Thursday, November 11, 2010

pertama kali selepas setahun...

malam tu aku tengok dia biasa saja...cuma mungkin paper yang sangat susah pagi tadi juga emosi yang berubah ketika "cuti bulanan" buat dia tampak letih dan seperti tidak ada mood...aku pandang dia...dalam diam...dia mengalirkan airmata...earphone ditanggalkan....ipod ditolak ke tepi...dalam diam dia mengesat airmata yang mengalir...

"beb,pehal ni??kau ok...?",aku cuba memecah kesunyian.
"setahun sudah berlalu...dan hari ini aku dengar suara dia....",tangisannya berbaki..aku masih kurang mengerti apa yang ingin disampaikannya...ipod disebelah dicapai lemah..
"tadi aku bukak email aku...lepas tu yahoo hantar banyak email notification cakap aku ada voicemail...dalam banyak-banyak tu..ada satu voicemail dari dia..dan aku cuba bukak nak dengar...",ipod dihulurkan pada aku...butang pada skrin ipod aku tekan.....

"hello...ayang...nape tak angkat call...."

aku pandang dia..airmata dia kembali mengalir perlahan..."beb,lupakanlah kenangan 7 tahun tu...dia da lama pergi...dia takkan kembali lagi...dia dah tak ada dekat bumi ni lagi...dia dah mati...dan aku tak nak jiwa kau turut mati diheret kenangan kau dan dia...macam mana voicemail ni still ada dan yahoo hantar hari ni??".

"aku tak tau...yang pasti itu perbualan setahun yang lalu....."...............

Wednesday, November 10, 2010

rayuan....

Tuhan, permudahkan urusan ku...
Tuhan, jauhkan aku dari rasa tidak mampu...
Tuhan, bukakan aku jalan padaMu...

malam ni aku terasa tersangat tak mampu...................
dan malam ini aku terasa amat rindu.................
betapa indahnya jika rindu yang menebal ini adalah rindu padaMu.....................................

permudahkan urusan itu pada esok hari.............
aku tidak boleh berputus asa sebelum tibanya waktu itu......................
walau gagal sekali pon.....
kelak aku punya pahala atas segala usaha.....
itu janji Tuhan buat aku..................

Tuesday, November 9, 2010

adakah ini dendam??

aku selalu berdoa supaya aku tak terjumpa seorang perempuan free hair ni,pakai spec,dahi jendul,muka ada jerawat (ini bukan untuk menghina,tapi aku tak nak ade orang tak de kaitan terasa ke ape...aku tujukan kat sorang je ni)....bagi aku dia perempuan paling sial pernah aku jumpa selama aku hidup...dan aku selalu mintak pada Tuhan..jauhkan aku dari terserempak in real life dengan dia...sebab aku dah janji dengan diri aku..kalau aku jumpa dia depan mata...automatik..aku ulang..automatik aku akan lempang muka dia SEKALI secara SEKUAT HATI...aku tak kisah orang sekeliling nak kata aku gila.....aku yang lalui semua ni...jadi biar aku je yang faham nikmat dapat tampar muka dia....aku rasa ini bukan soal dendam mahupun busuk hati...ini soal dia bitch....ye aku jahat.admit it.tapi kalau kau kat tempat aku pon..silap-silap kau akan bunuh dia.sape tahu???

jadi aku selalu berdoa agar aku takkan sekali pon terserempak dengan dia....sebab khianat yang dia buat ...buat aku tak boleh kawal reaksi aku nanti......dia kejam...adakah ini dendam??

by the way, to all my readers....aku nak promote 1 blog ni....blog ni ditulis secara beramai-ramai oleh kami dari kalangan pelajar-pelajar perempuan beragama Islam di Auckland...ramai diantara mereka terdiri dari naqibah yang memegang usrah dan juga semua yang follow usrah di Auckland...penulis di blog ini ramai..dan blog ni sumpah menarik dan best...aku saja mahu share dengan sesiapa yang sudi untuk membacanya.....tak salah kita kongsi benda baik kan???pergilah....aku pon pernah tulis dekat sana..tapi sekali je la...hehe....tapi ada syarat bila kau orang masuk sana....kalau boleh..kalau boleh lah....bila pergi sana nanti...jangan lah cakap.."hye saya dari blog lumut ni..."..lepas tu pegi letak link aku kat comment box or chat box disana plak..jangan tawwww....tapi kalau ada yang suke sangat nak promote aku....tak pon mana tahu kan busuk hati sangat dengan aku lepas tu saje je nak buat benda yang aku dah cakap jangan buat..tapi sebab saja nak buat benda yang orang tak suka...ha silakan lah....

