Wednesday, March 22, 2023

Ramadhan

 Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Semoga hati lebih tenang dan fokus. Berubah kearah yang lebih baik. 

Beberapa hari sebelum Ramadhan... macam-macam perkara berlaku. Aku baca semula apa yang kau kirimkan. 

Tak ada airmata yang keluar kali ini. Mungkin kerana hati sudah terbiasa dihancurkan dan disakiti. Kau suruh aku ada di tempat kau... Dan aku pula suruh kau berada di tempat aku. Kau suruh aku fikir perasaan kau. Dan aku pon suruh kau fikir perasaan aku. 

Masa cepat belalu. Terima kasih untuk perkenalan yang singkat. Semoga kau kejar apa yang kau sudah ada sekarang. 

Aku mesti kuat. Jika kau datang selepas sebulan ini... Aku akan faham.

Namun jika kau tidak datang lagi...aku juga harus faham.

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Bertabahlah untuk segala ujian ini.

Wednesday, February 22, 2023

Penat

Selalu kan? Kita terpaksa buat sesuatu perkara tu tanpa kita rela. Kita sebolehnya nak perkara A...tapi kita buat-buat tak nak dengan perkara A...lalu kita memilih B. kita cakap pada diri tak apalah..B adalah yang terbaik. B akan memulihkan semua keadaan dan semua sudut. 

Tapi dalam hati kita nak sangat memilih A. Kita rasa sedih dan sebak dalam hati, tapi langsung airmata dah tak mampu mengalir lagi. Kita rasa pandangan kita kosong. Kita fikir Allah... kenapa susah nak dapatkan A. Kenapa aku terpaksa pilih B dan bekorban. 

Kita tak tau betul ke pengorbanan kita tu adalah memudahkan urusan orang lain. Adakah pengorbanan tu akan membuatkan kita ok. Kita kata kita nak orang sekeliling bahagia ...tapi kita tipu diri sendiri... Kita kata kita ok.. hari-hari kita sebut lagi hati ini akan ok.

Pengkhianatan lelaki pertama aku kenal dulu ajar aku banyak benda. Diikuti dengan episod penceraian yang juga meruntun emosi. Terlalu banyak perkara aku belajar dalam 8 tahun bergelar isteri juga terlalu banyak aku korbankan untuk berjaya lawan emosi sedih sampai tahap hari ini.

Malam ni mengalir jugak airmata aku. Sekali lagi. Terasa payah untuk temui bahagia. Selalu kan Allah pilih aku untuk berada pada jalan yang susah. Berat sangat hati ni.. masih tertanya apa hikmah disebalik semua ni. Akan ada banyak hati yang akan terluka...juga akan ada lagi ruang hati aku yang akan hancur lagi. Jadi aku perlu memilih untuk biarkan hati aku yang sedih. Bukan banyak hati yang lain. 

Aku tarik nafas dalam-dalam. Biar tangisan kali ini bawa semua rasa penat ini pergi. Kenapa aku selalu berada dalam situasi sukar? Kenapa aku perlu faham orang tapi orang tak pernah faham aku? Dan kenapa aku selalu kene mengalah dengan situasi demi untuk membahagiakan orang lain. Kenapaaaa........

Thursday, February 16, 2023

Kenapa susah

 15 Feb 2023. 

Sesuatu yang berlaku yang langsung tak pernah terfikir aku akan berada dalam situasi seperti semalam. Macam dalam mimpi. Terdiam, kelu seribu bahasa, memang kaku lidah aku. 

Dapat panggilan telefon 7.02 pagi...memang terdiam sebenarnya. Kenapa susah untuk bahagia datang dalam hidup aku? Saat ni aku percaya Allah seolah-olah seperti makbulkan permintaan aku yang sudah lebih 10 tahun lalu. Hari-hari aku doakan yang satu ini. Tapi kenapa doa aku ini seperti ditemukan dengan takdir yang kurang tepat. Aku buntu. Buntu sangat. 

Jauh dalam sudut hati penuh rasa bersalah..sedih....tapi dalam masa yang sama aku sangat-sangat berharap. 

Susah. Tu je aku boleh cakap. Walaupun kau selalu cakap tak mustahil dan mesti sabar dan terus berdoa. Tapi kenapa Allah takdirkan pertemuan ni? Untuk uji aku? Untuk biarkan aku terus sabar? Untuk naikkan darjat selepas diuji seperti yang dah ramai orang bagitau aku?

Susahkan nak kejar syurga... Memang susah... Aku sorang-sorang kadang-kadang rasa tak terdaya dengan semua ni. Makan hati banyak. Rasa nak undur kan semua ni..konon nak patah balik..tapi kaki kau berat. Hati asyik meronta untuk capai impian kau yang satu ni. Kau tau orang sekeliling akan marah dan cakap ikut sedap hati dan mulut. Tapi mereka tak pernah tau apa yang dah kau lalui dan korban kan semua ni. Kenapa bercakap dan bercerita perihal orang lain itu mudah? Menghina apatah lagi... 

Jangan tanya apa aku rasa. Jika semua ini tak jadi kenyataan. Mungkin selepas ini hati aku betul-betul mati untuk mengenal seseorang yang baru apatah lagi untuk menerima dalam hidup. Susah. Hati dah tak ada. Kalau boleh cukuplah kali ini bukw hati. Kalau boleh tolonglah Allah ini yang terakhir. Dan berharap bukan untuk menyakiti aku. InsyaAllah jika Allah tidak izinkan semua ni...aku harap Allah izinkan aku untuk tutup sepenuhnya pintu hati.. Jangan temukan aku dengan sesiapa lagi. Aku ok. Aku ok je untuk jalan terus sendiri. 

Orang lain cakap itu ini perihal kau.tak mengapa. Seperti mereka telah hidup terlalu lama dan mengenali segala isi dunia ini. It's ok. Biar saja di mata aku kau hampir sempurna. adakah Allah dah jawab doa dan berikan apa aku minta selepas 10 tahun ini? Atau ini sekadar satu lagi bahagian ujian hidup yang perlu aku tempuhi di dunia?

Allah....kenapa begitu susah, menyesakkan, pedih...dan penat sangat dengan semua ini. KepadaMu aku serahkan segalanya. 

Aku kuat. Aku boleh hadapi semua ni. Harap kau stay..bukan sekadar bicara di bibir yang akhirnya hilang ditelan masa. aku tetap ada...aku bukan mudah berputus asa. Pelase kau jangan sia-siakan aku? Aku cuma masih tinggal sebahagian hati je lagi. Ntah tak tau sebesar apa ..and please jangan hancurkan lagi? Kalau betul kau nak pergi dan akan pergi suatu hari nanti tinggalkan semua yang telah kau mulakan awal tahun ini....

Aku mohon jangan toleh aku lagi dan cari.

Jangan tanya aku, kau ok tak ni? 

Friday, January 20, 2023

Pembuka Tahun 2023

 January. Semuanya masih baru. Ada target kali ni. Target yang mesti jadi. januari juga jumpa ramai kawan baru. Thanks to team. At least bila join game, aku rasa happy dan aku ada masa senyum sikit. Dan juga bercakap dengan orang.

