Monday, January 24, 2011

hey loser, this is your flight ticket.

tak gila pon perbuatan aku tu.maybe hobi?

cuma bila aku rasa homesick sangat-sangat dan macam tetibe rasa sunyi lepas tu mula lah fikir tentang perjalanan hidup itu ini,duduk bersendiri tahan rasa sebak....time tu mula lah kenangan lama, bahagia lama, cerita lama dan problem hidup masa kini sibuk datang ketuk-ketuk berpusu-pusu nak masuk ruang fikiran  lalu bawak hati aku ke satu tempat yang dinama kan "loser"...time tu aku akan bukak sume flights website untuk tengok tiket-tiket dari Auckland ke Kuala Lumpur.......mane tahu ada tiket murah...aku dah merancang mahu pulang ke Malaysia sejurus abes exam summer school ni...maybe 15 Feb-27 Feb aku akan berada di Malaysia..12 hari???gile...berangan jauh sangat kau ni fika......macam ade duit kau tu...lempang pipi tu sikit kasi sedar.dah,lupa kan je la.

hampir 1 jam...aku tutup kembali semua website.
rindu jugak ni. last balik dec 2009..sekarang 2011.cepatnye.

esok-esok kalau kepala hotak aku melawat ruangan "loser" lagi aku akan datang kembali tengok tiket-tiket...lepas tu berangan.....tapi "buat ape pon kau nak balik malaysia??".....balik pon takkan mengubah pape....balik pon takkan bawak kau keluar dari ruangan "loser" tu....balik pon takkan kembalikan diri kau yang dulu....balik pon takkan dapat ape yang kau impikan.....senang citer everything still at the same place where u won't it to be there....hmm ok.

tapi....

balik malaysia aku boleh cium tangan mak abah aku...aku boleh tengok mak abah aku...aku boleh dengar mak aku bercerita dan kadang-kadang cuba sehabis baik untuk buat lawak untuk buat aku tersenyum...tapi still gagal...but then aku akan hadiahkan jugak senyuman, the fake one..abah aku pon sama, cuba sehabis baik tanya aku "ieqah nak makan ape??nanti abah carikan.."...semata-mata untuk kembalikan anak die yang ceria dan kuat tu...bila balik kampung, nenek aku pon berperangai sama....peluk aku lepas tu nangis...apesal  nenek aku ni??...aku senyum kelat...."wan sehat??"....wan aku angguk-angguk lepas tu cium pipi aku sampai nak naik lemas gak la.....makcik-makcik aku, along aku, anak buah aku...semua orang pon trying so hard to please me....yeah i appreciate that....dan aku harap sume orang juga berpuas hati  dan appreciate senyuman dan keriangan yang aku bagi....yeah, the fake one.

mana nak carik ketenangan ni??Malaysia?Auckland?
NOPE.

jawapan die atas sejadah mengadap kiblat.everywhere..incredible kan?

conclusion: hey loser, no flight ticket for u....stay there and fighting!

Saturday, January 22, 2011

awak teman tidur saya

lebih kurang 10 jam awak hilang dari pandangan saya.....
saya pilih untuk bersendiri malam ini.....
saya seakan bersedia untuk tidur ketika itu..
saya pandang ruangan kosong disisi saya....
lalu tangan saya laju menaip di ruangan "dinding muka buka" itu....

"toleh kekiri...ku sedar tiada lagi teman malam ini...awak tidur jauh disana...awak,saya sudah mula rindu awak....take care Naima Rahman........"

tak nangis.
cuma sebak.

macam budak baru

manusia berubah.zaman berubah.citarasa juga makin berubah.kehendak itu ini semua sibuk mahu dipenuhi.kadang-kadang sampai tak sedar itu semua duniawi...hey mari bermonolog dengan diri sendiri...perlu diajar diri dan berbicara dengan hati itu dalam diam sunyi...jangan sampai terlupa tersasar jauh dari tujuan wujudnya satu jasad yang berdiri.

"tudung yang kau pesan tu da tak banyak lah ieqah,along beli yang ada je.tak banyak pilihan da.tahu tak makcik tu cakap itu fesyen lama orang dah tak pakai dah...", teringat message along bulan lepas.