ok sila pergi SANA....sana best.lagi bermanfaat dari esoksemalam.tak tipu ni.oh aku pernah update sekali kat sana so ni entry nya...entry paling tak best berbanding entry lain disana..so korang kene pergi baca sendiri banyak yang best-best..

last part of autumn for u


kau tengok cerita "soal hati" lakonan erra fazira dengan afdlin shauki tu tak??.tengok??aku tengok.....kalau kau tengok..kau mesti ingat ini...."tanpa keberanian,mimpi tak kan jadi nyata".

dan mimpi takkan jadi nyata juga tanpa doa dan tawakal kau pada Dia...bila kau berani..kau berusaha dengan keberanian yang kau ada tu....tapi jangan lupa akhirnya perlu doa dan tawakal sepenuh hati...kita hamba tau......aku mesti ingatkan diri aku selalu...

**alamak..lepas di tegur cik epal, aku rasa ayat aku atas tu salah..jadi aku edit lah ek.."tanpa keberanian mimpi tak kan bermakna"..ha ni baru betul...ayat yang atas tu ayat filem aku buat sendiri tuh..=p




ok tamat sudah paparan di musim autumn....terima kasih sudi datang menjengah

Sunday, November 7, 2010

awak pernah tak...

**sambungan gambar luruh. [part 2]

awak semua pernah tak rasa dalam satu tempat dimana ada orang ramai disekeliling awak...tiba-tiba airmata awak mahu mengalir selajunya....tapi awak tahan..mesti tahan....airmata sikit lagi mahu mengalir....awak tahan lagi.....awak tunduk...awak senyap......lepas tu tiba-tiba hidung awak berair........bila orang tanya..kenapa???...awak jawab..."saya selesema....".....awak kembali diam.

hye,selamat tengok gambar lagi ye...atas permintaan  mahu lihat gambar pada musim luruh di sekitar new zealand...jadi saya letak sini untuk anda.=)

Friday, November 5, 2010

tiba harinya mereka akan LURUH

**diatas permintaan aku persembahkan.[PART 1]

ketika musim luruh itu....segala yang pernah aku miliki luruh habis tak tinggal sedikit pon.apa yang tinggal cuma dahan-dahan,ranting-ranting halus yang nampak begitu kering kontang walaupun masih berdiri utuh....daun dan dahan yang dulunya bersatu....setia menanti mentari pagi sehingga lahirnya senja..akhirnya berpisah atas apa yang telah ditentukan Tuhan.....keakraban...juga saat-saat suka duka yang pernah dilalui bersama akhirnya terbelah menjadi dua jalan yang berbeza...si dahan kekal berdiri diatas bumi....manakala si daun akur jatuh luruh menyembah bumi....selamat tinggal dahan....sampai waktunya....kau dan aku pasti terpisah.....bisik si daun perlahan....sungguh hiba tak tertahan..namun masih akur atas ketentuan....








Wednesday, November 3, 2010

ini memang tak de tujuan

kalau kau betul-betul tak de mase baik jangan baca entry ni....

  1. semalam aku mimpi...mimpi tuh bahagia,best,heaven...masalahnya tu mimpi..jadi bila aku bangun perasaan aku akan jadi sebaliknya dari mimpi....jadik sebak,tak best,hell.
  2. aku tak pergi pinjam buku kat uni,aku baca electronic book je..mata aku letih sangat ni.
  3. aku rasa aku nak baca blog orang,nak tengok movie,nak masak sedap-sedap,nak jalan-jalan tengok new zealand yang cantik,nak main game,nak main basktball,..tapi aku kena lupakan sume tu sekarang.
  4. lagi beberapa hari,kawan-kawan aku yang selalu main basktball dengan aku dan juga main poker masa summer hari tu akan pulang for good...mereka course lain.jadi mereka balik dulu...sedih tahu.......sedih sangat sampai aku tak tunjuk kan riak yang aku sedih pon kat diorang....syam,safwan,afiq,cikin,fatin,ili,eman (nama sebenar)...sumpah aku sedih...nanti kurang orang nak main basketball....=(
  5. paper final untuk semester ni paling lambat selama aku bergelar student university of auckland...aku rasa nak masuk je exam hall mane-mane paper untuk amik feel final exam sebab aku macam dah tersalah masuk feel yakni summer holiday....aisshh lambatnya paper.
  6. aku tak dapat jawab soalan ni...aku tak tahu nak tanya sape...esok aku mesti keluar dari bilik.
  7. esok kalau aku tak keluar pegi mane-mane maknanya akan jadi 3 hari aku tak jejak tanah.
  8. aku malas nak kemas barang,aku malas nak pindah rumah.
  9. tahun ni aku tak tengok movie langsung dekat sini.maksud aku masuk cinema.
  10. aku berharap tahun depan aku dapat main salji sebab tahun ni tak pergi main salji.tapi aku tak suka sejuk.
  11. aku ada sebatang mechanical pencil jenama pilot tu kaler hitam yang aku masih guna sekarang...ajaibnya aku punya jodoh dengan pencil tu since aku form 2!!!
  12. kenapa anda baca ni?anda ada banyak sangat masa terluang ker??
  13. semalam aku gembira sebab akhirnya aku dapat enrol french mase summer school..total bahasa yang pernah aku belajar adalah 5.
  14. kawan sebelah bilik saya ni teringin nak makan laksa penang..dan saya rasa saya penah cakap dulu nak masak laksa....tapi sampai hari ni saya tak masak.adakah saya macam tak tunaikan ape yang saya cakap??kenapa sekarang final?kalau tak saya pergi masak untuk kawan saya tu.
  15. saya mengantuk..tapi saya tak leh tidur..saya kene study...lepas tu saya taip bukan-bukan.
  16. saya rindu arwah kazen saya.semalam saya nangis teringatkan arwah.dia sebaya saya.
  17. kenapa taip guna "saya"??bukan memula tadi guna ganti diri "aku" ker?
  18. baiklah....aku teringin nak tahu sape yang tulis ni : (dia mesti da kenal aku dari dulu sebab tahu blog kumbang) 