Semua nya berlalu dengan cepat. Pernah tak kau perhatikan orang dari jauh. Tapi dalam masa yang sama orang tu pon perhatikan kau. Kau macam suka tengok dia. Tapi eh dalam masa yang sama dia pon tengok kau. Haha. So cliche.

Macam biasa aku nak ingatkan dekat semua orang...hati aku dah tertutup. Aku tak tau dah macam mana nak bukak. Macam aku dah tak jumpa kunci nak bukak pintu hati tu. Kau faham tak hati aku ni macam dah terlalu penuh dengan rasa sedih. Aku dah tak ada ruang nak sumbat benda yang berkaitan dengan relationship. So stop tanya aku or kaitkan aku dengan soalan "bila nak kahwin lagi". Kalau kau faham dia macam myselft is not my priority anymore. Kau faham tak?

Aku pernah cakap dekat seseorang yang fokus hidup aku adalah jaga amanah Allah. Aku ada anak untuk besarkan. Hidup aku bukan tentang aku lagi. By the way thanks untuk semua kawan baru yang bagi aku rasa ceria sikit bila join game. 

Bila ada seseorang cakap kat kau "kenapa kita tak jumpa awal sikit dari sekarang.."

Aku reply. Jalan cerita kau dan aku tak sama. Jodoh kau dan jodoh aku bukan dalam satu takdir yang sama. So stop everything yang kau rasa kat aku. Hari ni kau dah ada kisah kau sendiri yang cukup bahagia. So kau jangan serabut kepala kau dengan aku. Aku ok sorang-sorang. Dan untuk terima yang lain lagi..  tak mungkin kot. Again, aku memang susah nak terima orang dalam hidup aku. Once aku dah terima dia dulu adalah sebab aku dah betul-betul plan dan aku betul-betul komited dengan pilihan aku. Tapi sebab kau tak nak sama-sama dengan aku tunaikan apa yang kau pernah janji untuk aku dulu..kejujuran yang pernah jelas ada dalam diri kau pon hilang macam tu je... So semua tentang kita tak jadi. Takdir kita dah habis. Sampai situ je.

Bulan January bermula dengan cepat. Busy bawa student tournament bola tampar, busy marking paper exam busy hantar anak ke sana ke mari... Busy ajar anak untuk ujian akhir tahun...thanks january sebab setakat ni semua nya ok walaupun penat. Sikit lagi january dah nak sampai penghujung. Aku ok dengan semua ni. Aku dah sangat ok dengan hidup aku...

Aku lebih suka memerhati orang .gaya bercakap orang.... Dengar dari jauh orang bercerita pasal orang lain... Kadang-kadang aku pelik manusia ni suka ye bercerita pasal orang lain macam dia tau segalanya. Dekat office aku banyak diam mula dari january. Aku ada fokus untuk siapkan modul ajar student sendiri dalam class. Jadi rasa macam tak cukup masa. Dengan nak pergi ajar private tusyen lagi... Online tusyen lagi... Rasa 24 jam aku tak cukup. Bila malam nak buat benda yang aku suka and join game pon rasa dah tak ada masa.. kalau free pergi. Kalau tak .lupakan je minat.

Fokus

Fokus 

Fokus

Thank you january. Saya rasa penat sikit. Tapi saya ok. Thank you untuk kawan baru. Yang selalu cakap "aku akan selalu ada untuk kau". 

Maaf. Aku tak percaya. Sebab aku dah lalui macam-macam dan dah banyak janji aku telan dan dah banyak janji orang pada aku yang aku kuburkan. 

Aku ucapkan kau as kawan baru aku semoga terus berbahagia dengan hidup kau. Tak payah fikir sangat pasal aku. Sebab aku tau dekat mana patut aku berada. Ingat yang takdir kau dengan aku takkan pernah sama.

Thank you january. 

Thank you untuk kehadiran kawan yang baik. 





Friday, December 23, 2022

Penghujung 2022.

 Lagi beberapa hari dah nak habis 2022. 

Perjalanan baru 2022 memang aku takkan lupa sampai mati. Dan segala perjalanan 8 tahun sebelum tiba 2022 pon aku takkan lupa sampai mati. Kalau tanya aku regret ke? Jawapan aku "tak". Kalau tanya lagi kenapa aku tak regret....

Sebab aku ada aira dan airyn. 

Ni kesayangan aku. Juga kekuatan. Mungkin ada orang akan regret dengan apa yang berlaku bila rasa tak cukup kuat untuk hadap dan urus sorang-sorang. Tapi untuk aku, memang aku yakin sangat-sangat ujian ni sesuai untuk aku. Pesan pada diri bersangka baik dengan Allah. Sebab itu satu-satunya kita kene minta adalah kekuatan. Kita tak kuat kalau bukan Allah yang izinkan. 

Macam aku sendiri...banyak dah perkara berlaku dalam hidup aku selama ni aku dah regret. Berkali-kali aku dah sampai ke fasa regret sampai aku dah lost hope. Aku tau kau pon ada fasa regret kau. Orang lain pon ada. Sebab tu kali ni aku dah tak ada ruang regret untuk cerita kali ini. Tahun 2022 aku tak ada masa nak sedih lama-lama apatah lagi nak terduduk regret sebab semuanya tak macam apa yang aku bayangkan ke apa. Tak guna nak regret untuk orang yang berjanji itu ini akhirnya mungkiri janji. Dalam dunia ni ramai penipu. Terima kasih untuk semua yang hadir dalam hidup aku sekadar untuk menipu. Dan hari ini aku rasa ramai orang tak boleh dipercayai. Sebab itu aku memilih untuk tidak bercerita lagi pada orang yang aku kenal dan lebih memilih untuk berdiam dan tunjukkan aku happy.

Jangan tanya lagi soalan yang sama dan bercerita sesama kamu tentang aku. Adakah aku ini tidak berduka? Tipu. Duka dan sedih aku dah aku simpan rapi dalam hati. Segalanya  untuk aku tunjukkan pada Allah sahaja. Untuk aku tunjukkan pada manusia lain mungkin tidak. Cukuplah jika selama ini kita telah rasa manusia yang kita percaya dan mungkin pelindung itu telah hadir seketika cuma. Aku sudah berhenti untuk percaya manusia apatah lagi bergantung harap. 

Jadi kali ini kita jalan terus. Cuba kejar kepercayaan Tuhan pula pada kita. 

Balik kerja tadi aku rasa penat sangat. Hari ni merupakan hari terakhir aku kerja bagi semester 1 sesi 2022/2023.. januari 2023 nanti akan mula sem baru. Balik kerja jalan jem teruk. Sampai rumah aira ajak aku main badminton. Aku cakap mama penat sangat..  ntah aku memang betul-betul penat sebab kerja dan sebab uruskan anak itu ini. Terkejar-kejar kesana sini. Aira macam sedih bila aku tak nak main badminton dengan dia. Lepas maghrib aku pesan boleh tak tolong asingkan baju dalam bakul nanti mama turun dan lipat sama-sama. Aku suruh juga dia ambil nasi untuk adik sekali dan duduk makan dulu. Nanti mama turun. 

