Sunday, October 31, 2010

Saturday, October 30, 2010

necklace

 masa tidur malam tadi...aku bermimpi....aku mimpi macam aku sedang bergelut dengan sesuatu....juga dalam mimpi itu aku terasa aku merentap sesuatu...tapi bila aku bangun pagi...aku tak ingat aku mimpi ape...tapi terasa macam ada something yang bukan mimpi happened malam tadi diluar kawalan aku....pelik sangat.....mimpi tu macam realiti lah pulak.....

bangun pagi aku teraba-raba mencari...."ish...putus ke...."....aku merungut....satu-satunya barang emas pemberian mak akhirnya menamatkan riwayat pagi ini....rantai itu sudah putus..mungkin sesuatu yang aku rentap dan terasa realiti rentapannya itu adalah rantai itu....terasa sedih lah jugak rantai tu putus.....tapi nak buat macam mana...

semua yang hidup dimuka bumi ini tidak akan selamanya kekal...inikan pulak riwayat rantai.

DUA : counting days....gudbye spring 2010

Friday, October 29, 2010

menjawab persoalan seseorang....aku hadirkan sebuah tatapan.

seorang teman ada bertanya kan aku soalan....dan aku sebenarnya tak tahu macam mana nak jawab persoalan jenis itu.......aku tahu aku seorang yang sedikit denial....dan  aku mengambil keputusan untuk berkata "nanti aku jawab.." adalah kerana aku tidak punya jawapan ketika itu.......dan sehingga hari ini pon aku susah untuk mereka-reka jawapan bagi persoalan kamu itu......apa yang boleh aku tunaikan agar kamu mahupun mereka itu mengerti adalah mungkin dengan kehadiran video dibawah ini....ini sebenarnya video peribadi aku.....aku simpan untuk tatapan aku sahaja...tapi demi permintaan dan persoalan kau seorang teman...aku persembahkan....

"aku masih mencari aku, dan tidak pula berputus asa.."....mungkin itu jawapannya....


liriknya ciptaan aku dan untuk aku

lagu yang ditulis sekitar bulan september 2009...liriknya ditulis oleh aku dan untuk aku....pada 7 september 2009 melodinya dicipta sendiri oleh mr.naz dan dinyanyikan olehnya dan diserahkan kepada aku....mr.naz aku kenal hanya melalui blog sekitar tahun 2009...dan kami tidak pernah berjumpa...cukuplah perkenalan di dunia blog dan dia bersetuju untuk memainkan gitar miliknya lalu mencipta melodi lagu itu......lagu ini tidak seberapa...namun ia punya perasaan dan jiwa tersendiri buat aku....lagu ini sedikit sebanyak menelan suasana kelam dan tangisan seseorang suatu ketika dulu....lagu ini seolah-olah punya nafas tersendiri....ia sekadar kata-kata dari aku dan ditujukan buat aku sendiri atas apa yang aku sudah lalui.....dari tahun 1995 itu....dan diulang rasa perit khianat pada tahun 2009 yang lalu...aku bagai bersahabat baik bersama airmata milik aku......aku makin letih dengan agenda manusia disekeliling aku...aku makin penat menyimpan segala rahsia demi kebahagiaan orang lain...sedangkan hati milik aku sendiri hancur tidak berperasaan.....

lagu yang diberi tajuk "pujukan hati" ini sudah lama ingin aku perdengarkan buat semua pembaca esoksemalam suatu ketika dulu...namun hasrat ini disekat oleh perasaan aku sendiri..namun hari ini...aku persembahkan lagu cikai ini buat semua pembaca esoksemalam.....

PUJUKAN HATI
lirik ciptaan : lumut
melodi dan nyanyian : mr.naz

Sedaya upaya kuhulurkan senyuman,
Ku buang jauh hiba dan rasa kecewa,
Berjanji sendiri didasar hatiku ini,
Aku kan cekal,terus berdiri…

Buat mereka yang menghancurkan ku,
Sakit ini sungguh menguji hati,
Ku doakan kebahagiaan milikmu,
Usah matikan langkah pencarian,
ku yakin pada ketentuan Tuhan,
Inilah takdir perjalanan kehidupan nyata..
*
Demi ikatan murni, kusimpan segalanya,
Keperitan ini jauh nun di dalam sana,
Ku pujuk hati agar tabah mengharunginya,
Demi hatimu, ku lepaskan ku rela,
Ku pujuk hati untuk terus terima,
Menadah tangan memohon rayu padaNya,
Sebak di hati,kupujukan jua….

Walau dugaan ini buat aku tersungkur,
Namun ku tahu ini bukan pengakhiran,
Lalu airmataku menitis di kalbu,
Tatkala memori semalam menyapa diingatan.

 .