"tudung yang kau pesan tu aku tak beli.tak jumpa la....", kata member.

"weh sekarang aku da tak pakai da tudung macam kau...", message si adik.

aku jenis yang susah untuk terima benda baru. mungkin itu boleh dikategori kan sebagai satu lagi kelemahan aku selain kelemahan susah untuk buat keputusan..mungkin orang yang susah untuk terima benda baru tu adalah mereka yang tak berani amik risiko..dan aku rasa aku termasuk dalam golongan tu...dari sekecil-kecil benda sampailah sebesar-besar benda...aku selalu akan teragak-agak...bak kata pepatah "afraid of step forward".....eh macam tak kene je??haha...ok-ok balik pada tujuan entry ni..sebenarnya makin hari aku makin dibelenggu dengan masalah tengok perempuan-perempuan berfesyen...sebenarnya aku tak kisah pon mereka nak pakai shawl..or nak pakai yang macam kek lapis..nak pakai yang tingkat-tingkat,lilit-lilit...nak pakai yang wateva je la fesyen yang kadang-kadang sampai aku rasa "wow".tapi masalahnya...aku nak seru semua makcik-makcik yang ada kedai tudung agar kekal kan lah tudung-tudung yang lama jugak.so that kami ada pilihan..citarasa manusia tu kan berbeza..takkan lah kau suka makan ayam seumur hidup kau dan kau nak hapuskan lembu sebab kau tak makan lembu?(ok abaikan contoh ni macam tak kene je).haha.

bagi aku ini fenomena yang melanda seluruh kaum hawa dekat malaysia...dan aku yang berada jauh dibumi Auckland ni tak terasa sangat fenomena nye..cuma adalah tempias sikit-sikit...bila aku tengok gambar kawan-kawan aku dan blogger-blogger kat malaysia yang bagi aku 80% dari mereka dah berubah pada fenomena shawl ni...but then,aku still stick pada tudung bawal biasa yang plain or bunga-bunga tu (dah makin pupus dipasaran)..lepas tu pakai simple gile tak berfesyen macam orang lain...benda ni kadang-kadang buat aku rasa "iskkk serabut nye nak balik malaysia..."..alasannya adalah kerana bila balik malaysia nanti aku akan dikelilingi dengan mereka yang "wow"...

sebenarnya aku tak nak pakai shawl sebab aku rasa aku nampak pelik.dan aku rasa bentuk muka aku ni tak sesuai langsung lagi-lagi aku pakai spec..dan aku rasa macam susahnyeee nak lilit-lilit macam itu ini...macam banyaknya masa nak diperuntukkan................haha....tapi tapi tapi....hari ni aku pergi uni nak buat assignment aku try lah pakai shawl...eheeemmmm......tapi aku pakai shawl gaya yang memule dulu orang baru nak kenal shawl ni....so kira orang dah jauh ke arah "wow" aku baru nak mula...aku rasa bukan sebab aku nak..tapi aku macam didorong oleh keadaan dan situasi sekeliling....so aku try......keluar-keluar bilik member nampak dan berkata...

"ok je.nampak macam budak baru.....hye boleh berkenalan?"
ciss ngade-ngade punya budak.

p/s : kalau ada persatuan 'hidup tudung bawal', aku nak jadi president.boleh?

Thursday, January 20, 2011

beliau blogger TERHEBAT (result)

p/s : maaf atas kelewatan untuk naikkan entry ni.busy sikit arini.aku pon tak cakap kul bape kan.hehe