Sudahnya aku tertidur sampai pukul berapa aku tak tau sebab aku terjaga bila airyn datang dan cakap "mama..bangunlah..kami dah mandi..dah makan... Jom lah turun ada suprise untuk mama dekat bawah..jom la tengok.." 

 "Mama penat la dik.. suprise apa. Kalau esok boleh tak mama tengok.."

"Kalau mama tak turun, kami tak nak bagitau dulu apa suprise tu..jom la mama bangun turun ..". Ntah la aku memang betul-betul tak larat dan penat. Rasa dah lama tak rehat betul-betul. Tapi aku dapat teka apa sebenarnya suprise yang dimaksudkan. Biasalah mak mak mesti ada instinct kuat sikit. Hehe. Sebelum ni pon mereka pernah buat dan aku memang suka suprise ni..aku boleh je nak teka..tapi aku saje buat-buat tak tau..

"Suprise apa..bagitau la.."

Airyn pon mula buka mulut, "kami dah kemas rumah. Dah sapu..basuh pinggan..lipat baju kami..asingkan baju sekolah dan baju mama...da kemas rak buku dan kemas rak mainan..kami dah kemas cantik-cantik kat bawah..jomla turun ma..."

Aku terus peluk dua-dua orang yang sangat aku sayang ni. "thank you anak-anak sebab tolong mama dan jadi anak yang baik..."

Aku tulis sini sebab nak jadikan memori sendiri mana tau satu hari anak terjumpa blog ni. Cuma tak nak anak aku lalui banyak kekecewaan macam aku. 

Terima kasih Allah untuk segala ujian.

Tuesday, August 16, 2022

Tutup Hati

 orang mungkin rasa benda tu seronok untuk berseloroh..mungkin orang rasa aku ok. sebab memang aku tunjuk aku ok dan tak terkesan sangat dengan apa yang berlaku. cum ada masa aku banyak fikir dan macam remind pon ada memories hidup lalu. tak tau nak kata betul ke tak pilihan dan langkah aku yang dulu..susah..tapi aku dah lama berdamai dengan takdir aku. dan aku rasa ini yang terbaik.

jadi soalan seperti, "tak nak buka hati ke? kalau ada orang nak, nak kahwin lagi?"

susah nak cakap. sebab hati tu dah mati. anggap je aku tak ada hati. contoh kalau ada lelaki depan aku dan aku treat and cakap dengan baik..tolong ke...itu bukan sebab aku nak cuba kahwin lagi. sorry NO. bukan juga sebab untuk cakap aku dah buka hati dan nak mulakan chapter baru dengan lelaki lagi. sorry again. NO. aku tak berminat. hati aku dah tertutup rapat. kau yang kenal aku akan tau macam mana susah untuk aku buka hati aku suatu ketika dulu. dan untuk kali ini, honestly aku dah tak ada rasa pada lelaki. aku dah berhenti untuk bergantung pada lelaki dan rasa lelaki boleh jaga dan bahagiakan aku.. senang cerita aku memang dah tak berminant cerita soal cinta ke... soal kahwin ke.... cuma,

ada masa aku termenung bayangkan yang betapa aku teringin anak lelaki. tapi itu semua takkan jadi kenyataan dalam hidup aku lagi. aku mampu berdoa semoga perjalanan hidup dekat dunia ni aku kuat dan boleh mati dalam keadaan baik. boleh masuk syurga walau aku tau susah nak masuk syurga. tak layak aku ni. tapi tak apa..doa tu tak salah. semoga dapat anak lelaki dekat syurga. dunia ni umpama setitik air lautan. hanya setitik. 


Friday, July 1, 2022

Sihat

 Aku selalu doa pada Allah, bagi aku nikmat sihat yang berpanjangan atas asbab aku menjaga anak-anak 24/7. Kalau boleh pilih waktu ajal, aku memang minta dan nak sangat nyawa aku jangan Allah ambil dulu sebelum mereka besar dan benar-benar faham rasa kehilangan. Juga kalau boleh biarlah aku pergi ketika mereka sudah mampu berdikari untuk terus kan hidup tanpa mengharapkan sesiapa. Bila aku kata tanpa mengharapkan sesiapa means tanpa menyusahkan sesiapa. Tapi aku tak boleh buat kerja Tuhan. Cuma aku manusia biasa yang mampu berdoa dan berharap pada Dia. Cuma Dia.

Aku sendiri tak suka bayangkan macam mana keadaan anak-anak kalau aku tak ada tiba-tiba. Bayangkan kalau hari-hari dia dah tau dan dah set in mind siapa yang akan mereka nampak di pintu sekolah , yang akan ambil mereka tapi macam mana kalau satu hari bukan aku yang datang jumpa dan ambil mereka... tapi mereka yang datang jumpa dan peluk aku yang kaku. 

Hidup mereka dari awal bangun tidur dan sehingga masuk tidur semula semua dengan aku. Aku hanya mampu berdoa dan serahkan semua pada Allah. Masa aku drive kereta sorang-sorang aku selalu doa Allah bagi lah aku yang terbaik kalau boleh hold dulu ajal aku. Bukan hari ini. Bukan ketika anak-anak ku masih terlalu kecil. Sebab hanya aku segalanya dimata mereka sekarang.

Dan aku tau, perjalanan hidup aku ini sedikit ceria kerana ada mereka. Aku mudah move on dengan apa yang terjadi. Satu adalah sebab perjalanan lalu mengajar aku banyak perkara dan menjadikan siapa aku hari ini. Juga cerita lalu dah buat hati aku cukup kuat untuk hadapi semua ni. Kedua, adalah sebab adanya mereka dalam hidup aku. Pagi sampai malam masa aku terlalu padat  sampai tak ada ruang untuk aku duduk bersedih terlalu lama dan sampai dah tak ada ruang untuk aku berfikir apa yang tidak perlu. Masa terlalu cepat. Hari-hari aku pon berlalu terlalu cepat. Dan aku terpaksa move on dengan sangat cepat. Terima kasih Allah banyak uji aku. Kau sediakan aku dengan hati yang cukup kuat hari ini untuk terus melangkah menjaga amanah yang kau beri.

Cuma, aku tau kadang-kadang aku bukan seorang ibu yang baik. Sebab aku bukan perfect. tapi aku dah cuba yang terbaik. cuma ada masa aku juga ada rasa penat, sedih, dan marah. Aku bukan ibu dari buku teks yang segalanya serba serbi sempurna. aku tau aku banyak kekurangan. 

Tapi aku dah cuba buat yang terbaik. Mereka buat aku kuat untuk hari ini dan akan datang. Aku juga tak dapat bayangkan bagaimana diri aku jika suatu hari tanpa mereka. 

Semuanya kerja Tuhan. Kita hanya boleh cuba buat yang terbaik dan menikmati hidup ini. Tapi jangan lupa, hidup ini sebenarnya tiada apa yang perlu kita kejar melainkan amal dan pahala untuk bentangkan depan Dia di sana nanti. 