   19. ini pula gambar makanan...lapar tahu??dan kuih favourite saya adalah karipap.tapi saya tak letak gambar karipap dekat sini....



   20. esok saya nak pergi makan kat luar la..makan sedap-sedap...ok cukup...saya kene behave.

kau dewasa kejam

"tahun depan balik??bila agaknya cuti??aku nak kawen..."
"tak tahu lagilah...tak boleh janji..."

kadang-kadang aku rasa mahu bawak diri aku jauh pergi dari mereka-mereka itu...cara dan sikap mereka jauh berbeza dengan aku...mereka terlalu sangat ikut kehendak tanpa berfikir perasaan dan keadaan orang lain sekeliling mereka....dalam diam mereka ku panggil kejam .aku tidak kesah untuk aku berhadapan dengan perangai-perangai kesemua manusia itu..tapi aku kesah apabila mereka menyakitkan jiwa insan-insan yang paling aku sayang....secara diamnya..aku seringkali bersikap offensive pada mereka...namun aku senyapkan jauh dalam hati aku....dari dulu aku tak pernah rasa manusia dewasa itu bijak dan waras pemikirannya..dari dulu aku selalu bersikap denial pada orang yang lebih tua daripada aku..namun dalam sikap denial aku itu....aku masih menghormati kau manusia dewasa.....

mengapa manusia dewasa itu kejam?
mengapa manusia dewasa itu bongkak??
mengapa manusia dewasa itu fikir mereka berkuasa??
dan mengapa manusia-manusia dewasa yang amat dekat dalam hidup aku selalu mengecewakan...

kau lelaki.diawal perkahwinan kau dahulu aku diantara yang paling kuat membantah...aku bantahkan dalam diam...aku tahu aku punya hujah yang boleh meruntuhkan ego lelaki kau...tapi disebabkan hormat aku dan juga keras kepala kau aku senyapkan saja hujah aku...mahu saja aku lantangkan isi hati aku,isi kepala aku yang tak pernah kau ambil kira,yang tak pernah kau buka mata.....kerana kau dewasa kejam...aku tahu jodoh itu ditangan Tuhan...dan aku bukan jenis melawan penceraian kau...cuma aku mahu katakan sekali lagi...kerana kau manusia bongkak yang tak pernah endahkan kata-kata aku kau terus jahanam dengan sikap kau.....bila kau mahu berubah wahai sang lelaki??

dan kau gadis.mengapa mahu diulang keras kepalanya sang lelaki??mengapa mahu diulang tergurisnya hati orang tua itu??aku juga punya hujah aku sendiri....namun aku tahu kalian itu bongkak dengan status dewasa yang disandang....hey,aku sikit pon tak pandang dengan pangkat dewasa kau lah...aku cuma mahu kalian tunjukkan pada aku..yang kalian sebenar-benar dewasa yang punya otak..yang punya hati....bukan dewasa yang kejam...

kau  kejam pada orang tua kau.
kau sebenarnya tak kenal apa itu kasih sayang...

go ahead..apabila sesuatu berlaku.usah cari aku yang tidak dewasa ini.aku bakal diam.dan terus berdoa untuk kalian....itu saja yang mampu aku usahakan untuk manusia dewasa seperti kalian.

p/s: manusia-manusia dewasa tidak ditujukan kepada umum.
.