terima kasih aku ucapkan kepada semua peserta yang dah memeriahkan majlis.....berikut adalah senarai peserta juga blog yang diteke oleh mereka.....
  1. mieza ---- blog yang diteka ialah ---- CGG  (accepted)
  2. seroja jingga ---- blog yang diteka ialah ---- AJ Nismihan (maaf,syarat tak dipenuhi)
  3. yobsumo ---- blog yang diteka ialah ---- cakapwa (maaf,syarat tak dipenuhi)
  4. iffat ---- blog yang dipilih---- kereta mayat  (accepted)
  5. farahmoque ---- blog yang dipilih ---- frodo baggins (accepted) 
  6. marsita mohamed ---- blog yang dipilih ---- faisal tehrani (accepted)
  7. bibie ---- blog yang dipilih ---- hanis zalikha (accepted)
  8. al-azim harun ---- blog yang dipilih ---- kereta mayat (accepted)
  9. annie ---- blog yang dipilih ---- kereta mayat (accepted)
  10. eiffel ---- blog yang dipilih ---- kereta mayat (accepted)
minat,juga citarasa manusia itu berbeza...dan mungkin reason kenapa dan mengapa aku nobatkan beliau sebagai penulis hebat tak sama dengan kau orang punya reason...yelah bak kata pepatah "tak sama taste"...so mungkin banyak lagi blog-blog lain yang hebat bagi anda semua..ikutlah citarasa masing-masing...so kalau sudi bolehlah dishare bersama dengan aku...tapi bagi aku,beliau lah blog paling aku suka..kira macam first place carta aku lah....aku start baca blog ni sekitar tahun 2007...entry-entry blog tu kalau aku baca aku akan cakap.."serious buat homework penulis ni"....bukan tu je blog tu jugak mampu buat aku nangis,ketawa,senyum kecil, juga berfikir dengan entry-entry die...ayat-ayat sindiran pon kadang-kadang rasa cam terkena dekat aku....dan cara beliau olah entry serious kene dengan jiwa aku.best.....macam sedang berinteraksi dengan aku je aku rasa...bagi aku penulis blog ni up to date..jenis suka membaca dan juga berfikir.dan paling penting..blog ni banyak sedarkan aku dengan benda yang kadang-kadang kita tak perasan...dan kalau baca blog beliau,aku akan cuba pastikan aku dah solat dulu...=)..

bagi sesiapa yang follow blog ni..aku rasa ramai yang akan setuju dengan aku..yang blog ni diantara blog hebat dan best dan berbaloi untuk anda semua baca..bagi aku blog ni "cukup rasa"...ada cerita kelakar, teguran agama, perbincangan isu semasa, sedih menyentuh perasaan, permasalahan rumah tangga, ayat-ayat (18sx,hehe), ilmu-ilmu kehidupan, dan banyak lah benda yang buat kau untuk berfikir lebih mendalam dan belajar.....kalau sape yang datang blog ni akan perasan dekat sidebar tertulis...."jangan baca blog aku kalau belum solat".dan blog yang aku maksudkan adalah.....


bagi yang belum pernah baca blog ni leh try entry dibawah.aku pilih entry terbaikkk..hehe :

SATU   DUA   TIGA   EMPAT   LIMA  ENAM

tahniah kepada semua pemenang...=)..hadiah yang ditawarkan aritu 3...tapi disebabkan 4 orang yang menang, aku akan bagi dekat semua yang teke dengan betul...so,kepada 4 peserta yang teke dengan betul sila contact aku dengan apa cara sekalipon lalu memberi butiran berikut.
  • nama penuh
  • alamat rumah
  • no telefon
  • saiz t-shirt juga warna yang anda prefer.
terima kasih sekali lagi kepada semua yang dah join....dan mintak maaf kepada yang tidak bernasib baik...bukan tak nak bagi hadiah kat semua...kalau semua dapat..bukan contest la namanya ye tak??hehe...tapi kepada yang nak jugak t-shirt ni..boleh deal dengan aku dibelakang tabir....dan kepada pemenang...aku akan review secara jujrunya dari pandangan peribadi aku tentang blog anda...tapi kepada yang tak nak aku review blog tu....bagi tau siap-siap....hakhak...ok lah....thanks kepada semua pembaca...bolehlah terjah blog KERETA MAYAT tu....terbaikkkkkk.....