Terima kasih untuk segala ujian.

Terima kasih untuk kekuatan yang masih berbaki.

Thursday, May 19, 2022

7 Mei dan 17 Mei

Selamat hari raya. rasa masih belum terlambat. raya aku tahun ni aku buat semuanya untuk gembirakan anak-anak. raya tahun ni semua orang rasa meriah kan? tapi tak untuk aku.. aku tak rasa apa-apa. tapi bila tengok anak-anak happy. at least  aku rasa aku dah buat benda yang betul dan aku rasa aku berjaya lalui raya 2022 ni untuk happy kan mereka.

7 May haritu ada drama...7 mei tu adalah birthday aira yang jatuh pada hari raya ke-6... masa raya ke-5 da sambut awal dengan mama dekat rumah wan dan atok.  so keesokkan harinya malam pukul 8 malam ayahnya message nak datang  ambil tapi dua-dua nangis tak nak tidur sana. yang ayahnya nak amik tidur sana...tapi Aira Airyn nangis beriya tak nak. puas jugak aku pujuk cakap tak pela 1 malam je..mama tak ada pergi mana-mana... mama tunggu Aira Airyn balik. masa pujuk kakak...dia cakap  "okay..kakak pergi.." . walaupun cakap ok...tapi aku tau dia tak ok.  nangis senyap-senyap tepi pintu...kakak memang macam tu akan cuba jawab okay dan ikut walaupun hati berat... dia bukan jenis budak yang suka mengamuk nangis kuat-kuat jerit-jerit... aku tengok pon kesian dan aku pujuk lagi dan lagi....

Airyn time tu tak nangis..cuma dia cakap tak nak tidur sana...dia just nak pergi kejap then nanti nak tidur dia nak balik...rumah neneknya lebih kurang 5 minit je kot. tapi ayahnya berkeras nak bawak bermalam... aku memang  tak kisah sebab itu hal anak dan ayah. aku dah pujuk..aku tanya kenapa tak nak tidur sana... dulu dia jawab kakak nak ayah tidur sama2...sekarang dia jawab jawapan lain which is  "kakak tak nak tidur luar".. sebab dekat sana dia selalu kene tidur luar depan tv jadi dia tak suka dan tak biasa. ntah lah. aku serba salah. anak-anak dah la perempuan..bagi aku seeloknya tidur dalam bilik sebab rumah tu bukan semua perempuan. 

8.30pm ayahnya sampai. airyn yg mula-mula diam je tadi da mula nangis dan memberontak tak nak keluar rumah. beg semua da siap aku pujuk airyn pergi kejap ye...dia keraskan badan tak nak keluar rumah...kakak da nangis kt luar minta adik cepat keluar sebab ayahnya dah ada luar pagar. aku tak bukak pagar lagi..sebab dok pujuk airyn yg keraskan badan...aku cuba angkat dia...dia tahan pintu...aku tak boleh tutup pintu sebba nanti tersepit...time tu aku dah sedih...aku benci betul situasi ni kene tengok anak-anak nangis tak nak berpisah dengan kau.. orang yang tak ada dalam situasi ni takkan faham. dan aku pon tak minta orang rasa dan faham. aku tolak sikit tangan airyn supaya jangan pegang pintu...aku tutup cepat-cepat....airyn nangis sekuat hati kali ni dah high pitch..aku bukak gate..ayahnya masuk. aku rasa jiran sebelah dengar je drama anak-anak menangis tak nak ikut ni. 

bila ayahnya masuk aku just dengar dari dalam  aku expect dia nak pujuk anak elok-elok..tapi dia pulak macam melenting sebab budak-budak ni nangis macam beriya sangat. sudahnya ayahnya pon terasa hati marah budak-budak ni cakap tak nak ikut tak apa la tak nak pergi tak pe...aku dah WhatsApp ayahnya cakap  dorang tu bukan tak suka nak jumpa..bukan tak nak pergi beraya rumah nenek...cuma mereka tak nak tidur sana je...kalau tak tidur sana budak-budak ni excited je nak pergi sana main dengan cousins semua. tapi ntah..ayahnya pon berkeras jugak tak nak bawa dorang sebab dorang tak bermalam. pening la kepala aku nak selesaikan. fikir la sikit anak tu. jangan paksa-paksa. aku expect dia pujuk cakap ok kita pergi sekejap je..nanti dah main-main kat sana kita balik tidur sini..lagipun bukan jauh..5-10mins je jarak. 

ayahnya da gerak..aku bukak pintu..Aira airyn masuk rumah...aku tengok aira seret beg dia sekali dengan kotak kek dia pegang tangan sebelah...sayu hati aku tengok..memang sedih...mesti ayahnya nak sambut birthday dengan anak-anak...aku cuba letakkan  diri aku kat tempat ayah diorang. agak sedih. aku tahan je tak nangis....aku tahan walaupun aku dah sebak.

aku cuba la message lagi ayahnya untuk cuba mengalah..means amik je anak-anak bawa beraya kejap dan  tak perlu tidur..aku boleh tunggu even sampai tengah malam sekali pun dia nak hantar.....biasalah budak-budak..tapi tu la..ayah nya  plak berkeras tak nak. yang sana nak merajuk dengan anak...yang anak sedih nak tidur  rumah sendiri..nak ada mama..dan tak nak tidur rumah nenek. memang susah  aku nak selesaikan. last-last aku sedih sorang-sorang.

aku tahan air mata je. aku tulis je kat sini sekadar untuk aku just nak cerita kt diri aku sendiri...dimana aku kene tahan untuk tak tunjuk aku sedih depan anak-anak..walaupun  aku benci tengok  situasi tu. sebab aku nak anak-anak happy je. so aku pon senang hati. tapi tengok  drama tadi tu memang meruntun hati aku ni.

dan 2 hari lepas iaitu 17 may adalah sepatutnya anniversary kami yang ke 8. ye...tahun ni tahun ke 8 kami. dan 2 hari lepas aku memang teruskan rutin macam biasa tanpa sedar 17 may tu adalah hari aku nikah 8 tahun dulu. sebab 17 may tu sebenarnya dah lama jadi tarikh yang tak bermakna untuk aku...bukan sebab tahun ni je dia tak bermakna atas kerana perpisahan ni...tapi da lama aku tak sambut tarikh  ni macam pasangan  lain...

so bagi aku tak apa..sebab tu dah lupa sebab 17 may ni dah lama aku tak sambut..aku tak diingatkan...apatah lagi tarikh ni aku diraikan. aku ok. aku dah biasa. 

perjalanan hidup aku dari dulu yang jauh dan sukar membuat aku dah sangat mahir sembunyikan apa aku rasa. tak ada apa lah. sebab aku ok. aku akan ok. dan  tak apa kalau hidup aku tidak sebahagia orang lain yang bahagia. aku memang dah terima semuanya dengan redha. dan aku jalan terus. dan aku sesekali tak harapkan apa-apa kebahagiaan yang aku akan dapat melainkan aku cuma nak tengok anak-anak aku ok dan happy.