Thursday, October 28, 2010

selamat pagi

selamat pagi Malaysia tanah tumpah darahku.
dan selamat tengah hari Auckland, tanah kebangkitan aku.
selamat pagi Malaysia tanah tertorehnya luka hati itu.
dan selamat tengah hari Auckland, hospital penyembuh luka-luka itu.

semalam aku hamburkan tangisan yang lama aku tahan....aku leraikan satu persatu rasa benci...aku runtuhkan dinding positif dalam diri aku....dan semalam hari loser aku......dan hari ini aku bangun menjalani hari baru aku...airmata aku kembali kering...aku lega...aku sendiri tidak mahu berdendam...aku sendiri sering ajar diri aku menerima segalanya...tapi kita semua ini juga manusia biasa bukan??kalau aku boleh bersangka baik pada ramai orang disekeliling aku hatta orang yang aku tak kenali sekali pun....tapi mengapa mereka pula susah untuk bersangka baik pada aku???again, saya bukan bodoh..saya cuma bersangka baik....aku pernah menjalani hidup dan rasa life sebagai winner...dan kali ini bagi pula aku rasa hidup dan life sebagai loser...supaya aku belajar bersyukur.....itu saja.

SATU : bunga untuk pengunjung hari ini, spring 2010

Wednesday, October 27, 2010

saya bukan bodoh,saya cuma bersangka baik

kawan aku cakap, aku mudah percayakan orang.kawan aku cakap lagi aku tak pandai untuk membezakan mana yang benar mahupun tipu...kawan aku cakap juga...aku layan sama baik saja orang penipu dengan orang cakap benar.....kawan aku cakap..."jangan mudah percayakan orang..."...kawan aku cakap-cakap lagi...

 "tak semua orang yang layan kau baik tu benar-benar baik.."
"jangan percaya cakap dia..dia tipu..."
"kenal orang tu dulu baru boleh kata dia baik..."

.hati aku jadi pilu sangat-sangat....tolonglah jangan kata aku bodoh kerana mudah percayakan orang..aku cuma bersangka baik terhadap orang sekeliling....aku benci penipu tahu....aku benci pengkhianat..aku benci pembelot...aku benci orang yang buat baik depan orang lain tapi sebenarnya dia ade agenda tersembunyi....suatu ketika dulu...kawan aku pernah tanya aku...

"hubungan kau dengam imran (bukan nama sebenar) kekal sampai sekarang ek...dah nak masuk tahun ke 7 kan hubungan korang??"...aku senyum...betapa aku bangga aku punya imran disisi aku.....
"trust..dalam hubungan kau mesti kene percayakan pasangan kau....dan jangan terlalu mengongkong...",itulah jawapan yang keluar dari mulut aku beberapa tahun yang lalu...

tapi tanpa aku sedar...aku terlalu dan selalu sangat bersangka baik...kawan aku tanya aku.."takkan selama tu kau tak perasan dia berperangai pelik??".....aku tunduk...airmata aku menitis laju....kau dengar sini teman.....aku ini manusia biasa..aku ini tiada apa..aku seringkali menolak tepi perasaan ragu-ragu aku terhadap ramai orang.....kenapa manusia seringkali mengecewakan manusia lain atas kebaikan manusia tersebut??

kenapa???awak semua, aku mohon jangan diperbodohkan kepercayaan orang terhadap kita...kau telah membunuh jiwa mereka............................kau manusia kejam....

aku bukan bodoh,aku cuma bersangka baik...........malam ini aku rindu akan seseorang....lalu aku menitiskan airmata untuk kesekian kalinya..........................abah, nursyafiqah ini menangis lagi...

bumi tiada jiwa

dalam diam aku kerap mengira musim berganti musim...musim panas,luruh,sejuk,dan musim bunga seterusnya kembali ke musim panas.....tidak lama lagi aku bakal bertemu dengan musim panas yang ke-3..kemudian musim sejuk yang ke-3 dan seterusnya....dan aku seringkali juga bertanya pada jiwa milik aku...apa sudah berganjak kah kamu dari perasaan musim sejuk yang pertama itu??

dan aku bertanya lagi..apa bezanya kamu antara musim sejuk yang pertama kamu dan yang ke-3 kelak yang bakal kamu tempuhi??....lajunya masa berlalu......aku seakan rasa tidak mahu tinggalkan bumi auckland ini....dalam diam rupanya ada sedikit perasaan sayang pada tanah bukan tumpah darah ku ini.......semalam aku menulis pada seorang teman..."aku tidak mahu pulang ke bumi malaysia...jiwa aku terluka disana....khianat,gila,celaka aku rasakan terlalu dekat jika aku berpijak di bumi tiada jiwa itu....segalanya kosong..tanah itu seakan mendera aku secara diamnya....".....namun aku tidak boleh berlaku kejam pada seluruh manusia ditanah itu...aku tidak boleh pula menyiksa sesetengah hati dan jiwa yang mengharapkan kepulangan aku.......mereka memerlukan aku.mereka sayangkan aku...

teman,sebelum musim bunga ini berakhir..akan aku hamparkan bunga-bunga untuk tatapan kamu semua....terima kasih esoksemalam...terima kasih buat semua teman disini....


clumsy day

It was a clumsy day.yup,I mean today...