-sekian contest ditutup-

Wednesday, January 19, 2011

because of you, i do hate 'tomorrow'.....

ini adalah entry khas untuk "AYAM CANTIK" yang pernah diceritakan di entry sebelum ni...

betapa aku ingin sekali melambatkan detik waktu...agar hari esok terasa masih jauh untuk tiba...hakikatnya, sesaat itu tidak akan sesekali dilambatkan, dan masa itu sendiri tidak mampu kita undur...semuanya akan terus berlalu tanpa berhenti sedikit pon...kita tiada kudrat..lalu betapa terasa lemahnya manusia seperti kita yang tidak mampu menahan sebuah perpisahan.....kita tiada kuasa.lalu kita akur....

aku doakan perjalanan kau yang seterusnya dipermudahkan...esok kau akan melangkah pulang...meninggalkan seribu kenangan di tanah Auckland ini....walaupun umur kita berbeza, walaupun kita tak belajar dalam kelas yang sama, juga tak pernah terfikir dek akal kita yang kita akan ukir suka duka bersama ...dan walaupun mengenali kau terasa seperti terlalu singkat... tapi percayalah..persahabatan ini punya ertinya tersendiri....know them,and keep them....(uhuu..kurang lagi warga Auckland...)....selamat pulang ke tanah air kawan...

" i love u.. "


-have a safe journey-
=)

Monday, January 17, 2011

tiba dipenghujungnya...

Dear Julie,
I am formally writing to notify you that I am resigning from Copthorne Hotel Harbour city as room attendant. I intend that on 27 Feb 2011 will be my last day of employment and wish to leave on good terms...

Thank you for the great opportunity to work with such an enthusiastic and productive group of people. I have really enjoyed my time here to gain new experiences and learnt a lot about housekeeping works.I will be forever grateful for the friendship and support I have received over the periods working at this hotel.

(kenangan terindah bakal tiba dipenghujungnya....)
=)

Saturday, January 15, 2011

jangan tergugat ok

bebudak ni sume pergi holiday....pergi tauranga la...pergi cape renga la....nak bbq kat sane la...nak surfing lah....bla bla bla...agak pilu gak lah mase tengok diorang siap-siap nak berangkat ke tauranga semalam....aku tak leh nak ikut sebab bila dah start summer school aritu..weekend aku keje...nak mintak cuti macam segan plak sebab rituh pon cam cuak bagitahu lambat da start class so nak mintak weekend je....so aku pon ape lagi..aha!mari menghiburkan hati sendiri...tahu tak cooking itu terapi jiwa yang terbaik??serioussssss...i do love cooking..=)

so gambar dibawah ini adalah cubaan untuk memasak mussel seperti mussel di sebuah restoran yang terkenal dengan masakan mussel nya...arituh kitorang pergi makan kat sana...dah tuh tetibe aku rasa cam nak try masak mussel cara lain macam kat kedai tu selain dari rebus dan cicah kicap je...em,mussel ni antara makanan feveret aku gak la kat sini....huuu..sedap wehhhhh..... ok tak payah citer banyak la tengok je gambar....nyuuummm.....

1. rebus lah mussel tu kan..bubuh la bunga lawang ke..kayu manis ke..ikut suka.
2. buat sambal die..kire ni main la...kalau sedap sambal,sedap lah keseluruhannya..just gune cili,bawang besar,bawang putih...lepas tu letak sos tiram sikit..letak juga lada putih,cinnamon, dan pape je herba yang anda suke sebagai penyedap rasa.oh lupa air tangan paling penting..haha..


3. dah siap rebus mussel, bukak la mussel tu seperti diatas.
4. letak lah sambal yang dah dimasak keatas mussel itu.

5.potong cheese ikut citarasa lepas tu letak atas mussel.
6. taburkan sedikit black pepper kalau suka.
7.kemudian masukkan ke dalam oven mahupun microwave ikut suka la mane-mane sebab tujuannya hanyalah untuk cairkan cheese yang disusun tadi..boleh siram air rebusan mussel ke dalam cengkerang dia kalau nak...

 DAN HASILNYA............fuhhhhh.....(telan air liur)
nak bagi nama ape ni??
"mussel dikala bosan ditinggalkan kawan pergi holiday"

ok lah sekian dan selamat mencuba.

p/s : mussel ni member aku cakap ade kat malaysia...tapi dulu aku pernah makan lala ngan kerang je kat malaysia tu..bagi aku lala ngan mussel ni lain....kat malaysia kat mane ade ek?