aku cuba buat yang terbaik...aku penat tak apa..aku cuba jadi mak yang terbaik untuk dorang walau aku ni banyak kekurangan. aku besarkan sorang2 pon tak apa..aku tanggung semua perbelanjaan pon tak apa. sebab Allah bagi anak dan kerja aku hari ni untuk aku jalankan tanggungjawab dan jaga amanah ni kerana Allah. aku sedang ajar hati untuk buat semuanya kerana Allah. dan aku juga sedang cari diri aku yang ceria dulu... dah mati. aku dah tak banyak cakap..nak bergaul dengan orang aku jadi malas....aku banyak pendam..sebab aku rasa tak ada apa untuk  aku cakap dengan manusia lain. itu yang aku rasa sekarang.

terima kasih untuk kisah 8 tahun yang menghancurkan segala janji kau pada aku. 

dan terima kasih untuk 8 tahun yang buat aku semakin keras macam besi. walaupun hati aku lembik dan tersangatlah tisu. sebab hati tisu ni lah aku bodoh mudah kesiankan orang dan percaya aku mampu tarik kau ke tempat yang tinggi. semuanya tinggal  kenangan untuk aku. Allah dah bagi ujian  ni dan aku terima dengan redha...

drama 7 mei yang sedih 


from mama with ❤


Wednesday, March 9, 2022

Takkan lupa 7 Mac 2022.



7 Mac 2022. Memang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Pagi tu aku datang sorang. Aku tak nak siapa-siapa pon teman sebab aku tak nak orang tengok aku sedih. Memang aku jenis suka pendam dan tak tunjuk kesedihan depan family dan kawan-kawan. selagi boleh tahan. aku tahan.

Masa tunggu depan dewan ada ramai juga yang sedang tunggu dewan di buka. semua duduk sorang-sorang dan tak ada sorang pon bercakap. semua diam. pertama kali aku rasa tempat bangunan awam yang sunyi walaupun dekat situ ada ramai orang.

Masuk dewan kadang-kadang rasa semua ni mimpi. Banyak sangat persoalan bertubi-tubi aku tanya dalam hati. aku rasa ini lah titik tersedih dalam hidup  aku. dan ia merupakan penyambung semua titik sedih yang pernah aku temui sepanjang perjalanan hidup ni. Rasa kenapa semua ni macam ni? rasa kenapa tak sebertuah orang lain yang disayangi? kenapa selalu dihancurkan? kenapa selalu dilukakan? soalan-soalan cliche orang kecewa. 

Aku pernah rasa kekecewaan yang paling teruk dalam hidup aku. it was 2009. kenapa teruk? kenapa bukan 7 mac ini yang paling teruk? sebab masa 2009 itu hati aku ini umpama barang elok yang baru dipecahkan. umpama anak kecil yang tak pernah  disakiti tapi dicubit sakit. itulah oaling kecewa,paling susah rasa  nak move on,paling rasa sia-sia pilih kerjaya ini kerana dia. tapi 7 mac ini aku tak rasa begitu. rasa mudah kawal diri. rasa  lebih kosong. kerana aku tidak lagi beri 100% kerana kekecewaan 2009 yang lalu.

ya betul. bila kita pernah sedih yang sangat teruk, bila tiba masa ìkita jumpa titik sedih yang seterusnya kita lebih mudah mampu untuk bangun. pandangan aku kosong masa aku masuk dewan bicara. sekosongnya.. aku tak banyak  layan perasaan sedih. sebab apa?

sebab aku ada anak-anak yang perlu dijaga emosinya. emosi aku? dah tak penting. sebab aku dengan kebahagiaan rasa seolah-olah sampai mati aku takkan temui. aku perlu bersyukur sahaja. teruskan hidup dan kutip sisa-sisa kekuatan untuk aku bangun demi anak. dunia ini kan tempat ujian bukan tempat untuk berbahagia. 😢




Monday, February 7, 2022

Hujan.

 

ye. memang penat untuk  kita tahan airmata dari jatuh. dekat office tadi berkali-kali airmata  aku bergenang. dah puas tahan. masih jatuh juga. tak tertahan. mujur pakai mask. jadi officemate meja depan tak perasan. beberapa kali aku bangun masuk toilet ditemani soalan biasa...mengapa semua ini berlaku. mengapa ye sukar untuk aku temui bahagia. 

aku tak minta yang berharta. aku hanya perlu yang membahagiakan. yang boleh pegang tangan aku lalu tarik aku ke syurga. yang boleh didik aku sebagai peneman hidup. yang boleh ajarkan aku segala kebaikan yang Tuhan mahu kita buat.

Kenapa ya ramai manusia suka tabur janji dan kata-kata semata. sudah tiba masa aku untuk terima semua ujian ini. Anggap saja ini bahgaian hidup aku. Allah tahu aku mampu. 

Balik kerja aku ambil anak-anak. Dua orang ini yang membahagiakan. yang jadi penguat. yang selalu cuba ukir ketawa dan senyuman untuk aku. sampai dirumah sebak tak tertanggung  yang seharian aku simpan selepas menerima kiriman kata-kata dari kamu. 

InsyaAllah aku akan kuat. aku menangis sikit hanya untuk hamburkan rasa sedih ini supaya aku boleh ada sedikit kekuatan untuk terus berdiri. Ini cerita hidup aku yang aku perlu lalui...perlu hadapi... dari dulu kekecewaan memang selalu jadi peneman aku.. aku tak sebertuah yang lain. biarlah aku berdoa untuk hati aku tertutup rapat untuk sesiapa pon  sampai mati. Allah,jagalah aku. jagalah 2 puteri kecilku. Jangan matikan aku selagi mereka belum bersedia untuk menerima kehilangan aku. 

Sunday, January 16, 2022

Janji

Tahun ini umur aku 32 tahun. Mungkin sudah tiba masanya. Mungkin Tuhan kata aku sudah terlalu dewasa hari ini untuk aku pikul kenyataan. Kekecewaan ini benar-benar menghancurkan seluruh hati aku yang dulu aku anggap ia boleh kembali pulih bila memilih kamu. ingat tak janji kamu yang dulu? kenapa terlalu indah untuk dikenangkan?

betul kata orang, menyembunyikan luka dan tangis disebalik ceria dan senyuman itu terlalu sukar.

sangat payah. 

sangat terasa tidak berdaya. Lalu, sekali-sekala airmata aku tumpah juga. Tapi aku cuba hilangkan kesan sedih demi 2 jiwa kecil yang menanggap aku segalanya buat mereka.Jangan salah faham, jika ada sesiapa yang membaca disini, aku sekadar ingin menulis dan memujuk hati.

Aku tiada pilihan. Perlu berjalan terus dan segera melupakan janji-janji yang pernah muncul dulu. Mungkin janji itu  semata-mata ingin menawan hati ini. Tapi hari ini semua seakan hampir tiba dipenghujung. Hati yang pernah tertawan dulu rupanya diganti dengan hati yang penuh kekecewaan.

