Wednesday, November 28, 2012

serious

ntah kenapa lately ni aku banyak sangat fikir perkara yang menjurus kepada serious. sampai satu tahap tu aku rasa macam penat dah fikir perkara serious, aku pon pegila tengok game show "betul ke bohong?" yang aku da download tu untuk menghindarkan fikiran daripada memikirkan perkara serious tu.. eh game show tu seriously lawak. see? still nak gune word seriously to show the seriousness ker? hehe..tapi jep sepah tu memang lawak... lawak die memang buat pecah perot betul....lawak habis. hehe.

ok back to the topic. eh, sound serious right?

memang pon. bila fikir perkara yang serious, kadang-kadang aku rasa macam.. "eh dah besar rupanya aku...". banyak sangat perkara yang perlu aku consider and fikirkan sekarang.... sampai rasa macam cepat je 24 jam tu berlalu..lepas tu jumpe hari esok.lepas tu esok dan esok lagi... nanti lepas ni aku lagi la busy.. tak ada sape paksa aku untuk jadi busy.. tapi diri aku sendiri yang nak membusy kan diri... aku rasa dalam keadaan sekarang ni aku prefer untuk busy kan diri.. create new environment supaya aku tak terlalu fikirkan environment yang pernah aku ceburi dulu..eh ape ayat pening ni? i mean supaya aku tak terlalu memikirkan perkara yang telah berlalu dan aku telah lakukannya..ayat mudah nye yang dah jadi history.. bak kata orang toleh sikit-sikit ke belakang tu tak salah..tapi jangan... jangan ape? ntah blur plak nak taip ape...

sape yang pernah kenal aku akan tau aku ni jenis yang susah betul nak buat keputusan. dari sekecik kecik keputusan sampailah yang besar... aku memang perlukan orang untuk ade sebelah aku..guide aku and cakap la ape yang patut.. even lepas tu aku akan tend to macam "eh bukan patut ni ke? ke yang ni? ke yang tu?"...see..even ade orang tolong untuk aku decide pon aku still confuse lagi and rasa macam tak tau ape yang perlu aku buat.... itu lah kelemahan TERBESAR aku. ok tak payah lah nak capslock sangat pulak aish.

somehow aku rasa kelemahan aku ni macam loser sangat. rasa macam tak membesar pon ada. sebab aku susah nak buat keputusan. T_T. ke sebab aku seorang yang fikir banyak? perfectionist? or loser yang takut menghadapi risiko? ntahlah.... and kelemahan ni jugak aku rasa jadi punca kepada beberapa kelemahan lain dalam diri ni... eh, nak salah kan punca pulak. salah kan diri sendiri la kamu! erm erm erm..baiklah.... saya selalu harap ada orang akan bantu saya sentiasa untuk buat keputusan. macam lately ni saya banyak fikir beberapa keputusan yang besar yang perlu saya ambil langkah yang sebetul-betulnya...

saya harap hari-hari mendatang saya lepas ni akan dapat saya lalui dengan tabah dan tenang... semuanya terletak pada diri saya dan sudah pasti dengan keizinan Allah jua.. takut sangat kalau semua tindakan yang saya ambil tu hanya bergantung pada diri saya sendiri...saya tak nak macam tu.... saya mahu segala perjalanan saya, dan gerak hati saya untuk membuat keputusan..biarlah datangnya dari kehendak Allah..bukan sebab hasutan syaitan ataupun kebergantungan kepada manusia....

pada saat ni jugak, saya rasa saya macam dah masuk fasa yang lain.
kadang-kadang saya rasa sekarang ni saya dah bertukar jadi orang lain pon ade... i mean saya mahu jadi someone better... rugilah jika saya telah lalui banyak perkara dalam hidup ini tidak membawa saya kepada  perubahan yang lebih baik...sesiapa pon la, mesti mahu sesuatu itu tak kira diri mereka atau keadaan sekeliling mereka diperbaiki hasil daripada pengalaman yang lalu... alamak, lutut kiri ni terseliuh plak ni..jup jup..aduh sakit plak....stop jup..

aduh sakitnya nak betulkan balik lutut.... lepas operation masa 2007 tu lutut tu jadi macam tu la..bukan boleh baik sepenuhnya... kadang-kadang terlari... silap gerak takut boleh putus balik je... macam gelas yang retak or pecah kalau dibaiki tetap tak kan dapat pulih sepenuhnya.. ha macam tu jugak lah kaki tu... eh merapu plak perumpamaan...

ok banyak lagi nak cerita perkara yang berlaku dalam hari-hari ku disini, disitu dan disana...hehe.. tapi rasa nanti la kalau bosan lagi macam petang ni akn aku coretkan disini.... by the way..tahniah to my sis atas kelahiran baby boy semalam... so sweet baby tu keluar masa besday ayah die.. so baby tu jadi hadiah yang sangat tinggi nilainya from my sis to her husband... =) . so, hi baby ... your life will get happier after u meet me nanti... introducing me myself....just call me "cik kah" like ninja-ninja yang lain itu panggil saya... gonne meet u soon cutie. =)

seronok je kan dapat baby... eh eh..

yang paling..

seingat aku..senyuman aku yang paling puas dan sebenar benar senyum gembira  sebelum menjelang hari gembira itu adalah sekitar awal Januari 2009.... aku tetap menanti dimanakah hari untuk aku senyum sama seperti ketika itu, dan akhirnya aku ditemukan dengan saat itu....