Thursday, January 13, 2011

my first crush..eheeemmm.....

p/s : bila ramai buat tag pasal first crush ni...so aku pon saje je ngade-ngade nak join.

Al-kisah....(ok tengok gamba dulu amik feeling,heh kononnya).

Queenstown,New Zealand -April,2010-

nak cakap first crush macam geli lah plak..hehe...so apa kata aku tulis dalam bentuk cerpen pendek ala-ala cerekarama sket.....3, 2 ,1 action!

[tahun 1970]
petang itu cuaca seperti biasa agak panas..terasa begitu terik amat mendahagakan..Lisa (bukan lisa surihani) masih setia menanti ibunya dibawah pohon rendang itu.sudah jadi kebiasaan anak kecil itu menanti ketibaan kereta merah milik ibunya."nanti lepas tadika duduk bawah pokok tu  jangan pergi mane-mane macam semalam susah mak nak nampak nanti",masih terngiang-ngiang pesanan ibunya Puan Senah pagi tadi.kejap-kejap anak mata lisa dilarikan ke arah pergelangan tangan tanda ibunya lewat tiba.padahal bukan ada jam pon kat tangan tu.biasalah budak-budak imiginasi tinggi kononnya.namun tanpa disedari gelagatnya dari jauh diperhatikan oleh sepasang mata milik Adi...senasib dengan Lisa, Adi juga terpaksa menanti kehadiran orang tuanya...bagi Adi menanti ibunya yang lewat tiba bukanlah sesuatu yang membebankan asalkan dia punya kesempatan untuk memerhatikan Lisa,anak kecil kacukan pakistan korea itu...eh tipu je.Lisa melayu tulen mana ada kacukan.hakhak.

hiasan tak seberapa

"mak nak 50 sen nak beli kacang tu", pinta lisa perlahan...
"cepat sikit mak tak boleh parking lama dekat tepi ni..kalau ramai tak payah beli",pesan Puan Senah..itulah diantara hobi lisa selepas habis kelas...tak beli kacang,dibelinya aiskrim....dan sekali lagi tanpa disedari gerak gerinya deperhatikan oleh Adi dari jauh satu persatu...dalam diam Adi suka perhatikan lisa...dalam diam juga Adi mengagumi kehebatan lisa..setiap tahun lisa saja yang merangkul gelaran pelajar terbaik ditadikanya..setiap tahun lisa saja yang mendapat tempat pertama didalam kelas...Adi sedikit cemburukan lisa namun masih suka perhatikannya.....ehem.

***************
[tahun 1972]
Adi nampak sedikit riang pada hari pendaftaran pagi itu setelah terlihat kelibat lisa bersama ibunya sedang beratur dihadapan kelas 1 Mawar.
"yess..satu sekolah lagi...harap-harap dapat satu kelas",bisik hati anak lelaki itu..dipasangnya sebuah harapan untuk sekelas dengan lisa lalu dengan itu dia tekad untuk menjawab ujian pembahagian kelas sehabis baik.Adi tersenyum.

[tahun 1973]
kelas 2 Mawar sedikit riuh tanpa kawalan guru..ada yang bergurau senda,ada yang berlagak seperti guru,ada yang menconteng papan hijau,dan ada jugak yang berlagak macam best student.study konon...eceh..lisa salah seorang yang berlagak macam cikgu tu...ntah kenapa jika tiada guru yang masuk kekelasnya,dia lebih gemar duduk dibahagian meja guru sama ada membaca buku mahupun sekadar memerhatikan sekeliling kelas...
"Lisa!!cikgu datang!!", jerit Afiq iaitu pelajar paling nakal dikelasnya..
"eleh...tipu....sibuk lah kau Afiq!",jeling lisa.
"wohh garangya..garang-garang macam ni pon Adi suke ek?",usik Afiq sengaja..lisa senyap tanpa membalas.
"lisa,kau nak tau tak yang Adi kan suke kau..",jelas Afiq sambil tersengih-sengih.

sejak dari peristiwa berita yang disampaikan oleh Afiq itu..Lisa terasa kurang selesa apabila ramai rakan sekelasnya seringkali menyakat lisa bersama Adi...dan sejak dari kejadian itu...lisa mula perhatikan siapa Adi yang dimaksudkan Afiq...dari jauh lisa memerhatikan gerak geri Adi...