Hari ni ada appoitment dengan staff international office pula...kemas beg,buku segala untuk ke uni memandangkan aku tidak memiliki buku text...lepas jumpa rebecca aku bercadang untuk pinjam buku dan duduk study...semua orang aku tengok rajin sangat..dan aku juga mesti rajin.....inilah kehidupan..jangan biarkan diri kau kebelakang apabila orang lain sudah berlari pecut dihadapan...macam orang-orang selalu pesan..jangan mengalah sebelum berjuang.....even kau rasa kau bakal kalah pon..teruskan perjuangan sehingga tamat...lepas tuh baru kau nilai pencapaian kau......

but suddenly something messed up my mind .....sebelum jumpa rebecca aku tercari-cari sesuatu.puas aku cari...benda tu penting tahu..benda tuh adalah mende kedua terpenting selepas passport aku.....ianya setaraf dengan kad pengenalan yang aku miliki ketika dimalaysia......hampir setengah jam aku cari dan akhirnya aku istiharkan student ID card aku hilang.......rasa nak nangis pon ada.tapi for what??apabila kau sudah banyak melalui perkara yang menguji kau...so benda kecik macam ni akan buat kau terus berfikir secara waras instead of nangis.kau bukan budak kecik..kau bukan anak yang terus call orang tua dimalaysia semata-mata untuk mengadu ID card kau hilang??oh itu tersangatlah bukan aku....

aku terus pergi jumpa rebecca...Alhamdulillah urusan bersama beliau tidak memerlukan aku untuk tunjukkan ID card...aku terus cakap dengan dia suddenly card aku hilang....dia cakap.."don't worry..just give me your ID number.."....aku sedikit lega...lepas jumpe rebecca rancangan nak study terus terngendala....aku tak ada ID card..jadi aku tak boleh nak pinjam buku..dan nak tak nak aku kene buat baru...beberapa hari lagi nak menduduki final exam.....sepanjang berjalan aku mengeluh..aku letih...

begitulah....kita hanya merancang dan Allah yang menentukan..sebab tuh kita kene belajar untuk always bersedia dengan apa juga dugaan atau pun musibah yang bakal kita terima.....makin hari aku ajar diri aku untuk jadi sepositif yang boleh.sebab aku tahu tak ada sape dapat selesai masalah kita kalau bukan kita sendiri yang bertindak.......

Tuesday, October 26, 2010

she likes me.

aku hanya berjalan kesana...sambil berjalan aku bercakap sendiri dengan diri...."all the best...relax sudah."...tiba saja didepan bangunan indah itu aku terasa macam takut-takut nak masuk...itulah first time aku menjejakkan kaki kesana....terus aku menuju ke receptionist..."hye,i have an appointment with julie fisher",aku senyum....sambil berdiri aku perhatikan suasana sekeliling...sorang lelaki berbangsa pakistan kot pandang aku...aku senyum dia pon senyum balik...."your name miss?",orang kaunter tanya aku..."aaaaaa....fika"...lelaki sebelah aku tadi pandang aku terus cakap..."one of our staff named afiq and u afiqah??"...aku angguk-angguk mengiyakan nama aku afiqah sedangkan aku sebut fika not afiqah..."yup..yup..oh,dats my friend..,"...aku senyum dan kembali tengok-tengok sekeliling...."have a seat miss...julie will call u at 1"....aku terus jalan duduk atas sofa empuk tuh....berdebar.

dalam 15 minit menunggu..datang sorang perempuan...tersenyum dia tengok aku..aku senyum dia dan kami berjabat tangan...then dia suruh aku follow naik atas.....aku berdebar toksah cakap lah.... tapi nasib baik julie ni macam friendly semacam je....sampai-sampai dia suh aku isi form...lepas tuh start lah sesi soal jawab die....boleh tahan menguji saikologi gak soalan die...aku jawab je belasah...

"what kind of people around u that u don't like??" ,diantara soalan yang ditanya...julie pandang aku..aku senyum.nak jawab ape ni?aku cam blank..."rude people??",tanpa aku sedar tuh je yang terlintas....em banyak lagi soalan-soalan yang ditanya....aku jawab dengan yakinnya....then sampai kat part keje praktikal....julie buat dan suruh aku tengok..lepas tuh aku kene buat sendiri....lepas siap dia cakap..."hey,u did faster...i like u fika!",aku pandang beliau sambil senyum-senyum.terima kasih julie fisher kerana sukakan saya,harap saya dapat berjumpa awak lagi.......masa keluar dari bangunan tuh...bertemu sekali lagi dengan mamat ala-ala pakistan tuh.."congratulation...see u later."...

insyaAllah jumpa kalian lagi itupon kalau aku berjaya.