2 oct 2012.. =')

rasa macam hari tu..aku nak senyum sepanjang masa...gembira sangat... masa hari tu..ada 3 sebab utama hadirnya senyuman yang dah lame aku nantikan.... kalau aku nak ingat balik perasaan aku ketika tu, aku tak pasti adakah hari ini aku masih lagi memiliki senyuman yang sama seperti hari itu... aku rasa hari tu aku lah salah seorang manusia dalam dunia ni yang paling bahagia... aku tak dapat nak ungkapkan macam mana mana rasa tu... semua tu kerana 3 sebab tu..... 

kalau diberi peluang untuk patah balik masa...aku mahu diri aku dicampakkan semula pada saat itu.... ntah kenapa, gambar ini sedikit mengundang sebak dalam hati... 

hey, senyum macam dalam gambar ini lagi ye... suatu hari mesti kamu akan tercampak kembali ke dalam saat seperti ini.....


Saturday, November 17, 2012

sepatutnya.....

malam tadi. 

iaitu menjelang hari ini. sepatutnya hari ini merupakan hari yang aku tunggu-tunggukan untuk tahun ni. pada suatu ketika dulu aku menduga hari ini lah aku bakal menjadi salah seorang yang paling gembira. dan tarikh ini, saat ini.. hari ini telah pun menjelang... semuanya berubah dan berlaku tidak seperti apa yang aku duga. tidak seperti apa yang aku bayangkan.

begitulah. apa yang kita rancang dalam hidup ni tak semua nya terjadi seperti apa yang kita mahukan. macam pepatah yang biasa kita dengar, "kita hanya merancang, dan segalanya pon Allah jua yang menentukan".

malam tadi, hati aku macam diserbu satu rasa yang sangat tak best. akhirnya pecah jugak empangan airmata yang aku cuba tahan-tahankan untuk aku hadapi hari ini. airmata keluar deras umpama aku sedang melepaskan apa yang terbuku dalam hati, dan aku berharap sangat airmata itu bawa rasa pedih dalam hati ini pergi... kalau boleh aku tak nak menangis lagi. rasa itu sakit.  pedih amat. tak tau mana silapnya. kenapa semua ni seakan tak boleh untuk diperbaiki acuanya dan berkahir dengan senyum puas seperti yang aku bayangkan? seperti yang aku harapkan suatu ketika dulu.... ternyata ianya tidak berakhir seperti kisah-kisah bahagia insan lain.

hey, hidup mesti diteruskan.

apa sangatlah ujian yang aku lalui jika dibandingkan dengan ujian mereka yang sedang berhadapan dengan kematian.tak ada apa yang aku kesalkan. malah patut bersyukur dengan apa yang aku lalui. paling tidak aku diberi peluang untuk berada di dalam satu situasi yang bukan semua orang  perlu hadapi. paling tidak aku pernah dibahagiakan dan membahagiakan. sikit pon susah untuk aku selitkan rasa kesal dalam diri. langsung tidak kesal. mungkin sebab aku susah sangat untuk menghukum orang atas apa buruk nya mereka. diri ni cepat sangat untuk memaafkan. dari dulu lagi. aku sangat percaya yang semua orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri. kenapa tidak kita memaafkan kekurangan manusia lain dengan melihat pada kelebihan mereka yang pernah membahagiakan kita. 


senyumlah.

apa yang telah di lalui dalam kehidupan lepas, perlu dijadikan kenangan untuk senyum sorang-sorang nanti bila kenangan tu dikeluarkan dari kotak sejarah kehidupan kau. ambil lah pengajaran. semuanya akan mematangkan diri kau untuk melangkah menghadapi banyak lagi cabaran dan ujian dalam kehidupan.

aku mahu catatkan sesuatu yang bertarikh hari ini and here they are...
buat semua yang sudah pulang ke tanah air Malaysia, aku mendoakan kesejahteraan kalian. =)

lampu-lampu.