***************
[tahun 1974]
tahun ini merupakan tahun penting bagi pelajar tahun 3 sekolah kebangsaan pokok kelapa dimana ujian  penilaian tahun satu bakal diduduki....dari jauh lisa kelihatan tekun menyiapkan latihan.
"haiii lisa.....tak payah lah rajin sangat...kau nak ke lulus ujian tu lepas tu lompat kelas?",tanya Tini.
"ntah lah..dah abah aku belikan buku latihan ni..aku buat je la..susah plak tu...",rungut Lisa.
"tak best lah kalau kau lompat kelas nanti..dah tak same ngan kitorang..nanti Adi pon sedih tau...",Tini mula ketawa kecil menyakat lisa.

dalam diam Lisa tersenyum..dia sudah mula suka untuk mendengar nama Adi..Lisa saje je buat-buat marah kalau kene match kan dengan Adi..sebenanrya die ok je...Adi pon nampak baik dimata lisa..dalam diam Lisa pon dah pandai perhatikan Adi dari jauh...dasar cinta monyet.

***************
[tahun 1976]
Lisa tersenyum puas apabila mendapat keputusan cemerlang dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh.dia terasa gembira apabila dapat memenuhi hasrat ayahnya En.Amir agar dia diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.selepas lulus PTS dan berjaya lompat kelas 2 tahun yang lalu, lisa sudah semakin jauh dengan rakan sekelasnya dari 3 Mawar dan semestinya kisah Adi juga sudah semakin sepi ditinggalkan waktu....dan nama Adi itu sendiri makin pudar apabila bermulalah kisah lisa di alam sekolah menengah.............selamat tinggal sekolah kebangsaan pokok kelapa..selamat tinggal Adi..

bla bla bla bla bla bla....[panjang sangat cerita ni]

****************
dipendekkan cerita...
[9 tahun selepas tahun 1976,di suatu hari..]
jangan tanya macam mana di tahun 1985 lisa dan adi berbicara soal kehidupan baru masing-masing sebab kalau nak tulis sini panjang sangat dan banyak konflik...so berbual lah mereka pasal itu ini termasuklah soal hati....eceh.

"lisa,dulu kan time tadika aku selalu tengok kau beli kacang lepas sekolah...",terang Adi.
"yeke??haha...apesal kau tengok aku..memalukan je tahu",eleh poyo je lisa ni.
"em lisa terus terang lah aku nak cakap..dulu time sekolah aku pernah suka kau...aku admire kau..kau pandai,rajin...aku selalu cuba nak jadik macam kau...tapi lepas kau lompat kelas...aku dah tak boleh nak lawan kau...kau dah jauh satu tahap dari aku mase tu....",terang Adi membuatkan lisa terpaku walaupun lisa dah tahu sebenarnya Adi pernah sukakan dia.

"lepas kau masuk sekolah menengah..lagilah langsung tak nampak kau dah...kita dah bawak haluan yang berbeza...tapi kau nak tau tak...aku rasa sedikit frust bila satu hari aku nampak gambar kau dalam wallet abang aku...........time tu aku cam sedih....ye la pompuan yang aku suka tapi dah jadik milik abang aku....aku agak frust time tu tapi aku senyap-senyap je la sebab time tu kau pon dah jadik awek abang aku...takkan aku nak kacau plak kan..hehe.",jelas Adi.

hari ini semua itu sudah tinggal kenangan....Lisa dan Adi masing-masing bawa haluan sendiri...walaupun Lisa tidak berkesempatan untuk menjadi sebahagian dari keluarga Adi...walaupun Adi tak sempat untuk jadi "adik ipar" Lisa, namun hubungan Lisa dan Adi seperti adik beradik....ibu Adi terutamanya amat menyayangi Lisa sama seperti anak-anaknya yang lain....begitulah berakhirnya first crush Lisa.begitu epic.semoga Adi,juga abang Adi dan seluruh keluarganya dirahmati...

