap sekadar kawan biasa. orang kata chemistry itu tiada. sekadar kawan seperti yang lain. aku menjauh supaya keadaan tidak menjadi rumit mahupun serba salah nanti.
sekarang dah hampir 2 tahun aku dan si gadis tidak bersemuka mahupun bersembang bersama... mungkin kalau kita bercerita kau akan cakap ini pada aku...
"betul kan tekaan saya, kamu dengan lelaki cina"
 
 
tapi dia kata dia tak ada mirip cina..katanya " aku punya muka melayu asli  kot".
 senyum. (sekadar teringat perbualan lama aku dan si gadis).

Wednesday, October 26, 2011

yang terakhir

malam sebelum final rugby world cup 2011
(bola besar tu da tak de da kat situ diorang cakap)

aku sekarang cam dah malas nak bercerita.
sebab mungkin aku dah jadi seorang pemendam yang hebat?
sebab mungkin aku fikir sume yang berlaku secara positive?
sebab mungkin life aku booooriinggg sangat? (boooo)
sebab mungkin aku tak ada masalah langsung?
sebab mungkin aku dah pandai untuk tak layan perasaan?
sebab mungkin banyak sangat mende tertangguh nak dicerita?
sebab mungkin life aku makin bahagia dari awal penubuhan blog ni?
sebab mungkin sebab mungkin..
paling tepat aku rasa....sebab aku menulis da tak sejujur dulu.
aku rase tu la sebabnye yang paling tepat.

"kau toleh lah ke belakang sikit-sikit...supaya kau boleh tersenyum dengan lebih lega hari ini...kau toleh lah ke belakang sikit-sikit supaya kau tak teresak-esak merintih dengan ujian yang diberikan di kemudian hari...kau toleh lah ke balakang sekerap yang sepatotnya.....lihat apa yang kau dah lalui..... kau tak mampu untuk timbang segala nikmat yang kau perolehi...kau tak mampu sukat betapa banyak airmata yang kau gunakan.....toleh lah belakang...lalu bersyukur......nursyafiqah, bertahan..sikit je lagi disini..be strong macam selalu ok...."

biar gamba  ni jadi gambar terakhir aku upload. maksud aku gamba terkahir aku dan kamu yang aku upload dekat blog ni.. thank you kamu. =)

esoksemalam, terima kasih.. kau jadi pendengar aku. terapi.

Saturday, October 22, 2011

blog saya

lame dah tak update blog.
banyak benda nak cerita. tapi simpan.
rase macam cukup la cerita-cerita kat blog.
life pon tak best mane macam life orang lain.(boooo)

sampai mase nanti akan tutup la.

Tuesday, October 11, 2011

Friday, October 7, 2011

dipanggil balik malaysia

minggu ni hectic gila...ada test, ade report kene submit...ade 2 oral test kene prepare...ade experiment kene finish.....letih.fiuuuwwww...fiuuuwww...dan esok? weekend kene keje....disamping tu kene siapkan report and asimen nak due isnin dan juge test on tuesday........letih gile.

sampai nak masak pon tak sempat...nak basuh baju terkejar-kejar...badan pon da sakit-sakit...sampai kad atm aku pon hilang....aissh...sume ni dugaan,bersabarlah yer,

weekend ni last keje before cuti...hari tu mintak cuti kononnye annual leave la kan...hakhak poyo je bunyik....saje mintak cuti sebulan sebab aku nak menghadapi final exam...so untuk hilangkan rasa bersalah pada diri sendiri, ibu bapa, penaja serta rakyat....aku rase baik lah aku cuti sebulan untuk prepare mane yang patot untuk final aku....yang penting aku usaha...result tu tak payah pikir blakang citer....usaha dulu..ape pon result yang keluar aku bersedia terima seadanya....sama ada nak kene stay or tidak next year...we will see....

bercerita pasal masih ade kat auckland ke tak 2012 nanti....minggu ni agak cam serabut bila tibe-tibe dapat email dari pihak penaja berkaitan dengan tempahan tiket pulang ke malaysia....syarat yang buat aku rase cam tak best sikit apabila.."anda hendaklah menempah tiket pulang ke malaysia 15 hari selepas tarikh final exam"....errkkhhh...tak mo la balik awal sangat...rosak lah plan aku nak keje lame sikit dan jalan-jalan summer nanti....aku abes exam 14 november...maksudnye around 29 nov dah kene balik malaysia? untuk sape yang nak tangguh kan kepulangan ke malaysia boleh buat surat... so aku dengan konon banyak mase ni telah membuat surat serta kebenaran penjaga dan penjamin untuk stay sini sampai 31 dec 2011.... bukan tak nak balik..it just aku nak tunggu result aku semua keluar then baru lah aku boleh decide mane yang patot nanti...disamping tu boleh lah aku keje lame sikit lepas habis final nanti....hehe.

aku harap surat dan alasan yang aku bagi tu akan diluluskan...
kerjasama dan keprihatinan pihak puan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih...please puan.... please please please.

Thursday, October 6, 2011

they provoked me a lot!

hari ni aku decide nak buat 2 sekali oral test aku out of 5 experiments....sebelum oral test tangan-tangan badan semua sejuk....aku rasa cam ade orang nak bunuh aku pon ade....nervous gile....mase oral test ade gak soalan yang aku tak dapat jawab...susah gile...dah ah siap kene provoked segala....huhu.....first oral test sangat teruk sebab aku nervous plus tak faham sangat pasal experiment tu..rasa cam tersalah pilih experiment pon ade.....but second oral test was better....alhamdulillah....and 3 more to go....hurm

pengajaran yang aku dapat,

itu baru soalan yang manusia nak tanye aku dah cuak gile....
macam mana soalan 'khas' dari Dia.