Aku sedar yang aku ini bukan hambaNya yang terplih untuk terima bahagia sampai penghujung. Aku ini bukan tepilih untuk dapat apa yanga aku impikan. Realitinya, setiap hari dan masa  dimana aku terpaksa heret  hati ini sebenarnya akan jadi tembok ketabahan aku. Kata orang hanya masa yang akan rawat segalanya. Memang betul.

Tak ada apa yang aku harapkan lagi. Pastinya aku ini tidak layak untuk bahagia.Agaknya itulah takdir yang dah tertulis untuk aku. Tak apa. Aku terima semuanya. aku telan semuanya. Aku tau janji kamu yang lalu terlalu indah untuk menjadi kenyataan sepanjang hidup aku. 

Aku masih memilih untuk berdiam diri. Tidak meluahkan pada manusia lain selain dari menadah tangan minta padaNya. agar hati ini diberi ketabahan, diberi perlindungan dan kekuatan untuk memikul tanggungjawab ini. Hidup ini penuh dengan cabaran turun naik. tawa nangis. suka duka. kalau kita boleh sering meminta bahagia, mengapa pula kita tidak boleh terima duka. Menangislah hati, jika itu boleh memujuk. Menangislah untuk kutip kekuatan kembali. Menangislah untuk terus melangkah. Biar hati kosong. tidak mengapa.biar senyuman itu palsu , tidak mengapa.

Hidup aku ini bukan drama. Hidup aku ini realiti. Dari dulu lagi aku banyak menangis. sampai hari ini. Walau kamu pernah berjanji untuk tidak lagi biarkan aku menangis, dan berjanji untuk bahagiakan aku suatu ketika dahulu, tak apa. aku tidak lagi tuntut janji itu. dan untuk aku, aku sendiri tak pasti  sejauh mana perjalanan silam aku hingga hari ini  menjadikan aku seorang yang betul-betul tidak percaya dengan janji.

bahagia untuk aku tak ada. bahagia untuk aku itu dah mati. tak perlu lagi ada siapa-siapa yang datang dekat aku dan taburkan beribu janji. Aku benci pada janji.

After all, thank you Allah for making me stronger.

Wednesday, January 5, 2022

Apa khabar 2022?

Dah 4 hari kita menjalani tahun baru ini dan hari ini hari ke 5 di tahun 2022. Hari ini aku kembali  disini,cuba menulis apa yang tersimpan dihati ini. Terlalu banyak. Walaupun nak rasa bahagia itu susah untuk aku, tapi aku cuba untuk fikir ramai lagi orang lain hidup nya diuji lebih teruk dari aku. 

Hari ini, banyak perkara tersimpan. tak terluah.

Betul kata orang,jangan percaya pada janji. Walau bertahun kau tunggu,belum tentu janji itu tertunai. 

Betul kata orang, kata-kata manis itu paling sakit bila dikhianati.

Betul kata orang, kita tiada kudrat untuk mengubah seseorang. 

Betul kata orang, hati yang sering dikhianati lama-lama akan mati.

Jika segala yang aku terima hari ini adalah kerana dosa-dosa aku yang lalu, aku terima.

dan jika segala yang aku terima hari ini adalah antara salah satu jalan untuk aku jadi hamba yang lebih baik, juga aku terima. Malah aku patut lebih bersyukur. 

Hati,sabarlah. Kuatlah demi 2 jasad yang lain. 

2 jasad yang memerlukan engkau.

Hati, kuatlah. sebab itu lah satu-satu nya pilihan yang kau ada. 

Assalammualaikum tahun 2022, ini adalah perjalanan baru aku.  Mungkin aku bukan seorang yang bertuah untuk dihargai dan disayangi. 

Allah,bantu aku. Satu-satunya tempat mengadu.

Sunday, December 27, 2020

PUISI : UNTUK KAMU DAN MASA LALU

Sekadar bekarya. Jika puisi ini telah menyentuh hati kamu, 

maka puisi ini benar-benar untuk kamu. 

Terima kasih kerana mendengar dan menghargai karya ini.

Regards, 
Lumut.

Tuesday, December 1, 2020

4 TAHUN. SERIOUS LA BOLEH MASUK

 Dah bertahun-tahun sebenarnya aku dah lupe password blog aku dan juga email yang aku recover semua lah aku lupe. sekaliiiiii harini aku gune kepakaran yang tak seberapa yang aku ada ni...


eh eh eh eh ....


aku boleh kembali menulis sekarang...eh cam tak caye lah.. hehe..

Assalammualaikum semua. masih sehat? masih datang baca blog lumut?

apa khabar semua....4 tahun baru nak tanya khabar semula..hehe

Sunday, October 16, 2016

Singkat je

Eh tetibe jek nak taip taip....weh kejapnya tetibe I is dah 26 tahun? Eh dah mak mak dah? Eh dah x kurus mcm dulu dah? Ha yg ni sensitip...aku dah deal nk bli treadmil ni okei..hehe

Singkat kan hidup..huhu...saje nak petik name cero sbb die komen previous entry..hehe..harap die sehat....tq kata anak aku comel..doakan die sehat eh dan sentiasa dibwh lindungan Allah...
Dah besar dah budak ni cero...

Haritu ade program ppsmi suruh buat ayat..if I had a time machine..I would like....hoho..byk sbenarnya aku nak buat kalau ade time machine....salah satunya...aku nak skip kejadian awal 2009...too much pain in that year... lepas tu kalau ade time machine aku nak usha ape pasword bank najib...nak curik duit die sikit..ekekekeke...

Aku tgk fhad skang dah jadi ejen insuran..ian dah ade anak... cik epal dah jadi retis...cik manggis dah jadi penyanyi (saje sebut yg penyanyi name manggis tu..padahal xpenah bekawan pn ngn die..hee).sis seroja jingga ape khabar ek..sbb dlu die org pertama yg tuliskan aku satu entry yg aku baca terus menagis 3 hari..time tu aku rse ayat die...mmg tepat nak gambarkan ape yg aku rasa..mcm die dah rasa..pastu aku stalk die..yup..mmg hidup die penuh airmata sbb tu die bleh tulis cm tu kat aku..sape nak baca pg scroll entry lama..aku ade tulis...lagi satu pasal mamat ni sape tah name die yg dlu ade kapel ngn blogger gak tp clash...aku tak igt tp die lelaki ..haaa dah igt..razman..die ni legend gak dlu ..jumpe mase kat yahoo..ak rse die ade blog lpas tau aku ade blog...die ni kelakar jugak kalau tulis blog..tp jumpe depan2 mase gathering genting tu.cam pemalu..tah pape jekkk...x sangka gua taw..eh tetibe plak nak gune gua....kate dah mak mak..hehe..pastu cc..ni pn kawan blogger yg byk memori...easy going jgk bile lepak dgn cc ni...hihi..memory dgn cc ni atr blogger pompuan yg plg byk..nangis depan2 die kesat hingus okei...