Lisa akui gagalnya hubungan 7 tahun bersama abang Adi memberi kan kesan pada perjalanan hidupnya..namun gadis itu makin matang dan tabah dalam mengharungi apa jua  jenis ombak yang datang memukul tebing hidupnya.."hey Lisa..nothing to be regret..just appreciate all the memories..."..=)

-TAMAT-

Wednesday, January 12, 2011

tapi kau kena ingat...

 p/s : kisah yang direka 2 bulan yang lalu (baru nak publish hari ni) dan tiada kiatan dengan sesiapa yang pernah hidup.

"leha!! janganlah jalan laju sangat....",fasha sandha berlari-lari anak mengejar leha....hampir terpelecok kakinya dek kasut tumit tinggi bewarna merah hati itu....leha berjalan laju umpama sedang bertanding di sukan komenwel,new delhi....dia sudah bosan dengan isu yang bakal diperkatakan fasha sandha...namun perlahan gadis itu bersuara....

"aku tidak cantik macam kau fasha....kau cantik...even perangai kau ramai yang meluat pon...abang jejai still angkat kau tinggi setaraf bidadari kayangan.....aku kesal fasha...makin lama manusia suka pertaruh kan kecantikan untuk kesempurnaan hidup...dan aku tak ada semua tu....kalau lah aku cantik dari kau...dah lama aku plak goda abang jejai kau biar kau rasa sikit hancurnya hati seorang perempuan....masalahnya kau tak rasa semua tu.....dan aku tak sebusuk hati begitu..."

fasha sandha tunduk hampir menangis dek perlian leha...namun semangat diva perfilemen tanah melayu yang pernah dipegangnya suatu ketika dulu...fasha tahankan juga airmata itu.....kembali dia terus bersuara....."leha....kecantikan itu bukan pada paras rupa saja tau...kalau tak ada jodoh...tak kemana juga.."..

"kau tipu fasha!!aku tahu itu semua dialog dalam filem lakonan kau saja...usah dibisikkan pada aku..ini realiti fasha!!ini realiti..realitinya perempuan kurang cantik macam aku ini seringkali dicurangi..dikhianati....mereka lupa pada aku yang masih punya hati walaupun aku tidak punya kecantikan seperti kau....kalau aku cantik macam kau fasha...mungkin majlis perkahwinan itu tidak dibatalkan secara tiba-tiba....dan aku masih tertanya kenapa lelaki itu mengkhianati aku....",leha akhirnya kalah pada emosi.

"leha..." panggilan fasha sandha terhenti apabila leha memotong bicaranya.."cukuplah fasha...aku tahu orang macam aku selalu disakiti..dan perempuan cantik macam kau akan sentiasa disanjungi..baik dimata seluruh manusia walaupun hakikatnya kau banyak cacat cela...dan paling penting....lelaki akan menyayangi kau dan setia pada kau...kerana kau perempuan cantik.itu bezanya dengan aku fasha....",panjang lebar luahan leha...dah macam  cerekarama tv3 hari sabtu pukul 10 pon ada...

"leha!!dengar aku nak cakap...please!!biasalah leha..semua orang pon sukakan kecantikan..kesempurnaan..tapi kau kene ingat..semua yang berlaku ada hikmahnya...Allah Maha Mengetahui dan ini mungkin yang terbaik untuk kau...bersangka baik pada Allah Leha!!!.mana tahu kalau kau kahwin dengan lelaki tuh..kau bakal dapat anak cacat ke......kau tak fikir ke semua tu??dan Allah tahu keupayaan kau untuk harungi kehidupan..dia tarik lelaki itu dari kehidupan kau agar kau tidak terbeban oleh sesuatu yang tak mampu kau tanggung...fikir panjang sikit leha.....dan ujian semua ni adalah untuk kau kutip pahala sebanyaknya.....",akhirnya terburai juga kehebatan fasha sandha dalam menceramahkan orang.....

leha tertunduk..lalu membisu.....