Thursday, November 8, 2012

good bye and smile

"Don't cry because it's over. Smile because it happened." 
=) =) =) 
 bakal merindui banyak manusia, banyak perkara bertubi-tubi serentak..
dan dua tiga rentak.


kota tinggi, saujana, praktikum, kota intan, johor bharu, larkin, myvi putih, myvi purple, Auckland, quest on mount, level 0, library ,domain, cape reinga, coromandel, cludo, cho-tai-tee ,queen street, snow-ice, ayam uncle bob, odeen, bilik g1-36, g1-40, pak dan mak guard,

ok banyak sangat perkara yang saya rindu. banyak sangat.
terima kasih semua sebab pernah buat saya hepi..... 

done in JB , how future gonna treat u?

Tuesday, November 6, 2012

cried too much


semua pun mahu segala perkara baik-baik berlaku dalam hidup mereka..
perkara yang boleh buat mereka ketawa ceria..
manusia normal itu suka yang bahagia bukan?
tiada siapa suka kan kesusahan....
semua pun akan mahu lari dari rasa sedih dan susah...itu normal sangat.

so,

be a better person is the best choice kan?
insyaAllah... jangan give up.

Sunday, November 4, 2012

kisah kita bukan lagenda

kisah kita bukan lagenda.kisah kita kisah biasa...


cerita itu pernah tertulis suatu ketika dulu...betapa dan bagaimana gembiranya si penulis ketika itu selepas hati dilukai dan tertutup untuk lelaki bertahun lamanya...

kau hadir. buat aku tersenyum kembali.

kau dan aku cuba untuk buat apa saja semata-mata untuk gembirakan hati seseorang di depan mata....kau saat itu, terlalu appreciate kehadiran aku....berjuta kali rasanya aku bagi tau kau yang aku ini tiada apa-apa yang boleh dibanggakan..kau boleh jumpe gadis idaman kau yang jauh lebih baik dari aku nanti...kau pandang aku,kau ubah topik...kata kau 'yang sempurna dan lebih baik itu takkan wujud lagi,cukup yang ini'....

aku senyum. tak tahu macam mana nak gambarkan betapa aku gembira dipertemukan dengan kau. aku berdoa biar kau yang terakhir untuk aku...

teringat aku jua pada kata-kata kau suatu ketika dulu..kata kau..
"aku tak nak jadik present untuk besday kau...aku nak jadik present untuk life kau"..

tapi hari ni... kisah kita seperti terkubur.  adakah tiada sambungannya lagi kisah kita ini?...semuanya seperti sudah ditamatkan kisahnya tanpa diduga...aku tertanya...mengapa kisah kita ini tidak berakhir dengan kebahagiaan seperti kisah-kisah orang lain yang bahagia?

hari ini...saat ini...kita mungkin mampu lihat dari jauh...
dan suatu hari nanti..mungkin kita serentak akan berkata sesuatu yang sama dimana,

"yang sempurna itu takkan wujud lagi, cukup yang ini..."

segalanya dalam perancangan Allah..kita tak kan tahu menahu...
kan?

sungguh... takkan sekuat ini hari-hari yang boleh dilalui jika tanpa sangkkan baik  terhadapNya...kita tak tahu...seakan menunggu.... 

Saturday, November 3, 2012

pada saatnya, takkan bertukar

one of my friend posted this on facebook... 
terbaca dan saya setuju..
thank you...
hati seakan terpujuk... 
tak pernah berhenti memujuk hati...
tempat mengadu kan ada.. Dia yang disana...

Sunday, October 28, 2012

perfection

sit like a boss

semoga semuanya dapat menjawab soalan exam mereka dengan tenang dan berjaya. 
insyaAllah..

Saturday, October 27, 2012

big day

2 oktober 2012

tengok gambar ni buat aku tersenyum sendiri.. betapa aku senyum sangat gembira masa tu... dalam hati aku berbisik. "Tuhan, jangan ambil kebahagiaan ini..biarkan ia kekal...".... 3 tahun berada di perantauan mengajar aku banyak perkara tentang kehidupan..terlalu banyak.... tapi aku tak nafikan..aku masih terlalu daif untuk menjadikan perjalanan hidup aku ketika ini, dan saat ini ke arah apa yang Tuhan aku mahu....

sebab itu, Tuhan tarik balik sesuatu yang semua orang nak..
iaitu rasa bahagia..
aku belum layak lagi untuk senyum bahagia sebenar-benar bahagia..
banyak perlu aku perbaiki.. Tuhan, ambil lah rasa itu, jika ia terbaik buat aku..

hukum aku atas segala silap aku.
kurniakan yang terbaik buat aku.

aku perlukan insan yang boleh memandu aku...ke jalan yang Dia tak marah...

p/s: terima kasih kepada semua teman, sahabat dan insan-insan yang hadir menggembirakan aku ketika itu. hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik kalian. maaf kan salah silap aku sepanjang mengenali kalian.....