pastu ade sorang lagi beskot...wei yg ni paling legend atr semua sbb die org petama kot ak kenal kt yahoo messenger pastu kt blog...time tu aku kat n.zealand lg...yahoo messenger pon dah xde skang ni...sadis nye betapa kite ni sume dah tua..beskot ni baik jugak...sopan orangya..dlm chat tu die lawak gak..tp depan2 die pemalu..but soft spoken dan baik dan sopan..dan ak yg cm perangai teruk je rse bile depan2..festime jmpe pn mase blogger gathering..ak ni x penah jmpe blogger lelaki one to one festime oke...so bahaya..jgn buat ye adik adik..bukan semua baik mcm si beskot,ian dan fhad..tu sume pangkat abg abg aku tu....ian tu...mcm abg angkat dlu...byk sgt tlg aku mse aku ssh...org pertama yg terlintas dlm kepala aku is ian bile aku susah...terkilan betul bile aku beli kereta dan dah ade lesen..ian ckp lumut nnt jgn lupe bwk aku...tp time flies so fast..ak msih x dpt tnjuk skill memandu aku kt die smpai harini...dan selamanya kot sbb memasing dah kawen..so not nice okei ..sume dah x same mcm dlu..yg ade hanya kengan dan jasa baik kenkawan aku dlu dlm hati ni..ian ni mase aku kt oklen dlu calculator ilang...pastu kt sane x jual mcm yg aku slalu pakai..die tlg post dr malaysia...nk baya die xnak....harap halal sbb kebaikan ian tu byk menyumbang kebangkitan dlm idup aku.........................mlas nk sambung..byk sgt rasanya...

aku tetibe tulis psal dorang ni sbb ternampak fhad update gamba diorg jmpe kt facebook..hehe...

Korang kan kalau ade rasa masalah rumhtgga or korang rasa korg sedih...x bahagia..ke ape...korang try bukak facebook group kelab rumah tangga kot...die page yg ramai org anta masalah rmhtga dekat admin..nnt admin akan post..org pon komen2 bg nasehat or mengutuk..korg try baca..dr situ korang akan rase life korang ni jauh lebih indah dan bahagia okeee..dan kesayangan pada suami sendiri lebih menggunung..kene blaja beryukur sikit..jgn nak merungut je..nak ditatang konon wanita ni lemah....no oke...bersyukur sikit...

For me aku rase suami aku ni lelaki yg terpilih yg penyabar dan baik hati...dan kelakar...kenkadang rase nak cakar je muke die sbb kelakar sgt..haha...tp ofkos gaduh tu pn ade...time gaduh mmg rse sakit hati jek....sape kawen x gaduh tu pelik....xde rencah pedas2 masam masam dlm pekawinan okek...haha...tp time gaduh tu..paksa la diri korang igt kebaikan pasangan....jgn tgk buruk jek..sbb ko tu pn bukan bagus sgt sume sempurna...nnt setan lg menghasut kalau pk buruk...suami aku dah tau kot yg aku ni penyedih..sesikit nak nangis..airmata tu sng je keluar...ntahlah...soft hearted kot..kuikui...tp die byk besabar.....die tau je sume kisah aku dan kenkawan blog aku...die ni dlu pembaca tegar blog aku jgak..menyibok ntah mane die tau link aku ntah..abes die selongkar..haha...tp sejak ak dah x update..die dah xde smgt nak dtg sni baca2..so aku taip la snyap2 now...nnt die suke bahan2 aku kt rumah kacau2....haha
 tgk la perangai sgt kan anak aku bermekap..habis okei lipstick...time ni aku tgh tlong kawan aku belikan something online...kejap je kotttt...habis..mse ak tgk muke die...die x pegang pape..so aku cam eh da kenapa berdarah anak aku ni...haha..sakit jantung mak kau nak oi...

 ha ni dok sebok menyebokkam diri ble tgk maknye tgk sebok mengemas die pon skali...siap try cantik ke idok ye shawl ni bile dipakai..haaaaaaaa lantan la nak....

 ha ni plk tgh cek kualiti pampers agaknye...aku terlelap time ni..kejap je bape minit jek..habis semua pampers kene QC yekkkk....bagus nak..walaupon pampers brand tesco jek mama pakaikan utk awk...jgn risau mak menabung utk mase depan awak ye...

 ni 2 hari lepassssss..makan sos cili life kfc tu haaaa..time ni aku tgh masak..mane tah die bleh amik sos atas meja tu..adoi....kot ye pon org nogori...xyah la smpai nak test power...

ni mase raya aritu..anak ayah sgt kayyy....ni mase memula aira nak diri lepas tgn...
kemain terhibur...aira ni mmg..antara mama ngan ayah...die kemain terhibur sgt ngan ayah even mama dah ckup fun...tp ayah tetap feveretnye yeeee..

kbai penat dah taip..hehe...random sgt...

Tuesday, March 15, 2016

first for 2016

hari ni hari selasa. tapi cuti. skolah ye la tengah cuti tapi kolej kami x cuti semester lagi ye..so masih koje..huhu..dah tu nape cuti ni? ha kang cter..

terbaca komen AJ di komen die..
"be a great mother, great wife, great daughter; but all start with a great servant of Allah "

mengeluh kejap dalam hati..merenung jauh sensorang jup..terpikir la kan sejauh mana aku da jadi the best wife,mother,daughter dan hamba Allah yang paling penting..kenkadang tengah aku drive aku pikir kang kejap je kang dah mati kene langgar..Allah...aku da buat yang terbaik ke dalam hidup ni..korang cube try igt mati..mesti tros rasa nak nanges...tapi tu la pastu kite lupe cepat sgt diri tu lupe..huhu...

korang ade masalah?banyak tak? ( aku sebok tanya ade ke yg jawab?ekekeke)

aku yakin sume org byk sgt masalah..aku kalau ade masalah..aku da tak macam dulu da cepat nangis...skang air mata aku cam da x banyak sgt cam dulu...kering..maybe sebab banyak sgt da bazir dulu..haha..dats life kan..hidup mematangkan..wong ah ian pon da ade anak..hi wong ah ian...tah die kenal aku lagi ke tak..lagi satu si cero..die rajin baca sini..da kawen ke cero?last2 dapat gak aku tgk muke si cero ni..itupon dekat profile picture dekat twitter die dulu2 time aku layan twitter...itupon kau die tak pakai fake gambar la..haha...erm yang still ak x penah jumpe n kenal tgk muke is AJ yang misteri..yg rajin bagi aku nasihat dari duluuuuuuu lagi...aku appreciate sgt..

ni namanya seorang anak lumut hehe

ni gamba pegi zoo ahad haritu..blk dari tu teros demam panas..tu pasal aku cuti hari ni...sian dekat makcik ni..huhu..sedih tengok die tak active macam selalu..mama yang over sedih ni..sobsss...

ok cukup lah ni untuk entry 2016 aku..slamat taon baru ye..hehe
nanti aku update lagi...banyak nak update ni...entry jalan jalan nak?entry jaga anak demam nak? ke nak entry menu masakan? kate mak mak dah kan..hekhek


Tuesday, September 29, 2015

blogging again.

after so long...aku rasa cam nak start blogging balik..sebab aku ni memang suke membebel..dan am ni jenis org suke explain n cerita korg.....itupon kalau ada masa lah kan..hekhek..Mane tau kang tengah-tengah menaip anak meraung mintak dibelai...

Ohmaiiiiii lumut da ada anak?

Hehe..yes i am..
So hye...ada readers lagi ke?
=p

Sunday, April 13, 2014

lelaki

Sejak beberapa detik yang dipinjamkan buat saya dalam perjalanan lalu....lelaki selalu mengecewakan..lelaki memusnahkan kepercayaan saya, hancurkan cita-cita dan impian saya, sakitkan hati saya,sakitkan fizikal saya..dan buat saya menangis...sehingga satu masa terduduk... sehingga saya rasa gagal dalam perjalanan saya..sesat. sehingga meminta minta ditunjukkan arah.. Sehingga saya rasa tiada lagi harapan dari saya buat seorang lelaki...

Apa yang ingin saya harapkan?...seakan tiada.. 

Saya langkah sendiri..kuatkan semangat ..lelaki sekeliling saya, buat saya jadi siapa saya hari ini... Adakah itu salah saya? Satu persoalan yang saya biarkan tidak berjawab... 

Dalam kekecewaan yang saya lalui..saya masih mencari lelaki yang boleh membela nasib saya, jaga diri saya sebaiknya, tidak biarkan airmata saya mengalir, tidak biarkan badan saya tercalar mahupun sakit, membimbing saya dalam perjalanan dunia dan akhirat saya..mendoakan kesejahteraan saya...menyayangi saya seperti barang berharga mereka.. 

Saya tertanya, wujudkah lelaki itu...

Sepanjang perjalanan ini..saya seakan seorang diri.. mengadu, mendengar, menangis.. semuanya sendiri... 

berani saya katakan hari ini, hati ini mungkin sedikit keras..tidak selembut hati gadis lain yang dilihat lelaki..bicara ini sedikit kasar, tidak semerdu bicara gadis yang lain itu, tingkah ini sedikit tegas, tidak selemah gadis yang lain itu.dan berani saya katakan juga...hati ini sedikit menentang... 

Adakah semua itu apa yang saya mahukan? Tidak.bukan begitu.  

Saya juga seperti kamu, mahu rasa sedikit bahagia.tak banyak tak apa..sedikit pon sudah puas. Tapi orang cakap sedikit yang terlalu didambakan itulah yang sukar untuk dimiliki..rasa nya perit dan pedih untuk dikecapi...sukar yang amat. 

 perlu terus sabar. Kuat.

Tuesday, February 25, 2014

suami

memang betol yang semua perempuan dalam dunia pon akan ada ciri-ciri suami idaman.
memang betool...

"aku nak lelaki kaya la..sebab dah letih hidup tak kaya, dan carik duit sendiri. kalau boleh nak lelaki yg wallet die aku pegang..kad bank sume bagi aku..itulah kebahgiaan aku.", kata si A.

"aku ok je kalau tak kaya sangat, yang penting hensem... sedap sket mata aku ni nak hadap dia hari-hari..itulah kebahgiaan aku.", kata B.

"aku tak hensem pon tak pe... tapi aku nak lelaki tingggiii... bia aku boleh men lompat-lompat nak amik barang atas kepala die..itulah kebahgiaan aku.", kata C

"aku fizikal tak kesah langsung...bukan anak kaya pon aku tak pe.. yang penting dia ade degree...duit kan boleh dicari...muka tu dah tua nanti tak hensem jugak..itulah kebhgiaan aku..", kata D.

"aku tak pe kalau die diploma je... yang penting dia tak malas...boleh bagi aku anak beranak makan pakai...cume aku tak nak yang nerd...aku nak yang boleh buat aku ketawa..yg cool...itu kebahgiaan", kata E.

" aku plak nak solat 5 waktu yang cukup..tapi of course duit tu penting..tak kaya sangat pon tak pe..tapi pandai menyimpan...tapi nak yang sedap mata memandang jugak la..hehe..itu kebahgiaan aku", kata F.

"aku nak lelaki yang tegas. pandai berlawak jugak. dan pandai cakap english..aku nak sangat anak anak aku boleh cakap english nanti...sooo cool.. tapi best jugak kalau kaya.", kata G

" aku nak yang badan macam model, bergaya... beriman, solat cukup, hormat orang tua...berduit jugakla..pandai...tegas..pandia buat lawak...bla bla bla bla....", kata H.

trust me lelaki macam H tak kan wujud. mana ade lelaki idaman macam yang H nak tu. mesti ade kekurangan somewhere. Allah dah aturkan hidup kita...Dia dah temukan kita dengan lelaki yang kita perlukan..bukan lelaki yang kita mahukan... manusia suke demand macam-macam..tapi itu semua kehendak yang kite sendiri tak tau penting ke tak. memang dimata kita selalu akan terpandang perfectnya kehidupan orang sampai kite rase letih tengok kekayaan, kebhgiaan, kecantikan, kegembiraan yang orang lain kecapi. tanpa kite sedar dan nampak ape pulak ujian lebih terok yang orang sekeliling kite dah lalui....

kehidupan banyak mengajar aku.
kadang-kadang terduduk jugak aku menangis dan berfikir...
beginilah cerita hidup aku.

kita kene selalu sangat fikir.. "Allah Maha Adil". "Allah Maha Adil"... "Allah Maha Adil.."
hati kite mesti tenang sikit. sebab kita tahu Maha Adil tak kan tipu kita, tak kan seksa kita, dia cume uji..untuk kehidpan lebih bermakna nanti...

Ya Allah..banyaknya dosa sepanjang hidup.
Kalau Alalh tak nak ampunkan kita...kat mana agaknya tempat kita nanti di akhirat.
Adakah kekal bersama lelaki kaya, hensem, cool itu?

seseorang pernah berpesan pada aku...bila berkahwin niatlah yang kahwin untuk akhirat...
idamkan lelaki yang baik agamanya, cukup solatnya, banyak amal dan sedekahnya, dan boleh membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah...

zaman sekarang, wujud lagi ke lelaki seperti itu?
wujud.
cuma sangat sedikit. segelintir cuma.

Thank u Allah sebab bagi aku peluang hidup sampai hari ni. rasa nikmat hidup yang melimpah walaupun aku kadang-kadang lupa untuk bersyukur. =(

Monday, October 7, 2013

permudahkan

bangun pagi hari ni ada satu yang aku debarkan.
terus aku bernazar, jika segalanya dipermudahkan dan berjaya,
aku nak belanja housemate makan hari ni.

aku pecaya jika kita usaha dan lepas itu tawakal padaNya, pasti kita akan redha dengan ape saje yang bakal kita dapat sebagai hasil. aku berkata dalam hati, jika jalan ini dipermudahkan, insyaAllah segalanya akan berjalan lancar....

dan Alhamdulillah.

housemate dan aku sudah pon kenyang makan makan sekali dengan satay kami bantai,
sedap gile.
kenyang habis.

thank you Allah,
kerana permudahkan jalan kami........


insyaAllah..kepadaMu kami mohon harap dan berserah...
follow the flow.
inilah.... =)